Resos

35
1.0 Pendahuluan. Pembelajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerap berhadapan dengan masalah murid yang berbeza latar belakar kebolehnya. Sebagai seorang guru, guru perlu bijak memainkan peranan untuk menentukan pendekatan yang sangat sesuai dengan menggunakan strategi dan teknik yang sesuai semasa pembelajaran dan pembelajaran dilakukan. Teknik, pendekatan serta strategi perlu selari dengan kebolehan murid agar murid lebih dapat memahami isi kandungan dan konsep pelajaran yang dipelajari, Selain itu, sebagai seorang guru, guru tersebut perlu bijak menggunakan bahan bantu mengajar atau lebih dikenali sebagai resos semasa pembelajaran dan pengajaran berlaku. Terdapat beberapa jenis resos yang boleh digunakan. Sebagai contoh resos yang berbentuk 2D, 3D dan maujud. Penggunaan resos ini sangat penting untuk menarik minat murid dan memudahkan guru untuk mengajar konsep sesuatu pelajaran. Selain itu, resos yang digunakan perlu bermanfaat dan berpotensi agar resos itu bukan hanya cantik pada rupa tetapi bagus dari segi penggunaannya. Bukan itu sahaja, penggunaan multimedia laman sesawang juga boleh digunakan sebagai resos kerana kini adalah zaman berteknologi dan murid juga lebih bijak menggunakan teknologi. Oleh itu, guru perlu seiring dengan dunia teknologi yang kian berkembang pada zaman kini. Microteaching merupakan salah satu cara untuk mempersiapkan diri pelajar ke dunia ilmu pendidikan yang sebenar. Lebih-lebih lagi pelajar semester 5 yang akan menghadapi praktikum. Oleh itu

Transcript of Resos

Page 1: Resos

1.0 Pendahuluan.

Pembelajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerap berhadapan

dengan masalah murid yang berbeza latar belakar kebolehnya. Sebagai

seorang guru, guru perlu bijak memainkan peranan untuk menentukan

pendekatan yang sangat sesuai dengan menggunakan strategi dan teknik

yang sesuai semasa pembelajaran dan pembelajaran dilakukan. Teknik,

pendekatan serta strategi perlu selari dengan kebolehan murid agar murid

lebih dapat memahami isi kandungan dan konsep pelajaran yang dipelajari,

Selain itu, sebagai seorang guru, guru tersebut perlu bijak

menggunakan bahan bantu mengajar atau lebih dikenali sebagai resos

semasa pembelajaran dan pengajaran berlaku. Terdapat beberapa jenis

resos yang boleh digunakan. Sebagai contoh resos yang berbentuk 2D, 3D

dan maujud. Penggunaan resos ini sangat penting untuk menarik minat

murid dan memudahkan guru untuk mengajar konsep sesuatu pelajaran.

Selain itu, resos yang digunakan perlu bermanfaat dan berpotensi agar resos

itu bukan hanya cantik pada rupa tetapi bagus dari segi penggunaannya.

Bukan itu sahaja, penggunaan multimedia laman sesawang juga boleh

digunakan sebagai resos kerana kini adalah zaman berteknologi dan murid

juga lebih bijak menggunakan teknologi. Oleh itu, guru perlu seiring dengan

dunia teknologi yang kian berkembang pada zaman kini.

Microteaching merupakan salah satu cara untuk mempersiapkan diri

pelajar ke dunia ilmu pendidikan yang sebenar. Lebih-lebih lagi pelajar

semester 5 yang akan menghadapi praktikum. Oleh itu dengan  bimbingan

yang diberikan sebelum, semasa dan selepas akan dipraktikkan agar pelajar

dapat menguasai ilmu mengajar dengan baik. 

Posted by nurfadhillah ghazali at 23:53 No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Esei Pendek - Penggunaan Resos Dapat Membantu Mengukuhkan dan Menghasilkan PdP yang berkesan

Page 2: Resos

2.0 Esei Pendek

2.1  Penggunaan Resos Dapat Membantu Mengukuhkan  dan Menghasilkan    PdP yang berkesan

Proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang menarik dan kondusif

sangat digalakan semasa interaksi di dalam kelas kerana dengan suasana

yang menarik, para guru dapat menarik perhatian murid-murid untuk lebih

fokus ketika pembelajaran berlaku. Selain itu, untuk menghasilkan

pembelajaran dan Pengajaran yang menarik, seseorang guru memerlukan

bahan bantu mengajar atau dikenali sebagai resos sebagai alat untuk

menjayakan proses PdP.

Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat

mewujudkan suasana belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah

yang kondusif merupakan aspek

yang paling penting perlu dititikberatkan supaya murid-murid dapat belajar d

an menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu,

murid-muridyang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana mereka

dapat belajar dengan baik

Ngui Kuen Sang (1981) menyatakan bahawa kita tidak dapat memberi

takrif khusus tentang alat bantu mengajar walaupun ramai pendidik

bersetuju bahawa penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pengajaran

dan pembelajaran melibatkan penglihatan dan pandangan seseorang

pelajar.

Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu

mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku,

carta atau slaid yang dipancarkan pada layer. Alat-alat yang menyokong

penyampaian pembelajaran diberi nama ‘alat bantu mengajar’.

Page 3: Resos

Menurut teori Konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari

pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina

hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar yang

belajar dan  berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam

pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan

membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. 

Terdapat beberapa jenis resos yang guru boleh gunakan untuk sesi

pembelajaran dan pembelajaran berjalan. Antara jenis resos yang boleh

digunakan adalah Alat bantu mengajar (resos) mengajar bukan elektronik.

Apa yang dikatakan dengan resos bukan elektronik adalah Papan hitam atau

papan tulis, buku teks, papan pamer atau papan buletin, fail tegak dan

bahan bacaan, gambar, kad imbasan dan kad cantuman , carta, grafik,

papan pengajaran (yang mudah alih dan mudah dibawa), model tiga

dimensi, boneka atau patong dan diorama (satu rekabentuk gabungan

bahan-bahan nyata, patung dan model diletakkan dalam satu susunan

kedudukan   seperti keadaan  sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan

dalam persembahan tiga dimensi).

Resos bukan elektronik ini sering digunakan kerana resos ini berbentuk

maujud dan mudah dibuat dan murid akan lebih tertarik dengan resos yang

berbentuk maujud kerana mereka boleh pegang sendiri dan merasa sendiri

resos tersebut dengan tangan mereka sendiri. Selain itu, cara membuat

resos ini juga perlu kreatif dan pemilihan warna sangat penting seperti

kombinasi warna yang ceria tetapi tidak terlalu serabut.

Selain resos bukan elektronik, terdapat juga resos elektronik yang

digunakan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Seperti yang sedia

maklum, dunia kini kian berpesat dengan teknologi yang serba canggih. Oleh

itu pengetahuan guru tentang teknologi perlu seiiring dengan peredaran

Page 4: Resos

masa. Seseorang guru dikehendaki sekurang-kurangnya mengetahui aplikasi

dan software asas komputer untuk membuat resos berasaskan teknologi.

Sebagai contoh Overhead projektor (OHP), pita slaid (filem slaid), radio,

televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder), alat rakaman, filem tayang

atau filem jalur dan komputer. Software yang paling mudah dipelajari adalah

software Microsoft. Guru perlu bijak menggunakn perisian tersebut.

Hal ini demikian kerana terdapat banyak aplikasi dalam perisian yang

sangat bermanfaat yang boleh digunakan dalam Microsoft, Apabila

menggunakan elektronik , guru boleh menyelitkan bunyi-bunyian yang

menarik untuk mendapat perhatian murid atau video yang berkaitan dengan

pembelajaran agar murid dapat merasakan sesuatu yang baru dalam

pembelajaran seharian.

Bukan itu sahaja, penggunaan resos elektronik memudahkan guru kerana

teknologi yang digunakan hanya dihujung jari sahaja, malah lebih jimat

penggunaan kertas dan lebih cepat untuk dibuat. Selain itu, dengan

penggunaan elektronik guru juga boleh menjadikan resos tersebut sebagai

resos yang berinteraktif dimana terdapat interaksi dua hala iaitu murid-

murid memberi maklum balas pada resos yang dicipta oleh guru. Oleh itu,

kelas akan menjadi lebih kondusif dan lebih ceria dengan berlakunya

interaksi dua hala di dalam kelas.

