Refleksi Diri Sem 3

5
Refleksi diri Pada 30 Mac 2015, saya dan rakan sekelas saya (PPRMT5) seramai 24 orang diiringi oleh Encik Si Tong Yong telah melaksanakan Program Bina Insan Guru dengan menjalani lawatan Benchmarking ke SJK(C) Tukau, Miri. Aktiviti yang kami jalankan semasa lawatan Benchmarking ini merangkumi sesi perbincangan, taklimat, serta aktiviti membersihkan dan menceriakan bilik PIBG. Selain itu, kami juga menyediakan makanan pagi dan makanan tengah hari untuk pengetua dan guru penasihat sekolah ini sebagai tanda ribuan terma kasih kepada mereka yang mengizinkan kami menjalani program BIG ini. Bagi saya, program BIG ini benar-benar telah memberi saya banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan semasa mengajar di sekolah nanti. Saya rasa sangat syukur kerana dapat mengisi diri dengan pelbagai pengalaman baru sepanjang program ini berlangsung dan menganggapnya sebagai persediaan bagi saya pada masa hadapan. Bagi saya, saya berasa kebaikan yang saya peroleh dari lawatan Benchmarking pada kali ini adalah pengagihan tugas yang sistematik sebelum program ini dijalankan. Sudah pasti bahawa setiap aktiviti yang dijalankan memerlukan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pengerusi, naib pengerusi, setiausaha serta bendahari serta biro AJK yang lain seperti AJK Program, AJK Makanan, AJK Kebersihan, AJK Dokumentasi, AJK Keselamatan, AJK Peralatan serta AJK Cenderamata bagi memastikan kelancaran aktiviti. Dengan ini, saya berpeluang menjawat sebagai AJK Kebersihan. Bagi melincinkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, kami telah mengadakan mesyuarat beberapa kali dengan membincangkan perkara-perkara yang harus dititikberatkan seperti aktiviti-aktiviti melukis mural dan mengecat bilik PIBG, hal makanan, hal cenderamata dan lain-lain lagi. Hasil daripada perbincangan itu, saya dan beberapa rakan telah dipilih untuk mengecat bilik PIBG. Melalui peluang yang diberi, saya sedar bahawa setiap program yang dijalankan merupakan usaha daripada semua ahli dan memerlukan perancangan yang rapi. Hal ini menunjukkan

description

refleksi

Transcript of Refleksi Diri Sem 3

Page 1: Refleksi Diri Sem 3

Refleksi diri

Pada 30 Mac 2015, saya dan rakan sekelas saya (PPRMT5) seramai 24

orang diiringi oleh Encik Si Tong Yong telah melaksanakan Program Bina Insan

Guru dengan menjalani lawatan “Benchmarking” ke SJK(C) Tukau, Miri.

Aktiviti yang kami jalankan semasa lawatan “Benchmarking” ini

merangkumi sesi perbincangan, taklimat, serta aktiviti membersihkan dan

menceriakan bilik PIBG. Selain itu, kami juga menyediakan makanan pagi dan

makanan tengah hari untuk pengetua dan guru penasihat sekolah ini sebagai

tanda ribuan terma kasih kepada mereka yang mengizinkan kami menjalani

program BIG ini.

Bagi saya, program BIG ini benar-benar telah memberi saya banyak input

yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan semasa mengajar di

sekolah nanti. Saya rasa sangat syukur kerana dapat mengisi diri dengan

pelbagai pengalaman baru sepanjang program ini berlangsung dan

menganggapnya sebagai persediaan bagi saya pada masa hadapan.

Bagi saya, saya berasa kebaikan yang saya peroleh dari lawatan

“Benchmarking”pada kali ini adalah pengagihan tugas yang sistematik sebelum

program ini dijalankan. Sudah pasti bahawa setiap aktiviti yang dijalankan

memerlukan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pengerusi, naib pengerusi,

setiausaha serta bendahari serta biro AJK yang lain seperti AJK Program, AJK

Makanan, AJK Kebersihan, AJK Dokumentasi, AJK Keselamatan, AJK Peralatan

serta AJK Cenderamata bagi memastikan kelancaran aktiviti. Dengan ini, saya

berpeluang menjawat sebagai AJK Kebersihan. Bagi melincinkan aktiviti-aktiviti

yang dijalankan, kami telah mengadakan mesyuarat beberapa kali dengan

membincangkan perkara-perkara yang harus dititikberatkan seperti aktiviti-aktiviti

melukis mural dan mengecat bilik PIBG, hal makanan, hal cenderamata dan lain-

lain lagi. Hasil daripada perbincangan itu, saya dan beberapa rakan telah dipilih

untuk mengecat bilik PIBG. Melalui peluang yang diberi, saya sedar bahawa

setiap program yang dijalankan merupakan usaha daripada semua ahli dan

Page 2: Refleksi Diri Sem 3

memerlukan perancangan yang rapi. Hal ini menunjukkan keadilan dalam tugas

masing-masing malahan dapat meringankan bebanan.

