refleksi olahraga
description
Transcript of refleksi olahraga
REFLEKSI
Kursus Kokurikulum Olahraga (WAJ 3112) merupakan satu subjek yang wajib
bagi pelajar-pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) Semester 4. Subjek ini
merupakan salah satu komponen penting dalam Program Pensiswazahan Guru
(PPG). Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Kursus Olahraga (WAJ 3112),
saya telah menerima tugasan tutorial secara individu dan tugasan kerja kursus bagi
subjek ini juga secara individu.
Semasa proses menyiapkan tugasan tutorial dan kerja kursus ini, terdapat
beberapa masalah yang saya hadapi di samping banyak pengalaman dan juga ilmu
pengetahuan baru yang dapat saya perolehi yang mana ianya bermanfaat kepada
saya.
Antara masalah yang saya hadapi sepanjang melakukan tugasan kerja kursus
ini ialah kekurangan buku rujukan. Saya hanya mempunyai sebuah buku sahaja
yang berkaitan dengan olahraga memandangkan opsyen saya bukanlah yang
berkaitan dengan sukan. Jadi, saya telah pergi ke perpustakaan untuk mencari buku
yang boleh digunakan untuk tugasan ini. Walaubagaimanapun, tidak banyak buku
yang berkaitan dengan tugasan yang boleh dijadikan sebagai rujukan.
Selain itu, saya juga tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dalam bidang
olahraga yang mana pengetahuan saya hanyalah berdasarkan pengalaman semasa
di sekolah serta melalui media massa dan cetak seperti televisyen dan surat khabar.
Oleh itu, saya berasa sukar untuk menyiapkan tugasan ini memandangkan saya
kekurangan ilmu yang dapat membantu saya untuk menyiapkan tugasan tutorial dan
kerja kursus ini dengan baik.
Saya juga diberi input tentang pelaksanakan satu acara larian di padang
dengan menggunakan starter block serta cara-cara mengurus dan
mengendalikannya dengan cara yang teratur dan sistematik. Sebenarnya, mula-mula
saya keliru tentang bagaimanakah dapat menyiapkan tugasan ini, namun dorongan
dan tunjuk ajar pensyarah olahraga saya telah menjayakan usaha saya menyiapkan
tugasan ini.
Terdapat beberapa kelemahan yang tidak dapat saya elakkan dalam
menyiapkan portfolio olahraga ini. Pertamanya, saya telah amat menyedari
peribahasa ‘masa itu emas’; dimana saya terpaksa mengejar masa dalam
pembahagian tugas. Satu lagi masalah yang telah saya hadapi dalam menyiapkan
kerja kursus ini adalah kurang kemahiran dalam melaksanakan aktiviti padang.
Sebagai contoh, prosedur menjalankan larian, iaitu penggunaan starting block,
pegawai yang menjaga masa, penjaga bendera, pencatat masa dan sebagainya.
Terdapat beberapa peluang yang telah saya pelajari hasil daripada portfolio
olahraga ini. Pertamanya, saya telah berpeluang untuk mempelajari lebih mendalam
tentang cara mengadakan aktiviti padang dan aktiviti balapan. Acara padang dan
balapan banyak memupuk nilai-nilai bekerjasama, berkeyakinan dan berdisiplin diri
serta bertanggungjawab.
Walaupun mengalami beberapa masalah semasa dalam proses menyiapkan
tugasan ini, saya dapat banyak pengetahuan baru yang sangat berguna sebagai
seorang guru. Antaranya ialah saya dapat mempelajari cara pelaksanaaan acara
padang dan balapan bagi peringkat sekolah iaitu antara rumah – rumah sukan. Saya
dapat belajar bagaimana cara untuk merangka jawatankuasa kerja di samping dapat
mengetahui bidang tugas bagi setiap jawatankuasa yang mana saya tidak pernah
tahu sebelum ini.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui cara untuk merangka jadual
pertandingan bagi sukantara serta bagaimana sistem pemarkahan sebenar
sukantara beroperasi di sekolah. Semua ilmu yang saya perolehi ini sangat
bermanfaat bagi saya sebagai seorang guru kerana di sekolah, sukantara dijalankan
pada setiap tahun sebagai acara tahunan. Justeru itu, saya dapat menggunakan
segala ilmu serta pengalaman yang saya perolehi semasa menyiapkan kertas kerja
ini sekiranya saya diminta untuk membuat kertas kerja sukantara bagi sekolah saya
kelak.
Pada keseluruhan, kursus ini sangat berguna untuk dibawa ke sekolah. Ini
kerana sudah semestinya setiap sekolah akan mengadakan sukan setiap tahun.
Dengan adanya kursus ini kami diterangkan dengan terperinci dari sejarah,
pengenalan sukan, cara latihan yang sesuai, teknik-teknik yang betul pada setiap
sukan olahraga, peraturan-peraturan sukan olehraga, cara borang penilaiaan dan
cara pemarkahan. Ia diterangkan secara terperinci dan mudah difahami. Sebelum ini
kami tidak jelas tentang setiap sukan olehraga yang dijalankan. Dengan adanya
kursus ini, kami tidak teragak-agak lagi apabila nanti di arahkan untuk menjadi
pegawai penilai untuk aktiviti di mana-mana kejohanan yang dianjurkan oleh sekolah
mahupun daerah.
Salah satu cadangan bagi olahraga ini adalah supaya menambahkan masa
pengajaran bagi aktiviti di padang dan di dalam kelas supaya dapat melakukan amali
dan praktikal dalam olahraga demi menambahkan minat dan pengetahuan dalam
sukan.
Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang menolong memberi
idea terutamanya pensyarah saya yang berdedikasi dalam memastikan guru
pelatihnya menyiapkan kerja kursus olahraga dengan baik.
Akhir sekali, tugasan kerja kursus ini sangat bermanfaat kepada saya sebagai
seorang guru yang mana banyak ilmu baru mengenai pengurusan dan pentadbiran
dalam menguruskan sesuatu kejohanan sukan yang dapat saya perolehi dan
samping ianya dapat dipraktiskan di sekolah kelak.