Refleksi PDK

13
PENULISAN REFLEKTIF PEMULIHAN DALAM KOMUNITI Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan Pemulihan Dalam Komuniti (PKU 3112). Tugasan ini adalah bagi memenuhi kehendak sukatan kursus PISMP semester 6 bagi subjek Pemulihan Dalam Komuniti (PKU 3112). Pelbagai pengalaman bermakna dan berguna yang saya peroleh sepanjang lima hari menjalankan program aktiviti kemasyarakataan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Walaupun terpaksa menghadapi beberapa masalah dan kesukaran, kami tetap mampu menjayakan tugasan ini dengan cemerlang. Berkat kesungguhan dan azam yang tinggi setiap ahli kumpulan yang berkerjasama dan nasihat pensyarah pembimbing, kami mampu menyiapkan juga kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan walaupun menghadapi masalah semasa menyiapkannya. Bagi melaksanakan tugasan ini, kami dikehendaki untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang telah ditetapkan. Kami diminta merancang dan melaksanakan program tersebut dalam tempoh lima hari seperti yang yang dikehendaki dalam tugasan ini. Kesemua pelajar tujuh kelas pengkhususan pendidikan khas telah dibahagikan kepada 9 buah kumpulan yang terdiri daripada 1

description

pemulihan dalam komuniti

Transcript of Refleksi PDK

Page 1: Refleksi PDK

PENULISAN REFLEKTIF PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan Pemulihan Dalam Komuniti (PKU

3112). Tugasan ini adalah bagi memenuhi kehendak sukatan kursus PISMP semester 6

bagi subjek Pemulihan Dalam Komuniti (PKU 3112). Pelbagai pengalaman bermakna

dan berguna yang saya peroleh sepanjang lima hari menjalankan program aktiviti

kemasyarakataan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Walaupun terpaksa

menghadapi beberapa masalah dan kesukaran, kami tetap mampu menjayakan

tugasan ini dengan cemerlang.

Berkat kesungguhan dan azam yang tinggi setiap ahli kumpulan yang

berkerjasama dan nasihat pensyarah pembimbing, kami mampu menyiapkan juga kerja

kursus ini pada masa yang ditetapkan walaupun menghadapi masalah semasa

menyiapkannya. Bagi melaksanakan tugasan ini, kami dikehendaki untuk menjalankan

aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang

telah ditetapkan. Kami diminta merancang dan melaksanakan program tersebut dalam

tempoh lima hari seperti yang yang dikehendaki dalam tugasan ini.

Kesemua pelajar tujuh kelas pengkhususan pendidikan khas telah dibahagikan

kepada 9 buah kumpulan yang terdiri daripada ahli seramai 12 hingga 14 orang setiap

kumpulan. Kemudian setiap kumpulan ini akan ditetapkan sebuah PDK yang menjadi

tempat kami menyelesaikan tugasan PDK kami ini. Kumpulan saya yang diketuai oleh

saudara Asyraf Aslah dari kelas G6.2 telah ditugaskan untuk mengadakan aktiviti

kemasyarakatan di PDK San Peng yang terletak di kawasan Pudu. Dengan ahli

seramai 13 orang, kami telah bersama-sama berbincang untuk melantik Ahli

Jawatankuasa (AJK) bagi setiap aktiviti mengikut kesesuaian kemahiran setiap ahli.

Selain itu, dengan menggunakan kemudahan jalur lebar, kami mendapatkan sedikit

sebanyak maklumat mengenai PDK San Peng dan seterusnya bersama-sama

1

Page 2: Refleksi PDK

mencanai idea dan membincangkan perancangan aktiviti yang sesuai kami laksanakan

di PDK berkenaan.

