Refleksi bib

3
Refleksi. Dengan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi, hati ini berasa tenang dan puas kerana dapat melaksanakan tugasan ini. Banyak halangan yang dihadapi semasa menyiapkan tugas ini. Berkat kerjasama dan persefahaman dengan rakan sekelas, semua masalah dapat diselesaikan dan diatasi dengan sebaik mungkin. Baru saya sedar, rupanya kebaikan atau manfaat yang diterima lebih banyak berbanding dengan masalah yang dihadapi. Semasa menjalankan proses pencarian maklumat, terdapat beberapa halangan yang menyebabkan proses ini terbantut. Halangan yang sukar dihadapi adalah kekurangan maklumat dan buku. Selain melayari internet, saya juga bertanya dengan rakan-rakan sama ada yang sekelas dengan saya ataupun kelas lain. Hasilnya, ada juga rakan yang meng e-mail bahan kepada saya. Mereka telah memberi maklumat yang diperlukan dan menerangkan cara menghasilkan kerja kursus ini. Selain itu juga, penerimaan kerja yang mendadak telah menggangu proses penyediaan. Sebagai seorang pelajar, sudah menjadi lumrah mendapat kerja, tetapi komitmen yang lebih besar terhadap sekolah dan keluarga menyebabkan komitmen terhadap kerja ini terganggu. Sebagai guru kelas tahun satu, waktu awal tahunlah masa paling sibuk bagi saya. Walau bagaimanapun, saya amat bersyukur kerana semua halangan dapat diatasi dan kerja kursus ini berjaya juga disiapkan dengan bantuan pensyarah dan rakan-rakan sekelas.. Halangan yang paling hebat ialah masalah internet. Saya terpaksa download dan unload bahan lebih daripada sepuluh kali, barulah berjaya. Walau bagaimanapun, pembinaan schoology amat baik dipraktikkan terutama untuk kelompok pelajar. Kita mudah bertukar-tukar fikiran dan masalah. Bahan juga boleh dikongsi bersama. Saya amat berterima kasih kepada Encik Abdullah yang telah memperkenalkannya, insyaallah, saya akan cuba praktikkannya di sekolah

Transcript of Refleksi bib

Page 1: Refleksi bib

Refleksi.

Dengan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi, hati ini berasa

tenang dan puas kerana dapat melaksanakan tugasan ini. Banyak halangan

yang dihadapi semasa menyiapkan tugas ini. Berkat kerjasama dan

persefahaman dengan rakan sekelas, semua masalah dapat diselesaikan

dan diatasi dengan sebaik mungkin. Baru saya sedar, rupanya kebaikan atau

manfaat yang diterima lebih banyak berbanding dengan masalah yang

dihadapi. Semasa menjalankan proses pencarian maklumat, terdapat

beberapa halangan yang menyebabkan proses ini terbantut.

Halangan yang sukar dihadapi adalah kekurangan maklumat dan

buku. Selain melayari internet, saya juga bertanya dengan rakan-rakan sama

ada yang sekelas dengan saya ataupun kelas lain. Hasilnya, ada juga rakan

yang meng e-mail bahan kepada saya. Mereka telah memberi maklumat

yang diperlukan dan menerangkan cara menghasilkan kerja kursus ini.

Selain itu juga, penerimaan kerja yang mendadak telah menggangu

proses penyediaan. Sebagai seorang pelajar, sudah menjadi lumrah

mendapat kerja, tetapi komitmen yang lebih besar terhadap sekolah dan

keluarga menyebabkan komitmen terhadap kerja ini terganggu. Sebagai guru

kelas tahun satu, waktu awal tahunlah masa paling sibuk bagi saya. Walau

bagaimanapun, saya amat bersyukur kerana semua halangan dapat diatasi

dan kerja kursus ini berjaya juga disiapkan dengan bantuan pensyarah dan

rakan-rakan sekelas..

Halangan yang paling hebat ialah masalah internet. Saya terpaksa

download dan unload bahan lebih daripada sepuluh kali, barulah berjaya.

Walau bagaimanapun, pembinaan schoology amat baik dipraktikkan

terutama untuk kelompok pelajar. Kita mudah bertukar-tukar fikiran dan

masalah. Bahan juga boleh dikongsi bersama. Saya amat berterima kasih

kepada Encik Abdullah yang telah memperkenalkannya, insyaallah, saya

akan cuba praktikkannya di sekolah

Page 2: Refleksi bib

2.0 Bibliografi.

Buku

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat.1997.Pengajian Melayu 1. Petaling Jaya, Selangor: Longman.

Che Ibrahim Hj. Salleh. 2006.Tatabahasa Melayu. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Juriah Long, Raminah Hj Sabran, Sofia Hamid. 1990. Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Kamaruddin Hj Husin. 1988. Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya. Longman Malaysia Sdn Bhd.

Khairuddin mohamad , 2011.Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam, Selangor: penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd

Kementerian Pelajaran Malaysia.2012. Buku Panduan Guru Tahun 3. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Kurikulum Standard Sekolah Rendaah Bahasa Malaysia Tahun 3. Bahagian Perkembaangan Kurikulum.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. 1995. Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laman Sesawang:

http://www.crunchbase.com/company/schoology Diakses pada 14 februari 2013

http://en.wikipedia.org/wiki/Schoology Diakses pada 14 februari 2013

Page 3: Refleksi bib