refleksi GSB

2
Refleksi Pada 27 Ogos 2013, saya telah mendapat kerja kursus yang bertajuk Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB 1062). Semasa menerima tugasan ini, saya tidak faham bagaimana untuk menyiapkan tugasan ini, saya berasa sangat bimbang dan tidak tahu ingin membuat apa. Oleh itu, saya bertanya kawan-kawan saya di kelas dan pensyarah saya tentang cara menyiapkan tugasan ini. Mereka memberikan tunjuk ajar kepada saya dengan baik dan bersungguh- sungguh. Tanpa melengahkan masa, saya terus mencari maklumat di perpustakaan dan mencari maklumat menggunakan Internet selepas kuliah. Pelbagai maklumat yang saya peroleh hasil daripada pencarian di pusat sumber dan buku rujukan yang telah saya pinjam dari rakan-rakan. Pada masa yang sama, saya telah berinisiatif untuk mencari maklumat dari internet kerana terdapat beberapa tajuk tidak jelas dinyatakan dalam buku rujukan. Selain itu, semasa melakukan tugasan ini pelbagai halangan telah berlaku seperti kekurangan maklumat, dan kesibukan untuk menyiapkan tugasan-tugasan lain. Justeru pembahagian masa amatlah penting bagi saya. Melalui tugasan ini, kefahaman saya mengenai subjek Kesantunan Bahasa menjadi lebih dalam. Hal ini kerana saya telah mengkaji tajuk ini dengan teliti iaitu dari segi aspek- aspek kesantunan bahasa, kesantunan verbal, non verbal, kesantunan lisan dan kesantunan penulisan.

description

ppismp sem 2

Transcript of refleksi GSB

Page 1: refleksi GSB

Refleksi

Pada 27 Ogos 2013, saya telah mendapat kerja kursus yang bertajuk

Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB 1062). Semasa menerima tugasan ini, saya

tidak faham bagaimana untuk menyiapkan tugasan ini, saya berasa sangat bimbang

dan tidak tahu ingin membuat apa.

Oleh itu, saya bertanya kawan-kawan saya di kelas dan pensyarah saya

tentang cara menyiapkan tugasan ini. Mereka memberikan tunjuk ajar kepada saya

dengan baik dan bersungguh-sungguh. Tanpa melengahkan masa, saya terus

mencari maklumat di perpustakaan dan mencari maklumat menggunakan Internet

selepas kuliah.

Pelbagai maklumat yang saya peroleh hasil daripada pencarian di pusat

sumber dan buku rujukan yang telah saya pinjam dari rakan-rakan. Pada masa yang

sama, saya telah berinisiatif untuk mencari maklumat dari internet kerana terdapat

beberapa tajuk tidak jelas dinyatakan dalam buku rujukan. Selain itu, semasa

melakukan tugasan ini pelbagai halangan telah berlaku seperti kekurangan

maklumat, dan kesibukan untuk menyiapkan tugasan-tugasan lain. Justeru

pembahagian masa amatlah penting bagi saya.

Melalui tugasan ini, kefahaman saya mengenai subjek Kesantunan Bahasa

menjadi lebih dalam. Hal ini kerana saya telah mengkaji tajuk ini dengan teliti iaitu

dari segi aspek-aspek kesantunan bahasa, kesantunan verbal, non verbal,

kesantunan lisan dan kesantunan penulisan.

Seterusnya, saya telah mempelajari banyak kesantunan bahasa dalam

proses menyiapkan tugasan ini. Saya telah mendapati kesantunan bahasa adalah

sangat penting dalam kehidupan kita. Tradisi yang mantap dalam pengungkapan

dan penggunaan bahasa yang santun sejak sekian lama itu perlu dipertahankan dan

ditingkatkan, lebih-lebih lagi dalam zaman globalisasi yang menuntut kewaspadaan

yang lebih dalam rangka melestarikan sifat dan ciri kebangsaan kita, di sisi

memanfaatkan unsur-unsur positif tamadun lain.

Terdapat banyak faedah dalam melakukan tugasan ini antaranya dapat

mengeratkan hubungan silaturrahim antara saya dan rakan-rakan kerana ia

memerlukan kami untuk bekerjasama dan saling menolong antara satu sama lain.

Page 2: refleksi GSB

Saya berasa bersyukur kerana dapat saya siapkan kerja kursus ini dalam

tempoh masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada Encik Abd. Ramli bin Sanusi kerana sudi memberi tunjuk

ajar ,bimbingan dan nasihat kepada saya. Saya juga ingin mengambil peluang ini

untuk mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan saya kerana mereka juga

banyak memberi banyak kerjasama dan tunjuk ajar kepada saya semasa saya

membuat kerja kursus ini. Tanpa mereka, pastilah saya tidak dapat menyiapkan

tugasan ini dengan baik.