Rencana TPF: ‘PATIENT SAFETY’
Transcript of Rencana TPF: ‘PATIENT SAFETY’
Bual Bicara:
UBAT HALAL : Hak & Tanggungjawab
Rencana TPF:
‘PATIENT SAFETY’ Sebagai Komponen Kualiti
NSAIDS & GERIATRIK
SEGMEN : RENUNGAN TIPS HALAU CICAK
SEGMEN : SAMPAIKAN
LAMAN WEB RASMI FARMASI JABATAN FARMASI
MAP WARFARIN
1
Sudah menjadi lumrah hidup insan di dunia, tid-
ak akan lari daripada ujian kehidupan. Salah satu ujian
yang hampir pasti ditempuhi oleh setiap insan ialah
ujian berupa kesakitan. Ini dapat dilihat dengan jelas
dalam rutin seharian kita di hospital yang bersilih ganti
ditemukan dengan insan-insan yang dalam kesukaran
dan memerlukan pertolongan akibat teruji dengan
musibah kesakitan.
Mereka yang datang dengan sakit pasti
menginginkan kesembuhan, mereka yang datang
dengan kesukaran pasti mengharapkan kepulangan
membawa kesenangan. Sebagai komponen penting
dalam pasukan perawat di hospital, warga Jabatan
Farmasi merupakan antara penyumbang dominan, wa-
laupun pada kebanyakan masa ia lebih kepada tu-
gasan di belakang tabir. Bermula dari penerimaan
preskripsi dan dispensi ubat pesakit dalam wad, sehing-
galah kepada pemonitoran level, dispensi ubat sebe-
lum discaj dan semasa rawatan susulan, semuanya itu
menuntut ketekunan dan kejituan berpaksikan ilmu dan
komitmen yang mendalam.
Kekangan-kekangan, baik yang berbentuk
subjektif seperti faktor masa yang sering dikejar bagi
mengekalkan malah meningkatkan pencapaian objek-
tif kualiti, mahupun cabaran yang berbentuk lebih ob-
jektif seperti sumber kewangan yang saban hari se-
makin menghimpit seharusnya tidak dibenarkan untuk
mengkompromi keselamatan setiap pesakit kita. Ciri-ciri
itqan (tekun dan rapi) dalam setiap langkah dalam
proses kerja kita termasuk aspek ketepatan ubat yang
betul kepada pesakit yang betul, dos yang tepat,
maklumat ubat yang lengkap dan tepat sehinggalah
ke peringkat akhir iaitu semakan, harus diadunkan da-
lam menghasilkan ramuan atau kombinasi ubat yang
bukan sahaja selamat (medication safety) bahkan efek-
tif secara kos dapat diberikan ke tangan sebelum ma-
suk ke mulut setiap pesakit. Barulah dengan ini kata-
kata ubat selamat, pesakit sihat, hidup berkat bukan
sahaja tersemat dipinkan di uniform kita sebagai warga
Farmasi tetapi lebih dari itu dapat menyusup masuk ke
dalam jiwa dan hati nurani kita yang berilitizam untuk
sentiasa memberikan yang terbaik kepada mereka
yang memerlukan.
UBAT SELAMAT
PESAKIT SIHAT, HIDUP BERKAT Penaung
Hj. Zainol Abidin Hamid
Penasihat/Editor
Pn Mariani Hj. Yaacob
Pengerusi
En Mohd Hasrul Hisham
Setiausaha
Cik Majdiah Mohd Yunus
Ketua Pengarang 1
Hjh Khairul Bariah Johan
Pengarang
Pn. Nur Amalina Che Rahim
Pengarang
Pn. Nooraini Omar
Pengarang
Pn. Nur Aida Murni Mamamad
Grafik & Fotografi
En. Muhammad Mahadi Mustapha
Pengarang
Pn. Noor Shufiza Ibrahim
Pengarang
Cik Nur Suriana Mohd Yusof
Pengarang
En. Mohd Sabrie Mohd Nawawi
Grafik & Fotografi
Pn. Siti Nadiah Mohd Suhane
Ketua Grafik & Fotografi
YM Tuan Umar Tuan Ismail
Grafik & Fotografi
En. Rozaimie Mohammad
Penerbitan & Edaran
En. Dellemin Che Abdullah
Pengarang
Cik. Norasma Majid
Grafik & Fotografi
Pn. Nur Aimi Mohamad
Tugas-tugas Khas
En. Mohd Syafiq Hasanuddin
SIDANG REDAKSI 2015
MEJA PENGARANG
DARI
Oleh: Pn. Khairul Bariah Johan
RENCANA TPF
agi sebuah institusi perubatan seperti
hospital, mahu atau tidak kita perlu akui ba-
hawa satu-satunya objektif bersama yang
akan dapat menjamin tercapainya kualiti
secara keseluruhan ialah sasaran untuk men-
jamin keselamatan pesakit. Bersama di sini
bukan hanya tertuju kepada staf yang terli-
bat langsung dalam perawatan pesakit teta-
pi perlu merangkumi keseluruhan staf dalam
organisasi tersebut. Setiap staf mempunyai
peranan masing-masing dalam menjamin
keselamatan pelanggan hospital, iaitu pe-
sakit.
Kita tidak nafikan kegigihan staf berusaha
mencapai dan mengekalkan persijilan kualiti
seperti MS ISO 9001:2008, MS ISO 15189, Ama-
lan 5S/QE dan terbaru Pengurusan Kejat
(Lean Management) telah membuat Hospi-
tal USM menempa nama tersendiri dalam
kancah kualiti. Namun tidak mustahil kalau
kita terlepas pandang aspek keselamatan
dalam desakan untuk mencapai Objektif
Kualiti yang telah kita tetapkan. Hal ini keta-
ra apabila objektifnya melibatkan waktu
pesakit menunggu di mana semakin singkat
waktu menunggu merupakan indicator ba-
hawa perkhidmatan tersebut semakin
berkualiti. Terkompromikah aspek kesela-
matan pesakit dengan objektif sedemikian?
Persoalan yang mungkin berbaloi untuk sa-
ma-sama kita fikirkan demi melestarikan
aspek keselamatan pesakit yang ternyata
merupakan agenda kebangsaan.
Pada tahun 2003 sebuah lembaga yang
melihat kepada isu keselamatan pesakit
telah ditubuhkan dengan kelulusan Kabinet,
iaitu “The Patient Safety Council of Malaysia:
Patient Safety Unit, Quality in Medical Care
Section, Medical Development Division,
MOH). Lembaga ini bertanggungjawab
memimpin usaha-usaha kerajaan untuk
menjamin suatu sistem penjagaan kesihatan
kebangsaan yang selamat.
Membentuk suatu sistem yang sedemikian
memerlukan pembudayaan amalan
berkualiti dan selamat diperingkat organisasi
dan antara kaedahnya adalah melalui
pelaksanaan Patient Safety Goals (Rajah 1)
yang memberi penekanan pada aspek-
aspek utama untuk keselamatan pesakit.
Pada tahun 2013 lembaga ini telah mener-
bitkan garispanduan “Malaysian Patient
Safety Goals: Guidelines on Implementation
and Surveillance” bagi membantu pelaksa-
naan di fasiliti-fasiliti kesihatan agar status
keselamatan pesakit di Malaysia dapat
dinilai secara objektif.
Garispanduan berkenaan menggariskan
kaedah penilaian yang dilaksanakan secara
terperinci dan boleh dicapai melalui laman
web yang disediakan oleh pihak Kementeri-
an Kesihatan Malaysia.
