Report Proba Makintosh
-
Upload
malik-jaffar -
Category
Documents
-
view
1.738 -
download
45
Transcript of Report Proba Makintosh
-
7/21/2019 Report Proba Makintosh
1/12
GEOTEKNIK 1 [M01 03 06]
LAPORAN UJIAN TANAH DI LAPANG/TAPAKPROBA MAKINTOSH 1
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah S.W.T yang maha pengasih lagi maha penyayang, selawat serta
salam keatas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah S.A.W ahli keluarganya yang
suci serta para sahabat baginda yang terpilih.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya
maka saya telah dapat menyiapkan laporan amali ukur aras bagi modul Geoteknik 1.Walaupun menghadapi masalah dan kesukaran dalam usaha untuk melaksanakan
laporan ini, namun saya bersyukur dengan izin Allah S.W.T serta berkat kesabaran
dan kesungguhan diri ini disamping sokongan yang tidak terhingga kepada keluarga
serta tenaga pengajar, maka tugasan ini berjaya disiapkan dengan jayanya.
Saya juga ingin merakam ucapan setinggi terima kasih kepada penyelaras
kursus Puan Wan Nurayuni Binti Wan Mustafa kerana dengan tunjuk ajar,
bantuan, pendapat dan dorongan daripada beliau membolehkan saya menyiapkan
laporan ini dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan dan juga mereka yang terlibat
secara langsung ataupun tidak diatas segala bantuan, sumbangan dan sokongan
untuk menyiapkan laporan ini.
-
7/21/2019 Report Proba Makintosh
2/12
GEOTEKNIK 1 [M01 03 06]
LAPORAN UJIAN TANAH DI LAPANG/TAPAKPROBA MAKINTOSH 2
TAJUK : UJIAN TANAH DI LAPANGAN/TAPAK PROBA MAKINTOSH
TARIKH
19 March 2014.
MASA
8.30 Pagi Hingga 11.00 Pagi.
LOKASI AMALI
Kawasan Lapangan Belakang Bengkel Blok B, ILP Kota Bharu.
KEADAAN CUACA
Baik.
-
7/21/2019 Report Proba Makintosh
3/12
GEOTEKNIK 1 [M01 03 06]
LAPORAN UJIAN TANAH DI LAPANG/TAPAKPROBA MAKINTOSH 3
ABSTRAK
Perlaksanaan ujian proba makintosh adalah dengan cara menekan kon yang
bergaris pusat 25mm ke dalam tanah, dengan menggunakan tukul seberat 5 kg, ia
kemudiannya dijatuhkan pada ketinggian yang ditetapkan iaitu 0.28m, pada setiapkali hentakkan kon akan terbenam masuk ke dalam tanah. Dari itu rintangan
rintangan ke atas tanah hendaklah dicatatkan dengan mengira bilangan pukulan
bagi setiap kemasukan 0.3m dalam.
Biasanya enam lubang korekan proba diperlukan bagi setiap bangunan,
empat daripadanya di penjuru dan dua lagi di bahagian tiang tengah, walau
bagaimanapun bilang dan lokasinya boleh diubahsuai mengikut saiz bangunan.
Proba Mackintosh mengandungi satu deretan batang-batang keluli bergaris
pusat 12mm disambungkan dengan penggandin, tiap-tiap satu rod keluli
mempunyai 1.2m di bahagian hujungnya terdapat satu besi pepejal berbentuk kun
bergaris pusat 25mm.
Kerja dimulakan dengan penggunaan sebatang rod sahaja yang dipasangkan
kepada kon keluli tajam dan penukul. Pada rod keluli ditandakan setiap jarak 0.3m.
Cara membenamkannya dilekukan dengan menjatuhkan penukul seberat 5 kg, pada
kadar ketinggian 0.28m. Penukul tersebut akan menggelongsor pada satu andas
terlekap di dalamnya yang diskrukan pada bahagian atas batang besi tadi. Ini akan
menghalang penukul tersebut daripada tercabut dari rod serta memaksa penukul
untuk menggelongsor pada satu paras yang tetap. Dalam kendaliannya jumlahbilangan penukul yang dikenakan untuk mencapai ke dalam 0.3m dicatatkan dan
diambil sebagai ukuran darjah ketekalan bagi sesuatu jenis tanah. Kerja-kerja proba
ini dihentikan apabila nilai rintangan yang telah ditetapkan didapati.
