Refleksi Pbs Moral

3
Refleksi Saya bersyukur pada Tuhan kerana di atas limpah kurnianya saya telah berjaya menyiapkan tugasan untuk subjek Pendidikan Moral. Tugasan kami adalah membuat laporan pemerhatian penggunaan strategi dan kaedah serta pendekatan yang digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah tempat saya menjalani program pengalaman berasaskan sekolah. Kami akan memerhati guru-guru moral Pendidikan Moral. Kemudian kami perlu mencatat strategi,kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mengajar. Tugasan ini terbahagi kepada dua. Tugasan pertama adalah menjelaskan peranan guru terhadap murid bagi kaedah bercerita dan kaedah pameran. Tugasan saya yang kedua adalah mendokumentasikan segala aktiviti pendekatan tindakan sosial yang berlaku di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Banyak yang saya belajar melalui tugasan ini. Saya belajar dengan lebih dalam lagi tentang penggunaan strategi dan kaedah pengajaran dalam Pendidikan Moral. Pemilihan untuk penggunaan strategi dan kaedah perlulah betul agar tidak membosankan pelajar dan sesuai dengan tajuk yang diajar. Pemilihan yang salah menyebabkan objektif pengajaran kita tidak tercapai. Contohnya, jika kita hendak menarik perhatian murid-murid selepas waktu rehat dimana mereka sudah tidak berminat untuk belajar kita boleh menggunakan kaedah lakonan kerana murid-murid suka meniru watak. Jika guru memilih kaedah berceritapun boleh cuma pada waktu

Transcript of Refleksi Pbs Moral

Page 1: Refleksi Pbs Moral

Refleksi

Saya bersyukur pada Tuhan kerana di atas limpah kurnianya saya telah berjaya

menyiapkan tugasan untuk subjek Pendidikan Moral. Tugasan kami adalah membuat

laporan pemerhatian penggunaan strategi dan kaedah serta pendekatan yang

digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah tempat saya

menjalani program pengalaman berasaskan sekolah. Kami akan memerhati guru-guru

moral Pendidikan Moral. Kemudian kami perlu mencatat strategi,kaedah dan

pendekatan yang digunakan untuk mengajar.

Tugasan ini terbahagi kepada dua. Tugasan pertama adalah menjelaskan peranan guru

terhadap murid bagi kaedah bercerita dan kaedah pameran. Tugasan saya yang kedua

adalah mendokumentasikan segala aktiviti pendekatan tindakan sosial yang berlaku di

dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Banyak yang saya belajar melalui tugasan ini. Saya belajar dengan lebih dalam lagi

tentang penggunaan strategi dan kaedah pengajaran dalam Pendidikan Moral.

Pemilihan untuk penggunaan strategi dan kaedah perlulah betul agar tidak

membosankan pelajar dan sesuai dengan tajuk yang diajar. Pemilihan yang salah

menyebabkan objektif pengajaran kita tidak tercapai. Contohnya, jika kita hendak

menarik perhatian murid-murid selepas waktu rehat dimana mereka sudah tidak

berminat untuk belajar kita boleh menggunakan kaedah lakonan kerana murid-murid

suka meniru watak. Jika guru memilih kaedah berceritapun boleh cuma pada waktu

tersebut murid-murid mungkin mengantuk kerana sudah kenyang. Seorang guru juga

perlu bijak memilih pendekatan yang sesuai dalam pengajaran Pendidikan Moral. Saya

mendapati bahawa pendekatan tindakan sosial dapat menarik minat murid-murid.

Projek menghias kelas sempena bulan kemerdekaan dapat menerapkan pelbagai nilai

seperti cinta akan Negara dan bekerjasama. Murid-murid mudah teruja dengan benda

baru terutamanya apabila melibatkan pertandingan. Saya berasa kagum dengan cara

cikgu tersebut mengaplikasikan pendekatan tersebut.

Page 2: Refleksi Pbs Moral

Semasa membuat tugasan ini saya juga dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan

diri saya. Kekuatan saya adalah mampu untuk bekerjasama dengan pelbagai orang.

Kerjasama adalah penting kerana kerja yang sukar akan menjadi mudah dan ringan jika

kita membahagikan tugas tersebut. Selain itu, saya juga mempunyai kemahiran

komunikasi yang baik. Saya perlu banyak bertanya banyak kepada guru semasa

melaksanakan tugas ini. Kemahiran komunikasi saya yang baik banyak membantu saya

untuk mengumpul maklumat. Pada mulanya agak sukar kerana kita masih baru di

tempat orang jadi kita tidak tahu apa yang orang akan fikir tentang kita. Jadi sebagai

seorang guru kita perlu melatih diri agar tidak malu dan berani berhadapan dengan

perkara dan tempat baru. Kelak apabila kita sudah menjadi guru tentu kita akan

berhadapan dengan pelbagai karenah guru lain dan muris-murid.

Kelemahan diri yang saya kenalpasti adalah tidak memahami sepenuhnya Pendekatan

Tindakan Sosial. Bagi mengatasi masalah ini saya telah membuat pelbagai bacaan

dan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, saya mudah berfikiran

negatif tentang sesuatu. Fikiran ini membuatkan saya tidak yakin melakukan sesuatu

kerana fikir sesuatu yang buruk dan memalukan akan terjadi. Namun saya sering

berkata pada diri sendiri bahawa saya boleh belajar dari saat yang buruk dan

memalukan tersebut agar perkara tersebut tidak akan berlaku lagi.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan teriam kasih kepada

Encik Johari Chek Omar di atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau. Tidak dilupakan juga

rakan-rakan dan guru Sk St. Mary yang banyak membantu. Terima kasih.

Oleh,

………………………….

Paulus Dorlen

Page 3: Refleksi Pbs Moral