Meskipun “The Patient Safety Council of
Malaysia” mentakrifkan “Patient Safety”
sebagai the avoidance, prevention, detec-
tion and amelioration of adverse outcomes
or injuries stemming from the process of
health care, takrifan WHO perlu juga diambil
maklum agar kaedah pelaksanaan dapat
dilihat melalui kacamata yang lebih luas.
Klasifikasi Antarabangsa bagi Kesela-
matan Pesakit menurut WHO (World Health
Organization‟s (WHO) International Classifi-
cation for Patient Safety) mentakrifkan pa-
tient safety sebagai, “the reduction of risk of
unnecessary harm associated with
healthcare to an acceptable minimum. Note: Healthcare-associated harm is harm arising from or associated with plans or actions taken during the provision of healthcare, rather than an underlying disease or injury. An acceptable minimum refers to the collective notions of given current knowledge, resources available and the context in which care was delivered weighed against the risk of non-treatment or other treatment”.
Rajah 1: Malaysian Patient Safety Goals
(MPSG)
Semestinya peranan kita dalam
kerjaya farmasi ke arah keselamatan pesakit
adalah dengan pelaksanaan PSG *7 iaitu
“To Ensure Medication Safety” dan dalam
rangka ini, kaedah yang digariskan melalui
“Malaysian Patient Safety Goals: Guidelines
on Implementation and Surveillance” boleh
diberi perhatian (Rajah
PATIENT SAFETY GOALS 1 – 13
1 To implement Clinical Governance
2 To implement the WHO‟s 1st Global
Patient Safety Challenge:“ Clean
3 To implement the WHO‟s 2nd Glob-
al Patient Safety Challenge: “Safe
4
To implement the WHO‟s 3rd Global
Patient Safety Challenges -
“Tackling Antimicrobial Resistance”
5 To improve the accuracy of patient
identification
6 To ensure the safety of transfusion
of blood and blood products
7 To ensure medication safety
8 To improve clinical communication
by implementing critical value pro-
9 To reduce patient fall
10
To reduce the incidence of
Healthcare Associated Pressure
Ulcers
11 To reduce Catheter-Related Blood
Stream Infections in the ICU*
12 To reduce Ventilator Associated
Pneumonia In the ICU*
13 To implement an Incident Reporting
and Learning System
Technical Specifications of Malaysian
Patient Safety Goals & KPIs
Pa
tien
t
Sa
fety
Go
al
No
. 7
To ensure medication safety
Ra
tion
ale
Medication errors may occur at
various points of care and often
go undetected. Some error may
lead to serious morbidity and
even mortality. Hence, ensuring
medication safety is vital.
Stra
teg
ies &
Imp
lem
en
tatio
n
1. Implement information
technology to support
prescribing, dispensing and
administering medicine
– example: Computerised
Prescribers‟ Order Entry (CPOE)
2. Report medication errors
through the Medication Error
Reporting System (MERS) to
enable sharing of lesson learnt
3. Implement safety solutions for
“Look Alike Sound Alike (LASA)
medication”
4. Control of concentrated
electrolyte solutions
5. Application of 6Rs and
verbalization when administering
injectable Medication
KPI
No. 11 Number of Medication Errors
(“Actual”)
Target Zero (0) cases
KPI
No. 1 Number of Medication Errors
(“Near Misses”)
Target To be determined later pending
national data analysis and trend-
ing
De
finitio
n o
f Term
s
• Medication Error (“Actual”) : An
error occurred and reached the
patient
• Medication Error (“Near Miss-
es”) : Any medication error that
does not reach patient
•Concentrated Electrolyte
Solution : examples include
Sodium Chloride more than 0.9%,
Potassium Chloride or Phosphate
• 6Rs: During administering any
medication; it is proposed that
the healthcare providers check
whether it is the RIGHT patient,
medication, time, dose and route
( per oral, sublingual, patch, etc),
documentation
Oleh: Pn. Noor Aini Abu Samah
SEGMEN
2
RENCANA TPF
3
Pelaksanaan PSG *7 melibatkan pelbagai
pendekatan yang bermatlamat bagi men-
gurangi berlakunya Medication Error, umpa-
manya melalui pendidikan staf pelaksana
dan pesakit juga arahan penggunaan ubat
yang jelas, sebagaimana kita sedia amalkan.
Di samping itu terdapat dua (2) pendekatan
yang disebut dalam Malaysian Journal of
Pharmacy, 2003 1(3), iaitu Systems Thinking
dan Failure Mode and Effects Analysis yang
mencuit minda.
Kita tidak boleh nafikan peri pentingnya
pendidikan dan latihan staf secara berteru-
san sebagai salah satu kaedah mendidik staf
agar lebih peka dalam mengesan dan
mencegah kesilapan dari berlaku, namun ia
bergantung kepada keupayaan ingatan
dan kewaspadaan staf masing-masing.
Lebih tepat lagi, pendidikan dan latihan sa-
haja gagal menganjak sistem sedemikian
rupa agar mencegah berlakunya kesilapan. Systems Thinking dan Failure Mode and Ef-
fects Analysis dirasakan mampu memperke-
mas aspek pencegahan berbanding
kaedah Root Cause Analysis yang tertumpu
untuk membetulkan kesilapan yang telah
berlaku.
Artikel tersebut mengungkapkan contoh
kesilapan yang kerap berlaku dalam
penggunaan Potassium Chloride (KCl) con-
centrate (15%). Sebelum pendekatan systems
thinking, cuma pendidikan staf dan label
amaran dari pengilang diharap dapat
mencegah administrasi KCl concentrate
tanpa dilution sewajarnya. Meskipun berku-
rang, kesilapan tetap berlaku sehingga in-
dustri farmasi menghasilkan premixed solu-
tion, pakar perubatan pula membakukan
(standardize) potassium replacement thera-
py supaya sediaan yang sedia terdapat di
pasaran dapat diguna secara maksimum,
vial-vial Potassium Chloride (KCl) concentrate
(15%) di tarik balik dari unit-unit perawatan
pesakit. Satu contoh penyelesaian masalah
kesilapan perubatan yang berlandaskan-
sistem / Systems Thinking iaitu bermula dari
industri hingga unit pengguna.
Cara ini memerlukan penglibatan terbuka
dari pelbagai disiplin (multidisciplinary team)
untuk berbincang dan memahami punca
kesilapan dan memilih strategi yang paling
berpotensi berjaya untuk mengurangkannya.
Adakah kaedah supaya kesilapan
sedemikian MUSTAHIL dilakukan?
Failure Modes and Effects Analysis (FMEA)
pula adalah kaedah proaktif untuk menilai
sesuatu proses secara sistematik bagi
mengenalpasti di mana dan bagaimana
kegagalan mungkin berlaku serta menaksir-
kan impak berkaitan dari pelbagai kegaga-
lan. Kaedah ini untuk mengenalpasti bahagi-
an proses yang perlu diutamakan peru-
bahannya. FMEA meliputi penilaian ter-
hadap:
Langkah-langkah dalam proses
Jenis/ ciri kegagalan (Apa kesilapan yang
mungkin terjadi?)
Punca kegagalan (Kenapa kegagalan
mungkin berlaku?)
Kesan kegagalan (Apa akibat / natijah dari
setiap kegagalan?)
Secara amnya, FMEA melibatkan langkah
-langkah berikut:
Langkah 1: Pilih proses
Langkah 2: Lantik pasukan pelbagai disiplin
Langkah 3: pasukan bermesyuarat untuk
menyenaraikan langkah-langkah dalam
proses yang dipilih.
Langkah 4: Pasukan senaraikan jenis dan
punca kegagalan.
