refleksi indvdu

3

Click here to load reader

description

21321

Transcript of refleksi indvdu

REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana setelah bersusah-payah mengharungi liku-liku dalam menyaipkan tugasan ini, akhirnya berjaya juga disempurnakan mengikut tarikh yang ditetapkam. Cabaran-cabaran yang begitu pelbagai dapat saya cangkupkan memalui tiga fasa iaitu sebelum membuat tugasan, semasa membuat tugasan dan selepas membuat tugasan.

SEBELUMSemasa mendapat tugasan BMM3111 ini, saya membaca dan memahami sedalam-dalamnya tentang maksud tugasan yang diberikan serta apa yang dikehendakinya. Selain itu juga telah mendapatkan pelbagai maklumat sama ada melalui internet mahupun buku-buku. Saya telah bergerak ke pusat sumber Sultanah Aminah untuk melihat buku-buku yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan iaitu berkaitan dengan Semantik dan peristilahan bahasa Melayu serta analisis artikel. Selain itu,saya juga mendapatkan maklumat dengan membuat pembacaan bagi mencari artikel yang sesuai untuk digunakan nanti semasa menjalankan kerja kursus ini. Saya juga membaca buku-buku yang mempunyai kaitan dengan tajuk Semantik dan Peristilahan bagi melihat sama ada buku tersebut membantu ataupun tidak. Kemudian saya membuat peminjaman buku tersebut.

SEMASAApabila semua bahan yang diperlukan telah diperolehi,saya memulakan tugasan saya dengan memilih isi-isi dan contoh yang sesuai tentang semantik dan makna leksikal. Saya menggariskan isi-isi yang diperlukan supaya dapat memudahkan saya untuk menaip isi-isi tersebut. Pembacaan saya melebih lima buah buku tidak termasuk pembacaan internet.Namun begitu, banyak bahan yang dijumpai agak meragukan dan bercanggah antara satu sama lain. Ada juga maklumat yang diperlukan tidak mempunyai contoh yang sesuai untuk dikemukakan. Oleh itu, saya telah berbincang bersama-sama rakan tentang permasalah ini jika mereka mempunyai jalan penyelesaian yang sesuai. Hampir buntu kami semua dibuatnya.Tambahan lagi semasa menjalankan tugasan ini,hampir terdetik difikiran saya untuk menyerah kerana bahan yang diperolehi tidak mencukupi untuk menjawab semua soalan-soalan yang diberikan. Berulang kali saya membaca kehendak soalan untuk bahagian dua ini untuk mendapatkan kepastian kemahuan soalan. Tambahan lagi, agak sukar untuk memberikan kesemua contoh yang diperlukan kerana teks yang terhad. Selain itu, kekangan masa diakibatkan oleh praktikum telah menyebabkan say tidak dapat meluangkan masa yang banyak untuk menyiapkan tugasan. Keadaan ini menyebabkan tekanan kepada diri ditambah pula dengan ketiadaan internet untuk mencari maklumat. Namun begitu atas usaha yang gigih masalah tersebut beransur pulih.

SELEPASSetelah selesai menyiapkan kedua-dua tugasan ini, saya telah menyemak kembali setiap isi-isi yang telah diberikan. Kesalahan-kesalahan ejaan semasa menulis telah diperbetulkan. Walaupun tugasan ini tidak sempurna,namun saya berpuas hati kerana segala usaha telah saya curahkan. Mungkin pengetahuan dan pengalaman saya masih belum cukup untuk menjadikan tugasan ini betul-betul sempurna.Saya juga telah memberikan tugasan ini kepada kawan-kawan untuk mereka menyemaknya dan memberikan ulasan tentang isi-isi yang diberikan. Jawapan yang positif diberikan dan saya menutup tugasan ini setelah berpuas hati dengan kerja saya.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Ruslan bin Abdullah dan Pn. Normi Mohd Dali kerana telah memahami kesulitan yang telah saya hadapi dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang secara tidak langsung memberikan sumbangsaran bagi menyiapkan tugasan ini.Saya berharap melalui tugasan ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya serta memberikan kesedaran untuk lebih lagi mendalami bahasa Melayu ini. Diharapkan juga segala ilmu yang diperolehi ini dapat digunakan di masa hadapan kelak.sekian14