REFLEKSI

4
REFLEKSI NAMA PELAJAR : ISMA HAZWANI BT ISMAIL NO KP : 881112-08-6500 NO MATRIK : 957 Alhamdulillah, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan rasa bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia dan Izin dari-Nya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan bagi matapelajaran Pentaksiran Pendidikan Seni Visual (PSV 3112). Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Tn Hj Mokhtar b Adnan yang telah banyak memberikan bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, jutaan penghargaan juga saya ingin kalungkan kepada rakan seperjuangan atas perkongsian idea dan pandangan yang sedikit sebanyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa dan budi baik kalian. Sebaik sahaja mendapat tugasan ini, saya telah membuat pembacaan untuk memahami kehendak soalan tugasan yang mana tugasan pada kali ini menginginkan saya membuat ulasan terhadap penulisan jurnal penulis dari luar Negara yang berkaitan dengan penilaian portfolio untuk matapelajaran Pendidikan Seni Visual dan seterusnya membina instrumen penilaian yang bersesuaian dengan bidang kegiatan Pendidikan

description

1233

Transcript of REFLEKSI

REFLEKSI

NAMA PELAJAR: ISMA HAZWANI BT ISMAILNO KP: 881112-08-6500NO MATRIK : 957

Alhamdulillah, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan rasa bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia dan Izin dari-Nya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan bagi matapelajaran Pentaksiran Pendidikan Seni Visual (PSV 3112). Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Tn Hj Mokhtar b Adnan yang telah banyak memberikan bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, jutaan penghargaan juga saya ingin kalungkan kepada rakan seperjuangan atas perkongsian idea dan pandangan yang sedikit sebanyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa dan budi baik kalian. Sebaik sahaja mendapat tugasan ini, saya telah membuat pembacaan untuk memahami kehendak soalan tugasan yang mana tugasan pada kali ini menginginkan saya membuat ulasan terhadap penulisan jurnal penulis dari luar Negara yang berkaitan dengan penilaian portfolio untuk matapelajaran Pendidikan Seni Visual dan seterusnya membina instrumen penilaian yang bersesuaian dengan bidang kegiatan Pendidikan Seni Visual. Langkah seterusnya, saya telah merangka draf tugasan untuk memastikan tugasan yang akan dihasilkan ini dapat di siapkan mengikut kehendak dan prosedur penyediaan tugasan yang memenuhi standard yang telah ditetapkan. Selain itu, draf tugasan ini juga dapat membantu saya membuat tugasan dengan lebih sistematik melalui penggunaan senarai semak (checklist). Setelah membuat draf tugasan, saya memulakan proses membuat tugasan ini dengan lebih yakin kerana telah memahami kehendak tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah.

Secara peribadi, saya merasakan tugasan ini sangat sesuai serta menepati kandungan pro forma mata pelajaran yang dapat membantu saya menambahkan ilmu pengetahuan tentang bahan yang dikaji dan dapat membantu saya untuk menduduki peperiksaan yang akan menjelang dan juga telah memberikan banyak manfaat dan ilmu baru kepada saya. Antaranya ialah, saya berpeluang mempelajari cara untuk mencari dan membuat pembacaan ilmiah terhadap penulisan jurnal yang terdapat dari sumber internet. Pemilihan penulisan jurnal terutamanya dari sumber internet ini sangat memerlukan ketelitian kerana dikhuatiri penulisan tersebut tidak asli dan tidak menepati kehendak soalan tugasan. Alhamdulillah, setelah membuat pencarian di dalam internet, saya telah menemui beberapa penulisan jurnal tentang penilaian portfolio pendidikan seni visual dan langkah seterusnya, saya membuat pembacaan dan cuba memahami isi kandungan jurnal jurnal tersebut. Memandangkan saya hanya memerlukan satu sahaja penulisan jurnal, maka, saya telah membuat proses penilaian untuk memilih penulisan jurnal yang benar-benar menepati kehendak tugasan ini. Di samping itu, saya juga telah berpeluang membuat ulasan atau sinopsis tentang jurnal yang telah ditulis oleh Morris dan Tina dari Oneonta City School District. Proses membuat ulasan ini memerlukan masa yang lebih lama kerana saya perlu membaca secara teliti, memahami dan membuat rujukan yang lebih. Hal ini telah mengajar saya untuk membuat pembacaan ilmiah yang lebih berkesan sebagai salah satu langkah persediaan untuk menyediakan kajian tindakan pada semester akan datang. Tambahan juga, saya berkesempatan untuk bekerjasama bersama rakan sebaya dalam proses membuat tugasan ini semasa bertukar-tukar pandangan tentang jurnal yang telah dibaca untuk menambahkan lagi pemahaman. Hal ini membantu saya untuk belajar menerima dan memahami setiap pandangan dan persepsi orang lain. Proses berdiskusi dan bekerjasama seperti ini sangat bagus dalam membentuk keperibadian seorang bakal guru kerana melibatkan komunikasi secara sihat melalui proses bertukar pendapat dan menjana idea. Perkara ini dapat melahirkan guru pelatih yang boleh bertolak ansur dan bersedia menerima pandangan dan kritikan orang lain sesungguhnya pandangan serta kritikan yang membina dapat membantu memajukan diri seseorang individu.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang timbul sepanjang tugasan ini dijalankan terutamanya masalah untuk memilih jurnal yang bersesuaian. Hal ini kerana saya mengambil masa yang agak lama untuk meneliti setiap isi kandungan jurnal dan betul-betul memahami penulisan jurnal tersebut. Setelah membuat pembacaan demi pembacaan, saya terpaksa mengenepikan beberapa jurnal kerana isi kandungannya kurang menepati kehendak soalan tugasan, hal ini menyebabkan saya terpaksa mencari semula beberapa jurnal yang dirasakan bersesuaian dengan tajuk soalan. Selain menghadapi masalah di atas, saya turut menghadapi masalah ketika menyelesaikan soalan tugasan yang ketiga iaitu membina instrumen penilaian yang bersesuaian dengan matapelajaran PSV yang merangkumi empat bidang menggambar, membentuk dan membuat binaan, membuat corak dan rekaan serta mengenal kraf tradisional. Membina instrumen yang bersesuaian untuk keempat-empat bidang ini sangat sukar dilakukan kerana bidang-bidang tersebut mempunyai aspek penilaian yang tidak sama. Hal ini menyebabkan saya terpaksa merangka dan membina instrumen yang bersesuaian berkali-kali supaya memperoleh instrumen penilaian yang betul-betul dapat digunapakai untuk menilai keempat-empat bidang tersebut. Kesimpulannya, saya merasakan bahawa tugasan ini sangat banyak membantu saya dalam memahami intipati pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah di samping memberikan pengalaman baru kepada saya dalam memahami penyediaan portfolio mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Sekian, terima kasih.