Refleksi_Permainan_Tradisional

7
REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 1. Pengenalan. Bissmillahirahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat baginda. Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya jua saya telah dapat mengikuti Karnival Permainan Tradisional pada 19 hb April bertempat di Astaka Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar dengan jayanya di bawah bimbingan pensyarah yang iaitu En Azulhaimi b Ahmad dan En Jalil b Osman. Karnival ini turut dipantau oleh En Khairul Anuar b ismail pensyarah dari IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Karnival Permainan Tradisional merupakan program yang sangat penting dan menjadi pelengkap kepada Modul PJM 3112 bagi guru-guru yang mengambil Major Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Melaluinya, para peserta memperoleh banyak manfaat dan impak positif khususnya dapat mempelajari, menghayati, dan menghargai permainan tradisional yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Justeru, untuk memastikan warisan nenek moyang kita ini terus hidup di dalam arus pendidikan, maka tepatlah pihak Bahagian Pendidikan Guru menyelitkan unsur permainan tradisional ini di dalam kurikulum Program Pensiswazahan Guru. 2. Sebelum Program. Apabila dimaklumkan oleh Pensyarah En Azulhaimi B Ahmad tentang pelaksanaan program ini, saya secara tidak langsung cuba mengimbas kembali kenangan sewaktu berada di alam kanak-kanak. Masih segar di 1

description

rf

Transcript of Refleksi_Permainan_Tradisional

Page 1: Refleksi_Permainan_Tradisional

REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

1. Pengenalan.

Bissmillahirahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha

Penyayang. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta para

sahabat baginda. Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya jua saya telah

dapat mengikuti Karnival Permainan Tradisional pada 19 hb April bertempat di Astaka Institut

Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar dengan jayanya di bawah bimbingan pensyarah

yang iaitu En Azulhaimi b Ahmad dan En Jalil b Osman. Karnival ini turut dipantau oleh En

Khairul Anuar b ismail pensyarah dari IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

Karnival Permainan Tradisional merupakan program yang sangat penting dan menjadi

pelengkap kepada Modul PJM 3112 bagi guru-guru yang mengambil Major Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan. Melaluinya, para peserta memperoleh banyak manfaat dan impak

positif khususnya dapat mempelajari, menghayati, dan menghargai permainan tradisional

yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Justeru, untuk memastikan warisan nenek

moyang kita ini terus hidup di dalam arus pendidikan, maka tepatlah pihak Bahagian

Pendidikan Guru menyelitkan unsur permainan tradisional ini di dalam kurikulum Program

Pensiswazahan Guru.

2. Sebelum Program.

Apabila dimaklumkan oleh Pensyarah En Azulhaimi B Ahmad tentang pelaksanaan

program ini, saya secara tidak langsung cuba mengimbas kembali kenangan sewaktu berada

di alam kanak-kanak. Masih segar di ingatan saya, ketika itu kami pernah bermain dengan

permainan seperti Congkak, Serak lidi, Konda kondi dan Baling Tin dan sepak raga bulatan.

Bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap

kumpulan dikehendaki mengendalikan satu jenis permainan tradisional. Setiap kumpulan

bertanggungjawab merangka undang-undang dan peraturan serta menjelaskan bagaimana

sesuatu permainan itu dimainkan. Program ini dijalankan secara bersepadu iaitu gabungan

beberapa jenis permainan dan dijalankan mengikut stesen yang telah ditetapkan. Kami juga

telah membentuk jawatankuasa kerja melalui mesyuarat yang diadakan. Semua

jawatankuasa yang dilantik telah memainkan peranan masing-masing bagi memastikan.

Karnival ini dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan berkesan. Para peserta pada

1

Page 2: Refleksi_Permainan_Tradisional

REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

mulanya kami telah bersetuju untuk memanggil murid-murid dari SK Nyatoh untuk menyertai.

Tetapi disebabkan kekangan masa dan komunikasi maka kami telah bermesyuarat dan

menentukan supaya semua pelatih PPG semester 5 membawa murid dari sekolah masing-

masing untuk menjayakan Karnival tersebut.

3. Semasa Karnival Permainan Tradisional.

Tepat jam 8.00 pagi pada tanggal 19 hb April 2014, kami telah berkumpul di Astaka

IPG Kampus Raja Melewar. Program dimulakan dengan acara senamrobik yang dikendalikan

oleh Shasul Hazli b Wahab . Selepas tamat senamrobik saya yang diberi tugasan sebagai

pengurus peserta telah mendaftarkan para peserta mengikut kumpulan hijau, kuning, putih

dan biru. Setiap kumpulan mempunyai 10 orang peserta. Kami diberi masa setengah jam

untuk membuat persiapan yang melibatkan gelanggang, alatan, paparan cara permainan

dijalankan serta perkara-perakara yang difikirkan perlu mengikut stesen yang telah

ditetapkan. Kami bekerja secara aktif dalam kumpulan masing-,masing dengan membuat

segala persiapan yang diperlukan. Antara permainan yang akan dijalankan dalam karnival ini

ialah Konda Kondi dan Baling Tin berjalan serentak diikuti dengan congkak dan serak lidi

iaitu permainan anjung.

a. Konda Kondi

` Permainan ini dikendalikan oleh Kumpulan yang pertama yang terdiri daripada Ruzdi

Sadiman, Fitri Aziz Sahlan, Mohd Aidildzulasri b Ahmad dan Mohd Azmi. Permainan ini agak

menarik dan memerlukan ketangkasan setiap pemain. Terdapat sedikit kekeliruan kerana

permainan ini jarang dimainkan oleh kanak-kanak zaman sekarang. Dari pemerhatian saya

murid-murid nampak kurang berminat dan tiada pergerakan yang agresif. Permainan ini perlu

di perkenalkan di sekolah untuk memberikan gambaran bahawa permainan konda kondi ini

telah di ubah suai menjadi lebih kurang seperti permainan sofbol.