Memandangkan saya diagihkan bertugas sebagai AJK Kebersihan, maka

saya sentiasa peka terhadap penguruasan sampah semasa kami mengecat bilik

PIBG dan melukis mural. Plastik bag hitam telah saya sediakan untuk

memudahkan rakan-rakan saya membuangkan sisa-sisa bahan seperti bekas

makanan, botol air, surat khabar dan lain-lain lagi. Selain itu, saya juga

dipertanggungjawabkan untuk mengecatkan bilik PIBG bersama beberapa rakan

yang lain. Boleh dikatakan pada mulanya saya ingatkan mengecat merupakan

satu tugasan yang ringan, mudah dan agak seronok. Tetapi dalam proses itu,

kami telah menghadapi masalah seperti berus cat tidak mencukupi, lapisan

dinding yang baru dicat akan tertanggal selepas kering serta baju, seluar dan

tangan kami menjadi sangat kotor disebabkan cat. Saya sedar bahawa sebagai

bakal guru kita perlulah bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberi

walaupun menghadapi dengan pelbagai cabaran. Oleh itu, saya sentiasa

menggangap cabaran yang dihadapi itu sebagai motivasi saya untuk menjadi

guru yang lebih bertanggungjawab dalam melakukan apa-apa sahaja yang

diamanahkan.

Seterusnya, saya juga dapat memepelajari teknik-teknik penting dalam

pengurusan sekolah dan kelas semasa sesi taklimat diberikan oleh guru besar

dam dua orang guru pembimbing sekolah ini. Melalui taklimat ini saya dapat

mengetahui secara jelasnya peranan guru kelas dalam mengendalikan kelas.

Contohnya, perlulah guru menyediakan AJK kelas, jadual tugas, jadual tugas,

peraturan kelas, melaksanakan aktiviti kelas, memastikan infrakstruktur dalam

kelas mencukupi, mengemas kini maklumat murid dan lain-lain lagi. Saya ingat

lagi bahawa guru pemimbing yang memberi taklimat ini menyatakan bahawa,

walaupun nampaknya tugas guru agak berat dan banyak, tetapi jika

dilaksanakan dengan hati yang rela maka tugas-tugas ini makin ringan seperti

hati kita. Maka, saya sedar bahawa bidang perguruan ini amat memerlukan sifat

sanggup berkoban untuk murid-murid kita pada masa depan.

Page 3: Refleksi Diri Sem 3

Melalui BIG kali ini juga, saya mendapat pengajaran bahawa patuh

kepada arahan ketua merupakan satu budaya yang baik dalam aktiviti

kumpulan. Dengan pengagihan tugas oleh ketua pengajian kami, maka aktiviti

melukis mural dan mengecat dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Bersyukurnya, kami telah dapat menjalankan aktiviti melukis mural dan

mengecat dengan terlancar walaupun mempunyai sedikit kekurangan. Bagi

saya, aktiviti melukis mural dan mengecat ini merupakan satu gambaran sebenar

mengenai hidup seorang guru yang perlu sentiasa berkhidmat untuk sekolah.

Di samping itu, saya telah menyedari bahawa pengurusan masa adalah

amat penting bagi memastikan semua kerja yang ditugaskan dapat disiapkan.

Melalui program BIG ini, kami telah bersifat fleksibel semasa menunggu guru

pemimbing yang masih sedang mengajar dalam memberi taklimat. Tanpa

membuang masa, kami telah mengunjung ke bilik PIBG terlebih dahulu bagi

membuat persediaan bahan untuk melukis mural dan mengecat. Saya dan

rakan-rakan yang dipertanggungjawab untuk mengecat telah meletakkan surat

khabar tdi lantai sekeliling bilik PIBG bagi memudahkan aktiviti mengecat.

Justeru, saya sedar bahawa masa itu emas dan kita sebagai bakal guru haruslah

sentiasa peka kepada peruntukkan masa semasa menjalankan tugas yang

diamanahkan dengan tidak disia-siakan sahaja.

Melalui lawatan “Benchmarking” ini, saya sedar bahawa kerjasama amat

penting dalam proses melaksanakan sesuatu tugasan. Hal ini dapat dilihat

semasa aktiviti mengecat dan melukis mural dijalankan. Disebabkan bahagian

dinding yang perlu dicat agak banyak, maka ketua kami telah mengagihkan kami

untuk bertanggungjawab pada ruangan yang tertentu. Semasa balik juga, semua

orang bekerjasama dalam mengemaskan barangan, alatan serta sampah. Hal ini

telah mempercepatkan lagi proses aktiviti ini. Justeru, saya berasa guru perlu

sentiasa menunjukkan kerjasama semasa menjalani aktiviti.

