REFLEKSI

download REFLEKSI

of 1

description

file

Transcript of REFLEKSI

REFLEKSI

REFLEKSI

Setelah dua minggu saya berada di sekolah penandaarasan, saya rasa bertuah kerana dapat peluang mempelajari gaya kepimpinan dan pengurusan yang ditunjukkan oleh guru besar SK. Wawasan. Antara gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru besar adalah seperti kepimpinan tranformasi dan kepimpinan instruksional. Manakala pendekatan yang diguanakan adalah demokratik dan autokratik. Guru besar menunjukkan gaya kepimpinan dalam setiap langkah yang dilaluinya. Dengan berpegang kepada prinsip kepimpinan melalui teladan dan budi bicara guru besar telah berjaya membawa organisasi sekolah mencapai banyak kecemerlangan terutama dalam bidang kokurikulum. Hal ini sesuai dengan pendapat Nawawi(1985) yang mengemukakan bahawa kepimpinan yang berkesan adalah proses mempengaruhi, meggerakkan, memberikan motivasi dan mengarahkan orang-orang yang ada dalam organisasi pendidikan untuk mencapai matlamat organisasi tersebut. Begitu juga Kepimpinan dan pengorganisasion yang baik dan teratur di sesebuah sekolah boleh memberikan kesan yang baik terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar (Yahaya et. Al., 2007)

Program LINUS merupakan sebuah program pendidikan di dalam bidang keberhasilan utama Nasional (NKRA). LINUS yang bermaksud Literacy and Numeracy Screening merupakan sebuah program pemulihan yang direka untuk memastikan murid yang kurang menguasai kemahiran literasi dan numerasi dapat mencapai standard penguasaan kemahiran asas yang kukuh pada 3 tahun awal persekolahan. Di mana kohort program LINUS dijangkakan akan mencapai sasaran 100% pada tahun 2012(kecuali murid berkeperluan khas) yang mensasarkan murid ini menguasai minima 500 perkataan dan ayat mudah manakala tahun 2 menguasai ayat mudah dan majmuk dengan kata hubung serta minima 800 perkataan yang mudah dan bagi tahun ketiga pula minima 1000 perkataan mudah serta ayat mudan dan majmuk dengan kata hubung dengan perenggan pendek. Bagi menyahut sasaran kementerian, maka Program Mentor Mentee telah dirancang khas oleh penyelaras LINUS, SK. Wawasan.