REFLEKSI Kalau Di Minta

2
REFLEKSI Perkembangan Kanak-Kanak merupakan satu matapelajaran baharu yang saya pelajari pada semester ini. Banyak ilmu baharu berkenaan dengan perkembangan kanak-kanak yang saya pelajari sepanjang sesi pembelajaran bersama-sama dengan Encik Zakaria bin Abdul Wahab. Bermula daripada fitrah kejadian manusia hinggalah yang terbaharu saya pelajari berkenaan dengan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak. Dalam tugasan perkembangan kanak-kanak yang diberikan, saya dikehendaki untuk member penerangan berkenaan dengan perkembangan kanak- kanak dari segi kognitif dan membuat kajian berkenaan dengan tajuk yang saya telah pilih kepada murid-murid semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS). Sepanjang pelaksanaan untuk Sepanjang pelaksanaan untuk mentranskripsi lagu ini, banyak cabaran dan ilmu pengetahuan baharu yang saya hadapi. Semasa mentranskripsi lagu dialek Negeri Sembilan ini, masalah yang dihadapi ialah untuk mencari simbol fonetik dalam Microsoft Word. Proses pencarian simbol fonetik untuk mentranskripsi lagu mengambil masa yang agak lama bagi melaksanakan tugasan ini. Berdasarkan pelaksanaan tugasan transkripsi ini antara nilai murni yang saya perolehi ialah sikap sabar. Tanpa sifat sabar dalam diri barangkali saya akan menghadapi tekanan perasaan dalam diri semasa mencari simbol fonetik. Namun setelah selesai saya mentranskripsi lagu tersebut, saya amat berpuas hati dengan hasil yang diperoleh. Semoga hasil transkripsi saya dapat memuaskan hati pihak pemeriksa juga hendaknya. Tugasan seterusnya saya diminta untuk membuat ulasan berkenaan artikel yang diberikan bersama dengan soalan tugasan ini. Artikel yang diberikan menerangkan perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan sebutan Bahasa Melayu Baku di Malaysia. Saya sedaya upaya mendapatkan maklumat berkenaan dengan proses pelaksanaan Bahasa Melayu Baku daripada pusat sumber Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim untuk memahami apakah sebenarnya perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu Baku. Berdasarkan daripada pembacaan dan pencarian maklumat,saya berpendapat bahawa pelaksanaan sebutan Bahasa Melayu Baku merupakan satu tugas yang mulia dan seharusnya mendapat pujian dan sanjungan daripada pihak-pihak yang tertentu. Perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu seharusnya diterapkan di peringkat sekolah rendah dan seterusnya ke tahap yang lebih tinggi. Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya dapat memahami cara bagaimana untuk memahami dialek sesetengah negeri berdasarkan simbol fonetik sekiranya diberikan. Selain itu juga, saya dapat mengetahui cara bagaimana bahasa dialek tersebut dibunyikan berdasarkan kepada simbol fonetik yang diberikan. Antara ilmu baharu yang saya perolehi ialah perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu Baku. Perjuangan ini seharusnya di ketengahkan kepada pihak atasan bagi menjadikannya satu budaya yang diamalkan bukan hanya di sekolah malah digunakan secara umum dan meluas. Selain itu juga, perjuangan ini tidak seharusnya dilaksanakan pada masa- masa yang tertentu dan kadangkala terhenti seketika. Seperti yang kita maklum, setiap sesuatu pastinya ada kekurangannya. Tugasan juga terdapat beberapa kelemahan. Antara kelemahan yang dapat dilihan dalam tugasan ini ialah kekurangan maklumat dari segi bahan rujukan. Hal ini mungkin kerana kesibukan diri dalam menyempurnakan tugasan-tugasan lain yang masih tersisa dan perlu dihantar dalam tempoh masa yang terdekat.

description

dfbvrefdvefdvrtdgfbdgbdfvedfdvfxvedfvdfvfdsvsvsfvdsfvdsfvs

Transcript of REFLEKSI Kalau Di Minta

  • REFLEKSI

    Perkembangan Kanak-Kanak merupakan satu matapelajaran baharu yang saya pelajari pada

    semester ini. Banyak ilmu baharu berkenaan dengan perkembangan kanak-kanak yang saya pelajari

    sepanjang sesi pembelajaran bersama-sama dengan Encik Zakaria bin Abdul Wahab. Bermula

    daripada fitrah kejadian manusia hinggalah yang terbaharu saya pelajari berkenaan dengan

    peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak. Dalam tugasan perkembangan kanak-kanak yang

    diberikan, saya dikehendaki untuk member penerangan berkenaan dengan perkembangan kanak-

    kanak dari segi kognitif dan membuat kajian berkenaan dengan tajuk yang saya telah pilih kepada

    murid-murid semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS).

    Sepanjang pelaksanaan untuk

    Sepanjang pelaksanaan untuk mentranskripsi lagu ini, banyak cabaran dan ilmu pengetahuan baharu

    yang saya hadapi. Semasa mentranskripsi lagu dialek Negeri Sembilan ini, masalah yang dihadapi

    ialah untuk mencari simbol fonetik dalam Microsoft Word. Proses pencarian simbol fonetik untuk

    mentranskripsi lagu mengambil masa yang agak lama bagi melaksanakan tugasan ini. Berdasarkan

    pelaksanaan tugasan transkripsi ini antara nilai murni yang saya perolehi ialah sikap sabar. Tanpa

    sifat sabar dalam diri barangkali saya akan menghadapi tekanan perasaan dalam diri semasa mencari

    simbol fonetik. Namun setelah selesai saya mentranskripsi lagu tersebut, saya amat berpuas hati

    dengan hasil yang diperoleh. Semoga hasil transkripsi saya dapat memuaskan hati pihak pemeriksa

    juga hendaknya.