Langkah 5: Tetapkan keutamaan nombor
untuk setiap Jenis kegagalan (dikenali
sebgai Risk Priority Number, or RPN) untuk
kebarangkalian berlaku, kebarangkalian
dikesan dan tahap keparahan.
Langkah 6: Nilai hasil.
Langkah 7: Guna RPN untuk rancang usaha
penambahbaikan.
Penilaian proses dengan kaedah FMEA
dapat mengenalpasti potensi kegagalan
dan langkah-langkah pencegahan secara
proaktif berbanding keperluan
melaksanakan pembetulan setelah
berlakunya kegagalan. Dengan itu risiko
terhadap pesakit maupun staf dapat
dikurangkan.
Integrasi Systems Thinking dan FMEA di
samping kaedah-kaedah yang telah lazim
dilaksanakan dijangka dapat
menambahbaik pelbagai proses dalam
sistem penjagaan / perawatan pesakit
berfokuskan Patient Safety dari punca
hingga ke hujung.
Perbahasan lanjut dan contoh penerapan
kaedah yang telah disebut di sini mungkin
lebih wajar disantuni pada media berbeza.
Cuma yang ingin ditegaskan di sini ialah,
aspek keselamatan pesakit adalah salah
satu komponen kualiti. Jadi apa jua aktiviti
dan amalan untuk meningkatkan
keselamatan pesakit pastinya akan
meningkatkan pula kualiti penjagaan pesakit
serta Sistem Pengurusan Kualiti sesebuah
institusi perubatan seperti Hospital Universiti
Sains Malaysia.
RUJUKAN
1. William Runciman , Peter Hibbert , Richard Thomson , Tjerk
Van Der Schaaf , Heather Sherman , Pierre Lewalle ; Towards
an International Classification for Patient Safety: key con-
cepts and terms; Published by Oxford University Press 2009
DOI: http://dx.doi.org/10.1093/intqhc/mzn057 18-26 First
published online: 15 January 2009
2. “Malaysian Patient Safety Goals: Guidelines on Implemen-
tation and Surveillance” The Patient Safety Council of Ma-
laysia: Patient Safety Unit, Quality in Medical Care Section,
Medical Development Division, MOH
3. Malaysian Journal of Pharmacy 2003 1(3):59-62 Series,
Medication Safety Issues – 1, David Kong Chee Ming, Phar-
macy Department, The Alfred Hospital, Commercial Road,
Prahran, Victoria, Australia 3181 and Department of Phar-
macy Practice, Victorian College of Pharmacy, Monash
University, 381, Royal Parade, Parkville, Victoria, Australia
3052.
SEGMEN
3
BERITA UNIT
Unit Pendispen-
san Aseptik (UPA) ada-
lah salah satu unit di
bawah Perkhidmatan
Farmasi Makmal Jab-
atan Farmasi. UPA
terdiri daripada tiga
buah makmal iaitu
Makmal S i totoksik
(CDR), Makmal Admikstur Intravena (IVA) dan
Makmal Total Parenteral Nutrisi (TPN). Fungsi utama
unit ini adalah menyediakan sediaan steril apabila
diperlukan oleh pesakit dalam wad dan klinik.
Pada bulan Oktober 2013 UPA telah mengem-
bangkan fungsi dengan menjalankan perkhidmatan
kaunseling kepada pesakit yang menerima ubat
kemoterapi oral. Perkhidmatan yang dikenali sebagai
„Patient Care Service‟ ini dimulakan kepada penjaga
pesakit pediatrik di wad 6 Utara (6U) Onkologi.
Perkhidmatan ini terdiri daripada kaunseling ubat-
ubatan kemoterapi oral, cara pengendalian ubat
kemoterapi oral yang selamat semasa berada di ru-
mah dan penyediaan kit pengendalian ubat kemot-
erapi oral secara selamat.
Kit ini terdiri daripada 30 helai sarung tangan
pakai buang, 4 batang picagari untuk digunakan
satu batang seminggu dan beg plastik berzip untuk
mengisi peralatan yang telah digunakan dan botol
ubat kemoterapi setelah ubat dihabiskan. Penjaga
pesakit perlu membawa beg plastik berzip bersa-
ma-sama kandungannya ke wad semasa temujanji
mengambil ubat untuk dilupuskan dengan kaedah
yang selamat oleh wad. Kit ini adalah untuk
kegunaan sebulan dan pesakit akan diberikan kit ba-
ru setiap kali temujanji mengambil ubat. Penjaga pe-
sakit dibekalkan juga dengan risalah bergambar se-
bagai panduan di rumah.
Satu kajian rintis tentang kepatuhan terhadap
langkah-langkah pengendalian ubat kemoterapi oral
secara selamat dijalankan sebelum dan selepas
perkhidmatan kaunseling diberikan terhadap 14 pe-
sakit untuk mengenalpasti keberkesanan perkhid-
matan. Graf 1 menunjukkan keputusan kajian rintis.
Keputusan kajian rintis menunjukkan pening-
katan kepatuhan terhadap hampir semua langkah
selepas kaunseling diberikan. Keputusan yang mem-
berangsangkan ini menjadi titik tolak kepada UPA
untuk meneruskan perkhidmatan ini. Sehingga bulan
Disember 2014, jumlah penjaga pesakit yang telah
diberikan kaunseling adalah seramai 53 orang, di ma-
na 12 orang telah menamatkan rawatan manakala
41 pesakit masih meneruskan rawatan.
UPA merancang untuk memperluaskan
perkhidmatan ini kepada pesakit-pesakit di wad-wad
lain dan klinik pada masa
hadapan. UPA mengharapkan
pengembangan perkhid-
matan ini mampu memberi
manfaat kepada jabatan dan
pesakit.
UNIT PENDISPENSAN ASEPTIK
SEGMEN Oleh: Pn. Nooraini Omar
bererti “talent” (bakat) dan “time” (waktu). Keduanya adalah hadiah dari Maha Pencipta. adalah “hope”, harapan untuk hal-hal yang baik dan jujur. adalah “insight”, wawasan yang diperoleh dari orang lain atau bacaan yang bermutu. adalah “nice to all people”, berbuat baiklah pada semua orang. adalah “knowledge” (ilmu pengetahuan), itu ada-lah kunci kehidupan.
adalah “book” (buku), bacalah buku sebanyak-banyaknya.
“in-dept”, belajar dan perelokkanlah keterampilan.
adalah “God”, Tuhan. Jangan lupa pada Yang Maha Kuasa.
4
SEGMEN AKTA
& KUALITI
Sistem Sokongan Elektronik Perlesenan Perni-
agaan atau Business Licensing Electronic Support Sys-
tem (BLESS) merupakan satu inisiatif kerajaan untuk
tambah baik sistem penyampaian perkhidmatan da-
lam sektor perniagaan dan juga meningkatkan daya
saing negara. Sistem portal ini, menyediakan
maklumat dan kemudahan bagi membantu syarikat
untuk mendapatkan lesen-lesen perniagaan dengan
lebih cekap dan teratur.
Bagi profesion farmasi, Bahagian Perkhidmatan
Farmasi (BPF) melalui cawangan Lembaga Farmasi
Malaysia (LFM) dengan kerjasama Unit Penyelarasan
Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM)
telah mewujudkan aplikasi permohonan sijil pendafta-
ran dan sijil tahunan di bawah LFM yang dikenali se-
bagai aplikasi LFM-BLESS. Semua permohonan akan
diproses secara atas talian termasuk pembayaran.
