Repot butik d'ayu indah
-
Upload
diani-zaini -
Category
Education
-
view
8.009 -
download
0
description
Transcript of Repot butik d'ayu indah
PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
(MTD 1013)
SEMESTER 2 SESI 2010/2011
TUGASAN KUMPULAN:
INISIATIF PERISIAN SOSIAL DI TANJONG MALIM
KUMPULAN A
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO MATRIK
NOOR MELLISA BT AZLAN D20072030862
SITI AZIZAH BT SADELI D20092030866
ZARINA BT SULEIMAN D20092030867
NUR HIDAYATI BT ISMAIL D20092031737
ROSE DIANI BT ZAINI D20092031738
DISEDIAKAN UNTUK:
ENCIK NORHISHAM B MOHAMAD NORDIN
PENSYARAH PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
35900, TANJONG MALIM, PERAK
PERAK DARUL RIDZUAN
Isi kandungan
Perkara Muka Surat
1.0 Pengenalan 1
2.0 Objektif 1
3.0 Penyataan Masalah 2
4.0 Latar Belakang Butik 2
4.1 Nama dan Alamat Butik 2
4.2 No.Tel/Faks/E-Mel/Laman Sosial 3
4.3 Sejarah Butik 3
4.4 Butiran Butik 3
4.5 Lokasi Butik 6
5.0 Pemilihan Aplikasi 7
5.1 Maklumat Wix.com 8
6.0 Proses Pelaksanaan Projek 10
7.0 Proses Promosi 18
8.0 Refleksi 19
9.0 Laporan Bergambar 20
Senarai Rajah
Perkara Muka Surat
Rajah 1 4
Rajah 2 5
Rajah 3 5
Rajah 4 6
Rajah 5 6
Rajah 6 7
Rajah 7 7
Rajah 8 8
Rajah 9 8
Rajah 10 9
Rajah 11 9
Rajah 12 9
Rajah 13 12
Rajah 14 13
Rajah 15 14
Rajah 16 14
Rajah 17 15
Rajah 18 15
Rajah 19 16
Rajah 20 16
Rajah 21 17
Rajah 22 17
Rajah 23 18
Rajah 24 19
1.0 Pengenalan
Kajian ini dilakukan adalah untuk memenuhi keperluan Kursus Pengurusan Teknologi Maklumat
(MTD1013). Selain itu, ia bertujuan untuk melihat sejauh mana perisian sosial digunakan oleh
masyarakat awam di Tanjong Malim, Perak dalam mempromosikan perniagaan mereka. Perisian
sosial merupakan sistem perisian yang membenarkan pengguna berinteraksi dan berkongsi data.
Antara perisian sosial yang popular ialah Facebook, MySpace, Bebo, Flickr, Youtube serta
laman-laman komersial seperti Amazon.com dan eBay. Kebanyakan aplikasi ini berkongsi ciri-
ciri seperti API, reka bentuk berorientasikan perkhidmatan dan keupayaan muat naik data dan
media. Aplikasi perisian sosial melibatkan alat perhubungan dan alat interaktif. Alat-alat
perhubungan biasanya mengawal penangkapan, penyimpanan dan penyampaian komunikasi. Ia
lazimnya ditulis dan melibatkan audio dan video.
Dengan demikian, melalui kajian dibuat dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh komuniti Tanjong Malim untuk mempromosikan perniagaan mereka dengan meluas tanpa
melibatkan kos yang banyak. Malah, kajian ini juga dapat mendedahkan komuniti Tanjong
Malim tentang kelebihan menggunakan perisian sosial dalam perniagaan mereka.
Kami telah memilih sebuah butik pengantin di Pekan Tanjong Malim sebagai tempat
untuk kami membuat kajian di dalam projek ini. Oleh kerana Pekan Tanjong Malim merupakan
tempat yang kecil dan mempunyai penduduk yang tidak ramai, maka masyarakat di sini mungkin
kurang terdedah dengan perisian sosial.
