Refleksi

3
Refleksi Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah izin dan nikmatnya dapat saya menyiapkan tugasan subjek Pentaksiran Pendidikan Khas mengikut kritiria-kritiria yang telah digariskan. Saya juga memanjatkan kesyukuran kerana melalui pemerhatian saya dan kajian saya dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah banyak menimba pengalaman-pengalaman baru dalam mengharungi hidup ini. Masalah utama yang timbul ialah semasa mencari klien untuk menjalankan kajian dan pemerhatian. Saya tersalah informasi bahawa Sekolah Kebangsaan Panji mempunyai kelas Pendidikan Khas tetapi sebaliknya, dan keadaan menjadi lebih teruk kerana kami akan menjalankan SBE (pengalaman berasaskan sekolah) di sekolah tersebut. Saya dan kawan-kawan yang semasalah bergegas berjumpa dengan Encik Nik Azhar dan Dr. Abdullah bagi meminta pendapat bagi menyelesaikan masalah kami. Syukur Alhamdulillah, hasil ikhsan dan bantuan Dr Abdullah dan En Nik Azhar, Saya mendapatkan klien di Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas. Di sana saya mengikuti sepenuhnya kelas pendidikan khas yang berjalan bagi menjalankan pemerhatian dan kajian terhadap tugasan ini. Masa yang ada digunakan sebaik mungkin bagi mengumpul maklumat yang berkaitan dengan kajian kes. Di dalam kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP), saya dapati setiap kanak-kanak khas mempunyai tingkah lakunya yang tersendiri. Hal ini dapat membuktikan bahawa prinsip

Transcript of Refleksi

Refleksi

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah izin dan nikmatnya

dapat saya menyiapkan tugasan subjek Pentaksiran Pendidikan Khas mengikut kritiria-

kritiria yang telah digariskan. Saya juga memanjatkan kesyukuran kerana melalui

pemerhatian saya dan kajian saya dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah banyak

menimba pengalaman-pengalaman baru dalam mengharungi hidup ini.

Masalah utama yang timbul ialah semasa mencari klien untuk menjalankan

kajian dan pemerhatian. Saya tersalah informasi bahawa Sekolah Kebangsaan Panji

mempunyai kelas Pendidikan Khas tetapi sebaliknya, dan keadaan menjadi lebih teruk

kerana kami akan menjalankan SBE (pengalaman berasaskan sekolah) di sekolah

tersebut. Saya dan kawan-kawan yang semasalah bergegas berjumpa dengan Encik

Nik Azhar dan Dr. Abdullah bagi meminta pendapat bagi menyelesaikan masalah kami.

Syukur Alhamdulillah, hasil ikhsan dan bantuan Dr Abdullah dan En Nik Azhar,

Saya mendapatkan klien di Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas. Di sana saya mengikuti

sepenuhnya kelas pendidikan khas yang berjalan bagi menjalankan pemerhatian dan

kajian terhadap tugasan ini. Masa yang ada digunakan sebaik mungkin bagi

mengumpul maklumat yang berkaitan dengan kajian kes.

Di dalam kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP), saya dapati

setiap kanak-kanak khas mempunyai tingkah lakunya yang tersendiri. Hal ini dapat

membuktikan bahawa prinsip perbezaan individu jelas wujud dalam semua manusia

termasuk kanak-kanak berkeperluan khas. Sikap dan perlakuan yang ditunjukkan oleh

mereka berbeza mengikut setiap penyakit yang dihadapi masing-masing.

Semasa menjalankan pemerhatian saya berpeluang belajar daripada guru-guru

pendidikan khas di sana beserta juga dengan pembantu dalam menjaga dan mengawal

tingkah laku pelajar-pelajar PKBP. Saya berpeluang menyaksikan sendiri guru

mengajar pelajar-pelajar PKBP secara lebih dekat. Apa yang dapat diperhatikan, guru-

guru di sana amat mahir dalam mengawal dan menguruskan pelajar-pelajar PBKP.

Pelajar-pelajar PKBP mempunyai ragam dan karenah masing-masing yang

kadang-kadang membuatkan kita seronok dan gembira memerhatikan telatah dan

gelagat mereka. Sekiranya wujud sebarang tingkah laku negatif di dalam kelas, guru-

guru di sana suda cekap dalam mengendalikannya. Saya secara terus berpeluang

melihat guru tersebut menguruskan pelajar yang terlibat. Kaedah dan cara

menguruskan tingkah laku bermasalah oleh para pelajar diperhatikan dengan teliti oleh

saya.

Menjadi guru pendidikan khas bukanlah suatu tugas yang mudah. Saya

perhatikan, guru-guru pendidikan khas di sana mempunyai sifat sabar yang cukup tinggi

dalam mengendalikan kelas serta menguruskan pelajar-pelajar mereka. Teras utama

dalam menguruskan pelajar-pelajar PKBP ialah kesabaran. Pengalaman dan ilmu yang

ditimba akan disematkan dalam minda saya dan diingati supaya dapat menjadi guru

pendidikan khas yang berwibawa seperti mereka kelak.

Selain itu, saya berpeluang mendekati pelajar-pelajar PKBP secara dekat dan

berbual mesra dengan mereka. Mereka suka akan perhatian kecuali kanak-kanak

autisma. Setiap dari mereka mempunyai watak dan kerenah masing-masing. Mereka

juga mempunyai kelemahan dan keistimewaan yang kadang-kadang cukup

mengejutkan. Berinteraksi secara terus dengan mereka memberi saya peluang dalam

menajamkan ilmu saya dalam bidang pendidikan khas.

Melalui tugasan PPK ini, ia mengajar saya untuk memerhati dan mengkaji

sesuatu tingkah laku yang ditonjolkan oleh pelajar-pelajar (analisis fungsional). Ia juga

memberi input tentang kesan dan impak sekiranya kita tidak membantu kanak-kanak

PKBP dalam mengurus dan mengubah tingkah laku negatif mereka. Hal ini sedikit

sebanyak dipertanggungjawabkan ke atas guru pendidikan khas, jadi sebagai seorang

bakal guru pendidikan khas kelak, saya perlu memahirkan diri saya dengan semua ilmu

yang ada untuk membantu kanak-kanak PKBP. InsyaAllah.

Jadi sekali lagi saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah izin dan rahmatNya dapat saya menyiapkan tugasan PPK dengan jayanya.

Sekian.