REFLEKSI TMK TOYEH

3

Click here to load reader

description

tmk

Transcript of REFLEKSI TMK TOYEH

Page 1: REFLEKSI TMK TOYEH

REFLEKSI

MUHAMMAD SAFWAN BIN ALIAS (911107-08-5831)

BM/PJ/PSV

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya

dan rakan-rakan telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh Puan

Mashitah Binti Saad selaku pensyarah bagi tugasan projek Teknologi Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran. Sepertimana yang diketahui, saya dan rakan-rakan

telah ditugaskan untuk membina rancangan pengajaran berdasarkan model reka

bentuk pengajaran iaitu Model Assure, Model ADDIE dan sebagainya. Selain itu

saya dan rakan-rakan juga telah ditugaskan untuk membuat klip video dalam erti

kata yang lain saya dan rakan-rakan harus mengaplikasikan teknik dalam

penghasilan klip video dengan menggunakan media interaktif.

Melalui tugasan projek ini, apa yang saya dapati adalah perancangan

pengajaran-pembelajaran bilik darjah melibatkan penentuan objektif, pemilihan isi

pelajaran, media, dan kaedah selaras dengan kumpulan sasaran. Aplikasi model

ASSURE dapat menjadikan perancangan pengajaran pembelajaran berkesan.

Terdapat enam langkah dalam model ASSURE, iaitu analisis pelajar, penentuan

objektif, pemilihan media isi pelajaran, penggunaan media dan pelaksanaan

pengajaran, penglibatan pelajar dan penilaian pengajaran-pembelajaran. Manakala

bagi media pula, boleh digunakan dengan kreativiti atau pengubahsuaian yang

sesuai. Bagi saya ini akan menjadikan pelaksanaan proses pengajaran dan

pembelajaran akan lebih berkesan dengan keadaan serta aturcara yang sistermatik.

Selain itu, wajar juga bagi saya dan rakan-rakan bagi mempelajari serta

memilih kriteria bahan serta media yang berkesan bagi memupuk semangat dan

menarik minat murid untuk terus memberikan tumpuan dalam suasana aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung akan melibatkan

kesemua aktiviti murid secara menyeluruh. Dalam pada masa yang sama, sebagai

seorang guru, wajar untuknya menyediakan rancangan pengajaran harian bagi

membantu guru itu sendiri untuk melicinkan serta melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran yang efektif dan sistematik.

Page 2: REFLEKSI TMK TOYEH

Di samping itu, saya dan rakan-rakan telah menghasilkan klip video

berdasarkan apa yang dikehendaki spesifikasi tugasan yang telah diberikan. Melalui

klip video ini, saya dan rakan-rakan berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan

yang terbaik dan dalam pada masa yang sama, saya dan rakan-rakan

mengaplikasikan teknik-teknik penghasilan klip video yang baik bagi memenuhi

kehendak tugasan ini. Antara teknik yang digunakan di dalam klip video yang telah

saya dan rakan-rakan sediakan adalah dengan menggunakan teknik panning, close

up, dan lain- lain lagi.

Semoga dengan apa yang saya peroleh melalui tugasan projek ini, dapat

memberikan impak yang sangat berguna kepada diri saya sendiri. Ini kerana segala

ilmu yang saya timba akan saya gunakan pada masa akan datang kelak apabila

saya menjadi guru nanti. Insha-Allah. Bak kata pepatah “ Ilmu itu pelita hidup” ,

tanpa ilmu didada, ibarat hidup tanpa arah.