-
7/21/2019 Report Proba Makintosh
4/12
GEOTEKNIK 1 [M01 03 06]
LAPORAN UJIAN TANAH DI LAPANG/TAPAKPROBA MAKINTOSH 4
PENGENALAN
Di dalam melaksanakan sesuatu projek binaan, seseorang jurutera
merupakan orang yang bertanggungjawab untuk merekabentuk dan merancang
asas bangunan. Asas bangunan merupakan satu struktur bangunan yang disokong
oleh tanah. Pihak jurutera tidak boleh menukar atau merubah keadaan struktur
tanah yang sebenar tetapi sebaliknya mereka harus mengetahui keadaan sebenar
merekabentuk asas bangunan.
Penyiasatan tapak merupakan satu langah berjaga berjaga di dalam
sesebuah projek kejuruteraan awam yang akan dilaksankan. Penyiasatan tapak
merangkumi segala bentuk teknik dan soal seidik yang digunakan untuk
memperolehi segala maklumat bagi tapak yang tertentu. Ini termasuk pengkajian
peta, pelan tapak dan butir butir lain yang ada.
Proba JKR mempunyai steel pointer yang bergaris pusat 25mm dan 60
kon. pointer tersebut disambungkan kepada satu rod besi. Rod rod besi yang
digunakan adalah bergarispusat 12mm. Rod rod besi yang digunakan adalah
bergaris pusat 12mmm dan jenis HY55C dan panjang adalah 1.2 m. Rod rod besi
ini boleh disambungkan di antara satu sama lain mengunakan penyambung. Dengan
menjatuhkan tukul seberat 5kg pada ketinggian 280mm, kon tersebut akan ditusuk
masuk ke dalam tanah. Jumlah hentakan untuk menusukkan sedalam 300mm (1
kaki) dicatatkan dan ianya digunakan sebagai petanda kekukuhan tanah bagi jelikit
sebagai petanda kekukuhan tanah bagi tanah jelekit dan ketumpatan tanah dan
ketumpatan tanah granular.
Jika keadaan tanah tidak kukuh, proba JKR boleh digunakan sehingga ke
dalam 15m. Terdapat sedikit perbezaan diantara proba JKR dengan proba
makintosh. Perbezaan tersebut adalah seperti yang ditunjukan dalam jadual di
bawah.
Jenis
proba
Sudut
kon
Garispusat
Rod
(mm)
Berat
Tukul
(kg)
Tinggi
hentakan
(cm)
JKR 60 12 5 28
Makintosh 30 13 4.5 30
Jadual menunjukan perbezaan di antara proba JKR dan proba Makintosh.
-
7/21/2019 Report Proba Makintosh
5/12
GEOTEKNIK 1 [M01 03 06]
LAPORAN UJIAN TANAH DI LAPANG/TAPAKPROBA MAKINTOSH 5
Berpandukan kepada keadaan kawasan dan jenis banguanan yang akan
dibina, kedalaman proba dapat ditentukan. Contohnya untuk bangunan dua tingkat
proba hanya perlu dibuat sehingga kedalaman 10m sahaja atau bila tercapai
rintangan 300 hentakan/0.3m yang mana terdahulu.
Untuk bangunan yang melebihi dua tingkat, kedalaman dihadkan kepada
15m atau 400 hentakan/0.3m yang mana terdahulu. Jika sekiranya rintangan 400
hentakan/0.3m dicapai sebelum kedalaman 1.5m diperolehi, lubang pengujian
perlulah digali untuk menentukan punca rintangan tersebut misalnya terdapat batu
untuk menentukan punca rintangan tersebut misalnya terdapatnya batu, paip air,
kayu dan sebagainya.
Pada asasnya alat ini mempunyai had had tertentu yang mana tidak boleh
dilaksana olehnya. Ianya tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk menembusi
lapisan lapisan keras yang melebihi 2.5 m tebal, walaupun di bahagian bawahnya
merupakan tanah lembut.
OBJEKTIF
Objektif ujian proba makintosh dilakuakan adalah seperti berikut :
Untuk menentukan profail lapisan tanah. Untuk menetukan keupayaan galas di tapak.
Untuk Mengkaji secara terperinci mengenai penyiasatan tapak.
Untuk Mengetahui keadaan kawasan tanah dan jenis bangunan yang akan
dibina.
