Refleksi Big

6
NAMA: VIVIAN WONG SHIEH YING NO. I/C: 941113-04-5518 REFLEKSI KHIDMAT MASYARAKAT Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaan dan nikmat-Nya, kami kumpulan PISMP Reka Bentuk dan Teknologi Semester Tiga telah berjaya mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) fasa 3 pada 30 Januari 2015 bersamaan pada hari khamis yang bertempat di sekeliling kawasan IPG Kampus Tun Hussein Onn. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menyokong program membersihkan dan mengindahkan sekeliling kawasan IPG Kampus Tun Hussein Onn supaya menjadi sebuah institusi yang selesa serta cantik diduduki oleh setiap guru pelatih dan pensyarah sepanjang pembelajaran bagi meringankan beban mereka. Di samping itu, program ini juga dapat memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Sepanjang program ini, saya telah mendapati pelbagai pengalaman dan pengetahuan umum dalam usaha menjayakan program ini. Pengalaman dan pengetahuan yang telah saya dapat adalah bermula daripada kami membuat perancangan awal iaitu lokasi untuk melaksanakan program BIG dan pembahagian tugasan yang diberi. Kami memilih lokasi di IPG sendiri kerana kami berpendapat bahawa berbakti di dalam IPG sendiri adalah satu permulaan yang baik sebelum berbakti di luar kawasan IPG. Hal ini telah mengajar saya supaya kita harus menghargai IPG kita sendiri. Tambahan pula, kami juga berpeluang untuk memupuk semangat berpasukan dan bertanggungjawab serta mengeratkan

description

refleksi

Transcript of Refleksi Big

NAMA: VIVIAN WONG SHIEH YING NO. I/C: 941113-04-5518 REFLEKSI KHIDMAT MASYARAKATBersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaan dan nikmat-Nya, kami kumpulan PISMP Reka Bentuk dan Teknologi Semester Tiga telah berjaya mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) fasa 3 pada 30 Januari 2015 bersamaan pada hari khamis yang bertempat di sekeliling kawasan IPG Kampus Tun Hussein Onn. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menyokong program membersihkan dan mengindahkan sekeliling kawasan IPG Kampus Tun Hussein Onn supaya menjadi sebuah institusi yang selesa serta cantik diduduki oleh setiap guru pelatih dan pensyarah sepanjang pembelajaran bagi meringankan beban mereka. Di samping itu, program ini juga dapat memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Sepanjang program ini, saya telah mendapati pelbagai pengalaman dan pengetahuan umum dalam usaha menjayakan program ini. Pengalaman dan pengetahuan yang telah saya dapat adalah bermula daripada kami membuat perancangan awal iaitu lokasi untuk melaksanakan program BIG dan pembahagian tugasan yang diberi. Kami memilih lokasi di IPG sendiri kerana kami berpendapat bahawa berbakti di dalam IPG sendiri adalah satu permulaan yang baik sebelum berbakti di luar kawasan IPG. Hal ini telah mengajar saya supaya kita harus menghargai IPG kita sendiri. Tambahan pula, kami juga berpeluang untuk memupuk semangat berpasukan dan bertanggungjawab serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan guru pelatih dan pensyarah.Dalam program ini, saya mendapati segala ilmu yang telah pelajari pada semester lepas dalam matapelajaran pertanian telah banyak membantu saya dalam menjalankan program ini. Dengan semua ilmu yang saya dapati tersebut bukan sahaja dapat mempermudahkan kerja-kerja saya semasa menanam pokok bunga, mencampur medium bagi penanaman, pemasuan semula pokok-pokok yang tidak lagi muat dalam pasu yang kecil tersebut serta mencantas ranting-ranting yang terkeluar daripada pokok bunga, malah saya juga berpeluang untuk mengongsi ilmu pengetahuan saya dengan rakan-rakan lain yang daripada opsyen sejarah serta pemulihan.Selain itu, saya juga menghadapi kekangan semasa menggunakan kereta sorong untuk memindah medium-medium penanaman serta pasu yang telah kami siap menyediakan ke destinasi yang ditetapkan. Bukan senang bagi kami sekumpulan gadis untuk memindahkan pasu bunga yang besar tersebut ke dalam kereta serong lagipun dikehendaki untuk memindahkan pasu bunga serta medium penanaman dari Nursery hingga ke kawasan balai ilmu. Terdapat beberapa kali saya dan rakan-rakan yang lain nyaris jatuhkan pasu bunga di dalam kereta serong dalam perjalanan ke kawasan balai ilmu. Walaubagaimanapun, dengan sikap bertanggungjawab serta tabah saya berjaya untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini.Di samping itu, saya juga mendapati kelemahan saya iaitu saya kurang membuat senaman dan ini telah menyebabkan saya mudah berasa letih dan tidak bertenaga untuk teruskan kerja-kerja memindahkan pasu bunga serta medium penanaman yang memerlukan tenaga yang secukupnya. Dengan ini, saya akan mengubah kelemahan ini dengan mula membuat senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya saya dapat melatih tenaga tubuh badan saya. Melalui program ini, saya mendapati sikap bekerjasama amat penting untuk diamalkan oleh setiap individu dalam kehidupan seharian. Manusia tidak dapat hidup berseorangan, jadi kami perlu menguasai sikap bekerjasama dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bincang dengan kawan atau ahli keluarga. Kesimpulannya, program BIG pada kali ini telah mencapai objektif utamanya iaitu untuk memberi sumbangan kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn secara berterusan dengan membersihkan serta menghiaskan sekitar kawasan IPTHO. Di samping itu, kami juga berjaya mencapai objektif program ini dengan memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Segala kebaikan semasa program ini dijalankan harus diambil kira supaya dapat memastikan program yang seterusnya dapat dijalankan secara lancar seperti program pada kali ini.

