REFLEKSI

3
REFLEKSI PERKHEMAHAN Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di Institut Pendidikan Darul Aman. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sepanjang saya berada disana. Disana saya dapat mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam hal membuat gajet. Kami telah membahagikan ahli-ahli pengakap kepada beberapa kumpulan dan membuat rak kasut dan gerbang pintu. Seronok rasanya dapat mempraktikkan ilmu ikatan dan simpulan di sana. Disana saya belajar tentang erti semangat berpasukan. Jika kami tidak bekerjasama tidak mungkin kami dapat hidup dengan aman dan selesa disana. Kami membahagikan tugas dengan adil dan kami melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh amanah sekali. Aktiviti yang amat mencabar saya sekali ialah aktivti memanjat gunung untuk masuk ke gua. Letih sekali rasanya kerana kami terpaksa mendaki bukit yang begitu curang sekali dan trak laluannya adalah panjang. Memasuki gua ialah satu pengalam yang amat bermakna sekali ini kerana ini adalah pengalaman pertama saya memasuki gua. Sungguh indah ciptaan Allah dan ini membautkan saya rasa bersyukur sekali. Tidak cukup dengan itu, aktiviti didalam gua adalah amat terkesan sekali di hati saya. Ini kerana dengan keadaan gua yang amat gelap kami diarahkan untuk bertafakur dan mengingati kesalahan kami, menginsafi diri. Sungguh kecil rasanya diri ini

description

REFLEKSI

Transcript of REFLEKSI

Page 1: REFLEKSI

REFLEKSI PERKHEMAHAN

Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di Institut

Pendidikan Darul Aman. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan

sepanjang saya berada disana. Disana saya dapat mempraktikkan ilmu yang telah

diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam hal membuat gajet. Kami telah

membahagikan ahli-ahli pengakap kepada beberapa kumpulan dan membuat rak

kasut dan gerbang pintu. Seronok rasanya dapat mempraktikkan ilmu ikatan dan

simpulan di sana.

Disana saya belajar tentang erti semangat berpasukan. Jika kami tidak

bekerjasama tidak mungkin kami dapat hidup dengan aman dan selesa disana.

Kami membahagikan tugas dengan adil dan kami melaksanakan tugas yang

diberikan dengan penuh amanah sekali.

Aktiviti yang amat mencabar saya sekali ialah aktivti memanjat gunung untuk

masuk ke gua. Letih sekali rasanya kerana kami terpaksa mendaki bukit yang begitu

curang sekali dan trak laluannya adalah panjang. Memasuki gua ialah satu

pengalam yang amat bermakna sekali ini kerana ini adalah pengalaman pertama

saya memasuki gua. Sungguh indah ciptaan Allah dan ini membautkan saya rasa

bersyukur sekali. Tidak cukup dengan itu, aktiviti didalam gua adalah amat terkesan

sekali di hati saya. Ini kerana dengan keadaan gua yang amat gelap kami diarahkan

untuk bertafakur dan mengingati kesalahan kami, menginsafi diri. Sungguh kecil

rasanya diri ini berbanding tuhan pencipta sekalian alam ini. Ianya amat

menginsafkan saya.

Pada malam terakhir aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti malam kebudayaan.

Malam kebudayaan ini boleh dianggap sebagai acara kemuncak bagi Perkhemahan

Unit Beruniform kali ini. Majlis kami pada malam itu dihadiri oleh semua unit

beruniform dan pensyarah pembimbing. Majlis kami pada malam itu dirasmikan

dengan gemilangnya oleh Pengarah Institut Pendidikan Guru kami iaitu Tuan Haji

Hashim bin Deraman.

Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik sebelum upacara perasmian ini. Kami

dikehendaki mereka tepukan semangat bagi setiap kumpulan. Ianya akan

Page 2: REFLEKSI

menambahkan lagi kehangatan majlis pada malam itu. Semasa perarakan masuk

Pengarah kedalam dewan, pengarah diberi peluang untuk mencuba pelbagai tarian,

simbolik kepada malam kebudayaan.

Tema pada pada malam itu adalah bebas tetapi hendaklah mempunyai unsur-unsur

alam sesuai dengan tempat perkhemahan kami. Terdapat 5 kumpulan yang

membuat persembahan pada malam itu. Persembahan yang pertama ialah daripada

unit beruniform Puteri Islam. Sesungguhnya persembahan mereka pada malam itu

sungguh memberikan pengajaran yang berguna kepada semua guru pelatih. Apa

yang ingin mereka sampaikan disini ialah tidak semestinya apabila seseorang

menjadi jahat mereka akan menjadi jahat untuk selamanya.

Persembahan yang lain pula ialah dari kumpulan pengakap dengan dikir yang

sangat kreatif dan menghiburkan hati. Walaupun berunsurkan hiburan tetapi

terdapat pelbagai mesej yang ingin disampaikan oleh mereka terutamanya hal-hal

yang berkaitan moral.

Seterusnya, guru pelatih disajikan dengan sedikit lakonan dan tarian yang sungguh

indah dan mengasyikkan oleh unit Pandu Puteri. Tarian yang lemah gemalai dan

tidak ada kecacatan langsung amat mengasyikkan para guru pelatih.

Kadet Remaja Sekolah dan juga PBSM pula tampil dengan lakonan yang memberi

banyak pengajaran kepada semua tetapi dibuat dalam suasana yang cukup santai

dan menghiburkan. Kesimpulannya, kesemua guru pelatih dapat menghiburkan diri

disamping mengambil banyak pengajaran daripada persembahan-persembahan

oleh unit-unit beruniform.

Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti

perkhemahan ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti

perkhemahan ini. Bertolak ansur, memupuk sifat sabar, setiakawan, bekerjasama

dan bekerjasama antara ahli pasukan ialah perkara yang saya dapat disini dan saya

percaya ianya tidak boleh dijual beli. InsyaAllah saya akan gunakan ia untuk menjadi

insan yang lebih baik dimasa hadapan dan juga guru yang cemerlang.