Refleksi Pengajaran Semasa Praktikum

8
Refleksi Pengajaran Semasa Praktikum : Semasa menjalankan praktikum, saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas dengan baik. Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan praktikum ini, bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa sesi pengajaran. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti pantun teka teki pada sesi induksi dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar selain memberi keseronokan kepada murid. Ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang baik dan penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti- aktiviti yang dijalankan oleh guru. Saya dapati mereka cukup seronok dan teruja dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang diadakan. Saya juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid dapat memahami topik yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk menghargai murid dan menarik minat murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran saya dapat menarik minat murid dan membantu

Transcript of Refleksi Pengajaran Semasa Praktikum

Page 1: Refleksi Pengajaran Semasa Praktikum

Refleksi Pengajaran Semasa Praktikum :

Semasa menjalankan praktikum, saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan dan

kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas dengan

baik. Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan praktikum ini, bagi mengelakkan

sebarang masalah berlaku semasa sesi pengajaran. Persediaan awal adalah sangat penting

bagi membantu saya menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa

yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan

teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan

murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berjalan dengan lancar. Aktiviti pantun teka teki pada sesi induksi dapat meningkatkan motivasi

murid untuk belajar selain memberi keseronokan kepada murid. Ini dapat dibuktikan melalui

kerjasama yang baik dan penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh

guru.

Saya dapati mereka cukup seronok dan teruja dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang

diadakan. Saya juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid dapat memahami topik yang

disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk menghargai

murid dan menarik minat murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran saya dapat menarik minat

murid dan membantu mereka memahami dengan jelas terhadap isi pelajaran yang ingin saya

sampaikan.

Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan peranan yang penting kerana suara

yang lantang dan tegas akan memudahkan murid mendengar dengan teliti dan sekaligus

membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran yang ingin disampai oleh guru. Segala

arahan guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan guru menjalankan

aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar. Ketegasan dalam menyampaikan

Page 2: Refleksi Pengajaran Semasa Praktikum

pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam memberikan

arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah

kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi pelajar agar

lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu.

Selain itu, pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan

pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar

ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang

diberikan dengan jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut

arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan

kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

Page 3: Refleksi Pengajaran Semasa Praktikum

Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan parktikum ialah, saya tidak

mengaitkan peristiwa semasa dalam sesi induksi. Saya juga tidak mencadangkan aktiviti

susulan kepada murid. Lembaran kerja yang disediakan tidak mengikut aras kebolehan murid.

Saya dapati murid yang lemah agak sukar menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya juga tidak

mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang. Hal ini akan menyebabkan murid tidak tahu

apa yang ingin diajar pada pengajaran seterusnya dan mungkin akan menyebabkan murid tidak

membawa barang yang diperlukan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi

dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua

belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah

tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh sebab itu adakalanya

guru terlupa untuk menyampaikan sesuatu perkara yang ingin disampaikan kepada murid.

Pengajaran dan pembelajaran sains juga banyak melibatkan kemahiran proses sains dan

manipulatif memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Hal ini menyebabkan murid

menganggap bahawa subjek sains itu sukar dan menjadi punca mereka hilang minat untuk

belajar. Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah

menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidak bermakna. Murid-murid

lebih banyak menghafal rumus, 'petua' dan 'hukum-hukum' yang dicipta oleh guru tanpa

mengetahui konsep sebenar. Keadaan ini tentunya akan melahirkan murid yang hanya pandai

mengingat tetapi jahil tentang sains dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang

melibatkan sesuatu konsep atau kemahiran berkaitan sains. Selain itu kelemahan lain yang

dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Hasil

pemerhatian saya keatas rakaman pengajaran dengan rancangan pengajaran harian yang telah

dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak

seiring.

Page 4: Refleksi Pengajaran Semasa Praktikum

Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal

lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jika

langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil penbelajaran yang dirancang akan turut

tergendala. Jadi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun, masa

keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Pemantauan didalam kelas juga agak lemah.