-
7/21/2019 Report Proba Makintosh
6/12
GEOTEKNIK 1 [M01 03 06]
LAPORAN UJIAN TANAH DI LAPANG/TAPAKPROBA MAKINTOSH 6
PERALATAN YANG DIGUNAKAN
Untuk melakukan ujian proba makintosh antara peralatan yang digunakan adalah
seperti berikut :
a. Rod besi 1.2m panjang dan 12.5mm diameter
b. Kon keluli 25 mm diameter
c. Penyambung
d. Penukul 5kg
e. Penarik rod
f. Pita ukur
g. Pen penanda
Gambar menunjukan set alatan proba makintosh yang digunakan.
-
7/21/2019 Report Proba Makintosh
7/12
GEOTEKNIK 1 [M01 03 06]
LAPORAN UJIAN TANAH DI LAPANG/TAPAKPROBA MAKINTOSH 7
LANGKAH KERJA
1. Sediakan alatan yang diperlukan.
2.
Pilih tempat yang sesuai untuk melakukan kerja-kerja ini. (belakang bengkelblok B)
3. Sambungkan kon keluli pada bawah bahagian batang rod besi. Pastikan
pemasangan tersebut ketat supaya tidak tertanggal apabila ditanam didalam
tanah.
4. Sambungkan besi pemberat 2.5kg pada bahgian atas rod besi.
5. Sambungkan silinder penutup supaya besi pemberat tersebut tidak tercabut
dari rod besi.
6. Pastikan rod besi tersebut betul-betul tegak di atas tanah yang diuji, cuba
elakkan rod besi bengkok kerana ia akan menyebabkan besi tersebut sukar
untuk dibuang nanti.
7. Pemberat tersebut tidak perlu ditarik sehingga hujung rod besi untuk
mengelakkan rod besi tersebut akan terangkat keatas semula.
8.
Ukur setiap rod besi tersebut sepanjang 0.3 meter menggunakan pita ukur dantandakan ukuran tersebut dengan maker @ pen penanda.
9. Pemberat diangkat sehingga had maksimum dan dilepaskan. Bilangan
hentakan mesti dikira untuk setiap 0.3meter dan setiap data yang melepasi 0.3
meter perlu dicatit tusukan rod besi tersebut.
10. Pada selang 0.3meter rod besi terakhir ,pemberat ditanggalkan dari rod besi
dan penyambungan rod besi lain dilakukan.Penandaan 0.3meter juga
dilakukan semula,kerja-kerja seperti tadi juga turut dibuat.
11. Kerja-kerja ini diberhentikan sehingga rod besi ditanam sedalam 6.9 meter.
12. Hentakan juga diberhentikan sekiranya rod besi tidak dapat menusuk kedalam
tanah kerana dianggap keras dan sesuai untuk pembinaan asas.
13. Setelah selesai kerja-kerja ini alatan dibersihkan dahulu dan dibasuh.
14. Sapukan minyak pada rod besi dan alatan besi yang digunakan.
15. Simpan alatan tersebut ditempat yang telah ditetapkan.
-
7/21/2019 Report Proba Makintosh
8/12
GEOTEKNIK 1 [M01 03 06]
LAPORAN UJIAN TANAH DI LAPANG/TAPAKPROBA MAKINTOSH 8
DATA DAN PERBINCANGAN
Langkah Pengiraan
1. Mendapatkan nilai hentakan bertokok untuk setiap kedalaman 0.3m dicatit.
2. Graf dilukis bagi kedalaman melawan hentakan bertokok, daripada graf yang
relah diplot (pandangan keratan rentas lapisan tanah yang diuji).
3. Mendapatkan bilangan hentakan/0.3m di mana :
Bilangan hentakan = Jumlah hentakan dari lapisan A ke B
Jumlah sela dari A ke B
*jumlah hentakan dan jumlah sela tidak semestinya A ke B tetapi berpandukan
kepada beberapa lapisan tanah yang diperolehi daripada hasil ujian.
4. Menentukan nilai keupayaan galas pada setiap lapisan dengan merujuk
kepada graf piawai keupayaan galas melawan bilangan hentakan/0.3m.
