REFLEKSI. Lanskap
-
Upload
mohd-abdul-aziz-azmee -
Category
Documents
-
view
74 -
download
2
Transcript of REFLEKSI. Lanskap
MOHD ABDUL AZIZ BIN AZMEE 920906-09-5109: 0610/ 1663
REFLEKSI
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi kerana diberi kesempatan
menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Jutaan terimakasih kepada semua yang terlibat
dan tidak terbalas jasa dan bantuan yang diberikan kepada saya dalam menyiapkan
kerja kursus ini. Kerja kursus kali ini ialah berkaitan Teknologi Pertanian dan
Landskap, RBT 3104 yang mana kerja kursus ini melibatkan kerja dalam kumpulan.
Jadi melalui pengalaman selama satu semester dalam menyiapkan kerja
kursus ini, salah satu perkara yang tidak akan saya lupa ialah jangan selesaikan
masalah dengan masalah. Ini disebabkan dalam menyiapkan kerja kursus ini kami
semua dikehendaki menyiapkan amali landskap dan seterusnya telah berurusan
dengan pihak luar untuk tempahan barang keperluan. Apa yang terjadi ialah pesanan
kami kepada pihak terbabit telah berlaku salah faham yang tidak sepatutnya.
Banyak diantara rakan-rakan dan pensyarah yang memandang masalah ini sebagai
sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Jadi dalam menyelesaikan masalah ini, saya
bertindak untuk diamkan diri dan mencari sebab utama masalah ini. Nasib saya baik,
kerana mendapat penerangan oleh pihak yang terbabit, walaubagaimanapun saya
tidak dapat untuk memperbetulkan anngapan orang lain. Tetapi kebanyakkan rakan-
rakan saya, dapat terima dan mencari alternatifa untuk bersama-sama
menyelesaikan masalah ini.
Seterusnnya, perkara yang mengajar saya juga sepanjang menyiapkan kerja
kursus ini ialah kerjasama. Ringkas tapi bukan mudah untuk sebuah kumpulan untuk
memberi kerjasama terutama ahli kumpulan yang terdiri dai lelaki dan perempuan.
Apa yang terjadi ialah, rentetan dari masalah pertama tadi kumpulan kami
mengadapi masalah untuk menetapkan sususana landskap mengikut perancangan
awal. Ini kerana terdapat barang kelengkapan landskap yang tidak cukup bahkan
terdapat penambahan yangtidak sepatutnya. Jadi pada mulanya, saya sedikit tersa
hati dengan ahli kumpulan saya kerana tidak memaklumkan sebarang perubahan
yang ingin dilakukan pada perancangan awal. Nasib menyebelahi saya kerana saya
bertindak rasional dengan mendapatkan penjelasan secara terus dengan mereka.
MOHD ABDUL AZIZ BIN AZMEE 920906-09-5109: 0610/ 1663
Walaubagaimanapun, kami menghadapi masalah untuk menetapkan pelan lanskap
kami. Jadi setiap orang daripada kami memounyai idea dan cara masing-masing
dalam menetapkan pelan itu. Jadi saya sebagai ketua kumpulan memainkan
peranan dengan mengajak mereka berdiskusi bersama dan mengamalkan
budibicara dalam membuat keputusan untuk kumpulan. Syukur masalah ini selesai,
tetapi kerjasama itu bukan mudah. Sebagai ketua, perlu kepada dapat mengawal
dan menyelesaikan masalah dengan perbincangan bukan memikirkan diri sendiri.
Kesimpulannya, kerja kursus kali ini mengajar perkara biasa tetapi bermanfaat
untuk saya amalkan. Ilmu tanpa amal adalah sia-sia, diharapkan apa yang saya
pelajari ini dapat diamalkan walaupun sedikit namun lebih baik dari tiada langsung.
Saya berharap melalui aktiviti berkumpulan yang telah saya lalui tahap pemikiran
saya dapat berkembang melalui interaksi berkumpulan. Saya juga berharap jalinan
persahabatan yang dijalin dan kerjasama ini dapat dipupuk sehingga keakhir hayat.