refleksi KIOR

4
Refleksi Saya berasa amat gembira kerana berpeluang menyertai persatuan koir. Saya telah mempelajari pelbagai ilmu baru tentang koir. Saya tidak pernah menyertai sebarang aktiviti yang berkaitan dengan muzik sebelum ini. Atas bimbingan Pn.Chang Siew Fong, saya telah menguasai cara-cara menyanyi koir. Minat saya terhadap koir juga semakin meningkat. Saya hendak berterima kasih kepada pensyarah kerana memberi peluang kepada kami untuk menyertai konsert muzik yang dianjurkan oleh IPG KAMPUS PULAU PINANG pada 3 Obtober 2012. Selepas diberitahu cerita baik ini daripada pengerusi, saya ternanti-nanti dengan kedatangan hari konsert muzik. Konsert muzik ini bertema “ Melodi Seindah Memori”. Tujuan konsert ini adalah untuk menampilkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi oleh guru pelatih dalam Program Muzik yang ditawarkan di institut pendidikan guru ini, iaitu yang merangkumi komponen akademik dan kokurikulum. Konsert ini dimulakan oleh persembahan pancaragam yang dikonduktor oleh Lt.Khor Alk Keong. Para guru pelatih telah menggunakan pelbagai jenis peralatan muzik seperti seruling, kompang, kerincing, saksofon dan lain-lain. Mereka telah memainkan peranan masing-masing untuk menghasilkan ketiga-tiga lagu iaitu Smoke On The Water, The New World Symphony dan Lion King. Saya lebih suka lagu “Lion King” kerana melodi dan irama lagu ini amat menarik. Saya juga amat kagum dengan 1

description

PENGALAMAN KIOR

Transcript of refleksi KIOR

Page 1: refleksi KIOR

Refleksi

Saya berasa amat gembira kerana berpeluang menyertai persatuan koir.

Saya telah mempelajari pelbagai ilmu baru tentang koir. Saya tidak pernah

menyertai sebarang aktiviti yang berkaitan dengan muzik sebelum ini. Atas

bimbingan Pn.Chang Siew Fong, saya telah menguasai cara-cara menyanyi koir.

Minat saya terhadap koir juga semakin meningkat. Saya hendak berterima kasih

kepada pensyarah kerana memberi peluang kepada kami untuk menyertai

konsert muzik yang dianjurkan oleh IPG KAMPUS PULAU PINANG pada 3

Obtober 2012. Selepas diberitahu cerita baik ini daripada pengerusi, saya

ternanti-nanti dengan kedatangan hari konsert muzik.

Konsert muzik ini bertema “ Melodi Seindah Memori”. Tujuan konsert ini

adalah untuk menampilkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi oleh guru pelatih

dalam Program Muzik yang ditawarkan di institut pendidikan guru ini, iaitu yang

merangkumi komponen akademik dan kokurikulum. Konsert ini dimulakan oleh

persembahan pancaragam yang dikonduktor oleh Lt.Khor Alk Keong. Para guru

pelatih telah menggunakan pelbagai jenis peralatan muzik seperti seruling,

kompang, kerincing, saksofon dan lain-lain. Mereka telah memainkan peranan

masing-masing untuk menghasilkan ketiga-tiga lagu iaitu Smoke On The Water,

The New World Symphony dan Lion King. Saya lebih suka lagu “Lion King”

kerana melodi dan irama lagu ini amat menarik. Saya juga amat kagum dengan

bakat Lt.Khor Alk Keong, beliau mempunyai banyak pengalaman untuk

mengetuai satu pancaragam. Beliau mampu mengetuai satu pancaragam ke

arah kecemerlangan.

Selepas itu, saya tertarik dengan suara Puan Ong Chiew Khim apabila

puan menyanyi lagu “ Memory From The Cats”. Saya amat kagum dengan

suaranya kerana suaranya amat unik dan mampu menggunakan nada yang

begitu tinggi. Beliau telah menguasai teknik nyanyian dengan baik.

Persembahan seterusnya ialah Boria, Tarian Kontemporari dan Nyanyian

Acapella. Nyanyian Acapella ialah nyanyian tanpa iringan instrumen. Saya

tertarik dengan cara persembahan lagu Yue Lai Xiang kerana melodi lagu telah

1

Page 2: refleksi KIOR

berbeza daripada melodi asal. Mereka telah menunjukkan kreativiti mereka dari

segi berpakaian dan cara persembahan. Saya telah didedahkan sejarah setiap

lagu yang dipersembahkan oleh pengacara majlis. Guru-guru pelatih

menggunakan alatan muzik tradisional cina semasa mempersembahkan

Onkestra Cina. Saya telah didedahkan satu alatan muzik yang diperbuat

daripada buluh iaitu Angklung. Para guru pelatih telah menggunakan alat muzik

ini untuk mempersembahkan lagu “Falling In Love With You” dan “ Can-can”.

Melodi yang unik telah dihasilkan melalui penggunaan alatan muzik ini.

Persembahan yang saya ternanti-nanti ialah koir. Para guru pelatih telah

berjaya menghasilkan gabungan suara yang harmoni semasa menyanyi lagu

“P.Ramlee Medley”. Saya telah memahami penyanyi tidak boleh menegaskan

cara menyanyi tersendiri, sebaliknya hendak peka terhadap suara-suara kawan-

kawan agar tidak menunjukkan perbezaan suara yang ketara. Saya telah

mempelajari nilai bekerjasama memainkan peranan yang amat penting untuk

menghasilkan koir yang baik. Saya amat kagum dengan bakat guru pelatih Yeoh

Chee Weng. Dia mampu mempersembahan lagu “Csardas” dan “ I believe”

dengan menggunakan flut.

Lagu “ Three Little Maids” dan “Sugar Plum Fairy Waltz” telah

dipersembahkan dengan cara yang amat kreatif dan berjaya menarik perhatian

orang ramai. Saya telah belajar bahawa nilai estetik amat penting semasa

menari tarian India dan hendak menari mengikut rentak muzik. Saya amat

kagum dengan guru pelatih Eunico Guok kerana dia mempunyai bakat daripada

pelbagai aspek muzik. Dia mempunyai suara yang merdu, mahir bermain

pelbagai alatan muzik dan berpotensi menjadi seorang konduktor. Konsert ini

diakhiri dengan persembahan pancaragam.

Melalui konsert ini, saya telah belajar cara untuk membentuk satu konsert

yang menarik. Konsert merupakan sebahagian usaha ke arah merealisasi hala

tuju matlamat program muzik iaitu melahirkan pendidik muzik yang berkualiti,

kreatif, berilmu dan berketrampilan di samping memartabatkan pendidikan muzik

di tahap yang sewajarnya. Para pelatih berpeluang menunjukkan bakat-bakat

2

Page 3: refleksi KIOR

mereka dan kreativiti semasa melancarkan konsert. Saya telah memahami

bahawa satu konsert yang berjaya dapat membantu dalam proses

pembanggunan diri dari segi peneguhan nilai sosial, estetika, etika serta

pembinaan semangat berdedikasi, beriltizam dan berdisiplin diri yang tinggi.

Saya akan menggunakan ilmu yang saya perolehi daripada konsert dan

persatuan koir semasa berkhidmat di sekolah kelak. Sebagai guru, ilmu ini akan

saya jadikan panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan

pembelajaran muzik.

3