REFLEKSI

11
HALAMAN PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringakasan yang tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan :……………………………………. Nama Penulis : Juliah bt Mansor ( 680615 – 06 – 5030 ) Tarikh : 30 Ogos 2012

Transcript of REFLEKSI

Page 1: REFLEKSI

HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringakasan yang tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :…………………………………….

Nama Penulis : Juliah bt Mansor ( 680615 – 06 – 5030 )

Tarikh : 30 Ogos 2012

Page 2: REFLEKSI

PENGHARGAAN

Alhamdullilah ,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t dan junjungan

Nabi Muhammad s.a.w, tugasan BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa

Melayu Sekolah Rendah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang

telah dianugerahkan olehNya.

Penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Husin Fateh Din

selaku pensyarah pembimbing yang terlalu banyak membantu, dan juga sebagai pemudahcara

sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu

daripada beliau, mana mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini dengan baik. Terima

kasih di atas segala nasihat dan motivasi serta bantuan yang telah diberikan terutamanya

penerangan yang jelas beliau tentang aspek pemulihan dan penyediaan slaid cerita rakyat

dalam bentuk “power point”.

Akhir tinta, sekali lagi kami menitipkan sekalung penghargaan terima kasih

kepada semua yang membantu menyiapkan tugasan ini.Sesungguhnya bahasa merupakan

sesuatu yang indah. Dengan bahasa kita mendapat ilmu. Melalui bahasa kita bersatu.Dengan

bahasa kita berkongsi pelbagai suka duka dengan orang lain.Segala perkongsian adalah untuk

kebaikan, namun jika terdapat kekurangan, semuanya bukan disengajakan. Sesungguhnya

perkongsian itu sesuatu yang terindah. “Yang Baik Itu Dari Allah s.w.t, Yang Buruk Itu Adalah

Kelemahan Sendiri”.

Page 3: REFLEKSI

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN HALAMAN

PENGAKUAN

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 PEMULIHAN 3

2.1 Rasional dan Objektif Pendidikan Pemulihan 4

3.0 KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN DALAM

KELAS BIASA DAN KELAS KHAS 8

4.0 PERBEZAAN PENGELOLAAN DAN STRATEGI PENGAJARAN

PEMULIHAN DALAM KELAS BIASA DAN KELAS KHAS 10

5.0 PENGAYAAN 16

5.1 Rasional dan Objektif Pendidikan Pengayaan 17

6.0 PENUTUP 19

PENUTUP

REFLEKSI

RUJUKAN

LAMPIRAN

BORANG KOLABORASI

Page 4: REFLEKSI

REFLEKSI

Syukur alhamdullilah, dalam masa yang ditetapkan tugasan ini dapat disiapkan dengan

baik sekali. Penerangan yang jelas tentang kerja kursus projek telahpun diberikan oleh Pn.Siti

Hajar pada interaksi ke dua iaitu Sabtu 28 Julai 2012. Kesungguhan beliau memberi penjelasan

dan kata-kata motivasi telah menyuntik semangat saya yang telah berusia untuk menghasikan

sesuatu yang terbaik. Bukan senang menjadi guru,bukan tugas mudah menjadi guru yang

masih belajar, namun ia bukanlah penghalang untuk saya meneruskan cita – cita dan harapan

untuk berjaya.

Tajuk tugasan yang diberi iaitu Pendidikan Pemulihan dan Pengayaan, diteliti dan untuk

memastikan semua aspek yang diperlukan dalam kerja projek ini menepati dengan kehendak

soalan. Tugasan dibahagikan kepada dua bahagian di mana bahagian pertama saya

menyediakan grafik dan huraian berkaitan dengan konsep, objektif rasional pendidikan

pemulihan dan pengayaan. Saya juga telah menghuraikan pengelolaan dan strategi pengajaran

pemulihan dalam kelas biasa dan kelas khas.

Bahagian kedua saya memilih cerita rakyat “Lagenda Mahsuri” yang disediakan dalam

bentuk grafik “power point”. Cerita ini merupakan aktiviti pemulihan bagi kemahiran bacaan

murid – murid tahun 2. Jenis bacaan yang saya pilih ialah bacaan mekanis. Bacaan mekanis

merupakan bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang,

dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat

pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa

sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan

mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-

kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar. Jalan cerita yang

menarik, tulisan yang diwarnakan mengikut suku kata dan grafik yang menarik, pastinya murid

– murid akan berminat untuk membaca.

