Rencana sce 3143

download Rencana sce 3143

of 7

description

isu bhn tmbh smljdi dan ksn kpd kshtn mnusia

Transcript of Rencana sce 3143

Rencana : Isu V : Bahan Tambah Semulajadi dalam Makanan.Oleh : Bahjatu Sholihah binti RamanMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2014), bahan tambah semulajadi merupakan bahan selain daripada kandungan utama dalam makanan yang diperbuat daripada bahan semulajadi. Bahan tambah ini juga dikenali sebagai aditif yang dimasukkan ke dalam sesuatu makanan dengan sengaja secara selamat. Penggunaan aditif dalam makanan telah menjadi amalan biasa sejak ratusan tahun dahulu di mana ianya ditambah ke dalam makanan melalui pelbagai cara. Sejarah terdahulu membuktikan bahawa penggunaan bahan tambah semulajadi ini telah bermula sejak turun-temurun lagi di mana nenek moyang kita menggunakannya dalam masakan mereka khususnya. Aktiviti ini diteruskan lagi pada zaman kini. Penggunaan bahan tambah semulajadi ini digunakan secara meluas oleh semua peringkat masyarakat meliputi kesemua agama, kaum mahu pun budaya hidup di Malaysia. Bagi masyarakat yang beragama Islam di Malaysia, mereka meletakkan kepentingan untuk memilih makanan yang halal untuk dimakan. Manakala bagi penganut agama-agama lain pula mereka mementingkan bahan tambah yang mendatangkan kebaikan pada kesihatan mereka. Nilai bagi setiap bahan tambah semulajadi ini dilihat amat tinggi kerana kepentingannya memberikan manfaat kepada pengguna khususnya manusia. Antara contoh bahan tambah semulajadi ialah gula, garam, serai, kunyit, dan daun pandan. Contoh Bahan Tambah Semulajadi.Daun PandanKunyitSeraiGaramGula

Rajah 1 : Fungsi Setiap Bahan Tambah Semulajadi.

Punca atau sebab bahan aditif ini digunakan oleh masyarakat di Malaysia ialah kerana peranannya yang bervariasi. Antaranya ialah contoh bahan aditif seperti gula berfungsi untuk memberikan rasa manis dalam makanan. Gula merupakan antara bahan wajib yang digunakan dalam menghasilkan kuih-muih tradisional di Malaysia. Manakala garam pula berfungsi untuk menambahbaik rasa makanan dan juga dapat membantu kita untuk mengawet daging. Apabila daging diawet menggunakan garam, maka daging tersebut akan menjadi lebih tahan lama. Perisa dalam sesuatu makanan pula boleh hadir dengan bantuan bahan aditif seperti serai. Selain itu, aditif juga digunakan untuk mewarnakan makanan contohnya dengan menggunakan bahan seperti kunyit. Oleh sebab itu, kesannya akan menjadikan rupa sesuatu makanan itu lebih menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Hal ini menjadi bonus kepada para penjual makanan dalam usaha mereka untuk menarik perhatian para pelanggan bagi membeli makanan buatan mereka. Selain itu, daun pandan pula berperanan untuk menghadirkan bau wangi dalam sesuatu makanan. Contohnya dalam menghasilkan makanan seperti nasi lemak, kebiasaannya kaum ibu akan menggunakan daun pandan bagi mewujudkan bau harum dalam masakan mereka. Kesemua aditif yang digunakan ini sekaligus akan menambah kelazatan dan keenakan serta mewujudkan tekstur yang baik ke atas sesuatu makanan yang dihasilkan.

Penggunaan setiap aditif semulajadi boleh memberikan pelbagai kesan kepada kesihatan pengguna. Antara kepentingan bahan tambah semulajadi terhadap kesihatan manusia ialah seperti berikut :

Rajah 2 : Kesan Baik Bahan Tambah Semulajadi Terhadap Kesihatan Manusia.

Hakikatnya, boleh dikatakan kesemua bahan aditif ini memberikan impak positif kepada kesihatan manusia. Namun begitu, terdapat juga kesan buruk daripada penggunaan bahan tambah semulajadi yang berlebihan terhadap kesihatan manusia. Antaranya ialah seperti berikut : Rajah 3 : Kesan Buruk Bahan Tambah Semulajadi yang Berlebihan Terhadap Kesihatan Manusia.

Seantero dunia pernah suatu ketika dahulu dikejutkan dengan kemerosotan sektor pembuatan dan perkhidmatan yang memberikan implikasi negatif kepada pengguna di seluruh dunia. Oleh yang demikian, Malaysia telah bertindak untuk menjadikan projek pertanian di negara ini sebagai alternatif bagi menyelesaikan masalah yang berlaku kerana pertanian mampu mengeluarkan makanan yang cukup untuk memenuhi keperluan pengguna. Hal ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyarankan agar kemajuan sektor pertanian negara dipertingkatkan dengan lebih giat dari semasa ke semasa. Pada tahun 2006, Malaysia telah dikejutkan dengan masalah kekurangan gula. Masalah kekurangan gula ini sedikit sebanyak dapat diatasi dengan pengeluaran bahan pemanis alternatif iaitu Stevia Rebaudiana yang mana ekstraknya mempunyai kemanisan melebihi 200-300 kali lebih manis daripada gula tebu atau gula beet.

