Refleksi Amali Pj Pergerakan Asas

2
REFLEKSI AMALI PJ PERGERAKAN ASAS Syukur ke hadratNya berjaya juga saya menyiapkan tugasan amali pergerakan asas yang telah diberikan oleh pensyarah. Segalanya bermula dengan penerangan oleh pensyarah mengenai tugasan ini. Dalam pemilihan cabutan alatan yang saya perlu gunakan, saya telah mendapat alatan kayu untuk digunakan dalam tugasan ini. Walaupun pada mulanya saya berpendapat bahawa alatan kayu ini agak sukar untuk digunakan, tapi saya menguatkan semangat untuk mencuba. Dalam salah satu kelas pendidikan jasmani, saya dan rakan-rakan yang lain yang turut menggunakan kayu bersama-sama berfikir bagaimana cara untuk menggunakan kayu tersebut bagi digunakan di dalam pergerakan kami. Pelbagai cara untuk menggunakan telah kami usahakan, namun ada diantara semua itu kami tidak gunakan kerana ia akan merbahayakan kami dan rakan-rakan kami. Ia memang menyeronokkan dan mencabar untuk kami memikirkan pergerakan yang mudah dan sesuai digunakan di dalam pergerakan asas ini bersama-sama kayu tersebut. Bagi memikirkan 20 pergerakan yang melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor bukan semudah yang di sangka. Pergerakan yang ingin saya gunakan tak begitu sesuai untuk digunakan alatan. Jadi ia agak merumitkan saya untuk memilih mana-mana satu pergerakan yang telah diberikan. Setelah semua pergerakan dipilih, saya mengambil langkah seterusnya untuk menyiapkan tugasan ini. Gambar-gambar pergerakan diambil untuk dimasukkan ke dalam tugasan. Ia agak sukar pada masa ini kerana alatan yang saya gunakan agak merbahaya. Rakan-rakan lain didapati agak menghalang saya membuat dahulu kerana bimbang akan keselamatan diri mereka. Jadi saya terpaksa memberi ruang kepada mereka dengan membantu mereka terlebih dahulu dalam mengambil gambar kemudian apabila mereka selesai barulah saya meneruskan tugasan saya.

Transcript of Refleksi Amali Pj Pergerakan Asas

Page 1: Refleksi Amali Pj Pergerakan Asas

REFLEKSI AMALI PJ PERGERAKAN ASAS

Syukur ke hadratNya berjaya juga saya menyiapkan tugasan amali pergerakan asas

yang telah diberikan oleh pensyarah. Segalanya bermula dengan penerangan oleh

pensyarah mengenai tugasan ini. Dalam pemilihan cabutan alatan yang saya perlu gunakan,

saya telah mendapat alatan kayu untuk digunakan dalam tugasan ini. Walaupun pada

mulanya saya berpendapat bahawa alatan kayu ini agak sukar untuk digunakan, tapi saya

menguatkan semangat untuk mencuba.

Dalam salah satu kelas pendidikan jasmani, saya dan rakan-rakan yang lain yang

turut menggunakan kayu bersama-sama berfikir bagaimana cara untuk menggunakan kayu

tersebut bagi digunakan di dalam pergerakan kami. Pelbagai cara untuk menggunakan telah

kami usahakan, namun ada diantara semua itu kami tidak gunakan kerana ia akan

merbahayakan kami dan rakan-rakan kami. Ia memang menyeronokkan dan mencabar

untuk kami memikirkan pergerakan yang mudah dan sesuai digunakan di dalam pergerakan

asas ini bersama-sama kayu tersebut.

Bagi memikirkan 20 pergerakan yang melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan

lokomotor bukan semudah yang di sangka. Pergerakan yang ingin saya gunakan tak begitu

sesuai untuk digunakan alatan. Jadi ia agak merumitkan saya untuk memilih mana-mana

satu pergerakan yang telah diberikan.

Setelah semua pergerakan dipilih, saya mengambil langkah seterusnya untuk

menyiapkan tugasan ini. Gambar-gambar pergerakan diambil untuk dimasukkan ke dalam

tugasan. Ia agak sukar pada masa ini kerana alatan yang saya gunakan agak merbahaya.

Rakan-rakan lain didapati agak menghalang saya membuat dahulu kerana bimbang akan

keselamatan diri mereka. Jadi saya terpaksa memberi ruang kepada mereka dengan

membantu mereka terlebih dahulu dalam mengambil gambar kemudian apabila mereka

selesai barulah saya meneruskan tugasan saya.

Page 2: Refleksi Amali Pj Pergerakan Asas

Gambar-gambar yang telah diambil kemudiannya disusun mengikut urutan

pergerakan yang telah dipilih. Masa ini agak sukar kerana ada diantara gambar-gambar

tersebut yang tidak boleh digunakan kerana kabur atau senget. Jadi saya terpaksa mengedit

gambar tersebut atau mengambil balik gambar tersebut.

Setelah semuanya disusun dengan rapi dan betul, saya teruskan tugasan saya

dengan memasukkan maklumat mengenai pergerakan yang akan saya lakukan. Maklumat-

maklumat ini haruslah tepat bagi membolehkan para pensyarah memahami bentuk

pergerakan yang akan saya lakukan.

Setelah tugasan ini siap dan diterima oleh pensyarah, saya dan rakan-rakan

memulakan latihan untuk membiasakan diri kami dengan pergerakan yang telah kami pilih.

Dua puluh pergerakan yang melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor tidak

begitu sukar untuk dihafal, cuma agak sukar dilaksanakan sepenuhnya seperti yang tertulis

kerana ada diantaranya agak sukar.

Apabila ujian sebenar dijalankan, saya cuba lakukan yang terbaik. Semoga tugasan

saya ini diterima oleh para pensyarah. Semoga amali ini membantu saya pada masa

hadapan sebagai seorang guru di sekolah kelak. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan

segala yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.

MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI

2 PISMP PK(BM)/PJ/BI

AMBILAN JANUARI 2010

NO I/C : 901018-11-5091

NO TEL : 019-4706223