Menghuraikan aspek pemulihan ini terutama aktiviti bacaan,mengingatkan saya akan

betapa pentingnya murid–murid menguasai kemahiran ini selaras dengan saranan Pusat

Perkembangan Kurikulum ( 2003 ) yang menyediakan satu pendekatan terancang dan

berstruktur agar objektif pembelajaran dapat dicapai.Golongan pendidik seperti saya amat perlu

menitikberatkan minat dan kebolehan murid dalam menguasai kemahiran membaca. Saya

percaya melalui kreativiti guru,seperti penyediaan bahan bacaan cerita rakyat menerusi “power

Page 5: REFLEKSI

point” ini, proses pembelajaran yang berkesan akan dapat dicapai. Bahan yang disediakan

amat pratikal dan berfaedah untuk perkembangan murid – murid agar keupayaan kognitif

mereka dapat dipertingkatkan serta masalah buta huruf dapat diatasi. Cerita rakyat “Lagenda

Mahsuri” merupakan cerita yang banyak mengandungi nilai moral. Ia juga dapat dikaitkan

dengan pusat peranginan iaitu Pulau Langkawi,malah ia juga telah difilemkan untuk tujuan

hiburan yang telah dimasukkan unsur – unsur pengajaran.Ini akan menambahkan pengetahuan

sedia ada murid.

Melaui kerja projek yang disediakan, amat menginsafkan saya bahawa murid – murid

yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah, amat memerlukan perhatian dan bimbingan

terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas. Mereka

juga ingin berjaya dan paling diharapkan murid – murid ini mendapat peluang meneruskan

pelajaran mereka seperti murid – murid biasa. Penyediaan “power point” juga telah

menambahkan kemahiran saya dalam ICT. Penyediaan bahan pengajaran menggunakan

computer ini bukan sahaja disediakan untuk memenuhi tugasan kerja projek, malah akan saya

pratikkan seterusnya di dalam kelas. Ini bertepatan dengan Norhashim et al.(1996) bahawa

penggunaan komputer dalam bidang pendidikan memberi kesan yang besar dan bermakna

terhadap kualiti pembelajaran.

Berada di bawah bimbingan pensyarah yang sangat prihatin ,serta tunjuk ajar yang

murni En.Husin Fateh Din, membuatkan saya berpuas hati akan tugasan yang dihasilkan.

Dalam melaksanakan tugasan terutamanya berkum,pulan mengajar saya erti sabar dan disiplin

yang tinggi kerana guru yang benar-benar berjaya ialah guru yang mengibaratkan dirinya

seperti lilin yang terus menyinar diikuti dengan sinaran lilin yang baru. Moga apa yang

dihasilkan benar – benar berkualiti, insyaAllah.

“Hujan lebat kilat menyambar,

Hingga nampak pasar dan pecan,

Sebarang pekerjaan tekun dan sabar,

Apa dihajat Tuhan kurniakan.”

-Koleksi Pantun Zakaria Hitam-

Juliah bt Mansor

680615-06-5030

Page 6: REFLEKSI

RUJUKAN

Kamarudin Hj.Kachar. (1989). Ke Arah Pengurusan Pelajar Dinamik. Teks Publishing Sdn.Bhd.

Kamus Dewan Edisi Baru. ( 1989 ). Dewan Bahasa dan Pustaka.

KSSR Modul Pembelajaran teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Teras Tema Dunia Sains dan Teknologi . ( 2010 ) Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum

Majalah Pendidik . ( bil 18-2005 ). Widad Publication Sdn Bhd

Modul LINUS Literasi. ( 2010 ). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mook Soon Sang. (2010). Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Murid dan Alam Belajar. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Rubiah Jusoh. ( 2008 ). Lagenda Mahsuri. Nur Ilmu Publications.

Yaakub Isa. (1994). Guru yang Efektif. Jawatankuasa Perayaan Hari guru Negeri Pahang. Yeohprinco Sdn. Bhd

Page 7: REFLEKSI

BORANG KOLABORASI

NAMA PENSYARAH : EN.HUSIN FATEH DIN

BIL

TARIKH PERKARA CATATAN T / TANGAN

EN.HUSIN

JULIAH

EN.HUSIN

JULIAH

EN.HUSIN

JULIAH

EN. HUSIN

JULIAH

EN. HUSIN

JULIAH

EN.HUSIN

JULIAH

Page 8: REFLEKSI