-
7/21/2019 Report Proba Makintosh
9/12
GEOTEKNIK 1 [M01 03 06]
LAPORAN UJIAN TANAH DI LAPANG/TAPAKPROBA MAKINTOSH 9
Keputusan
Jadual 1: Rekod bilangan hentaman/kedalaman 0.3 m
kedalaman (m) bilangan hentakan/0.3 m bilangan hentakan bertokok
0.3 169 169
0.6 123 292
0.9 49 341
1.2 159 500
1.5 74 574
1.8 29 609
2.1 25 628
2.4 41 669
2.7 45 714
3.0 29 743
3.3 26 769
3.6 93 862
3.9 85 947
4.2 82 1029
4.5 47 1076
4.8 45 1121
5.1 60 1181
5.4 60 1241
5.7 87 1328
6.0 117 1445
6.3 122 1567
6.6 109 1676
6.9 89 1765
-
7/21/2019 Report Proba Makintosh
10/12
GEOTEKNIK 1 [M01 03 06]
LAPORAN UJIAN TANAH DI LAPANG/TAPAKPROBA MAKINTOSH 10
Rajah 1 : Graf kedalaman melawan bilangan hentakan/0.3 m
0
0.3
0.6
0.9
1.2
1.5
1.8
2.1
2.4
2.7
3
3.3
3.6
3.9
4.2
4.5
4.8
5.1
5.4
5.7
6
6.3
6.6
6.9
7.2
7.5
0 20 40 60 80 100 120 140 160 180
Kedalaman Melawan Bilangan Hentakan/0.3m
-
7/21/2019 Report Proba Makintosh
11/12
GEOTEKNIK 1 [M01 03 06]
LAPORAN UJIAN TANAH DI LAPANG/TAPAKPROBA MAKINTOSH 11
Rajah 2 : Menjukan graf untuk bilangan hentakan bertokok
0
0.3
0.6
0.9
1.2
1.5
1.8
2.1
2.4
2.7
3
3.3
3.6
3.9
4.2
4.5
4.8
5.1
5.4
5.7
6
6.3
6.6
6.9
7.2
7.5
0 100 200 300 400 500 600 700 800 900 1000 1100 1 200 1300 1400 1500 1600 1 700 1800 1900
bilangan hentakan bertokok
-
7/21/2019 Report Proba Makintosh
12/12
GEOTEKNIK 1 [M01 03 06]
LAPORAN UJIAN TANAH DI LAPANG/TAPAKPROBA MAKINTOSH 12
KESIMPULAN
Penyiasatan tapak merupakan satu langah berjaga berjaga di dalam
sesebuah projek kejuruteraan awam yang akan dilaksankan. Penyiasatan tapak
merangkumi segala bentuk teknik dan soal seidik yang digunakan untuk
memperolehi segala maklumat bagi tapak yang tertentu. Ini termasuk pengkajian
peta, pelan tapak dan butir butir lain yang ada.
Perlaksanaan ujian proba makintosh adalah dengan cara menekan kon yang
bergaris pusat 25mm ke dalam tanah, dengan menggunakan tukul seberat 5 kg, ia
kemudiannya dijatuhkan pada ketinggian yang ditetapkan iaitu 0.28m, pada setiap
kali hentakkan kon akan terbenam masuk ke dalam tanah. Dari itu rintangan
rintangan ke atas tanah hendaklah dicatatkan dengan mengira bilangan pukulan
bagi setiap kemasukan 0.3m dalam.
Berpandukan kepada keadaan kawasan dan jenis banguanan yang akan
dibina, kedalaman proba dapat ditentukan. Contohnya untuk bangunan dua tingkat
proba hanya perlu dibuat sehingga kedalaman 10m sahaja atau bila tercapai
rintangan 300 hentakan/0.3m yang mana terdahulu.
Untuk bangunan yang melebihi dua tingkat, kedalaman dihadkan kepada
15m atau 400 hentakan/0.3m yang mana terdahulu. Jika sekiranya rintangan 400
hentakan/0.3m dicapai sebelum kedalaman 1.5m diperolehi, lubang pengujian
perlulah digali untuk menentukan punca rintangan tersebut misalnya terdapat batu
untuk menentukan punca rintangan tersebut misalnya terdapatnya batu, paip air,kayu dan sebagainya.
Pada asasnya alat ini mempunyai had had tertentu yang mana tidak boleh
dilaksana olehnya. Ianya tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk menembusi
lapisan lapisan keras yang melebihi 2.5 m tebal, walaupun di bahagian bawahnya
merupakan tanah lembut.
Melalui hasil amali iaitu ujian proba makintosh yang dilakukan dapat
menetukan profail lapisan tanah, untuk menetukan keupayaan galas di tapak, untuk
mengkaji secara terperinci mengenai penyiasatan tapak dan untuk mengetahuikeadaan kawasan tanah dan jenis bangunan yang akan dibina.