Refleksi

2
9.0 REFLEKSI Melalui kerja kursus ini, saya dapat mempelajari variasi dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran bahasa melibatkan perancangan yang terperinci dimana ia memerlukan pemikiran yang rasional bagi membuahkan hasil yang menarik. Selain itu juga, saya dapat mengetahui perkembangan kurikulum pendidkan negara ini. Kerja kursus ini telah memberi infomasi yang sangat nyata terutama kepentingan bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Integrasi penggunaan TMK dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran adalah bagi memberi variasi dalam kaedah Bahan Bantu Mengajar. Diakui cara konvensyen masih berkesan, namun dengan adanya TMK, penyampaian maklumat dapat dilakukan dengan lebih efektif. Faktor pergerakan, warna dan respon mampu memberi impak yang signifikan di dalam kelas. Cabaran yang dihadapi semasa menyediakan kerja kursus ini ialah kesukaran memahami aplikasi ‘Power Point’ yang jarang saya gunakan sebelum ini. Walaubagaimanapun kecekalan dan keinginan untuk mempelajari dan ambil tahu membuatkan saya berjaya melaluinya. Tugasan ini mementingkan pemikiran dan kreativiti saya sendiri. Oleh itu setiap masa saya perlu berfikir untuk memberi kelainan dalam penghasilan eksplorasi ini. Saya juga perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Selain itu, saya juga berusaha mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, rujukan beberapa buah buku dan nota-nota yang diberikan oleh pensyarah. 57

Transcript of Refleksi

Page 1: Refleksi

9.0 REFLEKSI

Melalui kerja kursus ini, saya dapat mempelajari variasi dalam pengajaran Bahasa

Melayu. Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran bahasa melibatkan perancangan yang

terperinci dimana ia memerlukan pemikiran yang rasional bagi membuahkan hasil yang

menarik. Selain itu juga, saya dapat mengetahui perkembangan kurikulum pendidkan negara

ini.

Kerja kursus ini telah memberi infomasi yang sangat nyata terutama kepentingan bahan

bantu mengajar (BBM) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Integrasi penggunaan

TMK dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran adalah bagi memberi variasi dalam kaedah

Bahan Bantu Mengajar. Diakui cara konvensyen masih berkesan, namun dengan adanya TMK,

penyampaian maklumat dapat dilakukan dengan lebih efektif. Faktor pergerakan, warna dan

respon mampu memberi impak yang signifikan di dalam kelas.

Cabaran yang dihadapi semasa menyediakan kerja kursus ini ialah kesukaran

memahami aplikasi ‘Power Point’ yang jarang saya gunakan sebelum ini. Walaubagaimanapun

kecekalan dan keinginan untuk mempelajari dan ambil tahu membuatkan saya berjaya

melaluinya. Tugasan ini mementingkan pemikiran dan kreativiti saya sendiri. Oleh itu setiap

masa saya perlu berfikir untuk memberi kelainan dalam penghasilan eksplorasi ini. Saya juga

perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Selain itu, saya juga berusaha mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, rujukan

beberapa buah buku dan nota-nota yang diberikan oleh pensyarah.

Saya juga berterima kasih kepada pensyarah dalam memberikan maklumat dengan

lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar apa yang dihasilkan bertepatan dengan

kehendak soalan.

Akhir sekali, proses terakhir menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti

sebelum membukukan kerja kursus ini. Saya berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya

menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan terima

kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses

menyiapkan kerja kursus ini. Semoga dengan bantuan anda semua diberkati oleh Allah yang

maha esa.

57