Selain daripada resos bukan elektronik dan resos elektronik, terdapat satu

lagi jenis resos yang boleh digunakan oleh guru untuk proses pembelajaran

dan pengajaran agar berjalan lebih lancar dan memberi manfaat. Jenis resos

tersebut resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar. Apa yang

dikatakan dengan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar adalah

seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran dan alat sebenar

daripada alam sekitar atau disebut sebagai ‘realia’ iaitu merupakan benda

semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga dimensi dan dibahagi

Page 5: Resos

kepada beberapa kumpulan iaitu: benda bukan hidup, benda buatan,

tumbuh-tumbuhan dan benda hidup.

Sebagai contoh, matapelajaran matematik juga memerlukan lakonon

sebagai resos iaitu simulasi penggunaan wang semasa membeli-belah dan

sebagainya. Hal ini sangat penting kerana resos yang seperti ini memerlukan

murid untuk terlibat secara keseluruhan dan secara tidak langsung murid

akan lebih memahami kerana mengalami sendiri pengalaman tersebut.

Selain itu, pameran juga boleh dijalankan. Sebagai contoh, guru boleh

mengadakan minggu matematik. Pada minggu itu, pelbagai info tentang

matematik boleh diketengahkan sebagai contoh pameran bentuk-bentuk

yang dipelajari dalam matematik, kepelbagaian bacaan ukuran, timbangan

dan panjang.

Penggunaan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar walaupun

tidak digunakan secara berkala kerana resos seperti ini memakan masa

sedikit, namun impak dan manfaat yang dapat diperoleh oleh murid sangat

banyak dan memberikan kesan yang positif terhadap pembelajaran murid

tersebut

Terdapat banyak kepentingan yang dapat diperolehi untuk menghasilkan

resos yang baik untuk proses pembelajaran dan pembelajaran. Salah satu

kepentingan yang jelas diperolehi semasa menggunakan resos adalah

Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep dan menjadi daya

penarik yang penting untuk pelajar.  Klien seseorang guru merupakan murid

sekolah rendah yang umurnya dalam lingkungan 7-12 tahun.

 Oleh itu, seseorang guru itu perlu kreatif untuk mencipta resos yang

menarik, berguna dan memberi manfaat kepada murid untuk murid tersebut

dapat menguasai konsep sesuatu pelajaran. Bukan itu sahaja, guru yang

Page 6: Resos

hebat juga perlu menyesuaikan resos tersebut dengan tahap pemikiran

murid agar murid dapat mengikuti pelajaran dengan lancar.

Apabila seseorang guru tersebut mencipta resos, guru tersebut perlu

menggunakan warna-warna yang terang dan menarik untuk menarik murid

agar tertarik dengan sesi Pembelajaran dan Pengajaran. Setiap warna

memberi makna yang berlainan, apabila guru menggunakan warna yang

ceria dan terang, murid akan lebih terangsang dan bersemangat berbanding

penggunaan warna yang gelap dan malap akan membuatkan murid lesu dan

tidak berminat dengan pembelajaran yang guru sedang mengajar.

Seterusnya kepentingan yang dapat dilihat adalah Menghasilkan

pembelajaran yang lebih kekal. Apa yang dikatakan dengan mengjasilkan

pembelajaran yang lebih kekal adalah, kita sering didedahkan dengan

pepatah dari Confucius bahawa ‘i hear i forget i see i remember i do i

understand’. Pepatah ini sangat sesuai dengan situasi penggunaan resos

semasa pembelajaran dan pembelajaran ini berlangsung.

Sebagai contoh jika guru menggunakan medium suara untuk memberi

ilmu, murid memang akan dengar, tetapi ajaran yang diberikan tidak

melekap dengan jitu di fikiran murid kerana jika hanya mendengar murid

tidak boleh ingat dan memahami dengan sepenuhnya. Sekiranya guru

menggunakan medium tunjukcara dengan menggunakan papan hitam dan

kapur atau papan putih dan ‘pen marker’, pengajaran juga tidak dapat

dijalankan dengan berkesan. Kemungkinan murid hanya akan ingat tanpa

memahami dengan sedalamnya tentang pelajaran yang dipelajari. Namun,

jika guru yang cemerlang menggunakan resos bahan maujud, elektronik dan

sebagainya untuk proses pembelajaran dan pengajaran, murid akan lebih

memahami konsep pelajaran yang ingin ditekankan oleh guru.

