REFLEKSI KENDIRI 2

8
REFLEKSI KENDIRI Melalui Program Perkhemahan di Kela Adventure Camp ini saya telah mendapat pelbagai pengalaman yang pahit dan manis.Program ini melengkapkan diri saya dengan pelbagai ilmu supaya kita dapat melahirkan anak bangsa yang cemerlang , gemilang dan terbilang kelak. Program Perkhemahan di Kela Adventure Camp yang telah dijalankan, menjadikan saya insan yang baru dari segi perubahan sikap dan juga mentaliti. Saya mendapati diri saya banyak berubah setelah melibatkan diri dengan aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan oleh para fasilitator di Kela Adventure Camp tersebut. Sebelum menghadiri aktiviti perkhemahan ini,saya mempunyai banyak kekurangan dalam diri saya. Setelah menghadiri program ini, saya dapat mengetahui kekurangan saya dan mampu mengubah serta mempunyai jati diri tersendiri untuk menjadi guru yang berkaliber di sekolah nanti. Sepanjang program perkhemahan di Kela Adventure Camp yang dilancarkan oelh Persatuan Kembara Alam, kami telah menjalani pelbagai aktiviti latihan yang berbeza dalam kumpulan.Antaranya ialah “night walk”. tentang mengenali potensi diri,motivasi kepuasan kerjaya dan penghargaan kendiri dan perubahan sikap.Saya telah belajar banyak perkara yang baru melalui LDK tersebut.Antaranya ialah, saya telah menyedari kelemahan diri saya dari segi emosi. Saya seorang yang mudah sensitif dan bergantung kepada pandangan orang lain jika hendak membuat sesuatu keputusan. Setelah aktiviti LDK, 1

description

refleksi

Transcript of REFLEKSI KENDIRI 2

Page 1: REFLEKSI KENDIRI 2

REFLEKSI KENDIRI

Melalui Program Perkhemahan di Kela Adventure Camp ini saya telah mendapat

pelbagai pengalaman yang pahit dan manis.Program ini melengkapkan diri saya

dengan pelbagai ilmu supaya kita dapat melahirkan anak bangsa yang cemerlang ,

gemilang dan terbilang kelak.

Program Perkhemahan di Kela Adventure Camp yang telah dijalankan,

menjadikan saya insan yang baru dari segi perubahan sikap dan juga mentaliti. Saya

mendapati diri saya banyak berubah setelah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti

yang telah dijalankan oleh para fasilitator di Kela Adventure Camp tersebut.

Sebelum menghadiri aktiviti perkhemahan ini,saya mempunyai banyak kekurangan

dalam diri saya. Setelah menghadiri program ini, saya dapat mengetahui

kekurangan saya dan mampu mengubah serta mempunyai jati diri tersendiri untuk

menjadi guru yang berkaliber di sekolah nanti.

Sepanjang program perkhemahan di Kela Adventure Camp yang dilancarkan

oelh Persatuan Kembara Alam, kami telah menjalani pelbagai aktiviti latihan yang

berbeza dalam kumpulan.Antaranya ialah “night walk”. tentang mengenali potensi

diri,motivasi kepuasan kerjaya dan penghargaan kendiri dan perubahan sikap.Saya

telah belajar banyak perkara yang baru melalui LDK tersebut.Antaranya ialah, saya

telah menyedari kelemahan diri saya dari segi emosi. Saya seorang yang mudah

sensitif dan bergantung kepada pandangan orang lain jika hendak membuat sesuatu

keputusan. Setelah aktiviti LDK, saya telah mengubah sikap saya untuk membuat

keputusan dengan sendiri.

Sepanjang program perkhemahan di Kela Adventure Camp yang dilancarkan

oelh Persatuan Kembara Alam, kami telah menjalani pelbagai aktiviti latihan yang

berbeza dalam kumpulan.Antaranya ialah “night walk” yang mengubah yang buruk

kepada yang baik. Namun berbekalkan keazaman yang kuat dan keyakinan dari

dalam diri saya sendiri, mudah-mudahan usaha saya untuk berjaya. Selain itu,

melalui aktiviti “night walk” ini ahli kumpulan saya dapat memberi dorongan dari

sekeliling kita untuk berubah. Ini kerana, manusia mudah terpengaruh oleh pelbagai

anasir yang menghalang perubahan sikap mereka. Orang di sekeliling memainkan

peranan penting untuk menyokong dan mendorong perubahan sikap mereka.

1

Page 2: REFLEKSI KENDIRI 2

Sebagai seorang guru, apabila ada anak murid kita yang ingin berubah, kita

hendaklah menunjukkan kita turut bersetuju dengan perubahannya. Sikap

merendah-rendahkan perubahan atau pencapaian pelajar akan menyebabkan

mereka berasa rendah diri dan tidak ada keyakinan untuk berubah.Justeru

itu,melalui aktiviti LDK yang dijalankan juga, saya telah sedar bahawa kita harus

belajar mendaptasikan diri kita dengan situasi sekeliling agar dapat mengharungi

kehidupan dengan sempurna sambil menikmati kecantikan hidup. Program Bina

Insan ini juga telah memberi saya satu lagi peluang untuk menghadapi cabaran

yang lebih mancabar lagi. Ianya adalah kerana program ini telah membina jati diri

seorang guru di dalam diri saya. Saya sangat berkeyakinan apabila bercakap

dengan orang lain dan amat mudah menerima orang lain dengan seadanya dan

berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan.

