REFLEKSI

2
REFLEKSI Oleh : Amira Hafiza binti Mohamad Assalamualaikum.. Syukur ke hadratilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan projek bagi kursus Pengurusan Makmal Sains dan Bahan Sumber (SCE 3123) ini dalam masa yang ditetapkan. Di sini, saya ingin merakamkan sekalu penghargaan kepada Tn. Hj. Mazlan bin Mohd Noor selaku pensyarah bagi kursus ini yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan bagi menyiapkan tugasan proje ini. Tugasan projek ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu tugasan 1 dan tugasa 2. Bagi tugasan 1, saya perlu menyediakan sebuah instrumen penilaian p keselamatanmakmal sains, laksanakan audit pengurusan keselamatan bilik atau makmal sains di sekolah dan cadangkan tindakan penambahbaikan yang harus dilakukan. Untuk tugasan 1 ini saya telah menjalankan audit pengurusan keselamat di makmal Sains Sekolah kebangsaan Kuala Setiu iaitu sekolah saya berp untuk fasa 2. Saya mendapat kerjasama yang baik daripada guru Sains s kerana beliau membenarkan saya menjalankan audit di makmal berkenaan dan beliau juga tidak keberatan sekiranya saya ada perkara yang perlu ditanya kepa Saya dapat belajar bagaimana untuk menguruskan makmal Sains dengan betul supaya makmal sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan. Untuk tugasan kedua pula, saya dikehendaki melakukan pengawetan spesimen biologi iaitu serangga kecil dan tumbuhan dengan kaedah pengeringan. Ini merupak kali pertama saya melakukan pengawetan kaedah ini dan banyak pengetahua berkenaan pengawetan kering yang saya pelajari melalui tugasan ini. Tugasan ini menyeronokkan kerana saya dan rakan-rakan menangkap sendiri serangga yang hendak diawet dan begitu juga tumbuhan di mana masing-masing memilih s spesimen masing-masing. Kami berasa teruja untuk melihat hasil pengaweta dibuat.

description

refleksi

Transcript of REFLEKSI

REFLEKSIOleh : Amira Hafiza binti MohamadAssalamualaikum..Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan projek bagi kursus Pengurusan Makmal Sains dan Bahan Sumber (SCE 3123) ini dalam masa yang ditetapkan. Di sini, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada Tn. Hj. Mazlan bin Mohd Noor selaku pensyarah bagi kursus ini yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan bagi menyiapkan tugasan projek ini. Tugasan projek ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu tugasan 1 dan tugasan 2. Bagi tugasan 1, saya perlu menyediakan sebuah instrumen penilaian pengurusan keselamatan makmal sains, laksanakan audit pengurusan keselamatan bilik atau makmal sains di sekolah dan cadangkan tindakan penambahbaikan yang harus dilakukan. Untuk tugasan 1 ini saya telah menjalankan audit pengurusan keselamatan di makmal Sains Sekolah kebangsaan Kuala Setiu iaitu sekolah saya berpraktikum untuk fasa 2. Saya mendapat kerjasama yang baik daripada guru Sains sekolah ini kerana beliau membenarkan saya menjalankan audit di makmal berkenaan dan beliau juga tidak keberatan sekiranya saya ada perkara yang perlu ditanya kepada beliau. Saya dapat belajar bagaimana untuk menguruskan makmal Sains dengan betul supaya makmal sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan.Untuk tugasan kedua pula, saya dikehendaki melakukan pengawetan spesimen biologi iaitu serangga kecil dan tumbuhan dengan kaedah pengeringan. Ini merupakan kali pertama saya melakukan pengawetan kaedah ini dan banyak pengetahuan baru berkenaan pengawetan kering yang saya pelajari melalui tugasan ini. Tugasan ini juga menyeronokkan kerana saya dan rakan-rakan menangkap sendiri serangga yang hendak diawet dan begitu juga tumbuhan di mana masing-masing memilih sendiri spesimen masing-masing. Kami berasa teruja untuk melihat hasil pengawetan yang dibuat. Selain itu, saya juga dikehendaki untuk melakukan pengubahsuaian terhadap bahan bantu mengajar Sains. Saya telah memilih topik cahaya bagi tahun 5 iaitu sifat cahaya yang bergerak lurus. Bahan bantu mengajar yang saya hasilkan adalah difokuskan untuk proses pembentukan bayang-bayang. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar ini, murid dapat melihat bagaimana bayang-bayang terbentuk dan saiznya berbeza apabila jarak objek daripada sumber cahaya. Tugasan ini melatih saya untuk berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif bagi membina bahan bantu mengajar yang bukan sahaja dapat menarik minat murid tetapi juga dapat membantu murid untuk memahami konsep cahaya.Secara kesimpulannya, tugasan kerja kursus ini telah banyak memberikan pelbagai manfaat dan pengetahuan kepada saya. Akhir sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah, rakan-rakan yang telah banyak membantu dan individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha saya menyiapkan tugasan ini.Sekian,