Refleksi Gerko

6
Refleksi Selamat sejahtera dan salam perpaduan. Sebagai guru pelatih di IPG Tengku Ampuan Afzan yang mengikuti program kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan, saya diberi tugasan untuk membuat kerja kursus bagi Kokurikulum Persatuan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya semasa saya melaksanakan tugasan ini. Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah mempelajari banyak perkara mengenai aktiviti persatuan memupuk integrasi nasional. Pada pendapat saya, tugasan ini merupakan salah satu cara yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai cabang ilmu. Saya memang bersyukur kerana dapat menyempurnakan segala tugasan mengikut keperluan soalan yang diberikan kepada kelas saya. Memang tidak boleh menafikan bahawa banyak perkara yang telah saya pelajari daripada kerja kursus ini. Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya telah mencari banyak maklumat dari pelbagai sumber untuk menyiapkan tugasan ini. Saya dan rakan saya Jayanthy Madaillagan telah membahagikan tugasan ini sebelum memulakannya. Mula-mula kami telah menyenaraikan persatuan-persatuan yang menganjurkan program atau aktiviti yang menuju ke arah pemupukan integrasi nasional. Persatuan seperti Persatuan Budaya, Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya telah menjalankan aktiviti untuk memupuk integrasi nasional antara masyarakat.

description

refleksi

Transcript of Refleksi Gerko

RefleksiSelamat sejahtera dan salam perpaduan.Sebagai guru pelatih di IPG Tengku Ampuan Afzan yang mengikuti program kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan, saya diberi tugasan untuk membuat kerja kursus bagi Kokurikulum Persatuan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya semasa saya melaksanakan tugasan ini. Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah mempelajari banyak perkara mengenai aktiviti persatuan memupuk integrasi nasional. Pada pendapat saya, tugasan ini merupakan salah satu cara yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai cabang ilmu.Saya memang bersyukur kerana dapat menyempurnakan segala tugasan mengikut keperluan soalan yang diberikan kepada kelas saya. Memang tidak boleh menafikan bahawa banyak perkara yang telah saya pelajari daripada kerja kursus ini. Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya telah mencari banyak maklumat dari pelbagai sumber untuk menyiapkan tugasan ini. Saya dan rakan saya Jayanthy Madaillagan telah membahagikan tugasan ini sebelum memulakannya. Mula-mula kami telah menyenaraikan persatuan-persatuan yang menganjurkan program atau aktiviti yang menuju ke arah pemupukan integrasi nasional. Persatuan seperti Persatuan Budaya, Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya telah menjalankan aktiviti untuk memupuk integrasi nasional antara masyarakat.Dengan menjalankan tugasan ini, saya dapat mengetahui bahawa persatuan-persatuan yang ditubuhkan bukan sengaja mengadakan program-program. Setiap program atau aktiviti yang diadakan perlu ada tujuan yang baik yang dapat memanfaatkan masyarakat. Terutamanya, setiap persatuan perl berusaha untuk mengadakan program atau aktiviti yang boleh memupuk integrasi nasional. Pihak persatuan bertanggungjawab untuk menyatukan semua kaum di negara kita. Pihak persatuan tidak boleh hanya mementingkan satu kaum sahaja. Mereka perlu mengambil berat tentang kaum lain juga supaya tidak mewujudkan perselisihan faham antara kaum.Akhir kata, tugasan ini akan membantu saya pada masa hadapan setelah saya menjadi seorang guru. Saya boleh mengaplikasinya dalam profesion perguruan semasa saya dipilih sebagai guru penganjur untuk sesuatu persatuan. Secara menyeluruh, saya telah berusaha sedaya upaya dan telah melengkapkan tugasan berkaitan menyediakan kertas kerja.Sekian, Terima kasih.

PENGHARGAANSyukur kepada tuhan kerana dengan limpah dan kurnia Nya maka dapat kami menyiapkan tugasan Kerja Kursus Kokurikulum Persatuan yang telah diamanahkan kepada kami dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya daripada dorongan dan sokongan daripada pelbagai pihak. Pada kesempatan ini, kami merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Encik Shukri. Tanpa beliau, kami tidak mungkin mampu menyelesaikan tugasan ini. Beliau sentiasa memberi kata semangat dan sentiasa memberikan maklumat yang kami perlukan.Selain itu, kami juga turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada kedua ibu bapa kami kerana telah memberikan sokongan dan dorongan khususnya dalam menberikan sedikit peruntukan yang diperlukan dalam menyempurnakan tugasan ini. Dorongan serta sokongan moral yang diberikan mereka menyemarakan lagi semangat kami untuk menghasilkan sebuah tugasan yang berkualiti dan supaya tidak mudah berputus asa apabila menghadapi kekangan. Tidak kami lupakan juga untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama membantu dan menyumbang idea-idea yang bernas dan memberikan pendapat yang baik supaya kami dapat menghasilkan sebuah kerja yang berkualiti. Tanpa kerjasama dan sokongan, sesungguhnya tugasan ini tidak mampu disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Kerjasama dan pengurusan masa yang bijak penting dalam menyelesaikan sesuatu tugas.Bahkan, penghargaan juga ditujukan khasnya kepada IPG Tengku Ampuan Afzan kerana menyediakan infrastruktur yang lengkap seperti kemudahan pusat sumber yang membolehkan kami mencari sumber maklumat di pusat sumber yang serba indah ini serta menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan mudah.Sekian,terima kasih.

Rujukan

http://abdulfattahsadiq228.blogspot.com/2013/09/mengurus-persatuan-objektif-dan-faedah.html dimuat turun pada 25 Julai 2014

http://binabudi.wordpress.com/objektif-budi/ dimuat turun pada 26 Julai 2014

http://bdkskhjmahmud.blogspot.com/2010/02/info-prs.html dimuat turun pada 27 Julai 2014

http://www.pbu.edu.my/pbuv4/index.php?option=com_content&view=article&id=87&Itemid=203 dimuat turun pada 28 Julai 2014

http://www.slideshare.net/jmnjamal/pengurusan-kokurikulum-di-sekolah-jamal dimuat turun pada 29 Julai 2014

http://www.slideshare.net/SuriatiRaman/integrasi-nasional# dimuat turun pada 29 Julai 2014