Selain daripada itu,saya juga mempelajari nilai kepercayaan kepada ketua. Ketua

dilantik untuk mengetuai ahlinya. Namun tanpa kepercayaan dan kesefahaman

daripada ahli-ahli di bawahnya, ketua tersebut tidak akan berjaya melaksanakan

tugasnya sebagai seorang ketua. Semasa kami berada di dalam hutan, kami telah

tersesat tanpa cahaya. Namun begitu, kami tidak mempersalahkan ketua kami

sebaliknya mempercayai kebolehannya.Sekiranya kami mula mempersalahkannya

dan tidak mempercayainya pada masa itu, saya rasa kumpulan kami akan tidak

bersefahaman dan mengalami masalah yang lebih teruk lagi. Kepercayaan kami

telah mengembalikankan semangatnya untuk memimpin kumpulan kami untuk

mencari lampu yang betul dan mencari jalan keluar.

Sebenarnya,semasa berada di Program Perkhemahan di Kela Adventure

Camp ini pada hari pertama, saya berasa tidak selesa semasa tidur di rumah buluh

yang dibekalkan bagi kami kerana keadaan yang agak sejuk sebab hujan. Tetapi,

pada akhir Program ini, saya menyedari bahawa ini adalah satu cabaran yang harus

ditempuhi oleh seseorang guru walaupun terdapat banyak halangan dalam

kehidupan.

Cabaran yang seterusnya adalah aktiviti air.apabila berhadapan dengan

keadaan sungai yang sedemikian saya berasa gelisah dan takut. Semasa

melakukan aktiviti meningkatkan keyakinan dalam air, mula-mula saya terfikir ia

tidak sukar sangat. Namun, apabila berhadapan dengan keadaan sebenar, ia tidak

2

Page 3: REFLEKSI KENDIRI 2

seperti yang disangkakan. Ombak yang kuat dan bertalu-talu menghalang

pergerakkan untuk mengapungkan diri dan berenang,tetapi, saya tetap

bersemangat. Apabila dikaitkan dengan realiti kehidupan, laut ibarat kehidupan kita.

Ombak ibarat rintangan atau dugaan yang melanda kehidupan kita.Seterusnya,

semasa berakit, saya dan rakan saya bernama Mangkayakarasi Palani berlawan

dengan rakit lain. Sikap kerjasama sangat penting untuk memandukan rakit ini

dengan betul. Adakalanya hanya perlu kayuh sebelah kiri untuk menukarkan arah

kayak kami. Mula-mula kami menghadapi masalah tetapi akhirnya kami dapat

melaksanakan misi kami. Kami berasa sangat letih apabila menuju ke arah tempat

berkhemahan kami.

Namun, semangat yang diberikan oleh kawan-kawan dan fasilitator –

fasilitator beserta pensyarah – pensyarah kami memberi wajah yang baru kepada

diri kami. Bagi mencapai kemenangan kekuatan fizikal tidak mencukupi malah,

kekuatan mental dan strategi yang berkesan amat diperlukan. Kita tidak sepatutnya

menilai kebolehan diri kita sebelum mencuba, kerana mencubalah yang akan

menilai kebolehan kita. Dalam situasi perguruan, sebagai seorang guru kita patut

menyediakan diri kita dengan pelbagai jenis ilmu. Ini kerana kita bakal berhadapan

dengan lautan manusia yang mempunyai pelbagai kerenah. Dengan ilmu yang

kukuh dan penuh dalam diri kita, mudah-mudahan kita tidak menghadapi masalah

apabila mengajar kelak.Walaupun terasa amat letih namun pengalaman yang saya

dapat daripada aktiviti berkayak ini amat berguna. Keseronokan dan kegembiraan

tidak dapat digambarkan dengan kata-kata lagi. Selain mempelajari banyak nilai-nilai

murni, saya juga turut belajar cara-cara untuk menyelamatkan diri apabila berlaku

kecemasan yang melibatkan air. Pengalaman ini amatlah berguna bagi diri saya,

anak-anak murid serta orang-orang di sekeliling saya apabila menghadapi

kecemasan dalam air pada masa yang akan datang.

Apabila mendapat tahu bahawa kami akan melalui “hiking” semasa Program

perkhemahan di Kela Adventure Camp, saya tidak merasa begitu risau kerana

sebelum ini saya pernah melalui pengalaman yang serupa. Namun, setiap aktiviti

yang sama pasti memberi pengalaman yang berbeza. Kita tidak boleh menilai

sesuatu tanpa melaluinya terlebih dahulu.

