Resepi Red Velvet

3
Resepi Red Velvet Oleh: Nur Liyana Zulkikli LIKE imasak.com Bahan-bahan kek : • 150gm mentega • 300gm gula castor • 2 biji telur saiz A • 250ml susu Dutch Lady full cream (kotak kecil) • 250gm tepung naik sendiri • 20gm serbuk koko • 1 tsp (sudu teh) esen vanilla • 2 tbsp (sudu makan) pewarna merah • 1 tsp (sudu teh) soda bikabornat • 1 tsp (sudu teh) cuka putih • ½ tsp (sudu teh) garam Bahan-bahan krim : • 500gm krim keju (cream cheese), saya guna jenama tatura • 100gm mentega

Transcript of Resepi Red Velvet

Page 1: Resepi Red Velvet

Resepi Red VelvetOleh: Nur Liyana ZulkikliLIKE imasak.com

Bahan-bahan kek :

• 150gm mentega• 300gm gula castor• 2 biji telur saiz A• 250ml susu Dutch Lady full cream (kotak kecil)• 250gm tepung naik sendiri• 20gm serbuk koko• 1 tsp (sudu teh) esen vanilla• 2 tbsp (sudu makan) pewarna merah• 1 tsp (sudu teh) soda bikabornat• 1 tsp (sudu teh) cuka putih• ½ tsp (sudu teh) garam

Bahan-bahan krim :

• 500gm krim keju (cream cheese), saya guna jenama tatura• 100gm mentega• 150gm gula aising• Secubit garam• 1 tbsp (sudu makan) jus lemon / jus limau nipis / jus limau kasturi• 1 tsp (sudu teh) esen vanilla

Page 2: Resepi Red Velvet

Cara-cara :

Membuat kek:1. Mula-mula pukul mentega bersama gula castor sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu, masukkan esen vanilla dan pukul sebati.2. Satukan tepung, serbuk koko dan garam yang telah diayak, kemudian satukan pulak susu segar bersama pewarna merah di dalam satu bekas.3. Kemudian masukkan 1/3 daripada campuran tepung ke dalam adunan mentega tadi, kacau menggunakan spatula / senduk kayu, tidak perlu menggunakan pemukul. Seteruskan masukkan separuh daripada susu, kacau lagi hingga sebati. Ulang semula langkah yang sama dengan memasukkan tepung, kemudian susu dan tepung semula4. Akhir sekali masukkan soda bikarbornat yang telah dicampur dengan cuka, gaul sebati. Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak.5. Masukkan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 160c selama 60 minit.

Membuat krim:1. Masukkan kesemua bahan, pukul hingga sebati lebih kurang dalam masa 15minit. Sedia untuk dilepa pada kek yang telah sejuk.

Tips :

• Kek yang telah sejuk boleh dibahagi kepada dua bahagian dengan memotong pada bahagian tengah dengan menggunakan pisau bergerigi.• Untuk lepaan yang kemas dan cantik, mula-mula sapu nipis krim, kemudian sejukkan sebentar ke dalam peti ais. Kemudian boleh ulang semula sapuan krim dengan lebih tebal selepas kek telah sejuk. Hiasan tepi boleh dibuat meggunakan nozel bersesuaian.• Hiasan pada kek boleh menggunakan buah-buahan segar seperti strawberi. Boleh juga menggunakan coklat urai atau sedikit kek yang telah diramas menjadi serbuk. Selamat mencuba