Selepas bersama bermusyawarah sesama ahli kumpulan, akhirnya semua orang

mempunyai jawatan dan tanggungjawab masing-masing. Saya telah dilantik ke jawatan

naib pengerusi program dan pada masa sama merangkap Pengerusi Jawatankuasa

Aktiviti Akademik. Selain itu saya juga berperanan sebagai AJK cenderahati untuk

aktiviti Home-based dan AJK dokumentasi untuk aktiviti keceriaan. Selesai

pembahagian tugas kepada setiap ahli, keesokan harinya kami telah melakukan

lawatan ringkas ke PDK San Peng untuk meinjau keadaan PDK tersebut dan

mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang PDK San Peng daripada pihak

pengurusan PDK tersebut.

PDK San Peng ini mula beroperasi di Kompleks Perniagaan Sri Selangor, Jalan

San Peng, Kuala Lumpur. Pada tahun 1993. Pada ketika itu PDK San Peng adalah di

bawah penyeliaan Wisma Harapan (swasta). Setelah 15 tahun beroperasi, seramai

lebih kurang 50 orang pelatih telah berdaftar. Bermula pada Januari 2007, PDK San

Peng mula beroperasi di bawah penyeliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sebarang aktiviti yang dibuat perlu mendapat kelulusan daripada pihak JKM terlebih

dahulu. Setiap tahun PDK akan mendapat geran tahunan yang diperuntukkan oleh

kerajaan melalui JKM. Pada tahun 2008, PDK telah menubuhkan Jawatankuasa yang

terdiri daripada kalangan ibubapa yang mempunyai anak–anak OKU. Jawatankuasa

kecil yang dilantik ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi hal pengurusan PDK

agar sebarang aktiviti yang djalankan mampu bergerak dalam suasana yang teratur.

Jawatankuasa yang dilantik hanya memegang jawatan masing – masing selama dua

tahun sahaja.

Hasil daripada pertemuan kali pertama bersama pihak PDK San Peng kami telah

merangka secara kasar perancangan aktiviti yang akan kami laksanakan. Selaku

Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Akademik bersama-sama dengan beberapa orang

2

Page 3: Refleksi PDK

AJK saya saya telah merancang beberapa aktiviti berbentuk akademik yang akan

dijalankan sepanjang program kemasyarakatan selama 5 hari tersebut. Antara aktiviti

yang telah dipersetujui ialah lawatan ke Zoo Negara, aktiviti terapi air, dan pemeriksaan

kesihatan percuma serta ceramah yang bertajuk ‘Memperkasa Potensi Golongan OKU’.

Tempoh masa selama tiga bulan yang diperuntukkan kepada kami dimanfaatkan

dengan sebaik mungkin untuk memperkemaskan lagi perancangan kami dan

mendapatkan dana program yang diperlukan. Dalam masa tiga bulan tersebut kami

telah mengadakan beberapa kali perjumpaan AJK untuk melaporkan perkembangan

semasa dan membincangkan sebarang perubahan perancangan serta mendapatkan

dana yang diperlukan untuk melaksanakan program ini. Tempoh masa praktikum

selama dua bulan pasa semester ini sedikit merencatkan perjalanan fasa

perkembangan kerana kesibukan tugasan mengajar di sekolah membuatkan saya tidak

dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada aktiviti mengumpul dana. Selain itu,

kami juga sukar untuk melakukan pertemuan kumpulan kerana masing-masing

berpraktikum di sekolah berbeza dan berjauhan antara satu sama lain.

Walaupun mengalami beberapa masalah terutama dalam mendapatkan dana

dan tajaan, pada saat-saat akhir kumpulan kami mampu dan berjaya mendapatkan

dana sebanyak RM5500 beserta beberapa tajaan lain. Antara bahan dan alatan tajaan

yang diperoleh ialah 2 tin cat, 5 buah hamper cenderahati dan 3 buah rak kasut. Semua

ini adalah hasil usaha setiap ahli kumpulan saya yang telah berjaya mendapatkan

sumbangan dana dan tajaan tidak kira sama ada banyak ataupun sedikit. Penyumbang

dana yang terbesar adalah ketua kumpulan saya sendiri iaitu saudara Asyaraf Aslah

yang telah berjaya mendapatkan smbangan dana sebanyak RM3000.