3

Page 4: REFLEKSI KENDIRI 2

Hutan di Kela Adventure Camp yang terletak di Raub, Pahang ini

sememangnya satu ciptaan Tuhan yang amat mengagumkan. Pelbagai flora dan

fauna yang terdapat dalam hutan tersebut. Udara amat segar dan nyaman. Hutan

yang menghijau dan cantik, bunyi unggas, daun merupakan satu tarikan yang amat

menarik. Namun, kita tidak boleh menilai sesuatu berdasarkan paras rupa yang

cantik sahaja. Misalnya, batu-batu yang besar dan licin amatlah berbahaya jika kita

tidak berhati-hati. Ini mengajar saya tentang kehidupan kita agar jangan menilai

sesuatu berdasarkan kecantikan luaran sahaja. Manusia sering terperangkap

dengan kecantikan, dan terlepas pandang nilai-nilai dalaman yang jauh lebih baik.

Pengajaran yang saya dapat di sini ialah jangan membuat pilihan berdasarkan rupa

yang dapat kita lihat, tetapi lihatlah juga nilai-nilai dalaman yang terdapat dalam

pilihan kita itu.

Semasa mendaki bukit ini, kami berjalan berpandukan fasilitator kami. Saya

berasa sangat bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan sekumpulan yang sangat

baik. Kami saling tolong menolong untuk mendaki bukit tersebut.

Sepanjang perjalanan, kami meredah bukit dan lurah yang cerun dan curam,

kawasan batuan yang licin dan berbahaya dan banyak lagi halangan yang kami

tempuhi. Suka dan duka kami tempuhi bersama sebagai satu kumpulan .Saya

berasa sangat bersyukur kerana akhirnya kami sekumpulan telah berjaya

menamatkan perjalanan kami dengan jayanya.

Dalam perkhemahan di Kela Adventure Camp ini kami membuat

persembahan pada malam hari kedua. Tema persembahan kami ialah

‘Pengorbanan Ibu Bapa’. Kami membuat persembahan mengikut.Kumpulan kami,

membuat lakonan yang berbentuk sketsa yang sering berlaku di masyarakat.

Semasa membuat persembahan itu, saya dan juga ahli kumpulan tidak berasa

gementar ataupun takut disebabkan oleh nasihat dan sokongan yang diberikan oleh

kumpulan-kumpulan lain. Sebelum ini, saya berasa gementar dan takut untuk

menghadapi VIP namun melalui program perkhemahan ini saya dapat

mengatasinya. Kami sekumpulan dapat menarik perhatian semua orang dan kami

4

Page 5: REFLEKSI KENDIRI 2

juga mendapat kepujian daripada pengadil.Hal ini, memberikan satu inspirasi

kepada saya untuk menonjolkan diri saya tanpa berasa ragu-ragu.

Tuntasnya, program perkhemahan ini amat memanfaatkan diri saya dan

rakan-rakan saya dari segi membentuk keakraban diantara kami yang berbilang

kaum dan bangsa dengan membuang sifat perkauman. Saya amat bersyukur

kepada Tuhan kerana telah menjadikan zaman remaja saya ini menjadi seronok

dengan aktiviti seperti ini. Saya berharap agar perkhemahan seperti ini harus

diadakan pada setiap Semester bagi menimbulkan rasa kekitaan wujud dalam

kalangan guru pelatih yang bakal mendidik anak bangsa. Secara keseluruhannya

tiada perkataan yang dapat mengungkapkan keseronokkan perkhemahan ini dengan

setimpalnya. Saya berasa sangat bertenaga dan bersemangat untuk meneruskan

hidup dan tabah menghadapi sebarang dugaan dalam hidup saya ini.

Sesungguhnya, Program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya

untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Disebalik semua keseronokan dan

kesedihan yang saya hadapi, saya dapat melakukan refleksi terhadap diri saya

sendiri dan mengenalpasti kekurangan yang ada pada diri saya. Semua aktiviti yang

dijalankan mengajar saya banyak nilai dan input yang berguna untuk memperbaiki

kekurangan diri saya. Selain itu,pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang

melatih diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang berjiwa kental, tidak mudah

mengalah dan lasak.

Cadangan dan Penambahbaikan

Sedikit penambahbaikan perlu dilakukan dalam program BIG ini dari segi

pengurusan masa. Disebabkan masa agak kurang untuk tugasan memasak, masa

makan perlu dianjakkan dan masa tersebut bercanggah dengan aktiviti lain. Oleh itu

saya mencadangkan bahawa pada masa akan datang, masa aktiviti-aktiviti perlu

diuruskan dengan lebih sistematik berdasarkan aktiviti tersebut agar tidak

mengganggu aktiviti lain yang telah dirancang.

Penutup

5

Page 6: REFLEKSI KENDIRI 2

Bina Insan Guru akhirnya berlangsung dan tamat dengan jayanya. Walaupun

banyak cabaran dan halangan yang menimpa, disebabkan oleh kerjasama semua

pihak, cabaran-cabaran ini dapat diatasi dan diteruskan.

6