Page 7: Resos

Bukan itu sahaja, resos juga adalah merupakan salah satu alat dimana

akan memberikan murid pengalaman sebenar yang boleh meransangkan

aktiviti sendiri di kalangan pelajar. Resos yang berbentuk maujud akan

membuat murid untuk memegang dan mencuba sendiri untuk memahami

pembelajaran dengan bantuan guru dan alat itu sendiri. Kaedah kooperatif 

boleh digunakan  semasa menggunakan resos dalam sesi pembelajaran dan

pengajaran kerana dari situ murid dapat berbincang dengan rakan untuk

menyelesaikan masalah menggunakan bahan resos yang telah disediakan

oleh guru dan guru hanya sebagai fasilitator yang melihat dan membimbing

murid sahaja.

Selain itu, kepentingan yang dapat dikupas semasa pengajaran dan

pembelajaran berlaku dengan menggunakan resos adalah resos dapat

menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-

bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Sebagai contoh, buku rujukan atau buku teks tidak dapat membantu secara

menyeluruh untuk sesi PdP. Resos perlu digunakan dan penggunaan resos

perlulah bersistematik dan senang diuruskan serta beragam. Hal ini

demikian kerana untuk memudahkan guru dan murid menggunakan resos

yang dibuat.

Penggunaan Resos sangat memberi manfaat kepada sesi

pembelajaran dan pembelajaran kerana memudahkan murid untuk lebih

fahami konsep. Sekiranya guru hanya mengajar secara lisan tanpa menunjuk

contoh maujud pada murid, murid hanya akan faham tanpa memahami

secara mendalam tentang konsep matematik. Selain itu, dengan

penggunaan resos murid tersebut dapat melihat, merasa dan mengalami

pengalaman sendiri untuk memahami konsep dan merasai apa yang ingin

diketengehkan oleh guru untuk subjek yang diajar.

Page 8: Resos

Contoh resos yang sering digunakan sewaktu proses pembelajaran dan

pengajaran adalah cara penggunaan abacus atau lebih dikenali sebagai

sempoa. Abakus dipilih kerana resos ini memberi impak yang besar kepada

murid pada peringkat permulaan pembelajaran matematik. Antara kelebihan

penggunaan abakus adalah dapat meningkatkan kemahiran pengiraan dan

kebolehan menyelesaikan masalah matematik dalam kalangan murid. Murid

juga dapat mengira dengan pantas, meningkatkan penggunaan otak kanan

murid dan penglibatan semua deria utama murid ketika mengendalikan

abakus.

 Aktiviti yang kami telah sediakan juga bersesuaian dengan

kemampuan murid tahun 2 kerana soalan, nota dan kaedah pengajaran

telah kami rujuk daripada Modul Abakus Kementerian Pelajaran Malaysia.

Soalan telah disusun daripada tahap pengenalan sehingga peringkat

pemikiran kompleks. Ini dapat meningkatkan daya kreativiti murid dalam

menyelesaikan masalah menggunakan abakus.

Selain itu, langkah pelaksanaan juga telah dirancang dengan

sebaiknya. Pada permulaan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu

menerangkan kepada murid mengenai sejarah dan kepentingan penggunaan

abakus dalam kehidupan harian. Seterusnya, murid akan diterangkan

mengenai nilai tempah dan digit bagi sebarang nombor menggunakan

abakus. Setelah menerangkan cara penggunaan abakus, murid dibahagiakan

dalam kumpulan berempat kerana kami ingin membawa pendekatan

pembelajaran secara kolaboratif. Kemudian, guru menunjukkan demosntrasi

menggunakan abakus melibatkan 2 hingga 3 nombor.

Selain itu, dalam pembelajaran kolaboratif, guru berfungsi sebagai

pemudahcara iaitu membantu dan memantau aktiviti murid. Berdasarkan

aktiviti yang kami telah hasilkan, murid perlu berbincang dalam kumpulan

bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kemudian mereka perlu

Page 9: Resos

membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas bersama demonstrasi

penggunaan abakus. Melalui aktiviti ini, semua murid akan terlibat secara

langsung dalam kelas hasil pembentangan rakan-rakan mereka. Penggunaan

abacus perlu diterapkan dalam diri murid kerana melalui abakus murid dapat

memahami konsep operasi dengan lebih baik.