2.0 Objektif
Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu :
1. Untuk mempromosikan perniagaan komuniti Tanjong Malim.
2. Memperkenalkan perisian sosial kepada komuniti perniagaan kecil.
3. Untuk memenuhi kehendak Kursus Pengurusan Teknologi Maklumat (MTD1013).
3.0 Penyataan Masalah
1. Komuniti Tanjong Malim khususnya masyarakat awam kurang pendedahan kepada perisian
sosial.
4.0 Latar Belakang Butik
Bahagian ini akan menerangkan serba sedikit tentang butik perkahwinan yang dipilih untuk
menjalankan kajian.
4.1 Nama dan Alamat Butik
No. 2 Jalan Rumah Rehat, Bangunan Arked MDTM,
35900 Tanjong Malim, Perak
4.2 No.Tel / Faks / E-Mel / Laman Sosial
No.Tel : 016-3712062
E-Mel : [email protected]
Facebook : www.facebook.com/dayuindah30
Blog : www.dayuindahboutique.blogspot.com
4.3 Sejarah Butik
Butik D’Ayu Indah ini merupakan sebuah butik yang menyediakan perkhidmatan perkahwinan
dengan pelbagai pakej ditawarkan. Butik ini ditubuhkan pada tahun 2004 oleh seorang guru
tadika yang ingin dikenali sebagai Puan Noorlida. Selama tujuh tahun beroperasi, butik ini telah
mempunyai pelanggan tetap dan telah mendapat banyak tempahan untuk perkahwinan.
4.4 Butiran Butik
Pengasas butik ini memperkenalkan butik beliau melalui pertolongan kenalan yang sudah
mempunyai pengalaman dalam perniagaan ini. Beliau turut memperkenalkan perniagaan ini
secara kecilan melalui saudara-mara. Butik D’Ayu Indah menawarkan pelbagai pakej
perkahwinan dan pakej fotografi. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah pelbagai koleksi
pakaian pengantin yang dijahit sendiri dan dibeli dari luar. Butik ini menyediakan koleksi
pakaian pengantin yang terkini iaitu berkonsepkan moden dan trendy. Koleksi pakaian pengantin
adalah terdiri daripada Lace, French Lace, Songket, Gown, Coat dan lain-lain. Pelanggan boleh
memilih rekaan sendiri dan Butik D’Ayu Indah akan mereka pakaian yang dikehendaki mengikut
saiz pelanggan. Butik ini juga menyediakan perkhidmatan pemasangan pelamin di rumah
pengantin tanpa mengecas kos pengangkutan. Pelamin yang disediakan adalah berkonsepkan
moden dan ringkas. Koleksi pelamin adalah terdiri daripada pelamin rumah dan pelamin dewan.
Dari segi hiasan pelamin, pelanggan boleh menentukan tema yang dikehendaki.
Selain itu, butik ini juga menyediakan perkhidmatan solekan pengantin, inai mehdi,
tempahan hantaran, tempahan bunga telur, hiasan bilik tidur, makan beradab, katering dan
kanopi. Bagi pelanggan yang berminat untuk memasuki kelas solekan, butik ini juga sedia
menawarkan kelas solekan dengan harga yang berpatutan. Terdapat sepuluh pakej perkahwinan
yang ditawarkan iaitu dengan harga yang paling murah ialah sebanyak RM700 hingga RM2700.
Untuk pakej fotografi pula, butik ini mempunyai jurugambar khas untuk bakal mempelai. Pakej
fotografi yang ditawarkan ialah antara RM500 hingga RM1200. Pelanggan yang tidak mahu
menempah secara pakej boleh menempah secara berasingan setiap barang perkahwinan tersebut.
