Refleksi Big

19
BINA INSAN GURU FASA 1 (2012) IPG KAMPUS PULAU PINANG PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG ) NORHASHIMAH BT CHE EMBI 660707-08-6332 KELAS BMM (B) PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 TAJUK : PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TARIKH : 5 OKTOBER HINGGA 7 OKTOBER 2012 TEMPAT : SK SAUJANA INDAH 14300 NIBONG TEBAL SPS

description

LAPORAN

Transcript of Refleksi Big

Page 1: Refleksi Big

BINA INSAN GURU FASA 1 (2012)

IPG KAMPUS PULAU PINANGPROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG )

NORHASHIMAH BT CHE EMBI660707-08-6332KELAS BMM (B)

PPG AMBILAN FEBRUARI 2012

TAJUK : PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

TARIKH : 5 OKTOBER HINGGA 7 OKTOBER 2012

TEMPAT : SK SAUJANA INDAH

14300 NIBONG TEBAL

SPS

NAMA PENSYARAH PEMANTAU

EN BARCHAN SINGH A/L HARBANT SINGH

ISI KANDUNGAN

Page 2: Refleksi Big

BINA INSAN GURU FASA 1 (2012)

Bil Perkara Muka surat

1 Pendahuluan 1

2 Refleksi aktiviti perkhemahan 2 – 3

3 Refleksi aktiviti ice-breaking 4 – 5

4 Refleksi aktiviti senaman pagi 6

5 Refleksi keseluruhan 7 – 8

6 Lampiran

a. Minit mesyuarat

b. Gambar kenangan

c. Bahan-bahan semasa ice-breaking

d. Gambar kenangan

e. Salinan CD

PENDAHULUAN

Page 3: Refleksi Big

BINA INSAN GURU FASA 1 (2012)

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan kesyukuran dan terima kasih

saya kepada Allah swt kerana telah melindungi saya dan semua yang terlibat

dengan Program Bina Insan Guru ( BIG ) pada kali ini sehingga kami dapat

menempuhi segalanya dengan Berjaya sekali. Saya juga turut merakamkan

ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung dalam pelaksanaan program ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari

semua pihak sudah tentu program ini gagal dilaksanakan dengan sempurna.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih khas kepada pensyarah

pemantau, iaitu En Barchan Singh a/l Harbant Singh yang telah memberi

bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dalam melaksanakan program ini. Segala

nasihat dan teguran saya terima dengan hati terbuka dan optimis. Saya akan

memanfaatkan semua ilmu yang saya dapat semasa bersama beliau dengan

sebaik mungkin.

Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan di atas segala kesilapan dan

kekurangan sepanjang program ini berlangsung. Sebagai manusia biasa, kita

tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Anggaplah semua itu adalah

kelemahan diri saya sendiri.

Melalui BIG ini saya telah mendapat pelbagai pengalaman. Saya berharap

dapat memanfaatkan pengalaman yang saya dapat ini dengan baik dalam

kehidupan saya selepas ini. Saya akan melengkapkan diri saya dengan pelbagai

ilmu supaya dapat melahirkan anak-anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan

terbilang kelak.

Sekian, terima kasih.

Page 4: Refleksi Big

BINA INSAN GURU FASA 1 (2012)

1

REFLEKSI AKTIVITI PEMASANGAN KHEMAH

Aktiviti dijalankan pada pukul enam petang selepas sesi pendaftaran dan

taklimat. Taklimat diberikan oleh penyelaras program. Peserta diagihkan kepada

tujuh kumpulan untuk aktiviti dan sebelas kumpulan khemah. Lima khemah

disediakan untuk peserta perempuan dan tujuh khemah untuk peserta lelaki.

Setiap khemah boleh memuatkan seramai enam orang.

Aktiviti pemasangan khemah dibantu oleh guru-guru yang bertugas pada

petang itu. Melalui aktiviti ini, saya dapat melihat kerjasama yang ditunjukkan

oleh semua peserta. Ada juga peserta yang tidak pernah melalui aktiviti

perkhemahan ini. Jadi mereka dibantu oleh peserta yang lebih mahir. Pelbagai

insiden menarik yang berlaku semasa aktiviti ini, antaranya ialah ada kumpulan

yang berlumba untuk menyiapkan pemasangan khemah kerana begitu teruja dan

tidak sabar-sabar untuk tidur di dalam khemah.