Permohonan sijil yang berkenaan adalah seperti beri-
kut:
1. Sijil Pendaftaran Penuh Ahli Farmasi
2. Sijil Pendaftaran Pertubuhan Perbadanan
3. Sijil Tahunan Ahli Farmasi/ Annual Practising Cerifi-
cate(APC)
4. Sijil Tahunan Pertubuhan Perbadanan
5. Sijil Pendaftaran Sementara Ahli Farmasi (Warga
Asing)
6. Letter of Good Standing Sijil Pendaftaran
Provisional
Dengan perkembangan ini, bermula 2015, Ahli
Farmasi swasta, Provisional Registered Pharmacist
(PRP) dan Fully Registered Pharmacist (FRP First – Time
Application) dikehendaki memohon Sijil Tahunan Ahli
Farmasi secara atas talian. Bagi Ahli Farmasi dalam
perkhidmatan awam pula hanya perlu berdaftar dan
tidak memerlukan Sijil Tahunan untuk mematuhi perun-
dangan farmasi. Oleh itu, permohonan melalui BLESS
tidak perlu bagi pegawai farmasi yang berkhidmat
dalam perkhidmatan awam seperti di hospital.
Rujukan
https://www.bless.gov.my/
http://www.pharmacy.gov.my
Laman web rasmi Jabatan Farmasi yang di-
wujudkan pada tahun 2010 merupakan cetusan idea
Timbalan Pengarah Kanan Farmasi ( TPK(F) ). Menye-
dari hakikat teknologi maklumat yang semakin
berkembang, kepentingan laman web diharapkan
dapat bertindak sebagai medium rujukan bagi orang
ramai berhubung perkhidmatan yang ditawarkan
oleh Jabatan Farmasi selain mendapat informasi
berkaitan ubat-ubatan.
Laman web ini juga membolehkan lebih ban-
yak maklumat tentang perkembangan dalam jab-
atan selain aktiviti yang telah dan akan dijalankan
sebagai makluman kepada staf. Bermula pada bulan
Ogos 2013, laman web jabatan telah dinaiktaraf dari
aplikasi Joomla versi 1.5 ke aplikasi Joomla versi 2.5.
Ia boleh dilayari di alamat yang baharu iaitu
http://h.usm.my/pharmacy/.
Antara paparan yang diperolehi melalui
laman web ini ialah:
Sejarah Jabatan Farmasi
Perkhidmatan Yang Terdapat Di Jabatan
Jawatankuasa Dalam Jabatan
Sudut QE/5S, Kualiti
Maklumat Ubat Masyarakat
Aktiviti Akan Datang (paparan dalam bentuk
slider)
Kalendar Aktiviti
Muat Turun Borang
Sudut Staf
Pautan Dalaman (seperti Hospital USM dan Pe
pustakaan Hamdan Tahir) dan Pautan Luaran
(seperti kementerian Kesihatan Malaysia dan Ke-
menterian Pendidikan Malaysia) .
Semoga paparan yang dimuatkan dalam
laman web ini dapat memberi manfaat kepada para
pengunjungnya. Laman web ini diharapkan menjadi
perantara yang berkesan untuk menghubungkan
ukhuwah sesama staf dan Jabatan Farmasi dengan
masyarakat pelbagai lapisan.
INFORMASI LAMAN WEB
RASMI JABATAN FARMASI
Oleh: Pn. Noor Shufiza Ibrahim
BLESS
5
SEGMEN
BUAL BICARA
Usaha harus dilakukan untuk memastikan bahawa
kewujudan benda-benda halal yang lain tidak dapat
menghindarkan kemudaratan yang menimpa pesakit.
Pengambilan yang haram itu sekadar keperluan sahaja.
Pada waktu pengubatan, pengambilan yang haram itu
hendaklah disyorkan, dipastikan dan diperakui oleh
seorang doktor atau pengamal perubatan muslim yang
adil, diyakini amalan dan pegangan agamanya serta
mempunyai pengetahun dalam bidang terbabit.
(Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 pada 23 – 25
Jun 2009).
Umat Islam di Malaysia beruntung kerana terdapat
pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif membu-
at kajian dalam memberikan kesedaran dan maklumat
yang jelas kepada pengguna
seperti Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM), Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (CAP)
dan lain-lain. Kita juga mempu-
nyai badan kerajaan iaitu JAKIM
yang berfungsi dalam menge-
luarkan fatwa, hujah dan me-
nyediakan garis panduan da-
lam menghadapi kemelut halal haram dan prinsip semasa
keadaan darurat.
Sebagai seorang Muslim dan bekerja di hospital
dalam bidang kesihatan , biasanya kita sering diajukan soa-
lan tentang ubatan halal walaupun sesetengah tugas
hakiki kita bukanlah berkenaan bab atau status halal ubat.
Jadi adalah menjadi tanggungjawab untuk kita mengambil
tahu semampu boleh mengenai apa itu ubat halal dan
penggunaan ubatan halal. Bagi pengamal perubatan/
doktor serta staf lain seperti pegawai farmasi, perlunya
mereka mengetahui status ubatan tersebut untuk memberit-
ahu tentang sumber ubat yang diberi kepada pesakit.
Ketelusan pihak hospital dan pakar perubatan amat di-
harapkan masyarakat Islam dalam hal sebegini. Mungkin
kebanyakan masyarakat awam tidak mempunyai
maklumat atau kekurangan maklumat mengenai status
ubatan tersebut. Oleh itu menjadi kewajipan bagi pihak
yang memberi rawatan agar memberitahu pesakit berke-
naan rawatan mengikut keperluan.
Menurut buku, Halalkah Ubat Anda, Bab 8 iaitu
Panduan Ringkas Untuk Pesakit dan Pengamal Perubatan,
dijelaskan secara terperinci hak sebagai pesakit iaitu
merangkumi:
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke
atas setiap orang Islam”(Riwayat Imam ad-Dailami dalam
Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti,
hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis
no. 5270).
Sebaris ayat ini telah lama
bertapak ampuh sejak 1400 tahun yang
lalu, ketika dunia disimbahi cahaya
benderang melalui insan bernama Mu-
hammad bin Abdullah, Rasulullah SAW
junjungan kita. Ungkapan ini menjadi
panduan untuk mencari dan
menggunakan yang halal dalam semua aspek kehidupan.
Dalam bidang farmaseutikal , konsep halal mem-
bawa kepada perubahan dalam penghasilan ubat-ubatan
yang mematuhi standard piawaian ubatan halal.
Definisi ubatan halal adalah merangkumi definisi
apa itu ubat dan ubatan halal. Ubat adalah bahan yang
digunakan untuk perubatan bagi mengesan (diagnosis),
meringankan , merawat, menyembuh atau mencegah
penyakit pada manusia serta meningkatkan taraf
kesihatannya. Manakala ubatan halal adalah bukan terdiri
daripada atau mengandungi bahan dari haiwan yang dil-
arang syarak untuk menggunakannya, atau memakannya
ataupun tidak disembelih mengikut hukum syarak sedari
proses pembuatan hingga pemasaran.1
Hasil kajian makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi,
Universiti Sains Malaysia mendapati 30 peratus daripada 100
ubat yang diuji positif mengadungi deoxyribonucleic acid
( DNA ) babi.2
Walau bagaimanapun, bagi yang beragama Islam,
terdapat pengecualian atau pengharusan diberikan untuk
kita menggunakan ubat yang mengandungi unsur babi jika
jatuh dalam keadaan darurat. Syarat-syarat untuk memasti-
kan bahawa keperluan tersebut berada diperingkat darurat
perlu dipenuhi. Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan
oleh ulama dan digunapakai oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
Malaysia ialah:
Darurat itu benar-benar berlaku, bukan sesuatu yang
tidak pasti. Dengan erti kata lain, telah berlaku atau
wujud satu keadaan di mana kemusnahan atau kemudara-
tan pada lima perkara asas ( agama, nyawa, akal, ke-
turunan, harta ) ataupun kemusnahan akan berlaku secara
pasti ataupun berdasarkan kepada sangkaan yang kuat
berpandukan pengalaman atau pengetahun.