Disebabkan ketua kumpulan saya iaitu saudara Asyraf Aslah berpraktikum jauh

di luar Lembah Klang, saya Selaku Naib Pengerusi program ini, dipertanggungjawab

untuk memantau dan menggerakkan ahli-ahli kumpulan lain bagi menjalankan gerak

kerja yang perlu dilakukan. Setiap ahli kumpulan telah memberikan kerjsama dengan

dan menjalankan tugas masing-masing dengan baik. Kami telah mengadakan

3

Page 4: Refleksi PDK

perjumpaan kali terakhir pada 30 september iaitu sehari sebelum kami memulakan

program di PDK. Pada perjumpaan itu setiap AJK telah memberikan laporan akhir

gerak kerja yang telah dilakukan. Bagi AJK aktiviti akademik yang dipengerusikan saya,

setiap aktiviti yang telah dirancang pada berjaya dilaksanakan kecuali satu aktiviti iaitu,

pemeriksaan kesihatan percuma. Aktiviti itu tidak dapat dilaksanakan kerana pihak

Hospital Universiti Universiti Kebangsaan (HUKM) tidak memberikan maklum balas

kepada permintaan kami untuk mendapatkan kerjasama bagi menjalankan aktiviti ini.

Aktiviti lain yang dapat kami jalankan ialah, lawatan ke Zoo Negara, aktiviti terapi air,

dan ceramah yang bertajuk ‘Memperkasa Potensi Golongan OKU’ yang disampaikan

oleh Puan Habsah.

4

Page 5: Refleksi PDK

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Akademik

Di bawah jawatankuasa ini saya telah dipertanggungjwabkan untuk merancang

dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk akademik. Aktiviti akademik adalah

merujuk kepada aktiviti yang dapat memberikan input dan pengalaman berguna

kepada pelatih, petugas serta ibu bapa pelatih di PDK. Contoh aktiviti berbentuk

akademik ialah, aktiviti terapi, seminar dan lawatan. Bersama-sama dengan ahli ajk

saya yang telah dilantik. Kami telah merancang beberapa aktiviti seperti yang telah

dinyatakan di atas. Terdapat tiga aktiviti yangtelah kami berjaya laksanakan iaitu

Program Lawatan ke Zoo Negara, aktiviti Terapi Air dan Ceramah Khas.

i. Program Lawatan Ke Zoo Negara

Program lawatan ini telah dicadangkan oleh oleh salh seorang ahli kumpulan

kami pada awal perancangan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan ini. Kebetulan

cadangan kami ini selari dengan permintaan daripada pihak PDK San Peng. Saya

gembira kerana cadangan kami ini diterima dengan baik oleh pihak PDK. Bagi

menjayakan program ini kami telah berkolaborasi dengan pihak PDK dengan baik.

Pihak pengurusan PDK telah memilih seramai 21 orang pelatih PDK yang sesuai bagi

menyertai program lawatan ini, dan menyelesaikan urusan mendapatkan kebenaran ibu

bapa. Dengan tenaga AJK yang saya ada kami memfokuskan kepada usaha

mendapatkan kerjasama daripada pihak Zoo Negara bagi melakukan aktiviti lawatan ke

sana.

Kami juga memohon bantuan daripada pihak Rapid KL bagi mendapatkan

kemudahan pengangkutan. Alhamdulillah, kami telah berjaya mendapatkan pas

percuma untuk kesemua 21orang pelatih PDK yang terlibat. Manakala bagi petugas

PDK seramai 6 orang dan kesemua 13 orang ahli kumpulan saya mendapat potongan

harga tiket iaitu RM20 bagi setiap seorang. Manakala Raapid KL telah menyediakan

5

Page 6: Refleksi PDK

sebuah bas untuk membawa kami ke Zoo Negara secara percuma. Lawatan ini telah

diadakan pada hari kedua. Kami bertolak dari PDK pada jam 8.30 pagi dan selamat

pulang pada jam 2 petang. Antara aktiviti yang dijalani sepanjang lawatan ke Zoo

Negara ialah melihat haiwan-haiwan yang terdapat di dalam zoo dengan menaiki tram

dan melihat pertunjukan haiwan terlatih iaitu ikan lumba-lumba, singa laut dan lain-lain

lagi.