Butik D’Ayu Indah menerima tempahan sama ada melalui telefon atau online. Ini
memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat tempahan mengikut pilihan mereka. Di
samping itu, butik ini juga mempunyai stokis seperti barangan Alfio Raldo, Satinni, Masterway,
Westica dan lain-lain kosmetik. Butik ini dibuka enam hari seminggu kecuali hari Ahad bermula
jam sembilan pagi hingga pukul lima petang.
Rajah 1 : Tepak sireh yang menjadi barangan hantaran pengantin
Rajah 2 : Mahkota yang menjadi pilihan pengantin perempuan
Rajah 3 : Antara koleksi aksesori pengantin
4.5 Lokasi Butik
Butik D’Ayu Indah terletak di Pekan Tanjong Malim iaitu kira-kira dua kilometer dari Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Rajah 5 : Peta Tanjong Malim
Rajah 4 : Antara koleksi pakaian pengantin
5.0 Pemilihan Aplikasi
Kami telah memilih untuk menggunakan Wix.com sebagai platform untuk membantu pemilik
butik memperluaskan perniagaan beliau. Memandangakan butik ini sudah mempunyai akaun
Facebook dan Blog sendiri, maka kami membuat keputusan memilih aplikasi lain untuk
mempelbagaikan kaedah memperkenalkan butik ini kepada masyarakat luar bukan sahaja di
Tanjong Malim, malah di seluruh Malaysia.
Butik D’Ayu Indah
Butik D’Ayu Indah
Rajah 6 : Peta kedudukan Butik D’Ayu Indah
Rajah 7 : Logo Wix.com
5.1 Maklumat Wix.com
Laman web Wix.com merupakan sebuah laman web yang mana pengguna tidak perlu membayar
untuk mendaftar. Laman web ini adalah berasaskan perisian flash iaitu setiap item yang terdapat
di dalam laman web ini adalah bergantung kepada penggunaan flash tanpa perlu pengaturcaraan.
Namun demikian, bagi yang ingin mempunyai domain atau tapak sendiri, mereka perlu
membayar domain tersebut. Wix.com menggunakan kaedah drag and drop iaitu pengguna
hanya perlu memilih reka bentuk dan item-item yang ingin dimasukkan ke dalam laman web
yang ingin dibina. Kelebihan Wix.com ialah ia mempunyai enjin carian yang mesra kerana
menggunakan kod HTML.
Rajah 8 : Laman hadapan Wix.com
Rajah 9 : Antara template yang disediakan
Rajah 10 : Antara butang Add yang disediakan
Rajah 11 : Antara butang Background yang disediakan
Rajah 12 : Antara butang My Files yang disediakan
Pengguna boleh menerbitkan laman web yang dibuat dengan menekan pada butang
publish pada bahagian atas laman web. Laman web yang siap dibuat perlu di save dan di preview
untuk melihat hasil kerja sebelum diterbitkan dalam enjin carian. Setiap item yang perlu
dimasukkan adalah mengikut kreativiti pengguna.
6.0 Proses Pelaksanaan Projek
Untuk menjalankan projek ini memerlukan beberapa perancangan yang teliti dengan
mengenalpasti projek apa yang ingin dilaksanakan. Antaranya:
1. Kenalpasti kedai yang ingin dijalankan kajian
Kami berbincang bersama ahli kumpulan untuk mengambil kedai butik dalam projek ini.
Kemudian kami membuat tinjauan kedai butik yang didapati di Pekan Tanjung Malim.
Apabila menemui pemilik sesebuah butik, kami perlu meminta kebenaran supaya dengan
kebenaran memudahkan untuk kami menyatakan tujuan projek yang kami ingin dilaksanakan
supaya pemilik kedai dapat memberi kerjasama apa yang ingin diperlukan semasa projek ini
dijalankan. Terdapat juga kekangan bagi kami untuk mendapatkan kebenaran dan komitmen
daripada pemilik kedai-kedai tersebut, Sekiranya tidak diberikan kebenaran daripada pemilik
kedai, jadi tidak dapat membantu dalam pojek yang ingin dilaksanakan ini, oleh itu kami
perlu mencari kedai butik yang dapat memberi kebenaran dan komitmen dalam pelaksanan
projek ini. Pencarian kedai butik terhenti setelah pemilik Butik D’Ayu Indah memberi
kebenaran untuk menjalankan kajian ke atas kedai butiknya. Untuk menjalankan projek ini,
kami perlu menerangkan kepada pemilik apa yang diperlukan. Kami memilih Butik D’Ayu
Indah kerana mudah untuk kami berhubung dengan pemilik butik ini yang sudi bekerjasama
dengan kami.
