Refleksi Keseluruhan Bina Insan Guru

6

Click here to load reader

description

refleksi

Transcript of Refleksi Keseluruhan Bina Insan Guru

Program Bina Insan Guru adalah gabungan hasil daripada beberapa aktiviti yang terancangan dari segi pengurusan masa, kewangan dan perlu melalui beberapa peringkat iaitu sebelum proram dijalankan, semasa program dijalankan dan selepas program dijalankan. Proses menjayakan sesuatu program umpama ini mengambil masa dan melibatkan perancangan yang tersusun dan rapi agar mencapai kepada sasaran yang dikehendaki.Pada peringkat awal kami telah diberi taklimat bagi pelaksanaan BIG di IPG oleh Tuan Hj Shamsuddin Bin Mohd Shariff. Taklimat yang diberi adalah mengikut sukatan daripada Bahagian Pendidikan Guru bagi Program Pensiswazahan Guru. Selepas menerima tugasan pelaksanaan BIG, saya terus merancang dan memilih apakah antara aktiviti yang sesuai yang bakal dilaksanakan di sekolah. Sebaik sahaja pulang ke sekolah saya telah berbincang bersama rakan apakah pemilihan aktiviti yang hendak dilaksanakan bersama. Kami telah sepakat memilih aktiviti gotong royong menceriakan bengkel kemahiran hidup.Perancangan yang teliti melibatkan pihak pengurusan sekolah dan sekolah sepenuhnya kami telah berbincang mengenai rangka kerja dengan penuh ketelitian dengan bantuan dan nasihat daripada rakan sejawat dan pihak pentadbir. Langkah pertama ialah membuat kertas kerja untuk diluluskan oleh pihak sekolah yang merangkumi hal-hal jadual aktiviti program, kewangan, dan permohonan menggunakan tempat. Seminggu sebelum tarikh program, kami telah mengadakan mesyuarat jawatan kuasa kerja.Peringkat kedua ialah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti semasa program dan selepas kertas kerja diluluskan. Pengagihan kerja dalam kalangan rakan sejawat perlu diagih sama rata agar mencapai sasaran yang dikehendaki. Perkongsian idea dan tenaga dalam kalangan rakan sejawat amat kami hargai, tanpa pertolongan daripada mereka tidak mungkin kami dapat laksanakannya dengan baik mengikut jadual aktiviti yang telah dirancang atas persetujuan mesyuarat. Langkah seterusnya ialah perkara yang berkaitan dengan selepas program selesai dilaksanakan. Kami telah mengadakan post mortem bagi memperbaiki keadaam agar pembaik pulih dibuat pada masa hadapan.Secara keseluruhannya, pengalaman dalam merancang, menyusun dan melaksanakan sesuatu program itu dapat saya jadikan pedoman pada masa akan datang. Pengalaman berguna ini akan membantu saya melaksanakannya dengan lebih baik pada masa-masa akan datang. Aspek koloborasi dalam menjayakan sesuatu program itu menjadi tulang belakang kepada kejayaan pelaksanaan program. Perancangan daripada peringkat awal lagi memerlukan perancangan yang teliti agar pelaksanaan program berjalan dengan licin tanpa halangan.Kualiti dan sikap profesional seorang guru adalah sangat penting untuk ditonjolkan. Bukan sahaja semasa waktu sekolah, masyarakat akan sentiasa memandang tinggi guru-guru. Pembelajaran yang berlangsung itu, bukan hanya di dalam kelas, sebailknya, ia juga boleh terjadi secara tidak langsung di luar kelas. Buktinya, murid akan melihat gaya seorang guru itu di dalam kehidupan bermasyarakat, bagaimana pertuturan mereka, personaliti, dan kesantunan mereka. Ia akan sentiasa mejadi contoh. Ini secara tidak langsung, akan menjadi ejen kepada perubahan di kalangan masyarakat.Antara lain yang saya perolehi melalui pelaksanaan big kali ini ialah guru sentiasa perlu menjadikan diri mereka fleksibel semasa menjalankan tugas. Ini kerana guru perlu percaya, bahawa tugas mereka kini bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, tetapi terdapat beberapa tugas sampingan yang boleh membebankan diri sendiri jika tidak diurus dengan baik dan sempurna. Ini bermakna, seorang guru itu perlu tahu mengurus perubahan diri yang berlaku ke atas diri mereka, organisasi yang ada di sekolah dalam bidang kurikulum ataupun ko-kurikulum juga persekitaran sektor pendidikan itu sendiri.Guru yang baik boleh membina pemikiran yang