Refleksi Minggu 1 Hingga 4

12
PENULISAN JURNAL [01 April 2015] 01 April 2015 merupakan hari pertama saya menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan jalan 6, Bandar Baru Bangi. Tepat jam 7 pagi saya melangkah masuk ke perkarangan sekolah, saya terus ke pejabat untuk melapor diri. Kedatangan saya disambut baik oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum selaku pemangku Guru Besar pada waktu itu iaitu Encik Tan Peng Ann. Selepas itu saya menyertai perhimpunan pagi yang dijalankan. Sejurus selesainya perhimpunan, saya kembali ke pejabat untuk berjumpa Encik Tan peng An . Saya telah menerangkan kepadanya perkara berkaitan praktikum yang perlu saya lakukan. Ini kerana beliau merupaka pemangku kepada guru besar pada waktu ini menggantikan guru besar yang dalam cuti sakit. Saya tidak menerima lagi jadual waktu kerana pihak sekolah perlu meneliti waktu untuk diberikan kepada saya supaya tidak bertindih memandangkan jadual waktu yang telah disediakan pada awal tahun untuk guru-guru sekolah tersebut. Setelah selesai, saya dibenarkan pulang pada jam 1.30 petang. Perkara-perkara yang perlu untuk saya ambil tindakan telah saya catatkan pada buku nota bagi mengelakkan kerja-kerja yang tertunggak. Esok dan tempoh 1 bulan ini, tugas yang berat akan saya galas. Saya berharap segalanya berjalan dengan lancar dan saya berjani pada diri saya untuk melakukan yang terbaik. AIZUL ZAKARIA HAMZAH 1

description

Refleksi Minggu 1 Hingga 4

Transcript of Refleksi Minggu 1 Hingga 4

Page 1: Refleksi Minggu 1 Hingga 4

PENULISAN JURNAL

[01 April 2015]

01 April 2015 merupakan hari pertama saya menjalankan praktikum di Sekolah

Kebangsaan jalan 6, Bandar Baru Bangi. Tepat jam 7 pagi saya melangkah masuk

ke perkarangan sekolah, saya terus ke pejabat untuk melapor diri. Kedatangan saya

disambut baik oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum selaku pemangku Guru

Besar pada waktu itu iaitu Encik Tan Peng Ann. Selepas itu saya menyertai

perhimpunan pagi yang dijalankan.

Sejurus selesainya perhimpunan, saya kembali ke pejabat untuk berjumpa

Encik Tan peng An . Saya telah menerangkan kepadanya perkara berkaitan

praktikum yang perlu saya lakukan. Ini kerana beliau merupaka pemangku kepada

guru besar pada waktu ini menggantikan guru besar yang dalam cuti sakit. Saya

tidak menerima lagi jadual waktu kerana pihak sekolah perlu meneliti waktu untuk

diberikan kepada saya supaya tidak bertindih memandangkan jadual waktu yang

telah disediakan pada awal tahun untuk guru-guru sekolah tersebut.

Setelah selesai, saya dibenarkan pulang pada jam 1.30 petang. Perkara-

perkara yang perlu untuk saya ambil tindakan telah saya catatkan pada buku nota

bagi mengelakkan kerja-kerja yang tertunggak. Esok dan tempoh 1 bulan ini, tugas

yang berat akan saya galas. Saya berharap segalanya berjalan dengan lancar dan

saya berjani pada diri saya untuk melakukan yang terbaik.

AIZUL ZAKARIA HAMZAH 1

Page 2: Refleksi Minggu 1 Hingga 4

PENULISAN JURNAL

Tarikh / Hari 08 April 2015 [Rabu]

Tajuk Matematik: Operasi penambahan dalam lingkungan 100

Bisikan hati /

Perasaan

Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran saya berada di SK

Jalan 6, Bandar Baru Bangi, saya tidak pernah menjalankan

aktiviti berpasangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

saya. Jadi, selepas memperkenalkn tajuk ini saya bercadang

untuk menjalankan aktiviti berkumpulan sebagai aktiviti

pengukuhan kepada pengenalan konsep yang saya perkenalkan.

