Refleksi Individu (b&k)

4
Refleksi Individu 911129-12-5013 Mohd Ismail Bin Ahmad Sabari Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya bertepatan pada tarikh 28hb Mac 2014, saya telah berjaya menyempurnakan tugasan berkumpulan bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling di bawah penyeliaan dan bimbingan serta tunjuk ajar daripada Encik James Valley. Tugasan bimbingan kaunseling ini merupakan satu tugasan yang cukup bermakna bagi saya kerana tugasan ini menkhendaki saya dan rakan saya untuk membuat satu temu ramah bersama kaunselor sekolah iaitu Encik Saperi yang berada di Sekolah Kebangsaan South seterusnya mencari seorang klien dan melaksankan intervensi bagi memperbaiki kelemahan yang terdapat pada klien yang telah kami pilih menggunakan teori yang telah di ajar pada sesi interaksi atau kuliah bimbingan dan kaunseling. Pada awalnya perlaksanaan tugasan ini, saya merasakan satu beban yang cukup berat, ini disebabkan tugasan ini dijalankan ketika kami menjalani praktikum fasa 3 selama 3 bulan. Namun setelah merujuk kembali kepada soalan dan arahan tugasan, saya akui bahawa tugasan ini sangat penting bagi saya untuk menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai bidang kaunseling. Kelemahan yang kedua dapat saya lihat adalah dari segi mencari klien yang bersesuaian dengan arahan tugasan. Di dalam pendidikan khas, semua pelajar mempunyai masalah pembelajaran dan juga tingkah laku.

description

Contoh refleksi B&K semester 7

Transcript of Refleksi Individu (b&k)

Page 1: Refleksi Individu (b&k)

Refleksi Individu

911129-12-5013

Mohd Ismail Bin Ahmad Sabari

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurnianya bertepatan pada tarikh 28hb Mac 2014, saya telah berjaya

menyempurnakan tugasan berkumpulan bagi subjek Bimbingan dan

Kaunseling di bawah penyeliaan dan bimbingan serta tunjuk ajar daripada

Encik James Valley. Tugasan bimbingan kaunseling ini merupakan satu

tugasan yang cukup bermakna bagi saya kerana tugasan ini menkhendaki

saya dan rakan saya untuk membuat satu temu ramah bersama kaunselor

sekolah iaitu Encik Saperi yang berada di Sekolah Kebangsaan South

seterusnya mencari seorang klien dan melaksankan intervensi bagi

memperbaiki kelemahan yang terdapat pada klien yang telah kami pilih

menggunakan teori yang telah di ajar pada sesi interaksi atau kuliah

bimbingan dan kaunseling.

Pada awalnya perlaksanaan tugasan ini, saya merasakan satu beban

yang cukup berat, ini disebabkan tugasan ini dijalankan ketika kami menjalani

praktikum fasa 3 selama 3 bulan. Namun setelah merujuk kembali kepada

soalan dan arahan tugasan, saya akui bahawa tugasan ini sangat penting

bagi saya untuk menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai bidang

kaunseling.

Kelemahan yang kedua dapat saya lihat adalah dari segi mencari klien

yang bersesuaian dengan arahan tugasan. Di dalam pendidikan khas, semua

pelajar mempunyai masalah pembelajaran dan juga tingkah laku. Sebagai

seorang bakal pendidik, saya dan rakan saya merasakan satu kesukaran

untuk mencari klien yang terbaik untuk di jadikan sebagai bahan kajian kami.

Namun setelah membuat beberapa perbincangan dengan setiausaha hal

ehwal murid pendidikan khas, akhirnya kami mencapai kata sepakat untuk

memilih Adriel sebagai bahan kajian kami bagi menjawab soalan C.

Page 2: Refleksi Individu (b&k)

Untuk bahagian kekuatan pula, dapat dilihat dari segi kerjasama yang

diberikan oleh pihak kaunselor sekolah ketika sesi temu ramah tidak

berstruktur yang mana cukup membantu kami dari menjawab pelbagai soalan

yang kami ajukan. Ucapan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada

kaunselor pihak sekolah kebangsaan South Miri iaitu Encik Saperi yang mana

telah banyak memberi kerjasama dan bantuan ketika sesi temu ramah.

Selain itu, ketika perlaksanaan intervensi kami terhadapa klien kami

iaitu Adriel, terdapat beberapa orang guru pendidikan khas yang mana

banyak memberi idea yang cukup bernas seperti penggunaan token ekonomi

bagi membantu mengurangkan tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh

Adriel. Ini merupakan satu kerjasama yang cukup baik yang diberikan oleh

pihak sekolah dalam membantu kami melaksanakan tugasan bagi subjek

bimbingan dan kaunseling ini.

Oleh itu, akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih

kepada Kaunselor juga Pensyarah pembimbing iaitu Encik James Valley ak.

Michael Harry yang telah berkorban masa dan tenaga dalam menyampaikan

ilmu dan idea-idea yang cukup bernas ketika perlaksanaan tugasan ini. Tidak

lupa juga kepada rakan seperjuangan saya iaitu Cik Erma Marlina Binti

Sapiyan yang banyak memberi kerjsama dan bekorban masa dalam

menyiapkan tugasan yang cukup bermakna ini. Disamping itu, jutaan terima

kasih juga diucapkan kepada warga sekolah Kebangsaan South Miri yang

banyak membantu kami di dalam menyiapkan tugasan ini.

Sekian, Terima Kasih

Page 3: Refleksi Individu (b&k)

Rumusan Tugasan

Dengan ini dapat dirumuskan bahawa tugasan bagi subjek Bimbingan

dan kaunseling ini merupakan satu tugasan yang cukup bermakna di mana

kami dikhendaki untuk menemu bual seorang kaunselor sekolah, mencari

klien seterusnya melaksanakan intervensi yang bersesuaian. Dengan adanya

tugasan seperti begini, ianya akan memantapkan lagi pemahaman kami

mengenai subjek bimbingan dan kaunseling seterusnya memudahkan kami

untuk mengaplikasikan teori yang telah di pelajari mengenai bimbingan dan

kaunseling ketika sesi praktikum dan masa akan datang. Disamping itu,

tugasan ini juga bersesuaian dengan Major kami iaitu Pendidikan Khas

Bermasalah Pembelajaran yang mana kebanyakan muridnya mempunyai

masalah tingkah laku dan memerlukan bimbingan daripada kami. Tugasan ini

juga turut memnambahkan pemahaman kami mengenai perlaksanaan

program bimbingan dan kaunseling di sekolah seterusnya menyediakan kami

dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat sebelum kami ditempat sebagai guru tetap

di sekolah.