Seseorang yang berada dalam keadaan darurat itu
bertentangan dengan perintah atau larangan syarak,
atau tidak terdapat sesuatu yang diharuskan oleh syarak
untuk menghilangkan kemudaratan melainkan perkara
yang ditegah atau diharamkan.
Oleh: Pn. Nur Amalina Che Rahim
bersambung ke mukasurat sebelah...
6
SEGMEN
BUAL BICARA
Dalam menangani kemelut isu kehalalan produk
farmaseutikal, pihak berkuasa yang terlibat harus lebih
proaktif. Realitinya hari ini, kita masih lagi keliru dengan
penjualan ubatan yang mengandungi unsur babi. Wa-
laupun unsur babi adalah haram, namun penjualannya
masih dibenarkan di Malaysia jika menepati syarat–
syarat pendaftaran yang ditetapkan terutama dari segi
kualiti, keselamatan dan label produk yang menyatakan
sumber haiwan yang digunakan. Ia dilihat untuk mem-
bolehkan mereka yang bukan beragama Islam
menggunakannya dan orang Islam mengelakkan da-
ripada menggunakannya. Walaubagaimanapun banyak
usaha yang harus dipuji dalam bidang perundangan far-
masi kerana telah banyak memurnikan usaha seperti
meningkatkan pengetahuan orang awam mengenai
ubatan halal.
Kesimpulannya, penyembuhan adalah kuasa
ALLAH azzawajalla, namun ALLAH menyuruh kita berikhti-
ar dalam mengubati sesuatu penyakit dengan cara yang
selari dengan prinsip yang ditetapkan Islam dan menjau-
hi perkara yang ditegah oleh-NYA.
Rujukan:
JAKIM,Joint Guidelines on Control of Medicines in Islam, http://
www.islam.gov.my/en/joint-guidelines-control-medicines-islam
Abd.Rahman, 2012, Halalkah Ubat Anda, 2012, Kuala Lumpur: H
Science Solution.
Halalkah Ubat Anda ?, www.halalscience.com
Hak untuk mendapatkan keperluan asas penjagaan
kesihatan dan ubat-ubatan.
Hak untuk mendapatkan maklumat mencukupi dan tepat
mengenai ubat pengguna perlu dimaklumkan jenis ubat
yang diambil, kesan sampingan yang mungkin diperolehi,
bagaimana untuk mengambil ubat, kekerapan pengambi-
lan ubat serta langkah berjaga-jaga yang perlu diambil.
Hak untuk membuat pilihan untuk memilih produk berkuali-
ti yang selamat dan boleh meningkatkan kesihatan ber-
banding produk yang tidak selamat dan rosak.
Hak untuk mendapatkan gantirugi melalui Tribunal
Pengguna dan mahkamah perundangan bagi
mendapatkan pampasan ke atas kerosakan yang berlaku.
Hak untuk bersuara iaitu pengguna boleh menyuarakan
pendapat dan aduan melalui saluran yang sesuai seperti
pihak berkuasa kesihatan.
Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan
selamat.Keperluan untuk mendapatkan persekitaran
yang terpelihara adalah penting untuk melindungi
pengguna daripada kualiti kehidupan yang semakin mero-
sot. Memandangkan sesetengah ubat adalah beracun,
pembuangannya perlu dibuat secara berhati-hati dan
selamat agar tidak mendatangkan bahaya kepada
persekitaran.
Hak untuk mendapat pendidikan pengguna. Pendidikan
pengguna memberi kuasa kepada pengguna untuk mem-
praktikkan hak mereka. Ia merupakan satu-satunya cara
… dari muka surat sebelah
Merupakan satu program baru
dibawah Unit Farmasi Pesakit Luar (UFPL)
(Kaunseling) bermula pada 16 Jun 2013
yang mana merupakan proses kaunsel-
ing berterusan mengikut sistem temujanji
bagi pesakit yang mendapat rawatan
terapi Ubat Warfarin di Klinik INR, Klinik
Pakar Perubatan (KPP)
MAP Warfarin dikendalikan oleh
seorang Pegawai Farmasi Bertanggungjawab dan kaunseling diada-
kan pada setiap hari Ahad iaitu Hari Klinik INR, KPP bermula 9.00 pagi
hingga 1 petang di Bilik 10, Klinik Pakar Perubatan.
Khidmat kaunseling berserta cadangan dos kepada preskrib-
er yang diberikan kepada pesakit mengambil masa lebih kurang 45
minit hingga 1 jam bagi setiap pesakit bermula daripada proses pen-
daftaran sehinggalah pembekalan ubat di Klinik INR, KPP. Sehingga
bulan Disember 2014, terdapat 42 orang pesakit yang aktif dalam
program ini dan sebanyak 194 kaunseling telah dijalankan.
Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan pen-
jagaan farmakoterapi pesakit dan mengurangkan risiko pendarahan
serta pembekuan darah. Ini dapat dicapai melalui peningkatan per-
atus INR dalam julat terapeutik daripada 14% (pra kaunseling) kepa-
da 52% (pasca kaunseling) bagi pesakit yang mengikuti program ini.
Oleh: Cik Majdiah Mohd Yunus SEGMEN
FAKTA
7
SEGMEN
ILMU
PENGGUNAAN NONSTEROIDAL ANTIINFLAMMATORY DRUG (NSAID) DALAM KALANGAN ORANG TUA
PENGENALAN
Kesakitan memberi kesan yang besar terhadap semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, prevalens
kesakitan lebih tinggi dalam kalangan orang tua iaitu sering melebihi 50%. Masalah seperti osteoarthritis, rheuma-
toid arthritis dan gout meningkat dengan pertambahan umur. Anti-radang bukan steroid atau nonsteroidal anti-
inflamatory drug atau secara ringkasnya NSAID, sering digunakan untuk merawat masalah ini. Untuk membole-
hkan NSAID digunakan secara selamat dan berkesan, doktor hendaklah membuat pertimbangan yang teliti an-
tara kebaikan dan risiko yang akan ditanggung oleh pesakit apabila memilih NSAID sebagai rawatan.
APAKAH KEBAIKAN NSAIDS?
Selain sebagai ubat tahan sakit, NSAID juga mempunyai ciri anti-radang yang sesuai untuk merawat
masalah keradangan seperti osteoarthritis.
Berbanding opioid,
NSAIDs tidak disalahgunakan atau menyebabkan ketagihan
NSAIDs juga tidak menyebabkan tekanan pernafasan, mengantuk, keliru atau sembelit
NSAIDs terdapat dalam bentuk sediaan luar. Oleh itu NSAID sesuai untuk:
pesakit yang mengalami masalah untuk menelan
pesakit yang tidak mahu menelan ubat
sakit sendi
mengurangkan penyerapan dalam badan, risiko tindakan advers drug (ADR) dan
interaksi drug- drug
KESAN SAMPINGAN BIASA NSAID
INTERAKSI DRUG
Polifarmasi atau penggunaan lebih dari satu ubat pada satu masa, adalah biasa dalam kalangan orang tua.