Kelebihan

Dari segi pengurusan, kejayaan mendapatkan pas percuma untuk pelatih PDK

dan potongan harga tiket bagi petugas PDK dan guru pelatih serta kemudahan

pengangkutan percuma oleh Rapid KL amat membantu meringankan beban kewangan

kami. Hal ini membolehkan, menggunakan dana yang dijimatkan itu untuk perkara yang

lebih memerlukan. Selain itu, semua telah memberikan kerjasama yang baik dengan

tiba di PDK tepat pada waktunya seterusnya membolehkan program berjalan seperti

yang dirancangkan.

Aspek keselamatan amat dititik beratkan oleh kami. Bagi melicinkan perjalanan

program dan keselamatan pelatih PDK ketika di zoo, kami telah merangka beberapa

prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi oleh pelatih PDK serta pengiring yang terdiri

daripada petugas PDK dan guru pelatih. Prosedur yang saya fikir paling ialah setiap

petugas atau guru pelatih perlu menjaga seorang pelatih PDK ketika aktiviti lawatan.

Perkara ini menyebabkan pelatih-pelatih PDK yang terlibat lebih mudah dipantau.

Kesemua pelatih PDK yang mengikuti lawatan ini amat gembira dan teruja kerana ini

adalah pengalaman baru bagi mereka kerana membolehkan meraka melihat haiwan-

haiwan dengan lebih dekat. Hampir kesemua pelatih PDK itu tidak pernah melawat ke

Zoo Negara.

6

Page 7: Refleksi PDK

Kelemahan

Satu kelemahan tidak dapat dielakkan ketika lawatan ini ialah masalah urusan

makanan. Kami telah menyediakan makanan untuk sarapan pagi, minum pagi dan

makan tengahari. Kami bersarapan ketika telah tiba di Zoo negara dengan satu roti dan

air mineral. Masa yang diambil oleh pelatih PDK untuk menghabiskan sarapan mereka

agak lama iaitu lebih 30 minit menyebabkan sedikit kelewatan untuk masuk ke zoo.

Setelah penat berjalan melihat fauna, pada jam 10 pagi hingga 10.30 pagi yang

sepatutnya untuk minum pagi tidak dapat di lakukan kerana pihak Zoo Negara tidak

membenarkan makanan dalam bungkusan polesterin dibawa masuk ke dalam zoo.

Bagi mengatasi masalah ini kami telah menggantikan makanan yang tidak dibenarkan

masuk iaitu mee goreng dan minuman yang kami sediakan, kami telah membelikan

pelatih PDK sebatang aiskrim setiap seorang.

ii. Aktiviti Terapi Air.

Paga hari ketiga pula AJK aktiviti akademik telah mengadakan aktiviti terapi air.

Aktiviti terapi ini telah diadakan di Kolam Renang IPG Kampus Ilmu Khas. Kami telah

mendapatkan bantuan pensyarah dari Jabatan Sains Sukan, Puan Hafidza bt Abd

Khafidz yang merupakan jurulatih renang bertauliah. Selain itu kami juga dibantu oleh

guru-guru pelatih Pendidikan Jasmani daripada kelas G6.10 dan G6.11 seramai 36

orang. pelatig PDK tiba pada jam 9.15 pagi dan aktiviti terapi air dimulakan pada jam

9.30 pagi. Seramai 10 oran pelatih PDK yang terlibat dalam aktiviti terapi ini.

Kelebihan.