2.Temubual yang pertama
Dalam temujanji ini kami mendapatkan maklumat tentang kedai tersebut seperti penubuhan
kedai butik tersebut, berapa orang bekerja, hari dan waktu bekerja, dan pelanggan.
Pn.Noorlida juga membuka kelas untuk mengajar solekan kepada sesiapa yang berminat
dalam solekan dengan cara yang betul. Dengan mengetahui latar belakang kedai ini, jadi
mudah bagi kumpulan kami untuk melaksanakan projek ini untuk memasukkan maklumat-
maklumat dalam laman web WiX.com.
3. Temubual yang kedua
Perjumpaan seterusnya,kami mendapatkan maklumat secara terperinci tentang penubuhan
awal Butik D’Ayu Indah dan perkhidmatan yang disediakan di butik tersebut. Pn. Noorlida
memberi pamplet kepada kami yang mempunyai senarai perkhidmatan dan pakej yang
disediakan di samping menemubual beliau. Kemudian, kami bertanya tentang perisian sosial
yang telah digunakan bagi memperkenalkan, memperluaskan dan memperkembangkan bisnes
tersebut. Pemilik Butik D’Ayu Indah ini menyatakan telah mempunyai blog dan facebook.
4. Analisa Maklumat
Setelah menemubual pemilik butik ini, kami membuat analisis daripada maklumat yang
diperolehi untuk mencari perisian yang sesuai untuk digunakan dan bukan perisian yang telah
sedia ada bagi kedai butik tersebut seperti blog dan facebook. Kami memastikan untuk
mendapatkan perisian yang belum digunapakai lagi oleh butik tersebut. Selain itu juga,
perisian yang digunakan dapat memberi tarikan dan user friendly kepada pengguna.
5. Aplikasi perisian yang sesuai
Perisian yang kami pilih adalah Perisian WiX.com yang digunakan untuk mengaplikasikan
maklumat dan perkhidmatan kedai butik tersebut yang diperolehi daripada pemilik kedai.
Oleh itu, dengan WiX.com ini dapat mempersembahkan tentang Butik D’Ayu Indah. Secara
tidak langsung dapat membantu mempromosikan dan memperkembangkan perniagaan butik
ini.
WiX.Com adalah senang untuk dikendalikan kerana mudah bagi pengguna untuk
memasukkan data yang diperlukan. Dengan WiX, menggunakan secara drop and drag editor
dan HTML code. WiX juga dapat mengawal keywork, description and meta tag information
daripada tetapan dalam editor.
6. Pembangunan Laman Web WiX.Com
Laman web Butik D’Ayu Indah boleh dilayari di
www.wix.com/dayuindahboutique/dayuindahboutique. Dalam laman web ini, dibahagikan
kepada 7 bahagian iaitu laman utama, koleksi pakaian, koleksi pelamin, pakej perkahwinan,
pakej fotografi, sumber untuk berhubung dengan butik ini dan video. Bahagian-bahagian ini
dipecahkan supaya mudah bagi pengguna untuk mengetahui dan memilih yang mana mereka
suka untuk akses. Setiap bahagian mempunyai maklumat yang berbeza . Apabila mengakses
pada laman web butik ini terpapar laman utama. Laman utama adalah penting untuk
memberitahu dan menyampaikan maklumat apa yang terkandung didalamnya serta dapat
mengakses kepada bahagian-bahagian lain.