2

Page 3: Refleksi_Permainan_Tradisional

REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

b. Baling Tin

Kumpulan yang bertanggungjawab untuk mengendalikan permainan ini diketuai oleh

Firdaus, Shamsul, NoorMeezam dan Mohd Ibrahim. Permainan ini sangat menarik perhatian

kanak-kanak. Murid berasa seronok dan dapat memainkan permainan dengan baik. Murid-

murid menggunakan kemahiran membaling dengan baik. Murid juga mengamalkan sikap

kerjasama dan hormat menghormati dalam pasukan masing-masing. Bukan murid sahaja

yang teruja, saya dan rakan-rakan juga amat teruja kerana anak-anak kami berada dalam

kumpulan tersebut. Kami juga memberikan arahan dan tunjuk ajar kepada mereka tentang

cara membaling dan mengelak.

c. Congkak

Permainan ini dikendalikan oleh kumpulan yang terdiri daripada Hamiza, Fazli,

Idahyunizah, Lee sok Moi dan Chen Yok Kim. Permainan ini biasa dimainkan oleh murid-

murid di sekolah mahu pun di rumah. Murid berasa seronok dan berusaha untuk menang.

Boleh dikatakan bahawa permainan congkak ini telah dapat di perkenalkan kepada murid

dengan baik sebelum mereka menyertai carnival ini. Kumpulan ini tidak perlu bersusah payah

untuk menerangkan cara bermain congkak kepada peserta. Peserta dapat menghabiskan

permainan dalam waktu yang ditetapkan.

d. Serak lidi

Permainan ini dikendalikan oleh kumpulan yang terdiri daripada Kamarudin, Salimi,

Rusmizal, Yusof dan Irwan. Permainan ini juga menarik kerana peserta perlu memberi fokus

dan tumpuan sepenuhnya. Ini kerana mereka perlu mengalihkan lidi supaya tidak

bersentuhan dengan lidi yang lain. Kumpulan ini juga tidak perlu bersusah payah

menerangkan peraturan kerana peraturannya mudah dan ringkas.

Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Tn Hj Abd Halim B Md Salleh,

Timbalan ketua Jabatan Pendidikan Jasmani IPG Kampus Raja Melewar. Dari ucapan yang

diberi, Tn Hj Abd Halim sangat berbesar hati dan rasa gembira kerana kami dapat

3

Page 4: Refleksi_Permainan_Tradisional

REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

menganjurkan Karnival ini dengan jayanya. Beliau juga amat berharap supaya kami dapat

mempratikkan pengurusan karnival ini di sekolah nanti.

4. Selepas Karnival.

Walaupun penat, kami merasa sangat seronok mengendalikan karnival pada kali ini.

Kerjasama dan komitmen para peserta mampu bertahan ke akhir program. Kami saling

bekerjasama mengemas dan menyimpan barang-barang yang dibawa.

5. Kekuatan

Karnival ini berjalan dengan jayanya bersandarkan kepada faktor-faktor berikut ;

a. Program ini dibimbing oleh pensyarah yang cukup berpengalaman dan komited

dengan tanggungjawab.

b. Peserta memahami tujuan program ini dan memberikan kerjasama yang baik

serta memainkan peranan masing-masing.

c. Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pensyarah dan

peserta.

d. Program ini dapat memupuk semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan

para peserta.

e. Program ini dapat memberi pengalaman yang bermakna kepada para peserta

untuk diaplikasikan dalam Pendidikan Jasmani di sekolah.

6. Kelemahan

Program ini telah dirancang penuh rapi dan sistematik. Walau bagaimanapun, apabila tiba

peringkat perlaksaannya pasti terdapat kelemahan dan kekurangan. Berikut adalah beberapa

kelemahan yang dapat saya nyatakan berdasarkan pemerhatian saya.

a. Terdapat peserta yang mengambil sikap sambil lewa atau kurang peka dengan

taklimat yang disampaikan oleh rakan peserta.

b. Ahli dalam kumpulan tinggal di lokasi yang berjauhan menyebabkan ruang

perbincangan agak terbatas dan boleh menjejaskan perancangan karnival ini.

4

Page 5: Refleksi_Permainan_Tradisional

REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

7. Cadangan Penambahbaikan

a. Undang-undang dan peraturan yang dirangka untuk satu-satu permainan

mestilah bersifat realistik dan praktikal serta mampu dilaksanakan dengan baik.

b. Semua pelatih perlu menjalankan tanggungjawab yang diterima dengan baik

tanpa mengharapkan orang lain untuk melakukan.

8. Kesimpulan

Pada pandangan saya refleksi adalah pengakuan secara jujur dengan membuat

renungan, muhasabah dan menganalisis apa yang telah dialami oleh seseorang individu.

Refleksi penting bagi mengenalpasti kekuatan dan kekurangan sesuatu program dengan

harapan kekuatan yang ada dapat dimurnikan lagi manakala kelemahan yang berlaku tidak

diulangi sebaliknya cuba diperbaiki pada masa akan datang. Terima kasih sekalung budi

kepada pensyarah penasihat En Azulhaimi b Ahmad dan En Jalil b Osman di atas segala

bimbingan dan tunjuk ajar serta teguran membina kepada kami dalam menjayakan karnival

ini. Dengan kata-kata tersebut saya akhiri bicara refleksi ini dengan penuh kesyukuran

kehadrat Allah S.W.T.

SALINA BINTI HAMDAN

750719017042

5