Bagi proses pembahagian pasangan, saya lakukan mengikut

tempat duduk masing-masing memandangkan mereka sudah

secara berpasangan. Pada mulanya, saya menghadapi kesukaran

apabila terdapat beberapa orang murid tidak mahu pasangan

yang telah saya tetapkan. Namun selepas itu, saya berasa lega

sedikit kerana mereka akur dengan arahan saya. Pelbagai ragam

dan kerenah setiap pelajar di dalam kelas tersebut. Hal ini

mungkin berlaku kerana mereka tidak suka aktiviti secara

berpasangan. Namun jauh di sudut hati saya, saya begitu terhibur

dengan setiap karenah yang ditunjukkan oleh mereka. Walaupun

bagaimanapun,masih banyak lagi personaliti murid-murid saya

yang belum saya terokai dan temui memandangkan minggu ini

merupakan minggu pertama saya mengajar mereka. Mungkin ini

yang dialami oleh guru-guru saya dahulu.

Menganalisis /

Menilai

Pada awal proses pengajaran dan pembelajaran , tidak dapat

dinafikan semua pelajar memberikan tumpuan dan perhatian.

Namun apabila tiba kepada peringkat untuk pembahagian

kumpulan, keadaan kelas sudah mula bising kerana murid-murid

bersama pasangan masing-masing. Saya telah memberi sehelai

kertas kepada setiap pasangan. Seterusnya, saya berikan arahan

tentang apa yang perlu mereka buat. Oleh kerana mereka sangat

bersemangat untuk menjalankan aktiiviti, tiada soalan yang

AIZUL ZAKARIA HAMZAH 2

Page 3: Refleksi Minggu 1 Hingga 4

PENULISAN JURNAL

dikemukakan untuk kekeliruan arahan. Selepas saya memberikan

masa selama 15 minit, keadaan kelas mula bising kerana meraka

mula berbincang Saya telah memberikan arahan supaya mereka

memperlahankan suara. Namun suasana kelas masih bising.

Setelah saya teliti, terdapat pelajar-pelajar tidak faham tentang

aktiviti yang dijalankan, saya berjalan ke setiap pasangan untuk

member tunjuk ajar sekiranya mereka tidak jelas tentang arahan

yang diberikan.

Kesedaran

baru / Harapan

Kini saya sedar bahawa menjalankan aktiviti berpasangan

bukanlah suatu perkara yang mudah. Walaupun saya hanya perlu

akui bahawa aktiviti berpasangan ini lebih memberikan peluang

kepada setip murid untuk terlibat dalam aktiviti yang dijalankan

berbanding dengan aktiviti berkumpulan. Apa yang paling

penting, saya perlu menyediakan diri saya untuk memberi arahan

yang jelas dan pada masa yang sama mengawal kelas dengan

baik bagi mengelakkan bunyi bising seperti di pasar ikan. Arahan

perlu diberikan sebelum menyerahkan peralatan kepada murid-

murid. Hal ini bagi mengelakkan mereka tidak memberi tumpuan

ketika saya memberi arahan. Selain itu, saya sepatutnya memberi

arahan dengan jelas dan ringkas supaya para pelajar mudah

memahaminya. Selepas ini, saya juga perlu mempelbagaikan

aktiviti di dalam kelas agar pelajar lebih tertarik untuk menimba

ilmu

Cadangan /

Tindakan

Sewaktu pertama kali saya menjejakkan kaki ke kelas Pendidikan

Khas Kumpulan 5, saya dapat rasakan saya berhadapan dengan

satu cabaran yang besar kerana kelas ini merupakan kelas murid

pendidikan bekeperluan khas. Murid-murid dalam kelas ini

memerlukan penumpuan terutama apabila melakukan aktiviti.

Saya perlu menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik

perhatian mereka. Saya juga perlu mempelbagaikan sumber

pengajaran supaya mereka tidak berasa bosan. Namun pada

masa yang sama, saya perlu mempertingkatkan cara pengawalan

kelas supaya keadaan kelas kondusif dan tidak terlalu bising.

AIZUL ZAKARIA HAMZAH 3

Page 4: Refleksi Minggu 1 Hingga 4

PENULISAN JURNAL

Saya perlu lebih banyak melibatkan murid-murid dalam sesi

pengajaran agar semua murid berpeluang untuk menyertai P&P

dan tidak hilang fokus serta lebih berminat mengikuti pengajaran.

Selain itu, penegasan perlu dipertingkatkan agar setiap daripada

mereka memberi tumpuan sepenuhnya. Bagi murid yang bising,

saya perlu lebih tegas untuk mengarahkan mereka untuk diam

atau mengenakan denda seperti tidak dapat membuat aktiviti.

Dengan ini, murid-murid lain akan mempelajari daripada kesan

yang dikenakan ke atas rakan mereka dan tidak akan mengulangi

perkara yang sama. Saya akan mengaplikasikan setiap ilmu yang

diberi oleh pensyarah dan guru pembimbing untuk sesi

pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Saya juga akan

merefleks dan menilai kembali P&P yang telah saya jalankan bagi

melakukan penambahbaikan pada masa akan datang.