Lebih 90% dari dewasa yang berumur 65 tahun ke atas menggunakan sekurang-kurangnya satu ubat dalam
seminggu. Hampir 60% menggunakan lima atau lebih ubat dan hampir 20% menggunakan sepuluh atau lebih
ubat dalam seminggu. NSAID adalah ubat yang paling kerap digunakan dalam kalangan dewasa dan 7-10%
dari golongan ini ialah yang berumur lebih 65 tahun. Interaksi ubat–ubat lain dengan NSAID boleh memburukkan
kesan sampingan NSAID. Antara ubat-ubat yang boleh berinteraksi dengan NSAID termasuklah anticoagulants,
antiplatelets (ubat untuk mencairkan darah), diuretics, corticosteroids, dan ubat sakit jantung/tekanan darah
tinggi. Interaksi dengan ubat-ubat ini boleh menyebabkan pendarahan dalam perut, kegagalan buah ping-
gang dan banyak lagi. Oleh itu, anda hendaklah memaklumkan kepada doktor atau ahli farmasi anda tentang
ubat-ubatan yang anda ambil bagi mengelakkan interaksi yang tidak diingini.
KESIMPULAN
Paracetamol perlu digunakan dahulu sebagai ubat tahan sakit kerana ia terbukti selamat dan
berkesan. Jika Paracetamol tidak berkesan, NSAID boleh digunakan dengan memikirkan kesan
sampingan yang mungkin akan terjadi. Pelbagai isu perlu dipertimbangkan ketika mempreskrip
NSAID dalam kalangan orang tua seperti umur, penyakit lain, polifarmasi, farmakologi NSAID dan
garis panduan yang pelbagai.
(Fowler,T.O., Durham, C.O.,Planton, J., Edlund, B.J. Use of NSAIDs in older adults. Journal of the American Association of
Nurse Practitioners 26 (2014) 414–423)
KARDIOVASKULAR
Ketidak-hadaman
Kesakitan bahagian abdomen
Ulser perut
Pendarahan dan luka dalam perut
GASTROINTESTINAL
Tekanan darah tinggi
Serangan jantung
Kegagalan jantung
Strok
Oleh: Pn. Nur Aida Murni Mamamad
8
SEGMEN
TAHUKAH ANDA
Tahukah anda bahawa ciptaan pertama
lampu isyarat moden digunakan di Cleveland, Ohio
pada tahun 1914? Lampu isyarat lalu lintas elektrik
muncul kali pertama di persimpangan E.105th dan
Euclid di Cleveland, Ohio pada 5 Ogos 1914. Lampu
isyarat tersebut dipasang oleh Syarikat American
Traffic Signal Company dan hanya mempunyai lam-
pu merah dan hijau, juga buzzer untuk memberitahu
pemandu bila lampu isyarat akan bertukar warna.
Operasi lampu isyarat ini dikawal oleh seorang peg-
awai dalam pondok berhampiran. Pegawai trafik
yang mengawal lampu isyarat tersebut dilengkapi
dengan alat komunikasi kecemasan yang mem-
bolehkannya berhubung terus dengan balai polis
dan balai bomba berhampiran. (http://www.psn.gov.my/doyouknow/lampu-isyarat/)
Jika diperhatikan dengan teliti bentuk otak
manusia kelihatan seakan-akan orang yang se-
dang bersujud. Bersesuaian sekali kerana otak be-
rada di dalam tempurung kepala yang digunakan
untuk sujud. Otak berada di bahagian paling atas
manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di
tempat paling bawah menandakan pengabdian
kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa
masih ada manusia yang sombong dan angkuh
tidak mahu SUJUD kepada
Tuhan yang mencipta kita?
SEGMEN
TIPS
Oleh: Cik Nor Suriana Mohd Yusof
Oleh: Cik Nor Suriana Mohd Yusof
TIPS HALAU CICAK DARI RUMAH
1. Lastik dengan getah (macam lastik burung).
2. Guna cagok bidah (budak2 Kelantan pure yang mem-
besar sebelum tahun 90an mesti tahu). Letak kertas @ tisu
yang dah dibasahkan dengan air untuk mengelak-
kan siling rumah, perabut semua rosak, pecah dan lain-
lain. Kemudian lastik cicak.
3. Makanan cicak ialah serangga, semut atau anai- anai.
Kalau anda ingin hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu.
4. Tumbuk 2 biji lada merah atau 5 cili padi. Bancuh dengan
air. Masukkan dalam botol spray dan spray di tempat yang
banyak semut atau selalu nampak cicak menyorok. Cicak
tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Ia tidak
tahan pijau.
5. Basuh dan keringkan kulit telur ayam dalam masa 2 atau 3
hari. Pecahkan kecil-kecil. Lekatkan rapat-rapat pada card-
board dan gam. Cicak tidak suka dengan kulit telur ayam.
Mungkin ia alergik dengan mineral kulit telur.
6. Bela kucing. Cicak memang takut dengan kucing. Kucing
biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi ma-
kanan side-dish nya.
(http://wan01240.blogspot.com/2012/05/cara-halau-cicak-dari-rumah.html)
(iniemartini.blogspot.com)
TIPS MASAKAN
Membuat sambal tumis yang sedap
Sambal yang sedap haruslah
mengunakan cili kering. Cili kering digunting kecil-
kecil bagi membuang bijinya dan lalu direbus
seketika. Apabila sudah direbus cili tadi hendaklah
ditoskan selama 20 minit. Kemudian cili kering itu digoreng di dalam
minyak yang panas dalam masa 10 minit tetapi
jangan terlalu garing. Apabila sejuk cili tadi hen-
daklah dimesin bersama minyak yang digoreng
tadi dan disimpan di dalam peti ais. Ia akan tahan
selama 3 minggu. Apabila ingin memasak sebarang sambal
ianya tidak memerlukan minyak yang banyak dan
masa untuk memasak sungguh sekejap dan kita
akan dapat sambal yang sungguh sedap. Sambal
yang kita masak cepat pecah minyak dan wangi.
Sambal Belacan Lebih Sedap
Cili merah, cili hijau, cili api dan tomato di goreng
terlebih dahulu. Kemudian barulah di kisar atau di
tumbuk bersama belacan yang sudah di
goreng. Perahkan asam limau, pasti rasanya lebih
sedap dan memuaskan.
9
SEGMEN
RENUNGAN
Kita ni manusia biasa
Nak kata sempurna?
Check balik hati kita
Mungkin ada yang tak kena
Bila dah dikatakan manusia biasa
Tak pernah lepas kan dari melakukan dosa?
Orang yang dipandang mulia juga sama
Apatah lagi yang hina dina
Tapi kerana Maha Penyayangnya ALLAH
DIA tutup aib kita
Itupun masih kita nak sombong kita nak lupa?
Bila diri terasa berdosa
Itulah tanda iman mula bersuara
Kita ni dah terlalu lalai dan alpa
Maka kerana CINTAnya ALLAH pada kita
Dia beri rasa
Itulah rasa yang kita rasa
Rasa yang berdosa
Bila iman sudah bersuara
Janganlah kita ignore je
Bukannya apa
Bila dah tak terasa apa-apa
Maksiat pun dirasakan biasa
Hati-hatilah
Khuatir daripada Allah cinta jadi murka.
Yakinilah Allah
Beranilah melakukan sesuatu kerana-NYA.
Allah akan beri yang terbaik menurut-NYA.
Walaupun sesekali kita sombong merasakan kita ada
segalanya.
Ini hanyalah kata-kata
Dari si pendosa.
Nak sesuatu yang ALLAH redha, jadi kenalah buat perkara
yang Allah redha. Redha Allah tu bukan sekadar kata-kata
tanpa makna.
(web I love Islam)
Wahai Diri,
Niat menjadi asas untuk menetukan sama ada per-
buatan itu akan diterima atau sebaliknya ditolak oleh
ALLAH SWT. Walaupun ia perbuatan yang pada zahirn-
ya adalah baik, tetapi andai niatnya bukan ikhlas lil-
lahitaala, maka ia tetap sia-sia di sisi ALLAH SWT. Ia tid-
ak akan memberi manfaat sedikitpun kepada mereka
yang melakukannya.