Sebenarnya aktiviti pemasangan khemah ini dapat melatih diri supaya

bersabar dan mencuba sesuatu pengalaman yang baru. Tidak dapat dinafikan

ada antara peserta yang kurang sabar hingga menyebabkan ahli yang lain naik

angin. Ada juga peserta yang suka menunjuk lagak. Perkara begini tidak elok

diamalkan kerana ianya akan mengundang permusuhan. Bagi peserta yang

melalui pengalaman pertama, pelbagai riak muka dapat dilihat. Ada yang

menunjukkan wajah keriangan, tidak kurang juga ada wajah-wajah kerisauan. Ada

juga ibu bapa yang dating meninjau aktiviti anak-anak mereka. Maklumlah hendak

bermalam di dalam khemah, di tengah padang pula. Tentulah kerisauan tetap

ada. Tetapi semua peserta sentiasa dalam pengawasan guru-guru.

Setiap kumpulan khemah mempunyai seorang ketua yang mana segala

informasi akan disampaikan oleh penyelaras kepada ketua khemah. Mereka

mestilah memastikan setiap ahli khemah sentiasa mematuhi peraturan

perkhemahan dan sentiasa bekerjasama dalam segala perkara. Sikap jujur dan

2

Page 5: Refleksi Big

BINA INSAN GURU FASA 1 (2012)

amanah perlu ada pada setiap ahli khemah untuk memastikan keselamatan

barangan peribadi dan mengelak permusuhan.

Selesai sahaja peserta-peserta mendirikan khemah, semua ketua khemah

diberi taklimat untuk aktiviti pada malam hari. Peserta-peserta lain dikehendaki

membersihkan diri dan bersedia untuk solat maghrib berjamaah. Berlaku sedikit

keadaan kelam kabut kerana peserta berebut-rebut untuk ke bilik air. Bagi peserta

yang pandai mengurus diri, mereka nampak tenang sahaja walaupun masa yang

diberikan amat singkat.

Dapat disimpulkan bahawa kerjasama amat diperlukan semasa sesi

pemasangan khemah. Kredibiliti seorang ketua kumpulan dapat disemai dan

dapat dilihat semasa pengagihan tugas.

Page 6: Refleksi Big

BINA INSAN GURU FASA 1 (2012)

3

REFLEKSI AKTIVITI ICE-BREAKING

Aktiviti ice-breaking diadakan selepas semua peserta selesai menjamah

makan malam. Semua peserta berada di dewan dalam kumpulan masing-masing.

Sesi ice-breaking dimulakan dengan taklimat yang diberikan oleh Penolong Kanan

Kokurikulum. Peserta diberikan nasihat dan beberapa teguran terutamanya

mengenai disiplin. Ini adalah kerana ada peserta yang tidak berdisiplin semasa

makan malam sehingga menimbulkan suasana yang agak bising.

Sesi ice-breaking dikendalikan oleh Cik Priya dan Puan Rosliza. Ada

beberapa aktiviti dijalankan. Antaranya ialah pembahagian kumpulan mengikut

nombor rahsia dan sesi berita sensasi.

Melalui aktiviti nombor rahsia, semua peserta diberikan satu nombor rahsia

yang ditulis di atas sekeping kertas. Peserta diminta membuat satu bulatan

mengikut nombor yang diberikan. Seorang pembimbing (guru) ditetapkan bagi

setiap kumpulan. Setiap kumpulan melantik seorang ketua yang akan bertindak

sebagai pelapor setelah selesai sesi ice-breaking . Semua ahli kumpulan akan

memperkenalkan diri mereka secara terperinci. Ahli lain akan memberi maklum

balas setelah selesai pusingan ini.

Di sini dapat dilihat kemahiran berkomunikasi peserta, yang mana ada

antara mereka mempunyai kredibiliti sebagai seorang pemimpin. Ada juga ahli

yang memberikan maklumat palsu, mungkin terlalu peribadi. Mereka juga boleh

meluahkan perasaan tidak puas hati di kalangan kawan-kawan mereka. Guru

pembimbing akan menjadi pemudah cara dan member nasihat atau teguran yang

membina supaya mereka dapat membina keyakinan diri.