Rajah 13 : Laman utama
Apabila membuka laman web ini, anatarmuka laman utama Butik D’Ayu Indah
diapparkan. Dalam laman utama ini dinyatakan lokasi Butik D’Ayu Indah supaya pelanggan
dapat mengetahuinya di mana lokasi Butik D’Ayu Indah. Di samping itu juga menyatakan
perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh butik tersebut seperti berinai, menempah
hantaran, makan beradap dan sebagainya. Keistemewaan pada butik tersebut diberitahu supaya
pelanggan dapat mengetahui berkenaan dengan butik ini dan dapat membezakan dengan butik
lain. Butik D’Ayu Indah menerima tempahan melalui telefon dan online. Sekiranya terdapat
tempahan, Pn.Noorlida tidak mengenakan caj tambahan seperti kos pengangkutan dan lain-lain.
Pn.Noorlida menjaga hati pelanggan dengan mengutamakan citarasa pelanggan. Bentuk pelamin
dan hiasan pelamin mengikut keadaan dan sentiasa berubah-ubah. Begitu juga dengan fesyen
pakaian yang berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Dengan demikian Pn. Noorlida perlu
mengetahui perkembangan semasa tentang pakaian, bentuk pelamin dan sebagainya.
Ini adalah antaramuka paparan bagi koleksi pakaian. Pengguna yang melawat laman web
ini perlu mengklik pada koleksi pakaian dan akan dipaparkan seperti di atas. Untuk melihat
koleksi pakaian dengan jelas, perlu mengklik pada setiap slide dan kelihatan imej yang jelas
pakaian yang dipakai oleh model-model. Pelbagai jenis koleksi pakaian dapat dilihat seperti di
bawah ini:
Rajah 14 : Antaramuka koleksi pakaian
Untuk melihat koleksi pelamin, pengguna boleh mengklik pada perkataan koleksi
pelamin tersebut dan paparan antaramuka dipaparkan. Pelbagai bentuk pelamin dapat di reka
mengikut kehendak pelanggan. Pengguna boleh klik pada butang seterusnya untuk melihat
contoh-contoh koleksi pelamin yang di buat oleh butik ini. Pelanggan boleh menentukan tema
bagi pelamin yang dikehendaki daripada Pn.Noorlida. Untuk hiasan pelamin Pn.Noorlida
menggunakan bunga yang berkualiti dan bunga-bunga segar. Antara contoh-contoh hiasan
pelamin:
Rajah 15 : Koleksi pakaian pengantin yang digayakan oleh model
Rajah 16 : Koleksi gambar pelamin
Paparan di atas adalah anataramuka bagi pakej perkahwinan. Apabila pengguna ingin
melihat pakej perkahwinan perlu klik pada perkataan pakej perkahwinan tersebut dan terpapar
antaramuka bagi pakej perkahwinan. Terdapat sepuluh pakej perkahwinan. Setiap pakej
mempunyai harga yang berlainan dan kategori tertentu. Harga pelamin antara RM 700 –
RM2700. Sebagai contoh bagi pakej RM700 adalah sepasang pakaian bersanding, andaman dan
solekan serta aksesori. Bagi pakej RM 2700 adalah pelamin, sepasang pakaian bersanding,
sepasang pakaian berinai, 4 pasang persalinan, gaun/blazer, Andaman dan solekan sebanyak 2
kali. Pelanggan boleh memilih pakej yang dikehendaki. Pakej perkahwinan lain-lain, ini adalah
pakej mengikut kehendak pelanggan di mana setiap pemilihan dari pelanggan seperti peralatan
dan pakaian mempunyai harga masing-masing.