Secara tidak langsung, semasa lawatan “Benchmarking” ini, saya dapat

mendekatkan diri dengan persekitaran sekolah murid-murid yang berada di luar

bandar. Hal ini telah membukakan minda saya apabila mendengar guru

pemimbing menyatakan garisan pada padang sekolah akan dilukiskan oleh

murid-murid sekolah ini sendiri sewaktu hari sukan dijalankan. Saya berasa

terkejut dan kagum dengan kerajinan murid-murid luar banda. Tambahan lagi,

Page 4: Refleksi Diri Sem 3

sekolah ini juga tidak mempunyai kemudahan kantin, murid sekolah ini hanya

dapat membelikan makanan daripada penjaja yang datang dari luar. Dengan

peluang lawatan ini, saya sedar bahawa persekitaran sekolah luar bandar amat

kekurangan dengan infrakstrutur. Namum, kekurangan ini tidak pun menjejaskan

pencapaian sekolah ini sebaliknya meningkatkan lagi semangat belajar mereka.

Maka, adalah penting bahawa guru dapat membiasakan diri dengan sekolah luar

bandar

Dari segi pentadbiran sekolah pula, kekuatan yang boleh saya lihat pada

sekolah ini ialah murid-murid pada sekolah ini sangat aktif dalam aktiviti sekolah.

Guru pemimbing telah memperkenalkan beberapa mural yang dilukis oleh murid

tahun 6. Bagi saya, selepas menjalankan aktiviti melukis mural pada sekolah ini,

barulah saya mengetahui bahawa aktiviti amat memerlukan kerjasama, kreativiti

dan kemahiran melukis. Justeru, saya amat kagum dengan penglibatan murid

tahun 6 dalam aktiviti melukis mural bagi tujuan menghasilkan persekitaran dan

alam sekolah ini yang harmoni dan cantik. Di sekolah ini juga terdapat juga

seorang murid yang telah mewakili Miri ke peringkat negeri dalam pertandingan

acara padang iaitu melompat tinggi. Saya menyedari bahawa penglibatan murid

dalam aktiviti kokurikulum ataupun aktiviti sekolah mempunyai sedikit serba

mempunyai kaitan dengan peranan guru sekolah.

Dalam lawatan “Benchmarking” ini, kelemahan yang saya sedar ialah

kami semua kurang membuat persediaan terhadap aktiviti yang akan dijalankan

terutamanya semasa sesi soal jawab taklimat. Disebabkan kurang persediaan

dalam pengagihan soalan yang ingin bertanya kepada guru pemimbing yang

memberi taklimat, maka telah menyebabkan suasana sesi soal jawab menjadi

senyap dan sunyi-sapi. Kami banyak membazirkan masa dalam memikirkan

jenis soalan yang perlu ditanya lagi Melalui kelemahan ini, sebagai bakal guru,

kita haruslah berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas kelemahan diri

dan sentiasa bersifat terbuka dengan nasihat, pandangan, pendapat yang diberi.

Seterusnya, dari segi kelemahan yang dapat saya lihat pada sekolah ini

adalah pihak sekolah tidak menggunakan tapak sekolah dengan sepenuhnya.

Contohnya, terdapat juga gelanggang bola tampar di sekolah ini. Namum,

gelanggang tersebut tidak digunakan sejak dulu lagi. Hal ini menyebabkan tapak

Page 5: Refleksi Diri Sem 3

tersebut sedah disekelilingi oleh semak-samun yang akan membahayakan

murid. Selain itu, terdapat juga kolam ikan di belakang sekolah yang dibiarkan

sahaja. Sebenarnya, jika tapak-tapak tersebut diuruskan dan dibersihkan, saya

percaya bahawa persekitaran sekolah akan menjadi lebih ceria dan harmoni.

Sepanjang menjalani lawatan “Benchmarking” ini, saya telah mendapat

banyak manfaat. Saya berjanji akan sentiasa ingat dan aplikasikan pengetahuan

atau pengalaman yang saya perolehi agar menjadi seorang guru minda kelas

pertama. Jadi, saya berharap pada masa yang akan datang, program sebegini

akan dilaksanakan lagi. Saya juga mendapat banyak pengajaran yang bernilai

walaupun agak letih dengan aktiviti mengecat. Sebagai seorang bakal pendidik,

saya ingin menimba dan mencari ilmu yang sebanyak mungkin sebagai

persediaan dan bekalan untuk dibawa ke alam pekerjaan yang sebenar nanti.

Jadi, program ini amat sesuai sebagai tunjang dalam profesion dan membuat

saya lebih mencintai profesion yang suci ini.