Refleksi Pdp Epic

7
REFLEKSI PdP Refleksi Makro Pengajaran : Semasa menjalankan makro teaching saya telah dapat mengesan beberapa kekuatandan kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelasdengan baik. Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan makroteaching ini, bagimengelakkan sebarang masalah berlaku semasa sesi pengajaran makroteaching ini.Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menyampaikan isi kandunganpelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktivitiyang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minatmurid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktivitipengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti pantun teka teki pada sesi induksidapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar selain memberi keseronokan kepada murid.Ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang baik dan penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru. Saya dapati mereka cukup seronok dan teruja dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang diadakan. Saya juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid dapatmemahami topik yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujianuntuk menghargai murid dan menarik minat murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran sayadapat menarik minat murid dan membantu mereka memahami dengan jelas terhadap isipelajaran yang ingin saya sampaikan. Selain itu,

description

ok

Transcript of Refleksi Pdp Epic

REFLEKSI PdP

Refleksi Makro Pengajaran : Semasa menjalankan makro teaching saya telah dapat mengesan beberapa kekuatandan kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelasdengan baik. Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan makroteaching ini, bagimengelakkan sebarang masalah berlaku semasa sesi pengajaran makroteaching ini.Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menyampaikan isi kandunganpelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktivitiyang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minatmurid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktivitipengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti pantun teka teki pada sesi induksidapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar selain memberi keseronokan kepada murid.Ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang baik dan penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru. Saya dapati mereka cukup seronok dan teruja dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang diadakan. Saya juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid dapatmemahami topik yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujianuntuk menghargai murid dan menarik minat murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran sayadapat menarik minat murid dan membantu mereka memahami dengan jelas terhadap isipelajaran yang ingin saya sampaikan. Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkanperanan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan muridmendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaranyang ingin disampai oleh guru. Segala arahan guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan iniakan memudahkan guru menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar.Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepadaguru. Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yangperlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaranboleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu,pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitumenggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suarajelas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang diberikan dengan jelas,memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yangdiberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadappenyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan makro teaching ini ialah sayatidak mengaitkan peristiwa semasa dalam sesi induksi. Saya juga tidak mencadangkan aktivitisusulan kepada murid. Lembaran kerja yang disediakan tidak mengikut aras kebolehan murid.Saya dapati murid yang lemah agak sukar menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya juga tidakmengaitkan dengan pelajaran yang akan datang. Hal ini akan menyebabkan murid tidak tahuapa yang ingin diajar pada pengajaran seterusnya dan mungkin akan menyebabkan murid tidakmembawa barang yang diperlukan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksidengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara keduabelah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olahtidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh sebab itu adakalanyaguru terlupa untuk menyampaikan sesuatu perkara yang ingin disampaikan kepada murid.Pengajaran dan pembelajaran sains juga banyak melibatkan kemahiran proses sains danmanipulatif memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Hal ini menyebabkan muridmenganggap bahawa subjek sains itu sukar dan menjadi punca mereka hilang minat untukbelajar. Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telahmenyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidak bermakna. Murid-murid lebih banyak menghafal rumus, petua dan hukum-hukum yang dicipta oleh guru tanpamengetahui konsep sebenar. Keadaan ini tentunya akan melahirkan murid yang hanya pandaimengingat tetapi jahil tentang sains dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yangmelibatkan sesuatu konsep atau kemahiran berkaitan sains. Selain itu kelemahan lain yangdapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagimemastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Hasilpemerhatian saya keatas rakaman pengajaran dengan rancangan pengajaran harian yang telahdibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidakseiring. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hallain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jikalangkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil penbelajaran yang dirancang akan turuttergendala. Jadi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun, masakeseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Pemantauan didalam kelas juga agak lemah.Guru hanya berada dihadapan kelas dan tidak memantau aktiviti murid disetiap penjuru kelas.Saya seharusnya berjalan dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh murid. Denganmelakukan pemantauan secara tidak langsung saya akan dapat mengawal keadaan dan disiplinmurid dengan lebih baik. Melalui pemantauan juga saya dapat mengesan murid yang lemahdan membimbingnya dengan lebih dekat.

Meneroka fenomena sekeliling adalah penerokaan sains. Pelbagai strategi perludiamalkan dalam pendidikan sains. Strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran danpembelajaran sains boleh dilakukan secara amali. Pendekatan yang diberi fokus pada masakini ialah pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan yang berpusatkan murid lebih efektifberbanding pendekatan tradisional yang berpusatkan guru. Sehubungan itu wajarlahpengajaran amali berasas inkuiri penemuan diketengahkan bagi meningkatkan pemahamanmurid. Pembelajaran amali berupaya membantu murid membina pengetahuan sendiri. Dalamproses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang baru diterima dengan pengetahuansedia ada untuk membina pengetahuan baru. Oleh itu , kegiatan hands-on dan minds- on telahdisepadukan. Kaedah ini juga dapat membantu guru melaksanakan pengajaran danpembelajaran yang melibatkan murid secara aktif supaya mereka dapat membentuk pemikiranyang analitik, kritis , inovatif dan kreatif. Selain itu , tugasan amali juga biasanya dijalankansecara berkumpulan yang mengalakkan perasaan positif serta saling menghargai, menyokongdan menghormati sesama sendiri. Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dancara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidakbermakna dan kurang menarik. Oleh itu satu kaedah pendekatan pengajaran yang berpusatkanpelajar ( inkuiri ) perlu diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Setelah kajiandijalankan terhadap makroteaching yang telah saya jalankan, terdapat beberapa kelemahanyang telah saya lakukan dan penambahbaikan perlu dilakukan bagi memperbaiki kelemahanpengajaran saya. Antaranya adalah ketepatan masa dalam menyampaikan pelajaran danpemantauan murid di dalam kelas. Saya akan cuba menggunakan ruang masa dengan efektifsupaya pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan yang disediakan. Guru perlumengikuti masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.Menepati masa akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaianpengajaran dari mula hingga akhir pengajaran. Guru tidak seharusnya berdiri dihadapan kelassemasa menyampaikan pengajaran, sebaliknya guru perlu sentiasa bergerak bagi memantausetiap aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedangberlangsung. Aktiviti pemantauan ini dapat membantu guru mengawal disiplin murid di dalamkelas samada mengawal tingkah laku murid atau membantu ketidak fahaman murid terhadappelajaran secara serta merta. Pada pelajaran yang akan datang, saya akan melakukanpenambahbaikan yang sepatutnya dengan mengambil tindakan-tindakan seperti memperbaikiset induksi agar lebih mengujakan murid, memperbanyakkan aktiviti berpasangan danberkumpulan, memperbanyakkan aktiviti menjana idea dan sumbang saran oleh murid,pengawalan masa setiap aktiviti dan memberi nasihat dan dorongan kepada murid. Lembaran

kerja yang disediakan mesti sesuai mengikut aras kebolehan dan keupayaan murid. Jika araspengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat mengikutnya, akhirnya mereka akanketinggalan dalam pelajarannya. Apabila aras pengajaran itu rendah, pelajar-pelajar yang cerdiktidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Ini akan merugikan pelajar yangcerdik, kerana guru terpaksa menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah.Salah satu cara untuk mengatasinya ialah guru perlu mengumpulkan pelajar yang cerdik kedalam satu kumpulan dan pelajar yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkankebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran. Saya berharap dengan melakukan tindakanseperti ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan sertadapat menarik minat murid untuk mendalami ilmu sains.