REFLEKSI

3
REFLEKSI NAMA : SITI NUR AFIQAH BT OTHMAN Pertama sekali, Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana saya telah berjaya melaksanakan tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) Pengurusan Asas Gerko (PAG) dengan baik dan sempurna. Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan dan diterima oleh saya dan rakan-rakan pada 26 MAC 2011 dan kami diberi masa selama 2 minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Semasa menjalankan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan telah cuba mencari sumber-sumber yang berkaitan dalam pembikinan kertas kerja kerana tugasan kami ialah untuk membuat kertas kerja. Dengan persejutuan kesemua ahli kumpulan, kami telah mengambil keputusan untuk membuat kertas kerja mengenai lawatan, dan kebetulan salah satu daripada ahli kumpulan kami mempunyai pengalaman dalam pembikinan kertas kerja ini. Terdapat pelbagai masalah yang timbul semasa menyiapkan kertas kerja ini. Membuat kertas kerja ini bukan perkara yang mudah seperti yang dijangka, pelbagai prosedur dan perkara yang perlu difikirkan agar ianya releven dengan aktiviti yang dibuat. Malu bertanya, sesat jalan. Pepatah tersebut sangat releven dalam pembikinan kertas kerja ini kerana kita harus banyak bertanya agar kita dapat mengatasi permasalahan tanpa kepincangan. Dalam masa yang sama, sikap saling bekerjasama

description

TITAS

Transcript of REFLEKSI

Page 1: REFLEKSI

REFLEKSI

NAMA : SITI NUR AFIQAH BT OTHMAN

Pertama sekali, Alhamdulillah,  bersyukur  saya kehadrat Ilahi kerana saya 

telah berjaya melaksanakan tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) Pengurusan Asas

Gerko (PAG) dengan baik dan sempurna. Tugasan ini merupakan tugasan

berkumpulan dan diterima oleh saya dan rakan-rakan pada 26 MAC 2011 dan kami

diberi masa selama 2 minggu untuk menyiapkan tugasan ini.

Semasa menjalankan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan telah cuba mencari

sumber-sumber yang berkaitan dalam pembikinan kertas kerja kerana tugasan kami

ialah untuk membuat kertas kerja. Dengan persejutuan kesemua ahli kumpulan,

kami telah mengambil keputusan untuk membuat kertas kerja mengenai lawatan,

dan kebetulan salah satu daripada ahli kumpulan kami mempunyai pengalaman

dalam pembikinan kertas kerja ini.

Terdapat pelbagai masalah yang timbul semasa menyiapkan kertas kerja ini.

Membuat kertas kerja ini bukan perkara yang mudah seperti yang dijangka, pelbagai

prosedur dan perkara yang perlu difikirkan agar ianya releven dengan aktiviti yang

dibuat. Malu bertanya, sesat jalan. Pepatah tersebut sangat releven dalam

pembikinan kertas kerja ini kerana kita harus banyak bertanya agar kita dapat

mengatasi permasalahan tanpa kepincangan. Dalam masa yang sama, sikap saling

bekerjasama dalam kumpulan sangat membantu semasa pembikinan kerja khusus

ini.

Apabila kami telah menyiapkan kajian ini sepenuhnya, kami telah membuat

penambahbaikkan dari pelbagai sudut untuk memastikan cara penulisan dan isi

yang diberikan tidak terpesong daripada arahan soalan. Kami juga telah

mendapatkan nasihat pensyarah mata pelajaran ini, En Zainal b. Mohd Amin dalam

memastikan cara penulisan kami diterima dan beliau juga telah memberikan nasihat

dan pandangan kepada saya dan ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan dengan

baik dan sempurna.

Page 2: REFLEKSI

Tuntasnya, saya berasa amat bersyukur dan berbesar hati kerana tugasan

ini telah banyak memberi saya pengetahuan dan yang paling penting dapat

membantu saya memahami konsep dan cara membuat kertas kerja. Setiap aktiviti

yang dilakukan pasti memberi manfaat, faedah dan sedikit sebanyak ilmu untuk saya

aplikasikan dalam semua situasi agar dapat menjadi guru yang kreatif, inovatif dan

berketerampilan dan takpa disedari mampu untuk membangunkan modal insan guru

yang berkualiti dalam mendidik anak bangsa. Hasrat ini selari dengan matlamat

Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk melahirkan  guru yang berilmu,

berkemahiran dan berketerampilan supaya dapat membentuk kualiti insan guru

membentuk generasi negara.

Sekian, terima kasih.

(SITI NUR AFIQAH BINTI OTHMAN)