 Penggunaan dekak-dekak yang efisien membolehkan murid-murid membezakan

nilai tempat tersebut dengan senang. Murid juga boleh membanding-beza yang mana

satu nilai yang lebih besar dan lebih kecil. Bukan itu sahaja, murid juga dapat

menggunakan dekak-dekak ini untuk menambah atau menolak nombor. Guru perlu

menyediakan manic atau polysterene yang digunakan untuk dimasukan dalam palang

dengan dua atau tiga warna yang berbeza. Hal ini demikian kerana untuk membezakan

setiap nilai nombor. Secara tidak langsung pengguna warna yang pelbagai

menyenangkan murid untuk membezakan dan dapat menarik minat murid untuk

menumpukan dengan penuh perhatian.

Selain itu, dekak-dekak ini amat mudah dibawa oleh guru kerana

ringan dan boleh dibuat mengikut saiz yang dikehendaki. Selain itu, cara

pembuatannya juga mudah dan senang. Jika saiz yang ingin dibuat oleh itu

banyak dekak-dekak yang boleh dicipta, oleh itu guru boleh menggunakan

kaedah kooperatif tetapi dalam jumlah murid yang sedikit. Hal ini demikian

kerana, jika jumlah murid yang sikit dalam sesuatu kumpulan, setiap murid

berpeluang untuk merasai pengalaman sendiri menggunakan dekak-dekak

tersebut.

Bukan itu sahaja, penggunaan dekak-dekak ini boleh dipelbagaikan

mengikut kreativiti guru yang mengajar. Penggunaan dekak-dekak ini hampir

sama dengan penggunaan abakus atau lebih dikenali sebagai sempoa.

Inovasi cara penggunaan boleh digunakan untuk mendapatkan hasil yang

lebih baik dan lebih kreatif agar mendapat cara baru untuk mengajar murid-

murid di sekolah.

Page 10: Resos

Bukan itu sahaja, kini di sekolah-sekolah juga telah menyediakan

jumlah dekak-dekak yang banyak kerana fungsi penggunaan dekak-dekak

telah terbukti keberkesananya dalam subjek matematik. Bukan itu sahaja,

tugas juga juga kian mudah kerana dekak-dekak yang tersedia boleh

digunakan pada bila-bila masa. Penggunaan dekak-dekak juga boleh

digunakan tanpa pengawasan guru secara terperinci kerana, dekak-dekak

tidak membahayakan murid-murid. Dekak-dekak merupakan satu alat yang

selamat digunakan untuk semua lapisan umur.

Pembelajaran dan pengajaran menggunakanbahan bantu belajar

memudahkan murid-murid memahami konsep penambahan  Bahan-bahan

yang dapat dipegang dandilihat membolehkan murid-murid melakukan

aktiviti. Seterusnya, mereka dapat mengaplikasikannya dalam pengiraan,

tanpa menggunakan bahan-bahan tersebut.

Zoltan P. Dienes (1916)teori-teori pembelajarannya meninggalkan

kesan yang mendalam kepada bidang pendidikan matematik. Nama Dienes

sinonim dengan blok Multi-asas (juga dikenalisebagai blok Dienes) yang

dihasilkan untuk pengajaran nilai tempat. Pencipta bahan Aljabar dan blok

logik, yang menggunakan kontemporari bahan manipulasi dalampengajaran

matematik. Nilai tempat Dienes adalah unik dalam bidang pendidikan

matematik kerana terdapat teori-teori tentang bagaimana struktur

matematik boleh diajar. Gred awal menggunakan penjelmaan pelbagai

melalui manipulatif, permainan, cerita dan tarian.

Resos lain dalam matematik yang sering digunakan adalah Blok

Dienes. Blok dienes adalah salah satu alat bantuan yang boleh digunakan

untuk memantapkan lagi konsep penambahan, penolakan, darab, mahupun

bahagi. Alat bantuan ini cukup berkesan untuk pelajar sekolah rendah,

murid-murid boleh bereksperimen dan mencari sendiri konsep yang perlu

Page 11: Resos

dikuasai, sehingga belajar menjadi lebih menyenangkan bagi kanak-kanak.

Pada umumnya adalah alatan ini mempunyai jumlah yang banyak di sekolah

oleh itu, tidak semua pelajar dapat menggunakannya dengan selesa.

Blok Dienes adalah alat manipulatif digunakan oleh pelajar untuk

belajar konsep-konsep asas matematik Penambahan, Penolakan, Rasa

nombor, Nilai tempat, Mengira. Pelajar boleh memanipulasi blok dalam cara

yangberbeza untuk menyatakan nombor dan corak. Blok 3-

dimensi an dibuat bahan-bahan yang terpakai dan sebagainya.