AIZUL ZAKARIA HAMZAH 4

Page 5: Refleksi Minggu 1 Hingga 4

PENULISAN JURNAL

Tarikh / Hari [15 April 2015] ( Rabu )

Tajuk Matematik: Operasi penambahan dalam lingkungan 100

Bisikan hati /

Perasaan

Pada hari ini saya akan mengajar Matematik di kelas pendidikan

khas Kumpulan 5 . Saya berpeluang menggunakan Kit Mudah

Matematik bahan bantu mengajar untuk tajuk ini. Saya berasa

tertanya-tanya adakah sesuai bahan yang disedikan ini dengan

tahap pemikiran murid pendidikan khas.

Menganalisis /

Menilai

Pada awal proses pengajaran dan pembelajaran , tidak

dapat dinafikan saya agak kekok untuk mengajar.

Tambahan pula saya sudah lama tidak mengajar

matapelajaran Matematik. Untuk mengajar semula dan

mengendali sebuah kelas pendidikan khas Kumpulan 5

merupakan pengalaman yang amat bernilai sepanjang

pengalaman saya praktikum. Saya telah menggunakan Kit

Mudah Matematik bagi sesi pengajaran pada hari ini.Murid-

murid sangat seronok dan tertarik dengan kit tersebut yang

mempunyai pelbagai warna dan bentuk. Murid-murid begitu

bersemangat mengikuti proses pengajaran . Saya berasa

seronok kerana murid murid dapat mengikuti pelajaran pada

hari ini dan objektif pembelajaran yang saya tetapkan

tercapai. Bagi memastikan murid-murid terus berminat

dengan aktiviti yang dijalankan, saya memberi peluang

kepada murid untuk menggunakan kit tersebut seorang demi

seorang.

Kesedaran

baru / Harapan

Kini saya sedar bahawa untuk mengawal kelas dengan baik ialah

dengan menimbulkan rasa minat dalam diri murid-murid terhadap

pembelajaran, terutamanya dalam pengajaran matematik yang

mempunyai proses pengiraan yang komplek dan abstrak. Saya

juga perlu menyediakan diri saya untuk memberi arahan yang

jelas dan mengawal kelas dengan baik bagi mengelakkan bunyi

AIZUL ZAKARIA HAMZAH 5

Page 6: Refleksi Minggu 1 Hingga 4

PENULISAN JURNAL

bising seperti di pasar ikan. Bagi murid pendidikan khas, arahan

yang diberikan mestilah jelas dan ringkas supaya mereka mudah

memahaminya.

Cadangan /

Tindakan

Di dalam kelas yang saya ajar ini, rata-rata murid dalam kelas ini

boleh membaca dan mengikuti pembelajaran dengan baik.

Namun, ada beberapa murid yang aktif dan perlu dikawal dengan

lebih baik di dalam kelas ini. Walaupun bahan bantu mengajar

yang saya sediakan dapat menarik minat mereka, saya perlu lebih

bijak dalam mengawal kelas. Saya perlu melibatkan murid-murid

dalam sesi pengajaran agar semua murid berpeluang untuk

menyertai P&P dan tidak hilang fokus serta lebih berminat

mengikuti pengajaran. Selain itu, penegasan perlu dipertingkatkan

agar setiap daripada mereka memberi tumpuan sepenuhnya.

Dengan ini, murid-murid lain akan mempelajari daripada kesan

yang dikenakan ke atas rakan mereka dan tidak akan mengulangi

perkara yang sama seterusnya. Saya juga akan merefleks dan

menilai kembali P&P yang telah saya jalankan bagi melakukan

penambahbaikan pada masa akan datang.

AIZUL ZAKARIA HAMZAH 6

Page 7: Refleksi Minggu 1 Hingga 4

PENULISAN JURNAL

Tarikh / Hari [22 April 2015] ( RABU )

Tajuk Matematik: Operasi penambahan dalam lingkungan 100 dan 1000

Bisikan hati /

Perasaan

Pada hari ini saya akan mengajar matematik di kelas Pendidikan

Khas Kumpulan 5. Tajuk P&P pada hari ini adalah Operasi

Penambahan Dalam lingkunagan 100 dan 1000. Diharap

pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan lancar.

