Refleksi Pengajaran Mikro Pendidikan Jasmani

4
PJM 3110 REFLEKSI REFLEKSI Bersyukur ke hadrat Ilahi atas rahmat dan izinnya sehingga saya dapat melaksanakan tugasan yang diberikan iaitu membuat Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani dan menjalankan sesi pembelajaran mikro.. Saya, Abdul Mumin bin Hassan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga pensyarah terutamanya Encik Syibin bin Japar kerana telah membantu dan memberi panduan dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa kepada ahli keluarga saya terutama isteri dan anak-anak yang memahami kesibukan dan sanggup berkorban serta rakan-rakan kursus atas perkongsian pendapat dan idea. Tugasan PJM3110 ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini bukanlah mata pelajaran yang pernah saya ajar sepanjang saya bergelar seorang guru. Walau bagaimanapun saya teruja kerana mendapat pengalaman baru dan saya sebenarnya memang berminat mengajar mata pelajaran ini. Jiwa sukan saya membara dan bertekad akan membuat yang terbaik. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini saya telah membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, Rancangan Pengajaran Tahunan Penddikan Jasmani, contoh-contoh dan format Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani, buku-buku, majalah, internet dan orang Abdmuminhassan BMM/PJM/ELM (BMM1) 1

description

map

Transcript of Refleksi Pengajaran Mikro Pendidikan Jasmani

Page 1: Refleksi Pengajaran Mikro Pendidikan Jasmani

PJM 3110 REFLEKSI

REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat Ilahi atas rahmat dan izinnya sehingga saya dapat

melaksanakan tugasan yang diberikan iaitu membuat Rancangan Pengajaran Harian

Pendidikan Jasmani dan menjalankan sesi pembelajaran mikro.. Saya, Abdul Mumin

bin Hassan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga pensyarah

terutamanya Encik Syibin bin Japar kerana telah membantu dan memberi panduan

dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa kepada ahli keluarga saya terutama isteri

dan anak-anak yang memahami kesibukan dan sanggup berkorban serta rakan-rakan

kursus atas perkongsian pendapat dan idea.

Tugasan PJM3110 ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini

disebabkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini bukanlah mata pelajaran yang

pernah saya ajar sepanjang saya bergelar seorang guru. Walau bagaimanapun saya

teruja kerana mendapat pengalaman baru dan saya sebenarnya memang berminat

mengajar mata pelajaran ini. Jiwa sukan saya membara dan bertekad akan membuat

yang terbaik.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini saya telah membuat rujukan daripada

pelbagai sumber seperti Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, Rancangan

Pengajaran Tahunan Penddikan Jasmani, contoh-contoh dan format Rancangan

Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani, buku-buku, majalah, internet dan orang

perseorangan terutama guru-guru Pendidikan Jasmani. Maklumat-maklumat yang

dapat dikumpul kemudiannya diteliti dan dipilih untuk kesesuaian objektif tugasan saya.

Sememangnya terdapat sedikit masalah semasa menyediakan Rancangan

Pengajaran Harian ini kerana terdapat sedikit kekeliruan tentang tahap yang perlu diajar

sehinggakan terpaksa membuat semula Rancangan Pengajaran Harian ini. Kekeliruan

ini akhirnya dapat dirungkai setelah mendapat nasihat dan pandangan daripada En

Syibin iaitu pensyarah bagi kursus PJM3110 ini. Saya dan rakan kumpulan sekali lagi

berbincang dan membuat semula Rancangan Pengajaran Harian ini.

Abdmuminhassan BMM/PJM/ELM (BMM1) 1

Page 2: Refleksi Pengajaran Mikro Pendidikan Jasmani

PJM 3110 REFLEKSI

Perbincangan kami adalah menjurus tentang tunjang dan kemahiran yang akan

kami ajar. Selain itu saya dan rakan-rakan juga membahagikan tugas yang akan

dilaksanakan semasa pengajaran mikro. Semasa perbincangan ini, saya dan rakan-

rakan juga memilih dan merancang jenis aktiviti yang sesuai semasa sesi pengajaran

mikro. Aktiviti yang harus dijalakan ialah akiviti yang menjurus kepada kemahiran yang

kami pilih dan aktiviti tersebut pula haruslah menarik minat dan berkonsepkan cergas.

Selain itu, terdapat lagi beberapa kekangan terutamanya semasa pencarian

bahan di internet. Kedudukan tempat saya bertugas yang jauh di Pulau Sebatik

menyebabkan capaian internet agak terhad. Walaupun telah ada kemudahan yang

disediakan melalui program 1BestariNet di sekolah namun capaian masih agak terhad.

Penggunaan V-sat (parabola) agak lembab berbanding talian kekal. Penggunaan

Broadband sangat tidak membantu kerana capaian yang sangat lembab. Apa yang

boleh saya buat ialah setiap hujung minggu apabila ke bandar , saya akan mengambil

peluang untuk mengumpul maklumat sebanyak mungkin dan akan dipilih selepas

kembali ke pulau. Alhamdulillah ianya berkesan.

Kekangan lain ialah perbincangan secara kumpulan. Ahli kumpulan saya terdiri

daripada tiga orang yang bertugas ditempat yang berbeza dan berjauhan antara satu

sama lain. Saya bertugas di Pulau Sebatik, Tawau, Saudara Albert bertugas di

Penampang dan Saudara Johanis bertugas di Pitas, Kudat. Kami sepakat untuk

berbincang dan berhubung melalui telefon dan email. Perancangan yang teliti perlu

kerana bimbang terdapat kekeliruan dalam melaksanakan tugas. Rancangan

Pengajaran Harian yang disiapkan dibahagikan kepada tiga bahagian dan disiapkan

setiap bahagian oleh seorang ahli. Akhirnya dikumpulkan dan dibukukan. Setiap ahli

akan mendapat satu salinan selain sesalinan untuk pensyarah.

Dengan siapnya tugasan inni, ia telah memberikan saya satu dimensi baru

mengenai mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Ianya telah menjadikan saya seorang

yang menitikberatkan kecergasan fizikal melalui senaman. Selain itu ia membuka minda

saya dalam teknik dan kaedah pengajaran Pendidikan Jasmani . Pengalaman ini

memberikan saya ilmu baru dan meluaskan lagi pengetahuan saya dalam bidang

Abdmuminhassan BMM/PJM/ELM (BMM1) 2

Page 3: Refleksi Pengajaran Mikro Pendidikan Jasmani

PJM 3110 REFLEKSI

pendidikan. Saya juga bertekad akan mempraktikkan sekiranya saya diarahkan untuk

mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani kelak.

ABDUL MUMIN BIN HASSANBMM/PJM/ELM (BMM 1)PPG KOHORT 1IPGM KAMPUS KENT, TUARAN

Abdmuminhassan BMM/PJM/ELM (BMM1) 3