positif dan rasional serta dapat memotivasikan diri mereka dalam profesion guru itu sendiri. Guru hendaklah sentiasa mengetahui tugas mereka dan mengambil berat atas semua perkara yang mereka lakukan. Guru juga mesti menghayati konsep kerjaya mereka ini adalah salah satu kerja ibadah dan sungguh berjasa.Ilmu yang saya perolehi ini secara langsung ataupun tidak langsung hendaklah digunakan sepenuhnya. Perbincangan dengan rakan guru lain dan pihak pentadbir untuk proses meningkatkan tahap profesional saya sebagai seorang guru adalah sangat penting. Ini kerana, kadang-kala diri sendiri itu tidak mampu untuk melihat kekurangan yang ada, sebaliknya orang lain yang melihat sudah pastinya dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada.Seterusnya, daripada proses itu sendiri, saya juga boleh berbincang, mendapatkan nasihat untuk menambah baik dan menutup kelemahan saya dengan cara yang betul dan baik. Ini kerana apabila melakukan perbincangan, kita dapat memperolehi lebih banyak nasihat dan pelbagai pandangan, pendapat dan akhirnya dapat mencapai kata sepakat untuk jalan penyelesaian yang baik.Apa yang penting, proses menjadi seorang guru yang cemerlang itu mengambil masa yang lama. Ini kerana kita akan belajar daripada pengalaman yang ada. Oleh itu, kita haruslah sabar dan sentiasa berfikiran positif juga rasional agar tidak memberikan kesan buruk kepada diri sendiri. Juga, saya perlulah sentiasa mengamalkan sikap profesional, etika, tatatertib, dan juga personaliti sebagai seorang guru.Kesedaran dalam menyediakan bilik darjah yang kondusif dan ceria kepada murid-murid memainkan peranan yang penting. Murid-murid kelihatan gembira dan selesa dengan keadaan baharu di bengkel. Murid-murid kelihatan bermotivasi mengikuti pengajaran dan pembelajaran di bengkel. Di samping itu kelihatan murid menghargai keadaan baharu bengkel. Murid-murid mula menunjukkan sifat sayang kepada keadaan baharu dan selesa di sekolah. Ini dapat dibuktikan melalui tingkah laku murid ketika berada di bengkel. Mereka akan memastikan keadaan lantai disapu, memastikan air akuarium dijaga supaya bersih dan menjalankan aktiviti kebengkelan dengan penuh berhati-hati dan cermat tanpa merosakkan atau mengotorkan bengkel semasa dan selepas menggunakan bengkel (laporan daripada guru-guru KH)Kesedaran ini telah membuka mata dan minda saya bahawa murid-murid perlu dididik agar menghargai dan sayangi sekolah mereka sebagai mana mereka menyayangi rumah mereka. Mereka sendiri telah bersama-sama turut serta dalam program sayangi sekolah. Keadaan ini telah memberi pengetahuan dan pengalaman kepada mereka agar menyayangi sekolah mereka bagaimana mereka menyayangi rumah mereka sendiri.Program ini telah memberi pengalaman yang berharga dalam kerja-kerja kecerian dan membaik pulih dalam kalangan murid. Mereka telah dilibatkan secara lansung dengan program ini agar mereka diberi pendedahan supaya lebih menghargai sekolah mereka. Kerja amal yang mereka lakukan telah menyedarkan mereka betapa perlunya mereka menjaga dan menyayangi sekolah mereka. Kepenatan, keletihan ketika melibatkan diri dalam program sayangi sekolah dirasai oleh mereka telah mengajar supaya lebih menghargai harta benda sekolah. Objektif program sayangi sekolah tercapai dengan jayanya. Program Bina Insan seumpama ini harus diteruskan bagi memenuhi keperluan kualiti perguruan.Kami telah diajar agar merancang program dengan penuh berhati-hati kerana kami mempunyai kekangan masa di sekolah. Al maklum kerja-kerja guru bukan setakat di bilik darjah malah meliputi kerja-kerja pentadbiran. Syukur alhamdulillah akhirnya matlamat dan sasaran program selesai. Kami mendapat penghargaan daripada pihak pengurusan sekolah. Kerjasama daripada pihak pentadbir memberi ruang kepada kami merancang dan menjalankan program dengan baik dan licin. Penglibatan Sarana saluran PIBG sekolah telah memberikan respon yang sangat baik. Akhir kata usaha program BIG ini memang wajar diteruskan.

(ZANARIAH BINTI MAD LIAS)PPG AMBILAN JUN 2011PIM 2 SEMESTER 7