Blok dienes apabila digunakan dengan berkesan, murid dapat

membezakan kumpulan nilai tempat seperti jika nilai tempat sa, terdapat sebuah

kiub, mankala jila nilai tempat pu, kiub yang terhasil adalah 10 kiub dan berbrcantum

serta bentuknya menegak, jika nilai tempat ra, terdapat 10 kali ganda kiub pu iaitu 100

kiub. Oleh itu, jika murid sudah dapat mengenal pasti dengan jelas, murid akan lebih

senang untuk menjalankan pergiraan.

Selain itu untuk pengajaran dalam matematik, popular dalam

pengajaran matematiksekolah rendah. Guru boleh menggunakan di dalam

bilik darjah dan guru-guru sebagai konsep model. Bukan itu sahaja, murid-

murid dapat mengukuhkan kefahaman merekasendiri tentang konsep

matematik yang ingin dipelajarinya. Selain itu, murid-murid apabila

menggunakan blok dienes, mereka berpeluang untuk memanipulasi objek -

satu teknik penting dalampembelajaran prinsip-prinsip asas

matematik,terutama di peringkat awal perkembangan kognitif. Kajian telah

menunjukkan bahawa penggunaanalat manipulatif berkurangan semasa

merekabergerak kepada pembelajaran tinggi. Oleh itu, Dalam aktiviti ini

pelajar menggunakan Dienesblok menunjukkan pemahaman nilai tempat.

Mereka "membina" dan membaca nombor disamping menjadi lebih biasa

dengan istilah lebih besar, lebih kecil, kurang daripada,lebihbesar daripada

yang paling dekat nilai,digit tempat.

Page 12: Resos

Secara jelasnya bahawa, penggunaan resos sangat membantu guru

terutamanya untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid agar

mereka mendapat ilmu yang sepatutnya. Selain itu, penggunaan resos ini

merupakan alat yang sangat berguna jika digunkan dengan bijak untuk

mengajar dan membantu melancarkan kelicinan pengajaran semasa sesi

pembelajaran dan pengajaran berlaku. Alat ini juga sebagai satu alat

perhubung yang menghubungkan dua pihak iaitu pihak guru dan murid agar

lebih memahami antara satu sama lain. Selain itu, penggunaan total secara

maksimum perlu digunakan untuk resos yang telah tercipta kerana dengan

setiap resos yang dibuat mempunyai nilai yang tersendiri dan mempunyai

kebaikan dan kelebihan tersendiri. 

Posted by nurfadhillah ghazali at 22:00 No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

3.0 Membina Resos - DEKAK-DEKAK

3.0 PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN RESOSMemandangkan topik yang kami pilih adalah operasi tambah nombor bulat dalam

lingkungan 10000 tanpa pengumpulan semula, kami telah sepakat untuk membina

dekak-dekak. Dekak-dekak merupakan resos utama kami bagi menyokong

pelaksanaan proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang akan kami jalankan

melalui pengajaran mikro. Idea pembinaan dekak-dekak ini tercetus setelah kami

berkolaborasi bersama-sama dengan Encik Norhawan bin Misiran dan menyatakan

kepada beliau tentang apa yang kami ingin lakukan. Selain itu, kami juga turut membina

sampul surat, kad nombor, lembaran kerja dan juga video bagi menjayakan lagi proses

PdP.

     3.1 Penghasilan Dekak-dekak

Dekak-dekak mestilah mempunyai tapak. Oleh itu, kami memilih untuk menggunakan

polisterin sebagai tapak kerana ianya tebal, ringan dan juga selamat apabila digunakan

Page 13: Resos

oleh murid-murid sekolah rendah. Resos yang ringan juga memudahkan guru-guru

untuk membawanya ke mana sahaja. Selain itu juga, tapak tersebut boleh dibina

mengikut kesesuaian dan keperluan memandangkan ianya begitu mudah untuk

dibentuk dan juga dipotong.

Rajah 3.1.1 : Tapak Dekak-Dekak

Seterusnya menghasilkan tiang dekak-dekak. Kami memilih membina tiang tersebut

daripada batang paip kerana sifatnya yang kukuh, kuat serta tidak mudah patah. Tiang

ini digunakan untuk memegang nilai digit bagi setiap rumah. Memandangkan topik kami

ialah operasi tambah dalam lingkungan 10000, oleh itu jumlah tiang yang diperlukan

ialah empat batang bagi mewakili rumah Sa, Puluh, Ratus dan juga Ribu. Tiang

tersebut akan dipacakkan ke dalam tapak dekak-dekak.

