REFLEKSI ROSNAH

download REFLEKSI ROSNAH

of 2

Transcript of REFLEKSI ROSNAH

  • 7/27/2019 REFLEKSI ROSNAH

    1/2

    REFLEKSI INDIVIDU

    NAMA : ROSNAH BT. HJ. NORANI

    NO K.P : 731102-01-6636

    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan

    hidayah-Nya kami berjaya menyiapkan Tugasan Projek Kerja Kursus

    Pentaksiran Dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak (PRA3111). Tugasan

    kerja kursus ini dijalankan secara berkumpulan iaitu seramai tiga orang guru

    pelatih bagi setiap kumpulan. Untuk tugasan ini, ianya merangkumi aspek-aspek

    yang dipelajari dalam Kursus Pentaksiran Dan Penilaian Perkembangan Kanak-

    kanak (PRA3111). Nasihat dan juga tunjuk ajar daripada pensyarah Pn. Zanariah

    Bt. Mat Isa khususnya dan rakan-rakan amnya dengan sokongan keluarga yang

    tidak terhingga sedikit sebanyak membantu saya dan ahli kumpulan

    menyelesaikan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

    Ketika mendapat tugasan ini, kami telah membuat perbincangan untuk

    membahagikan tugasan. Alhamdulillah, sepanjang tempoh melaksanakantugasan ini, saya dapat menambah lebih banyak pengalaman dan ilmu

    pengetahuan berguna mengenai kepentingan pentaksiran dan penilaian

    perkembangan kanak-kanak. Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat

    tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai

    kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan

    pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Ia dilaksanakan secara tidak

    formal selaras dengan Akta Pendidikan 1996. Pentaksiran bertujuan untuk

    mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan

    mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentaksiran membolehkan saya

    mengambil tinakan susulan seterusnya membantu mengembangkan potensi

    murid ke tahap yang optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

  • 7/27/2019 REFLEKSI ROSNAH

    2/2

    Untuk menyelesaikan tugasan ini, perkara pertama yang perlu saya

    lakukan ialah memahami maksud sebenar soalan dan berbincang dengan ahli

    kumpulan untuk mendapatkan gambaran awal tentang apa yang perlu dilakukan

    seperti yang dinyatakan dalam soalan tugasan. Bagi menjayakan tugasan ini,

    kami telah membahagikan tugasan. Seterusnya, dalam pencarian bahan dan

    sumber untuk dibuat rujukan, saya banyak merujuk kepada nota-nota daripada

    pensyarah. Selari dengan perkembangan teknologi terkini, terdapat juga info

    tambahan yang diperoleh melalui sumber dan rujukan daripada buku serta

    internet. Di samping itu juga, kami berkolaborasi, memberi pendapat dan idea

    mengenai pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak.

    Sepanjang tugasan ini dilaksanakan, saya berasa amat bersyukur kerana

    dapat menyiapkan tugasan walaupun terlalu banyak kekangan dari segi masa

    dan beban tugas yang mana saya perlu membahagikan masa antara belajar dan

    juga kerja-kerja di sekolah. Kerjasama daripada rakan kumpulan juga sangat

    membantu. Selain itu, melalui tugasan projek ini juga, kami mengerti bahawa

    nilai kerjasama dan tolong menolong amat penting dalam setiap kumpulan bagi

    menyelesaikan sesuatu tugasan. Dengan adanya semangat kerjasama dan

    toleransi inilah yang membuatkan kerja yang susah menjadi lebih mudah.

    Komunikasi yang terbina semasa menyiapkan tugasan ini juga berjaya

    mengeratkan lagi hubungan persahabatan di antara kami.

    Untuk terakhir kalinya, saya berharap dengan adanya tugasan projek ini

    dapat membantu saya memahami dengan lebih mendalam mengenai

    pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak di dalam kelas

    prasekolah saya dalam usaha menjadi seorang guru cemerlang yang

    mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif; membantu dan memberi manfaat di

    masa akan datang.