Aktiviti terapi air atau akuatik sememamgnya amat bermanfaat kepada pelatih

PDK. Melalui terapi ini, mereka dapat meningkatkan lagi kemahiran motor kasar mereka

serta meningkatkan ketahanan kardiovaskular. Meraka pastinya amat teruja kerana

jarang-jarang sekali mereka berpeluang menjalani aktiviti ini. Aktiviti terapi air tamat

pada jam 10.30 pagi. Aktiviti di dalam air menggunakan banyak tenaga, oleh sebab itu

7

Page 8: Refleksi PDK

kami telah menyediakan makanan untuk semua pihak yang terlibat seramai hampir 70

orang. ini juga merupakan satu cara menunjukkan penghargaan kami kepada guru-guru

pelatih Pendidikan Jasmani yang sudi menghulurkan bantuan. Makana yang disediakan

ialah Nasi Tomato dan ait teh o ais. Pelatih PDK dan petugas PDK yang hadir telah

pulang k PDK pada jam 11.30 pagi dengan bas yang telah disediakan oleh pihak

pengurusan kampus.

Kekurangan

Aktiviti terapi ini yang sepatutnya bermula pada jam 8.00 pagi terpaksa bermula

lewat kerana pelatih PDK tiba lewat. Hal ini disebabkan masalah pengankutan bas yang

disediakan oleh pihak pengurusan kampus tiba lewat dari masayang sepatutnya.

Akibatnya masa yang diperuntukkan untuk aktiviti terapi air terpaksa dipendekkan.

Selain itu, aktiviti ini tidak dapat melibatkan lebih ramai pelatih PDK atau tiak

menyeluruh kerana pihak pengurusan PDK hanya memilih beberapa orang pelatih PDK

yang difikirkan betul-betul mampu menjalani aktiviti ini.

iii. Ceramah Khas

Aktiviti ketiga yang dikelola oleh AJK aktiviti Akademik ialah Ceramah Khas.

Ceramah ini telah berlangsung pada hari terakhir program khidmat siswa ini. Ceramah

Khas yang bertajuk ‘Memperkasa Potensi Golongan OKU’ ini telah disampaikan oleh

seorang pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Khas IPG Ilmu Khas, Puan Habsah bt

Yusoff. Kami telah membuat permintaan kepada beliau untuk menjayakan program

kami ini sejurus sahaja selepas perjumpaan kumpulan PDK yang pertama dahulu.

Alhamdulillah beliau menerima permintaan kami dan kami merupakan kumpulan

pertama yang berjumpa beliau. Majlis telah dimulakan pada jam 9.15 pagi dan beliau

telah menamatkan ceramah beliau pada jam 10.30 pagi.

8

Page 9: Refleksi PDK

Kelebihan

Tajuk ceramah ini amat bersesuai yang dengan audien sasaran kami iaitu ibu

bapa pelatih PDK serta jemputan pihak luar iaitu Persatuan Orang Pekak. Beliau

menyentuh mengenai peranan ibu bapa dan pihak PDK dalam meningkatkan potensi

yang ada pada anak-anak istimewa. Cara penyampaian beliau yang bersahaja

berdasarkan pengalaman beliau amat menarik minat para ibu bapa yang hadir.

Pelbagai soalan diajukan oleh para ibu bapa kepada beliau.

Kelemahan

Majlis terpaksa dimulakan lewat daripada yang sepatutnya kerana periapan

dewan yang belum selesai dan menantikan kehadiran ibu bapa. Majis yang sepatutnya

bermula pada jam 8.30 pagi hanya dapat dimulakan pada jam 9.15 pagi. Selain itu,

kehadiran ibu bapa kurang memberansangkan. Jumlah kehadiran pada pagi tu kurang

daripada sasaran yang kami tetapkan. Orang-orang dari Persatuan Orang Pekak yang

kami jemput juga tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Hal ini sedikit

mengecewakan saya kerana saya telah menempah makanan minum pagi dan makan

tengahari untuk tetamu serami 150 orang. jumlah hadirin yang kurang menyebabkan

banyak makanan berlebihan.

2. PERANAN LAIN

i. AJK Cenderahati Aktiviti Home Based

Selaku AJK Cebderahati bagi aktiviti home based, saya bersama saudari Nur

Munirah telah berjaya mendapatkan tajaan sebanyak 5 buah hamper daripada

Pasaraya TS Mega. Hamper tersebut digunakan sebagai sumbangan kepada keluarga

pelatih PDK yang terlibat dalam aktivit lawatan Home Based ini. Sebanyak empat buah

rumah yang telah kami lawat dan setiap rumah menerima sabuah hamper.