Rajah 17 : Antara koleksi pelamin
Rajah 18 : Paparan pada pakej B
Pakej FotografiPaparan di atas adalah antaramuka bagi pakej perkahwinan. Penguna
perlu klik pada perkataan pakej fotografi. Dari paparan tersebut, didapati dua jenis pakej. Satu
pakej untuk perkahwinan dan satu pakej untuk potret keluarga. Bagi pakej fotografi perkahwinan
terdapat dua pakej dan harga adalah RM500 dan RM900. Setiap pakej mempunyai tawaran yang
tertentu. Pada pakej perkahwinan bagi harga RM900 terdapat dua pilihan, oleh itu pelanggan
boleh memilih pakej yang diingini. Bagi pakej fotografi untuk potret keluarga terdapat tiga pakej
dan harga RM250, RM350 dan RM500.
Rajah 19 : Paparan pada pakej E
Rajah 20 : Paparan pada pakej lain-lain
Paparan bagi antaramuka untuk pelanggan dapat menghubungi Butik D’Ayu Indah.
Dalam paparan ini pelanggan boleh mengetahui lokasi bagi Butik D’Ayu Indah melalui peta.
Dengan alamat mudah untuk mengunjungi ke Butik D’Ayu Indah. Penggunaan e-mel dan
telefon adalah cara yang mudah untuk berkomunikasi. Pelbagai cara dapat dilakukan oleh
pelanggan bagi menghubungi pemilik Butik D’Ayu Indah sekiranya ingin menggunakan atau
mengetahui secara terperincin perkhidmatan dari Butik D’Ayu Indah.
Rajah 21 : Antaramuka hubungi kami
Rajah 22 : Pilihan untuk menghubungi Butik D’Ayu Indah
Paparan video ini terdapat koleksi pakaian pengantin, koleksi pelamin, hiasan makan
beradap, solekan dan fotografi.
7.0 Proses Promosi
Dengan laman web yang menggunakan wix.com yang telah dibangunkan ini, dapat
dipromosikan dengan dihubungkan melalui Facebook. Oleh itu, dengan mudah orang lain dapat
mengakses laman web Butik D’Ayu Indah dengan diperkenalkan mmenggunakan rangkaian
sosial yang banyak pengguna. Butik ini bukan sahaja untuk pelanggan yang hendak berkahwin,
terbuka juga kepada orang lain sekiranya ingin mengguna perkhidmatan seperti solekan untuk ke
majlis-majlis
Rajah 23 : Antaramuka video
8.0 Refleksi
Dalam kajian ini, kami dapat mengetahui wix.com adalah salah satu cara digunakan untuk
mempromosikan Butik D’Ayu Indah bagi mengembangkan operasi perniagaan ini. Promosi
perniagaan dapat dilakukan dengan menggunakan pelbagai rangkaian sosial. Tetapi rangkaian
sosial yang sesuai perlu di ambil kira supaya perniagaan dapat di kembangkan secara meluas.
Selain itu, mendapat pengetahuan tentang perisian sosial wix.com. Perisian sosial
mempunyai pelbagai jenis tetapi pengetahuan tentang jenis-jenis perisian sosial adalah terhad
kerana mengikut pengguna yang ramai. Persepsi daripada pengguna tentang perisian sosial
wix.com adalah mudah dan dapat digunakan bagi memperkenalkan dan mengembangkan
perniagaan. Paparan gambar yang agak menarik dengan menggunakan wix.com.
Setelah menemubual pemilik kedai Butik D’Ayu Indah, kami dapat mengetahui bahawa
bukan perkara yang mudah untuk mengekalkan dan mengembangkan perniagaan. Banyak sekali
dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi sebelum perniagaan dapat berkembang dengan baik.
Ketekunan dan kesabaran adalah perlu dalam membuat perniagaan. Apabila berdepan dengan
pelanggan, pelbagai ragam pelanggan yang dapat ditemui. Oleh itu, semangat yang kuat dan
berfikiran positif perlu dalam diri setiap perkara yang ingin dilakukan.
Rajah 24 : Laman Web butik di link kepada Facebook
9.0 Laporan Bergambar