Wahai Diri,
Ada 6 perkara yang manusia perlu percaya atau
beriman, yang di panggil rukun iman. Akan tetapi ha-
rus diingat bahawa rukun tersebut, tidak cukup seka-
dar faham, malah hendaklah sampai ke peringkat
percaya. Bagaimana untuk mengetahui sama ada
seseorang itu percaya atau tidak ialah dengan
melihat kepada segala perbuatan dan amalan mere-
ka. Kaki, tangan, mulut, lidah dan seluruh anggota
pancainderanya akan menzahirkan keimanan itu.
Wahai Diri,
Diciptakan manusia sebagai khalifah yang memimpin
diri, keluarga, masyarakat dan daulah. Sudah pasti
dalam melaksanakan tugas memimpin itu pelbagai
perkara akan dilakukan manusia. Peringatan dan
amaran ALLAH SWT bahawa setiap amal dan per-
buatan walau sekecil zarah akan dibalas buruk
baiknya. Manusia wajar berhati-hati dan teliti mengisi
masa, membelanjakan harta, melakukan kebajikan
dan memegang amanah. Setiap sisi akan ditanya se-
hingga jawapan yang memuaskan diterima oleh yang
Maha Adil lagi Bijaksana.
Segala puji bagiMU YA ALLAH..
Engkau adalah cahaya langit dan bumi. Segala puji
bagi-MU. Engkaulah yang mengatur segala urusan
makhluk di langit dan bumi. Segala puji hanyalah bagi-
MU. Engkau adalah Tuhan di langit dan di bumi serta
semua yang terkandung di antara keduanya. ENGKAU
adalah benar, JANJIMU adalah benar, FIRMAN-MU
adalah benar. SYURGA adalah benar. NERAKA adalah
benar. Hari kiamat adalah benar. Neraka adalah
benar. Hari kiamat adalah benar. YA ALLAH, hanya
kepadaMU jugalah aku berserah.
Wahai Diri
Alat penyelamat yang paling berkesan daripada
ditimpa sebarang musibah dan bala adalah dengan
cara menghindarkan diri daripada melakukan maksiat.
Apabila bala ditimpa semua pasti akan kena, tidak
kira orang baik,mahupun orang jahat.
Rujukan: BUKU INGATLAH TEMPATMU DI AKHIRAT.
Oleh: Cik Norasma Majid
10
SEGMEN
RENUNGAN
Kehidupan merupakan anugerah Tuhan Yang
Maha Esa, iaitu ALLAH S.W.T. yang tidak ternilai hargan-
ya. Tetapi kebanyakan manusia tidak menggunakan
masa hidupnya dengan sebaik mungkin. Sebagai con-
toh, kita lalai dalam melakukan ketaatan kepada AL-
LAH, terlalu cintakan dunia, dan tidak mahu mati kerana
terlalu sedih untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
Selalu kita dengar kata-kata seorang pujangga
iaitu :
“Kumpulkan kekayaan seolah-olah kita hidup di dunia
ini selama-lamanya dan beramallah seolah-olah kita
akan mati pada hari esok”.
Kata-kata ini mempunyai maksud yang tersirat
disebaliknya. Cuba kita fikirkan kenapa pujangga terse-
but mengatakan kita perlu kumpulkan harta kekayaan
seolah-olah kita hidup selama-lamanya? Sebabnya
ialah ia merupakan perkara yang penting bagi
seseorang manusia.
Tetapi kita kena ingat,janganlah kita menjadi
seorang yang bongkak dan takbur kepada ALLAH dan
sekalian makhluknya apabila kita mempunyai kekayaan
kerana kekayaan tersebut merupakan pemberian AL-
LAH kepada kita. Seboleh- bolehnya kita menggunakan
harta kekayaan kita untuk membantu golongan miskin.
Maksud beramal seolah-olah kita akan mati
pada hari esok ialah mengumpulkan bekalan untuk
dibawa ke alam kubur yakni Alam Barzakh. Kita lihat
gelagat manusia di sekeliling kita adakah mereka senti-
asa gembira atau sedih sepanjang kehidupan mereka?
Kadangkala kita memikirkan alangkah indahnya kalau
Allah memberikan kita harta kekayaan yang melimpah
ruah tanpa berusaha.
Itulah pemikiran manusia yang malas berusaha.
Allah Taala telah berfirman dalam al-Quran yang ber-
maksud, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu
kaum kalau mereka tidak berusaha untuk mengu-
bahnya. Jelas dalam ayat al-Quran tersebut Allah tidak
akan menolong orang yang tidak berusaha untuk men-
gubah dirinya.
Justeru, segala-galanya terserah pada diri kita
sama ada mahu mengubah nasib kita atau tidak.
Fikirlah tentang diri anda. Usahalah untuk mengubah
hidup anda. WEB I LOVE ISLAM
Ku harungi
Liku-liku kehidupan
Ku titip rahmat dan redha Allah
Makin pula aku diuji dari segenap pelusuk
Lalu…
Ku bertahajud kerana KasihMU
Masih aku diberi ujian yang menggentarkan imanku
Ku mohon disujud tahajudku
Agar aku bisa menempuh ujian yakni hadiah tanda
Sang Pencipta menyayangiku
Goyahkah aku pabila diberi ujian yang sekecil ini
Syurga itu mahal harganya untuk dibandingkan
dengan ujian sekecil ini
Layakkah aku jika kesabaran aku tidak setinggi cu-
rahan kasihNya
Allahu Rabbi…tetapkan aku di jalan kebenaran ini
Tidakkah aku menitip seerah-seerah terdahulu
Tidakkan aku mencari ayat-ayat cintaNya dari kitab Al-
Quran
Allahu Allah..
Di saat hati ku genting
Kau kirimkan angin kasihMu bahawa Kau sentiasa dek-
at denganku
Kau kirimkan sahabat-sahabat yang membawa aku
mengingatiMu selalu
Kau kirimkan teguran yang tidak putus-putus
HambaMu ini yakin bahwa dia perlu bersabar
Sabar itu separuh daripada iman
Sabar itu juga ciri-ciri ahli syurga
Sabar yang pada mula itu pahit akan manis akhirnya
Seperti manisnya gula-gula
Yakni gula-gula kesabaran atas keredhaanMu Ya Allah
HANIS HASIM (WEB I LOVE ISLAM)
Oleh: Cik Norasma Majid
11
SEGMEN
KARYA STAF
Ampunilah segala kelemahan dan dosaku…
Janganlah hendaknya Engkau menolak doaku kerana
kedaifanku semata…
Janganlah engkau nisbahkan amalanku yang sekelumit
dan tidak seberapa itu dalam penerimaanMu…
Dan janganlah Engkau mendugaku dengan apa-apa
yang tidak tertanggung oleh diri ini…
Wahai Tuhanku sudilah tengokkan aku…
Wahai Tuhanku tolonglah dengari aku…
Wahai Tuhanku banyakkanlah kasihani aku…
Allahumma…aku meminta diperkenankan segala doa…
Aku memohon kehadratmu dengan Asma-asmaMu
yang Maha Agung…
Ya Hayyu Ya Qoyyum… Aku mengadapkan wajah dan
qalbu kepadaMu…
Ya Zaljalal Liwal Ikram… Aku mengangkat kedua belah
tangan, ku tuju hanya padaMu
Ya Malika Mulk… Aku merendahkan diriku terhadap
kebesaranMu…
Ya Arhamar rohimin.. Aku merayu padaMu sudilah kiran-
ya disirami daku dengan RahmaatMu…
Ya Tuhan Kurniailah padaku cinta
seorang mukmin sejati yang bisa
menjuruskan aku senantiasa men-
syukuri akan nikmatMu…. Amin…
Hasil nukilan,
Kuat jajo sampai berdaki,
Jual pelikat cap parsi,
Buak kijo jange dekki,
Pakak naik namo farmasi.
