Report Kedua

3
Contoh Report Latihan Industri Politeknik Salam semua, entry saya kali ni mengenai report latihan industri, kepada sesiapa yang pernah belajar sijil, diploma atau ijazah mesti korang pernah membuat report mengenai kerja yang anda lakukan sepanjang latihan industri. Mood sekarang tengah berkobar-kobar nak buat report, yes! suka sangat buat last minit, itulah semangat yang kita mahu!. Post kali ni cuma nak bagi peringatan kepada bakal atau sudah menjalani yang baru nak buat report, sebelum korang semua buat report pastikan korang setting awal dekat ,Microsoft Words Pastikan setting dahulu jarak mengikut format yang diberi, contoh bagi politeknik muka surat pertama atas 10cm, bawah 3 cm, kiri 4 cm dan kanan 2.5 cm, page kedua dan seterusnya 3cm, bawah 3 cm, kiri 4 cm dan kanan 2.5cm Bukan apa sekiranya korang semua dah siap menaip dan last-last minit nak setting saiz dan format nanti takut semua gambar dan tanda yang diletak akan lari dan tak pasal-pasal, korang kena adjust lain, dah buat kerja dua kali. Sebab saya dah kena, letih nak setting report balik semula mengikut format yang diberikan. Kepada korang yang tak tahu nak buat objektif dan kepentingan latihan industri, korang boleh copy dan paste dari sini, tapi untuk report taknikal korang kena buat sendirila 1.1 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI Latihan Industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan memasuki semester yang berikutnya. Pelajar yang gagal perlu mengulang semula latihan industri. Objektif latihan industri adalah seperti berikut :-

Transcript of Report Kedua

Page 1: Report Kedua

Contoh Report Latihan Industri Politeknik

Salam semua, entry saya kali ni mengenai report latihan industri, kepada sesiapa yang pernah belajar sijil, diploma atau ijazah mesti korang pernah membuat report mengenai kerja yang anda lakukan sepanjang latihan industri. 

Mood sekarang tengah berkobar-kobar nak buat report, yes! suka sangat buat last minit, itulah

semangat yang kita mahu!. Post kali ni cuma nak bagi peringatan kepada bakal atau sudah menjalani

yang baru nak buat report, sebelum korang semua buat report pastikan korang setting awal

dekat ,Microsoft Words Pastikan setting dahulu jarak mengikut format yang diberi, contoh bagi

politeknik muka surat pertama atas 10cm, bawah 3 cm, kiri 4 cm dan kanan 2.5 cm, page kedua

dan seterusnya 3cm, bawah 3 cm, kiri 4 cm dan kanan 2.5cm Bukan apa sekiranya korang semua

dah siap menaip dan last-last minit nak setting saiz dan format nanti takut semua gambar dan tanda

yang diletak akan lari dan tak pasal-pasal, korang kena adjust lain, dah buat kerja dua kali. Sebab

saya dah kena, letih nak setting report balik semula mengikut format yang diberikan.

Kepada korang yang tak tahu nak buat objektif dan kepentingan latihan industri, korang boleh copy

dan paste dari sini, tapi untuk report taknikal korang kena buat sendirila 

1.1 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum layak

dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri

sebelum dibenarkan memasuki semester yang berikutnya. Pelajar yang gagal perlu mengulang

semula latihan industri. 

Objektif latihan industri adalah seperti berikut :-

Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan sebenar.

Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan perhubugan baik semasa pekerja.

Membolehkan pelajar melihat kaitan di antara teori yang dipelajari di kelas dengan kerja–kerja praktikal.

Untuk mengamalkan peraturan–peraturan keselamatan dalam industri.

 Untuk meningkatkan pekerti amanah dan bertanggungjawab.

Untuk mengukuhkan keyakinan diri ke alam pekerjaan kelak.

Page 2: Report Kedua

Untuk menyediakan satu laporan latihan industri setelah tamat latihan. 

1.2 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Program latihan industri ini merupakan sebahagian daripada kurikulum Politeknik di mana setiap

pelajar diwajibkan menjalani dan lulus Latihan Industri selama 6 bulan sebelum dianugerahkan Sijil /

Diploma Politeknik. Para pelajar juga akan dapat mempelajari serta mempraktikkan pengetahuan

baru dari sesebuah syarikat berpandukan pembelajaran yang diperolehi semasa menjalani kuliah di

Politeknik. Pengalaman ini serba sedikit dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan

keyakinan diri pelajar ke alam pekerjaan sebenar. 

Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam hal–hal

pekerjaan sebagai contoh kedatangan /kehadiran dan ketepatan masa, ketekunan dan minat

terhadap kerja yang dilakukan, menerima dan menjalankan arahan dengan baik, mempunyai

personaliti yang sesuai dengan pekerjaan yang dijalankan, mempunyai kemahiran berkomunikasi

yang baik, dapat menyesuaikan diri dengan tugas yang diberikan, meningkatkan kualiti kerja

berpandukan pengalaman dan sebagainya.

Para pelajar juga dapat mengaitkan teori kepada praktis dan praktis kepada teori. Disamping itu,

pelajar dapat membina keyakinan diri di alam pekerjaan yang sebenar. Pentingnya Latihan Industri

bukan sahaja kepada pelajar tetapi kepada setiap pekerja kerana sesebuah syarikat memerlukan

pekerja yang mahir untuk meningkatkan mutu pencapaian syarikat mereka

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Program latihan industri ini merupakan sebahagian daripada kurikulum Politeknik di mana setiap

pelajar diwajibkan menjalani dan lulus Latihan Industri selama 6 bulan sebelum dianugerahkan Sijil /

Diploma Politeknik. Para pelajar juga akan dapat mempelajari serta mempraktikkan pengetahuan

baru dari sebuah syarikat berpandukan pembelajaran yang diperolehi semasa menjalankan kuliah di

politeknik. Pengalaman ini serba sedikit dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan

keyakinan diri pelajar ke alam pekerjaan kelak.

Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam hal-hal

berkaitan pekerjaan contohnya kedatangan dan ketepatan masa, ketekunan dan minat terhadap kerja

yang dilakukan, menerima dan menjalankan arahan dengan baik, mempunyai personaliti yang sesuai

dengan pekerjaan yang dijalankan, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, dapat

menyesuaikan diri dengan tugas yang diberikan, meningkatkan kualiti kerja berpandukan pengalaman

dan sebagainya.

Selain itu, para pelajar juga dapat mengaitkan teori kepada praktis dan praktis kepada teori. Dengan

demikian, pelajar dapat membina keyakinan diri di alam pekerjaan yang sebenar. Pentingnya Latihan

Industi bukan sahaja kepada pelajar tetapi kepada setiap pekerjaan kerana sesebuah syarikat

memerlukan pekerja yang mahir untuk meningkatkan mutu pencapaian syarikat.

P/s: Kepada semua pelajar yang akan menjalani latihan industri, semoga berjaya dan yang tengah

buat lagi report latihan industri dinasihatkan anda bersungguh, kerana usaha tangga kejayaan..lupa

kepada smua pelajar bejaya memasuki ipt. tahniah diucapkan. Mood bekobar-kobar buat report,

Page 3: Report Kedua

bulan 7 hantar.:DD Paling bagus report latihan industri korang buat sendiri baru nampak usaha dan

apa yang kita belajar kita paham.