9

Page 10: Refleksi PDK

ii. AJK Dokumentasi Aktiviti Keceriaan.

saya telah menjalankan peranan saya sebagai Ajk dokumentasi dengan baik.

Setiap aktiviti keceriaan berjaya saya rakamkan di dalam gambar. Daripada sebelum,

semasa dan selepas berjaya di rakam sebagai bukti hasil kerja yang telah kami

lakukan. Selain berperanan sebagai AJK dokumentasi saya juga membantu melakukan

aktiviti keceriaan yang dijalankan seperti mengecar grill, memasang almari, menukar

tikar getah lantai, mewarnakan mural membersihkan lantai koridor dari titisan cat dan

lain- lain lagi.

iii. Lain-lain

Selain daripada peranan-peranan di atas, saya juga telah menjalanan peranan-

peranan lain yang tidak rasmi. Antaranya saya telah membantu AJK makanan

menenpah makan dan minuman untuk aktiviti terapi air yang dijalankan pada hari

ketiga. Saya juga telah ditugaskan untuk mendapatkan perkhidmatan Katering

makanan bagi majlis penutup program pada hari Jumaat. Alhamdulillah saya dapat

menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya itu. Prinsip saya

dalam memilih penyedia makan bagi aktiviti-aktiviti ini mestilah makanan yang selamat

dan sedap serta harga yang berpatutan. Cotohnya bagi makanan jamuan majlis

penutup saya berjaya mendapatkan perkhidmatan katering yang menyediakan kudapan

untuk minum pagi dan beberapa hidangan makan tengahari hanya pada harga RM7

bagi setiap seorang.

10

Page 11: Refleksi PDK

Rumusan

Secara keseluruhannya, pelaksanaan tugasan aktiviti kemasyarakatan ini telah

memberikan banyak pengalaman berguna kepada saya. Melalui tugasan dapat belajar

menghargai dan bersyukur dengan kesempurnaan jasmani yang saya miliki. Selain itu

tugasan ini juga saya mengajar saya untuk bekerja secara kolektif bersama ahli

kumpulan saya yang lain. Disebalik kejayaan kami melaksanakan tugasan ini sebenar

banyak liku-liku dan halangan yang saya dan rakan-rakan lain tempuhi.

Antra masalah utama yang kami hadapi ialah masalah bagi mendapatkan dana

kewangan. Banyak kekangan semasa kami mencari sumbangan dan juga dana kerana

banyak alasan yang tidak munasabah diberikan oleh daripada premis dan juga pihak

perseorangan semasa kami mencari sumbangan. Ada diantara mereka memberikan

alasan pengurus bercuti, pengurus baru keluar, kedai baru buka dan sebagainya. 80

peratus daripada premis yang kami datangi memberikan alasan yang sama.

Akhirnya, program yang kami jalankan berjalan dengan lancar dan berjaya dengan

berkat tunjuk ajar pensyarah kami dalam membantu menjelaskan segala

kemushkilan dan masalah yang tidak difahami sedikit sebanyak memudahkan lagi kami

untuk bertindak dalam menjayakan program khidmat masyarakat PDK dalam kerja

kursus ini dengan jayanya. Sesungguhnya program yang dijalankan telah menjadi satu

pendedahan kepada guru pelatih dalam aktiviti kemasyaratan dan mendekatkan diri

kepada pelatih Pusat Pemulihan dalam Komuniti.

Akhirnya kami berjaya juga menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang

ditetapkan sebelum menghantar tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan. Pelbagai

faedah serta pengalaman yang kami perolehi semasa menjalani tugasan ini yang mana

segala ilmu yang kami pelajari telah dapat kami praktikkan semasa menyiapkan

tugasan ini. Ini merupakan sebagai satu pendedahan awal kepada diri kami dan rakan

lain agar lebih bersedia untuk menjadi seorang guru pendidikan khas yang hebat satu

hari nanti.

11