Menganalisis /

Menilai

Semasa menjalankan set induksi, saya dapati murid-murid

seronok dan memberi penumpuan serta aktif dengan memberi

respon di mana mereka bersama-sama mengira bola yang

ditunjukkan dalam sesi ini.  Bola yang berwarna-warni saya

gunakan adalah untuk menarik perhatian murid di samping dapat

digunakan untuk mengaitkan dengan operasi tambah yang akan

saya sampaikan dalam pengajaran saya. 

     Saya telah menggunakan pendekatan atau kaedah

penerangan bagi aktiviti perkembangan isi pelajaran langkah

pertama yang mana saya menunjukkan semula cara

menggunakan Kit Mudah Matematik yang telah saya sediakan

untuk setiap murid. Ini adalah untuk mereflek pembelajaran

mereka pada minggu lepas.  Idea yang abstrak, konsep-konsep

yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila menggunakan

contoh-contoh yang mudah kepada yang lebih konkrit. Saya

dapati murid-murid  dalam kelas ini, dapat memerima penerangan

dengan baik dan mudah memahami penerangan yang

diberikan.  Murid-murid memberi respon dengan menjawab

soalan-soalan secara lisan yang ringkas yang diutarakan sebagai

menguji pemahaman mereka terhadap penerangan yang

disampaikan.  Walaupun saya dapati ada beberapa orang murid

yang kelihatan tidak memberi perhatian semasa sesi pengajaran,

saya faham kerana ketika cuaca panas dan kurang selesa.  Apa

yang saya dapat lakukan adalah dengan memberi teguran dan

AIZUL ZAKARIA HAMZAH 7

Page 8: Refleksi Minggu 1 Hingga 4

PENULISAN JURNAL

memanggil mereka supaya memberi perhatian.

Kesedaran

baru / Harapan

Kelemahan yang terdapat semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan adalah jumlah soalan yang diberikan

terlalu banyak dan murid tidak dapat menyelesaikannya dalam

masa yang ditetapkan.  Bilangan soalan yang saya berikan adalah

10 soalan yang perlu disiapkan dalam masa 15 minit, tetapi

kebanyakan murid hanya sempat menyelesaikan 4 – 5 soalan

sahaja.  Suasana kelas kedengaran sedikit bising kerana

penglibatan murid yang aktif dan ada pula beberapa orang yang

kelihatan sedikit bosan kerana cuaca yang panas ketika itu

mempengaruhi tumpuan mereka pada pembelajaran.  Namun

begitu, melalui penilaian yang dibuat semasa pembentangan hasil

kerja kumpulan saya dapati murid-murid dapat mencapai

objektif  yang diharapkan kerana soalan yang diberi dapat dijawab

dengan betul dengan bantuan Kit Mudah Matematik yang

disediakan.  Setelah saya semak hasil kerja mereka saya dapati

semua orang dapat menjawab dengan betul sekurang-kurangnya

5  dari 10 soalan yang diberi. Latihan secara latih-tubi boleh

diberikan kepada murid-murid ini sebagai kerja rumah bagi

membantu mereka dalam mempertingkatkan kemahiran

menambah.

     Oleh yang demikian, di sini saya boleh rumuskan bahawa

kaedah-kaedah yang saya gunakan berjaya dilaksanakan dan

murid-murid menglibatkan diri secara aktif  semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku.  Saya harapkan di masa

akan datang, saya akan dapat mempelbagaikan lagi kaedah-

kaedah bagi menarik minat murid supaya murid-murid akan dapat

memahami sesuatu topik yang disampaikan dengan lebih

jelas.  Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan

menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menarik dan akan

memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif

sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan.

AIZUL ZAKARIA HAMZAH 8

Page 9: Refleksi Minggu 1 Hingga 4

PENULISAN JURNAL

Cadangan /

Tindakan

Terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.  Oleh yang

demikian,  pemilihan terhadap kaedah dan teknik yang lebih

sesuai perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya tidak

menghalang dalam melaksanakan proses pembentukan konsep-

konsep secara mudah dan lebih berkesan.  Aktiviti-aktiviti yang

dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang

tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang

diterjemahkan dapat difahami dengan lebih jelas dan

tepat.  Aktiviti yang dipilih harus mempengaruhi intelek, emosi,

minat dan kecenderungan pelajar secara berkesan serta mampu

untuk menjelaskan pengajarannya.

     Jika saya berpeluang untuk mengajar topik ini lagi kepada

kumpulan pelajar yang sama, saya akan gunakan pendekatan dan

kaedah yang sama, cuma perlua ada penambahbaikan pada

kertas soalan yang diberikan.

AIZUL ZAKARIA HAMZAH 9