Naik pick up.. mentari turun baru
pulang,
Sambil mencari budu yang
hilang,
Jauhi sikap suka mencuri tulang,
Hendaknya amalkan budaya
cemerlang.
Bersua komunis lari dengan
skuter,
Gelanggang laga berhenti se-
mentara,
Bermuka manis bila di kaunter,
Pelanggan lega berhati gembira.
En. Mamat memuja Cik Siti,
Cuti kelas lihat duda berkelahi,
Matlamat kerja bukan hanya SKT,
Hati ikhlas meraih redha Ilahi.
Tangan pedih pegang besi yang ditempa,
Kulit halia dibuat kari,
Janganlah sedih dengan ujian yang menimpa,
Kelak ada bahagia dikemudian hari, Hasil karya,
Lynda Bellomy, Lyon, Franc
~ Pada umumnya wanita meminati lelaki yang romantik dan
pandai pujuk rayu, tetapi ketahuilah dalam pujuk rayu itu ter-
kandung sejuta muslihat.
~ Sudah cukup curang seorang lelaki yang mempunyai anak
isteri, tetapi masih menagih cinta seorang perempuan.
~ Wahai sidara berhati-hatilah bila berbicara dengan lelaki
kerana lidah mereka mahir mengalunkan ayat cinta yang
penuh bisa, yang akhirannya engkau akan mengalirkan air
mata.
~ Wahai lelaki alangkan indahnya segala romatik, pujuk rayu,
take care dan kelembutan budi pekertimu itu dicurahkan
kepada isteri yang telah berjasa bukan kepada si dia yang
jelita.
~ Kecantikkan rupa paras seorang wanita yang tidak disertai
dengan akhlak yang mulia diibaratkan seperti bunga mawar
yang harum mewangi dan elok kelopaknya tetapi jangan
lupa duri tajam dibatangnya yang bisa melukakan… Hasil nukilan,
Yulia Trisna Oleh: Wan Azuki
12
SEGMEN
AKTIVITI JF
Aktiviti di Unit Kajian dan Maklumat Drug
Kejohanan Futsal Jabatan Farmasi.
Kejohanan Boling Jabatan Farmasi di KB Mall.
Kejohanan Indoor Game dan Badminton
Jabatan Farmasi.
Majlis penyampaian hadiah dan jamuan Biro Sukan dan
Sumbangan kepada mangsa banjir, serta meraikan
petugas banjir. Hari Keluarga Jabatan Farmasi di Demong
Biar gambar berbicara….
13
SEGMEN
SAMPAIKAN
Selamat bekerja di tempat baru. Jangan lupa kekasih di UFS 3
Selamat berpindah ke kayangan.
Kepada sahabatku “KANCIL BA-RU”. Jange lupo buh TURBO tu deh. Biar nerap belako hok lain. “HIDUP KANCIL”.
Kaifa haluki? Ana uhibbuki fillah abadan abada
Student modul 4
Junior enti
Daripada, DBE 4198
Kepada, Myvi Kelabu
4 x 4 tu, bilo nok ado?
Supportlah Cikgu Besar untuk kurus dan menjadi Cikgu Kecik pada tahun 2015! Majulah
Diet untuk Farmasi!
Thank you for giving us (pharmacy) opportunity to contribute in pharmacotherapy patients through MAP Warfarin & MAP Diabetes in KPP HUSM.
Pharmacist Counseling Team (UFPL)
Sister Ooi Good Siew & All staff KPP include Prescribers, Nurses, PPK To,
From,
Pn Hjh Norita
Kepada,
Daripada,
Pakcik Ishak
Pn Mariani Hj Yaacob, Radhuwan Mohd Jamil & semua staf Perkhidmatan Farmasi Makmal yang bertukar ke Perkhidmatan lain
Terima kasih diucapkan untuk memori bersama… ukhwah nan erat menjadi saksi, jauh dijelau berjarak tidak.
Kepada,
Daripada, mySuria
Daripada, Majdiah
Terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan kepercayaan Tuan Haji untuk saya memulakan Perkhidmatan MAP di UFPL Semoga Allah memberkati Tuan Haji dan keluar-ga Selamat memulakan tugas di tempat baru
Kepada, Tuan Haji Azman
Penghargaan yang tak terhingga diucapkan kepa-da semua petugas Jabatan Farmasi yang terlibat secara langsung dan tak langsung semasa bencana banjir yang melanda Kelantan bulan Disember baru-baru ini. Semoga jasa dan bakti tuan/puan tanpa mengi-ra waktu mendapat ganjaran dari Allah swt..
Daripada, JK Latihan dan Penghargaan Jabatan Farmasi HUSM
Kepada, Petugas Farmasi semasa bencana banjir
(PANTUN 2 KERAT DIALEK KLATE): Anok itik anok iké Selamat pagi ambo ucapké Anok ayé jalé guno tongkat Kijo molek2, bia berkat Anok boyo tanding sumo, Smogo berjayo, bahgio sokmo
Daripada, mySuria
Kepada, Semua staf Jabatan Farmasi, HUSM Selamat maju jaya di tempat
baru. Jangan lupa kenangan di Nasi Ulam Cikgu.
Kepada, Bos Baru UKIDS(U)
Kepada, Cikgu Besar
Daripada ,Upin & Ipin
Sebelum mula berdiet, kita mulakan dengan PizzaHut terlebih dahulu!!!
Selamat memulakan tugas di tempat baru Moga Allah kurniakan yang terbaik untuk semua
Semua Staf UFPL Yang Bertukar (Kak Liza, Kak Rosmah, Ayie, PA Hasan dan PA Mat Ela)
Daripada, Majdiah
Daripada,
Kepada,
Kepada, Cecema
Daripada, P.S.Yin
Pulau Pandan So Far ke tengah, Gunung Daik bercabang triple, Benda mungkar together kita tegah, Dosa maksiat jangan ambil simple.
Kepada , Semua staf
Daripada, Hafiz (PICOM)
Daripada ,Cikgu Besar
Daripada ,Upin & Ipin
Kepada, Upin & Ipin
14
SENARAI PEGAWAI FARMASI PROVISIONAL 2014/15
SENARAI STAF BARU JABATAN FARMASI 2014/15
SENARAI STAF JABATAN FARMASI YANG BERSARA/ BERTUKAR 2014/15
SAKINAH MOHAMED SAAT
AB MANAN MOHAMMED SHAARI YUSOFF IZAZI MOHD ZIN RAHIM HARON MANSOR MOHD KHIR
MUSA MOHD ZAINAL FITRI WU KAH SING FAEZ REDZUAN AHMAD FIKHRI MUHD ZAIN
AMAAL FARHANA MOHAMED AQILAH MUHAMMAD DHAMIRAH MOHD RAZALI
IZULKEFLI MAMAT MOHD KHAIRI ZASMI HUSIN ROSLAN DAUD MOHAMMAD HANIFF
YAHAYA
AUDREY KAYAK NURUL NAIMAH
ZUNYAZAN EIZZATI LOKMAN NANTHINI A/P SAPARAN SITI MANITA
HUSSIN
FARIDAH
MOHD NOR
JAFRI IBRAHIM