Daun Stevia.

Stevia Rebaudiana ini tidak mengandungi kalori dan karbohidrat. Selain itu, kajian saintifik yang dilakukan telah mendapati bahawa Stevia adalah non-toksik yang mana tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia. Persamaan antara pemanis Stevia dan pemanis gula ialah kedua-dua bahan ini merupakan bahan tambah semulajadi yang digunakan dalam makanan atau pun minuman. Penggunaannya meluas di dalam negara Malaysia sendiri. Bahan pemanis Stevia ini telah diiktiraf sebagai Generally Regarded As Safe (GRAS) oleh Syarikat Food and Drug Adminstration (FDA)Amerika Syarikat pada tanggal 17 Disember tahun 2008 dan boleh digunakan sebagai bahan tambah dalam makanan. Penggunaan Stevia bukanlah suatu perkara yang baharu namun telah digunakan oleh masyarakat terdahulu. Buktinya boleh dilihat pada kaum Gurani yang telah menggunakan Stevia sebagai pemanis hampir 1500 tahun dahulu. Kaedah ini telah digunakan di seantero dunia iaitu di Paraguay, Brazil, China dan Jepun serta negara Pasifik lain seperti India, Thailand dan kini di Malaysia.Kajian oleh pengkaji Sains telah dibuat dan mendapati bahawa kesan penggunaan gula pemanis Stevia ini lebih baik berbanding dengan penggunaan gula tebu atau gula beet dalam kehidupan seharian manusia. Perbandingannya boleh dilihat pada jadual di bawah :Bahan Pemanis SteviaPerkaraBahan Pemanis Gula

Daripada pokok Stevia(famili Chrysanthemum).Sumber ekstrakDaripada pokok tebu.

Cecair, kapsul, tablet, dan serbuk.BentukPepejal.

40 % murah daripada harga gula.Harga40 % mahal daripada harga Stevia.

Tiada.Kehadiran kalori dan karbohidratAda.

Tiada.Keupayaan pengguna mendapat penyakit diabetesAda.

Tiada.Keupayaan pengguna mendapat penyakit karies gigiAda.

Tidak.Keupayaan menaikkan berat badanYa.

Jadual Perbezaan Antara Bahan Pemanis Stevia dan Bahan Pemanis Gula.

Dalam isu yang berlaku ini, peranan kerajaan dilihat sangat besar dalam membantu menstabilkan keadaan rakyat khususnya. Pengenalan kepada perusahaan pertanian melalui penanaman pokok Stevia sebagai langkah menggantikan penghasilan gula tebu sebagai bahan tambah semulajadi dilihat memberikan kesan yang sangat baik. Bagi meningkatkan penghasilan dan kewujudan bahan tambah semulajadi, kerajaan boleh menubuhkan satu badan Research and Development (R&D) yang berfungsi untuk mengkaji bahan tambah semulajadi yang ada selain daripada bahan tambah yang telah sedia ada. Natijahnya akan membuahkan hasil yang positif di mana seperti yang kita sedia maklum, boleh dikatakan hampir 99 % bahan tambah semulajadi memberikan impak yang baik terhadap kesihatan manusia. Pihak kerajaan juga boleh mengkomersialkan lagi penggunaan bahan tambah semulajadi ini kepada masyarakat umum. Selain itu, peranan masyarakat juga penting dalam menyokong usaha-usaha kerajaan untuk menaikkan nilai bahan tambah semulajadi di Malaysia. Selain daripada memberikan sokongan, masyarakat juga perlu sedar untuk menggunakan bahan tambah semulajadi mengikut keperluan badan mereka. Misalnya, mereka perlu mengurangkan gula dalam makanan mereka agar penyakit seperti diabetes dapat dielakkan. Mereka perlu bijak dalam menggunakan bahan tambah yang ada agar kesihatan mereka tidak terjejas.

Daripada dapatan yang dibuat,saya telah mendapat satu kesedaran bahawasanya saya mempunyai peranan yang sangat penting untuk menyedarkan masyarakat umum tentang kebaikan bahan tambah semulajadi ini dengan menjadikan murid-murid di sekolah sebagai sasaran utama saya. Dalam masa yang sama juga, hal ini meningkatkan kesedaran saya untuk mencari lebih banyak lagi bahan-bahan yang berkait dengan bahan tambah semulajadi bagi meningkatkan pengetahuan sedia ada sebagai persediaan sebelum melangkah keluar daripada kampus seterusnya menuju ke alam pekerjaan sebenar sebagai seorang guru Sains. Selain itu, satu sesi temu bual dengan seorang ahli farmasi di Klinik Bandar Kuantan, Pahang iaitu Puan Juliza binti Yahya telah dibuat pada 2 September 2014 bagi melihat sudut pandang seorang ahli kesihatan terhadap isu ini. Kesimpulannya, saya dapat merumuskan bahawa hasil temu bual yang dilakukan mendapati bahan tambah semulajadi ini lebih mendatangkan kesan yang positif terhadap kesihatan manusia berbanding dengan penggunaan bahan tambah kimia dalam makanan yang dimakan dalam kehidupan seharian mereka.

13