    Tugasan seterusnya saya diminta untuk membuat ulasan berkenaan artikel yang diberikan

    bersama dengan soalan tugasan ini. Artikel yang diberikan menerangkan perkara yang berkaitan

    dengan pelaksanaan sebutan Bahasa Melayu Baku di Malaysia. Saya sedaya upaya mendapatkan

    maklumat berkenaan dengan proses pelaksanaan Bahasa Melayu Baku daripada pusat sumber

    Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim untuk memahami apakah sebenarnya perjuangan

    memartabatkan Bahasa Melayu Baku. Berdasarkan daripada pembacaan dan pencarian

    maklumat,saya berpendapat bahawa pelaksanaan sebutan Bahasa Melayu Baku merupakan satu

    tugas yang mulia dan seharusnya mendapat pujian dan sanjungan daripada pihak-pihak yang

    tertentu. Perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu seharusnya diterapkan di peringkat sekolah

    rendah dan seterusnya ke tahap yang lebih tinggi.

    Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya dapat memahami cara bagaimana untuk

    memahami dialek sesetengah negeri berdasarkan simbol fonetik sekiranya diberikan. Selain itu juga,

    saya dapat mengetahui cara bagaimana bahasa dialek tersebut dibunyikan berdasarkan kepada

    simbol fonetik yang diberikan. Antara ilmu baharu yang saya perolehi ialah perjuangan

    memartabatkan Bahasa Melayu Baku. Perjuangan ini seharusnya di ketengahkan kepada pihak

    atasan bagi menjadikannya satu budaya yang diamalkan bukan hanya di sekolah malah digunakan

    secara umum dan meluas. Selain itu juga, perjuangan ini tidak seharusnya dilaksanakan pada masa-

    masa yang tertentu dan kadangkala terhenti seketika.

    Seperti yang kita maklum, setiap sesuatu pastinya ada kekurangannya. Tugasan juga terdapat

    beberapa kelemahan. Antara kelemahan yang dapat dilihan dalam tugasan ini ialah kekurangan

    maklumat dari segi bahan rujukan. Hal ini mungkin kerana kesibukan diri dalam menyempurnakan

    tugasan-tugasan lain yang masih tersisa dan perlu dihantar dalam tempoh masa yang terdekat.

  • Mungkin kerana kekurangan diri saya sendiri yang masih belum pandai mengagihkan masa sebaik-

    baiknya. Sebagai seorang guru pelatih, malah seorang bakal guru kelak, saya mesti melatih diri

    supaya mahir membahagikan waktu agar segala kerja dapat disiapkan dengan sempurna.

    Selain itu, berdasarkan pengamatan saya, terdapat juga beberapa kelemahan di dalam tugasan ini

    dari segi penggunaan bahasa. Kebanyakan bahasa yang digunakan agak kucar-kacir dan tidak

    menepati kosa kata bahasa Melayu yang baik. Selain itu, penguasaan perbendaharaan kosa kata

    yang agak lemah menyebabkan pengolahan bahasa yang digunakan agak tidak menarik dan kurang

    sedap untuk didengari. Besar kemungkinan juga terdapat beberapa kesalahan yang saya terlepas

    pandang dan mungkin itu adalah kelemahan dan kesilapan daripada pihak saya. Segala kelemahan

    tersebut saya dahului dengan ampun dan maaf. Semoga kesilapan dan kesalahan tersebut dapat

    mematangkan saya sepanjang berada di Institut pendidikan guru Kampus Sultan Abdul Halim.

    Sepanjang melaksanakan tugasan ini banyak perkara yang saya telah pelajari. Antaranya, tugasan

    yang diberikan ini banyak memberi pengertian, pengetahuan dan pengalaman buat saya untuk

    menjadi seorang guru yang cemerlang di masa hadapan. Ini kerana diawal tugasan lagi saya telah

    mengalami pelbagai cabaran dan rintangan. Namun dengan usaha yang dilakukan akhirnya saya

    dapat merealisasikannya. Dengan adanya tugasan sebegini, ia telah dapat menambahkan

    pengetahuan baharu dan berguna untuk menduduki peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

    Selain itu juga, dengan pengetahuan yang baharu saya perolehi ini menjadikan saya lebih mahir

    dalam melaksanakan pembelajaran dan menyesuaikannya dengan kaedah-kaedah pengajaran yang

    sepatutnya serta bahan bantu mengajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

    Oleh itu, dengan adanya pengetahuan yang berguna ini, akan saya gunakan apabila menjadi seorang

    guru kelak, samada semasa praktikum nanti mahupun semasa menjadi seorang guru. Akhir kata

    dengan selesainya tugasan yang telah diberikan ini, saya telah dapat menguasai dan memahami isi

    pelajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah saya Puan Nafishah binti Jusoh. Walaupun

    interaksi kami didalam kelas adalah terhad kerana komitmen yang menghambat diri dimana

    pensyarah dan guru pelatih masing- masing menggalas tanggungjawab yang berbeza dan sibuk

    dengan tugas masing- masing namun isi pelajaran yang ingin disampaikan akhirnya telah dapat saya

    kuasai hasil daripada proses pelaksanaan tugasan ini. Dengan adanya tugasan seperti ini, saya yakin

    dan percaya ianya akan memberikan kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak

    bangsa dengan cara yang menarik dan berkesan.