Guru hanya berada dihadapan kelas dan tidak memantau aktiviti murid disetiap penjuru kelas.

Saya seharusnya berjalan dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh murid. Dengan

melakukan pemantauan secara tidak langsung saya akan dapat mengawal keadaan dan disiplin

murid dengan lebih baik. Melalui pemantauan juga saya dapat mengesan murid yang lemah

dan membimbingnya dengan lebih dekat.

Page 5: Refleksi Pengajaran Semasa Praktikum

Meneroka fenomena sekeliling adalah penerokaan sains. Pelbagai strategi perlu

diamalkan dalam pendidikan sains. Strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran dan

pembelajaran sains boleh dilakukan secara amali. Pendekatan yang diberi fokus pada masa

kini ialah pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan yang berpusatkan murid lebih efektif

berbanding pendekatan tradisional yang berpusatkan guru. Sehubungan itu wajarlah

pengajaran amali berasas inkuiri penemuan diketengahkan bagi meningkatkan pemahaman

murid. Pembelajaran amali berupaya membantu murid membina pengetahuan sendiri. Dalam

proses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang baru diterima dengan pengetahuan

sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Oleh itu , kegiatan hands-on dan minds- on telah

disepadukan. Kaedah ini juga dapat membantu guru melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif supaya mereka dapat membentuk pemikiran

yang analitik, kritis , inovatif dan kreatif. Selain itu , tugasan amali juga biasanya dijalankan

secara berkumpulan yang mengalakkan perasaan positif serta saling menghargai, menyokong

dan menghormati sesama sendiri. Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan

cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidak

bermakna dan kurang menarik. Oleh itu satu kaedah pendekatan pengajaran yang berpusatkan

pelajar ( inkuiri ) perlu diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Setelah kajian

dijalankan terhadap makroteaching yang telah saya jalankan, terdapat beberapa kelemahan

yang telah saya lakukan dan penambahbaikan perlu dilakukan bagi memperbaiki kelemahan

pengajaran saya. Antaranya adalah ketepatan masa dalam menyampaikan pelajaran dan

pemantauan murid di dalam kelas. Saya akan cuba menggunakan ruang masa dengan efektif

supaya pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan yang disediakan. Guru perlu

mengikuti masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Menepati masa akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian

pengajaran dari mula hingga akhir pengajaran. Guru tidak seharusnya berdiri dihadapan kelas

semasa menyampaikan pengajaran, sebaliknya guru perlu sentiasa bergerak bagi memantau

Page 6: Refleksi Pengajaran Semasa Praktikum

setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang

berlangsung. Aktiviti pemantauan ini dapat membantu guru mengawal disiplin murid di dalam

kelas samada mengawal tingkah laku murid atau membantu ketidak fahaman murid terhadap

pelajaran secara serta merta. Pada pelajaran yang akan datang, saya akan melakukan

penambahbaikan yang sepatutnya dengan mengambil tindakan-tindakan seperti memperbaiki

set induksi agar lebih mengujakan murid, memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan

berkumpulan, memperbanyakkan aktiviti menjana idea dan sumbang saran oleh murid,

pengawalan masa setiap aktiviti dan memberi nasihat dan dorongan kepada murid. Lembaran

kerja yang disediakan mesti sesuai mengikut aras kebolehan dan keupayaan murid. Jika aras

pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat mengikutnya, akhirnya mereka akan

ketinggalan dalam pelajarannya. Apabila aras pengajaran itu rendah, pelajar-pelajar yang cerdik

tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Ini akan merugikan pelajar yang

cerdik, kerana guru terpaksa menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah.

Salah satu cara untuk mengatasinya ialah guru perlu mengumpulkan pelajar yang cerdik ke

dalam satu kumpulan dan pelajar yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan

kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran. Saya berharap dengan melakukan tindakan

seperti ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan serta

dapat menarik minat murid untuk mendalami ilmu sains.