REFLEKSI BENGKEL PEMBENTUKAN PERIBADI & ETIKETPada 25 Februari yang lepas, saya telah menghadiri satu bengkel yang bertajuk Pembentukan Peribadi & Etiket yang bertempat di Balai Ilmu IPG Kampus Tun Hussein Onn. Bengkel ini telah dihadiri oleh semua pelajar PISMP semester 3 dan bengkel ini diberikan oleh Puan Jaimah. Ceramah ini telah memberikan impak positif yang besar dalam diri saya sebagai seorang bakal guru yang senantiasa beretika sosial, berinsan seimbang dan bertanggungjawab. Selama mengikuti bengkel ini, begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dalam bengkel ini, saya didedahkan dengan input-input cara pengendalian majlis, cara beradaptasi dengan orang, tatatertib pakaian serta cara makan dan mengambil makanan. Sebagai seorang bakal guru, saya dipertanggungjawab untuk memahami serta mempraktikan kesemua protokol dan etiket ini disebabkan guru merupakan role model bagi murid-murid di sekolah. Dengan ini, murid-murid di sekolah sering akan mencontohi segala perbuatan guru kerana masa berhubungan antara murid dan guru adalah paling panjang. Seperti yang dikatakan oleh Puan Jamiah Kalau meja dan kerusi rosak dapat dibaiki, tetapi menjadi murid yang jahat susah diubah, jadi saya tidak membazirkan peluang yang begitu baik ini untuk mempelajari protokol dan etiket.Bengkel ini telah memberikan saya impak positif yang besar dalam diri saya sebagai seorang bakal guru dalam etiket sosial dan protokol yang merangkumi pelbagai aspek, contohnya perbualan sosial. Antara kekuatan yang saya dapati ialah semasa Puan Jaimah bincang tentang tertib perbualan sosial, aspek-aspek yang disebutkan oleh beliau telah ditepati oleh saya semasa saya melakukan perbualan dengan pihak yang lain. Sebagai contohnya, dalam perbualan saya dengan pihak yang lain saya sering bergaul tentang perkara-perkara yang diminati oleh kedua-dua pihak, sentiasa memandang ke arah pihak tersebut dan mendengar mesej yang disampaikan oleh pihak tersebut dengan teliti. Walaupun dengan memiliki kekuatan dalam perbualan sosial ini namun saya juga akan terus memajukan diri lagi supaya menjadi seorang guru yang berkelakuan baik.Apabila adanya kekuatan sudah pasti ada juga kelemahan. Antara kelemahan yang saya dapati ialah saya kurang pengetahuan dalam pengendalian majlis. Saya mengetahui sebagai seorang bakal guru, saya mesti akan diamanahkan untuk mengendalikan sesebuah majlis semasa berada di sekolah. Oleh itu, saya menumpukan sepenuh perhatian semasa Puan Jaimah menerangkan tentang cara mengendalikan sesebuah majlis supaya saya dapat memperolehi ilmu-ilmu penting ini dan dapat digunakan pada masa kelak.Tambahan pula, saya menghadapi masalah semasa bengkel ini dijalankan sehingga ke sesi pertengahan bengkel ini. Saya mula berasa letih dan sering menguak ini disebabkan pada pagi tersebut saya telah menghadiri banyak kuliah yang banyak menggunakan tenaga dan minda saya. Jadi saya telah membasuhkan muka saya untuk mengurangkan keletihan saya dan memberikan kesegaran pada diri saya supaya saya dapat terus menumpukkan perhatian dalam bengkel ini.Sesungguhnya, Program Bengkel Pembentukan Peribadi dan Etiket BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menambah pengetahuan saya sendiri baik dari segi tatatertib di meja makan, mengendali majlis rasmi dan etika semasa berpakaian. Segala pengetahuan serta ilmu yang saya peroleh ini dapat meningkatkan lagi keperibadian serta personaliti sebagai seorang guru yang berwibawa dan mampu memberi contoh yang terbaik kepada masyarakat sekeliling.Kesimpulannya, Bengkel Pembentukan Peribadi dan Etiket BIG ini telah membantu saya menyediakan diri sebagai seorang bakal guru yang mengetahui dan memahami segala protokol-protokol yang mesti dipatuhi dalam majlis-majlis yang tertentu dan saya juga akan menggunakan segala ilmu yang didapati ini dengan sebaik-baiknya.