Refleksi Penyuburan

download Refleksi Penyuburan

of 2

description

lkl

Transcript of Refleksi Penyuburan

REFLEKSIAlhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan lukisan dan penyuburan diri ini dengan jayanya. Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini banyak perkara yang telah saya pelajari tentang lukisan dan juga maksud penyuburan diri itu sendiri. Bermula pada awalnya, di mana semasa saya dan rakan-rakan di dalam kelas menerima soalan tugasan Pendidikan Seni Visual ini, saya tercari-cari dan tertanya-tanya adalah saya mampu untuk melaksanakan tugasan ini dengan baik. Hal ini adalah kerana sebelum-sebelum ini, saya tidak pernah membuat karya lukisan di atas kertas lukisan yang boleh dikatakan sebagai saiz yang besar iaitu hampir menyamai sai kertas lukisan pelan iaitu saiz A0. Namun begitu, perkara ini bukanlah menjadi penghalang kepada saya untuk terus berjuang dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberi ini. Pada dasarnya, memanglah tugasan pada kali ini kelihatan seperti mencabar dan memerlukan kemahiran yang tinggi serta kesabaran yang kuat untuk menghasilkan karya dalam jangkaan saiz kertas yang besar. Saya mula melaksanakan tugasan ini bermula daripada saya mengumpulkan maklumat serba sedikit yang berkaitan dengan haiwan peliharaan. Saya mula meneliti dan melihat semula serta mencari sumber ilham dalam mencari subjek matter yang sebenar dan boleh diaplikasikan dalam karya saya ini. Banyak haiwan telah saya selidik dan kaji, akhirnya saya telah mendapat ilham untuk melukis seekor belalang yang mempunyai unsur-unsur kesenian yang dapat menarik minat saya untuk menghasilkannya.Banyak perkara yang telah saya pelajari, antaranya adalah saya telah dapat melatih diri saya dengan menghasilkan karya menggunakan warna pensil. Hal ini adalah kerana, pada kali ini saya memilih warna pensil sebagai media dalam menghasilkan karya. Sememangnya kita tahu warna pensil agak mudah digunakan akan tetapi perkara ini menjadi cabaran kepada saya kerana karya yang bakal dihasilkan ini merupakan satu karya yang besar. Pada awalnya juga, saya agak lemah dalam membuat lakaran karya yang besar kerana karya yang besar perlu penelitian yang tinggi agar dapat melakar dengan mengikut skala yang betul. Aplikasi warna pensil pada karya memboleh saya belajar sesuatu yang sebelum ini saya sendiri tidak menjangkakan yang saya mampu untuk melaksanakannya, antaranya seperti kesan warna pensil yang telah saya aplikasikan agar menjadi sebuah karya yang setanding dengan karya-karya yang menggunakan warna air. Semasa proses pengahasilan karya ini juga, saya dapat mengenalpasti beberapa kelemahan yang wujud dalam diri saya dan saya cuba perbaiki dari hari ke hari agar kelemahan ini dapat dikurangkan. Salah satu daripada kelemahan yang telah saya kenalpasti adalah saya tidak menggunakan warna pensil dengan terang. Hal ini adalah kerana saya kurang yakin untuk mengaplikasikan warna pensil pada helaian kertas yang besar. Namun begitu, hasil tunjuk ajar rakan-rakan sekelas dan mereka telah banyak bantu saya memberikan pendapat agar karya yang saya hasilkan ini menjadi lebih bermutu dan berkualiti. Oleh kerana karya yang saya hasilkan pada kali ini bertemakan belalang, saya dapat mempelajari sesuatu yang menarik daripada tugasan ini di mana semasa saya melakukan kajian saya dapat mengenali pelbagai jenis belalang yang wujud di muka bumi ini. Ini merupakan salah satu daripada ilmu baru yang telah saya dapat. Perkara ini bagi saya amat menarik dan berguna kepada saya, saya juga terdedah dengan keadaan flora dan jenis-jenis flora berdasarkan kajian ringkas dan pemerhatian saya semasa proses untuk melaksanakan tugas Pendidikan Seni Visual ini.Bagi masa akan datang, saya berharap agar saya dapat menggunakan pengetahuan yang telah saya perolehi ini untuk generasi akan datang. Saya juga perlu memperbanyakkan jenis media dan cara teknik menggunakan media dengan betul agar setiap karya yang bakal saya hasilkan mempunyai nilai kepelbagaian dan dapat setaraf dengan pelukis-pelukis lain.