Sesi ice-breaking yang kedua ialah berita sensasi. Ketua kumpulan akan

diberikan sekeping kertas yang mengandungi satu keratan cerita (rujuk lampiran).

Page 7: Refleksi Big

BINA INSAN GURU FASA 1 (2012)

Ketua kumpulan akan membaca keratan cerita tersebut dalam masa yang

ditetapkan. Keratan cerita tersebut akan diserahkan kembali kepada guru

bertugas. Ketua kumpulan akan menyampaikan cerita kepada orang kedua, orang

kedua akan menyampaikan cerita tersebut kepada orang ketiga dan seterusnya

hingga kepada orang terakhir. Guru akan memanggil ketua kumpulan

membacakan kembali keratan cerita tersebut. Ahli yang terakhir dalam setiap

kumpulan juga dipanggil ke hadapan untuk menceritakan kembali apa yang telah

disampaikan oleh kawan mereka. Pelbagai reaksi dapat dilihat kerana terdapat

beraneka cerita akhirnya, langsung tidak sama dengan cerita asal.

Aktiviti ini dapat menyedarkan peserta bahawa jangan percaya dengan

setiap khabar angin yang bertiup. Segala maklumat perlu ada bukti, bukan terus

percaya segala mesej yang disampaikan dari mulut ke mulut. Guru juga

memberikan beberapa kriteria untuk menilai kesahihan sesuatu cerita,

terutamanya cerita negatif. Jika tersilap maklumat akan menjadi fitnah yang akan

merosakkan perhubungan sesame rakan.

Sesi ice-breaking ini sebenarnya dapat mencungkil potensi diri seseorang

individu. Guru juga dapat membimbing bagaimana sesuatu keputusan itu dapat

dicapai dengan kata sepakat ahli kumpulan. Ianya penting dalam membuat

perancangan sesuatu aktiviti untuk keberhasilan yang optimum. Nilai-nilai murni

dapat dipupuk secara tidak langsung dalam semua sesi.

Page 8: Refleksi Big

BINA INSAN GURU FASA 1 (2012)

5

REFLEKSI AKTIVITI SENAMAN PAGI

Aktiviti senaman pagi dijalankan pada hari kedua perkhemahan pada pukul

645 pagi. Aktiviti ini dikendalikan oleh Puan Asida Othman. Semua peserta

berkumpul di padang untuk aktiviti senamrobik. Walaupun ada peserta yang tidak

cukup tidur, tetapi tetap terpancar wajah keriangan pada setiap peserta.

Sesi ini dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan seterusnya

aktiviti senamrobik dengan iringan muzik. Sebenarnya sesi ini adalah untuk

memberi kecergasan untuk semua peserta yang akan bertolak ke Pantai Keracut

untuk aktiviti jungle tracking.

Semua orang merasa teruja dan gembira apabila menarikan lagu yang

berkumandang bersama gerak senaman yang teratur dan kreatif. Ini

menyedarkan saya bahawa seorang guru yang kreatif akan dapat menarik

perhatian pelajar untuk belajar. Jika guru-guru pun seronok, apatah lagi murid

yang berada pada peringkat sekolah rendah. Semasa mengajar kepelbagaian

cara mengajar amat penting untuk meningkatkan minat pelajar untuk belajar.

Moga pengalaman ini akan memberikan satu inspirasi kepada diri saya

untuk melahirkan idea yang kreatif dan inovatif semasa mengajar.

Page 9: Refleksi Big

BINA INSAN GURU FASA 1 (2012)

6

REFLEKSI KESELURUHAN

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah yang mengurniakan ilmu

kepada hambaNya. selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad

SAW, pembawa rahmat ke sekalian alam. Pada semester 3 ini pelbagai tugsan

baru telah saya terima, salah satu tugasan yang perlu dilakukan ialah membuat

Program Bina Insan Guru Fasa 1.Program Bina Insan Guru merupakan satu

program yang memberi banyak pengalaman dan input yang berguna kepada

saya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti

program ini. Segala input yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan

seharian saya terutama saya sebagai seorang pendidik.

Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada pensyarah pemantau saya

En Anuar bin Yaakob kerana telah memantau dan memberi tunjuk ajar kepada

saya semasa perlaksanaan Program Bina Insan Guru. Pada permulaan

penerimaan tugasan ini ,saya mendapati ianya agak susah kerana kesuntukan

masa dan perbelanjaan untuk membuat sesuatu kem dimana ia melibatkan atau

boleh mengganggu takwim sekolah. Namun kerjasama dari peserta IPG yang lain

banyak membantu saya dalam menjayakan Kem Jati Diri Kelab dan Persatuan.

Program Bina Insan Guru telah saya laksanakan di Sk Sungai Duri

Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Ia telah dilakukan pada hari isnin 22

Oktober 2012 yang melibatkan 90 orang pelajar. Sebelum program ini

Page 10: Refleksi Big

BINA INSAN GURU FASA 1 (2012)

dilaksanakan saya terpaksa merancang terlebih dahulu dengan membuat kertas

kerja, agihan tugasan dan aktiviti kem yang mampu melibatkan perkembangan

psikomotor, kognitif danh afektif pelajar.

Semasa saya menjalankan program ini ia telah banyak mendedahkan

saya kepada alam perkhemahan. Program ini telah diatur dan dirancang dengan

teliti dari pemilihan ahli jawatankuasa sehingga hal-hal yang lebih rumit.

Semuanya diatur dengan begitu sistematik. Selain itu kem ini juga mengajar saya

untuk mengurus masa dengan lebih baik dimana dalam keadaan yang suntuk dan

tidak selesa saya mampu melaksanakan program ini dengan baik.

Saya belajar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti yang telah

ditetapkan dalam jadual. Sebenarnya, tidak sukar melakukan sesuatu dalam

masa yang ditetapkan. Apa yang paling penting adalah azam dan pembahagian

tugas.

kita harus ikhlas dan rela melakukan sesuatu tugasan kerana program ini

dapat membentuk jati diri disamping membina keyakinan diri. Kita juga dapat

menilai potensi diri kita sendiri melalui setiap aktiviti yang kita kendalikan. Kita

harus tunjukkan nilai dan sikap yang baik kepada pelajar supaya kita lebih

dihormati dan dihargai. Kita juga harus kreatif dalam mencuba sesuatu yang baru

kerana pengalaman yang dilalui amat berharga.

Akhirnya, saya akan cuba mengaplikasikan segala pengalaman yang saya

dapat dari program ini dalam setiap sesi pengajaran saya. Saya juga berazam

akan melahirkan seorang anak didik yang cemeerlang bukan sahaja dalam bidang

akademik tetapi juga dalam bidang kokurikulum dan sahsiah. Selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insane yang harmonis dan

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Insyaallah.

Akhir sekali, saya mengucapkan sekali lagi ribuan terima kasih dan

sekalung penghargaan kepada pensyarah subjek ini iaitu Cik Juriah bt Abu Bakar

yang mana setiap interaksi memberi saya pandangan, nasihat ,teguran dan input

yang berkesan dalam pembinaan tugasan ini, begitu juga rakan-rakan kumpulan

saya yang telah bertungkus lumus dalam memberi komitmen untuk menyiapkan

tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan.

Page 11: Refleksi Big

BINA INSAN GURU FASA 1 (2012)

8

Page 12: Refleksi Big

BINA INSAN GURU FASA 1 (2012)

LAMPIRAN

Page 13: Refleksi Big

BINA INSAN GURU FASA 1 (2012)

GAMBAR

Page 14: Refleksi Big

BINA INSAN GURU FASA 1 (2012)

SALINAN CD

KERATAN CERITA

Dalam perjalanan saya ke bandar pagi

semalamdalam hujan yang tidak berapa lebat saya

Nampak sebuah kereta Datsun putih datang dengan

laju dari utara. Kereta itu membelok ke kiri di

persimpangan jalan dan berlanggar dengan sebuah

kereta Toyota merah yang hendak menuju ke selatan.

Sebuah lori tidak sempat berhenti lalu melanggar

Page 15: Refleksi Big

BINA INSAN GURU FASA 1 (2012)

Dalam perjalanan saya ke bandar pagi

semalamdalam hujan yang tidak berapa lebat saya

Nampak sebuah kereta Datsun putih datang dengan

laju dari utara. Kereta itu membelok ke kiri di

persimpangan jalan dan berlanggar dengan sebuah

kereta Toyota merah yang hendak menuju ke selatan.

Sebuah lori tidak sempat berhenti lalu melanggar