Page 15: Resos

Rajah 3.1.3 : Tiang Dekak-Dekak dipacak pada tapak

           Kemudian, mencipta buah dekak-dekak. Ianya diperbuat daripada polisterin dan

boleh direka dalam pelbagai bentuk bagi tujuan menarik perhatian murid-murid, tetapi

bentuk kesemua bentuk buah tersebut mestilah selaras. Jika bentuk segi empat yang

dipilih, maka kesemua buah tersebut mestilah berbentuk segi empat. Di bahagian

tengah pula, ianya ditebuk sebesar saiz batang paip yang digunakan untuk dijadikan

tiang bagi tujuan untuk memasukkan buah tersebut ke dalam tiang. Buah tersebut

digunakan untuk mewakili nilai bagi setiap rumah. Contohnya, 232. Ini bermakna, dua

buah akan dimasukkan ke rumah sa, tiga buah ke dalam rumah puluh dan dua buah ke

dalam rumah ratus.

Page 17: Resos

Rajah 3.1.5 : Buah yang dimasukkan ke dalam tiang

Rumah bagi sa, puluh, ratus dan juga ribu perlulah dilabelkan untuk mengelakkan

kekeliruan semasa membuat operasi tambah. Selain daripada dilabelkan, ianya juga

mengikut warna tiang untuk menjadikannya seragam.

Page 19: Resos

Rajah 3.1.7 : Label rumah dan warna tiang adalah seragam

3.2 Contoh Penggunaan Dekak-Dekak untuk Operasi Tambah

            Sebagai contoh, untuk mendapatkan hasil tambah bagi 2311 + 2022, gunakan

buah yang berlainan warna untuk membezakan nombor yang pertama dan nombor

yang kedua seperti rajah di bawah. Nombor 2311 menggunakan buah berwarna pink

dan nombor 2022 menggunakan buah berwarna biru. Masukkan bilangan buah ke

dalam rumah mengikut angka yang telah diberikan. Bagi mendapatkan hasil tambah

kedua-dua nombor, bilang berapa banyak buah yang terdapat dalam setiap rumah.

Seperti rajah di bawah, terdapat 4 buah di rumah ribu, 3  buah di rumah ratus, puluh

Page 20: Resos

dan juga sa. Jadi, hasil tambah bagi 2311 + 2022 ialah 4333. Begitu mudah melakukan

operasi tambah dengan menggunakan dekak-dekak.

Add caption

Posted by nurfadhillah ghazali at 20:30 No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

4.0 Rancangan Pelajaran Harian – Tugasan Berkumpulan

Page 24: Resos

Posted by nurfadhillah ghazali at 19:00 No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

5.0 Refleksi Pengajaran Mikro

5.0 Refleksi Microteaching.

Oleh : Nur Fadhillah Binti Ghazali

Unit : PISMP 5.11 (MATEMATIK)

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi akhirnya saya

dan pasangan saya selesai menjalani micro teaching MTE 3110. Kami

mendapat tajuk Operasi dan kami memilih operasi tambah sebagai topic

pengajaran kami. Saya dan pasangan saya Nur Amalina Syamimi telah

berbincang beberapa kali untuk merancang bagi memilih tahun yang sesuai

untuk dijadikan sebagai pengajaran dalam micro teaching. Akhirnya kami

memutuskan untuk memilih tahun 3 dan topiknya adalah operasi tambah

dalam lingkungan 10000.

Ini merupakan microteaching subjek matematik saya yang pertama.

Saya berasa amat gementar untuk sebelum menghadapi microteaching.

Saya dan pasangan menghadapi pelbagai rintangan sebelum dapat

menyiapkan bahan untuk microteaching. Pada bulan ini, jadual semester 5

agak padat dengan pelbagai aktiviti yang perlu dijalankan sebelum pelajar

Page 25: Resos

semester 5 ke praktikum pada 1 April 2013. Kami perlu membahagikan masa

sebijaknya untuk menyiapkan bahan bantu mengajar untuk microteaching

kali ini.

Saya dan pasangan ada juga berjumpa dengan En Nor Hawan untuk

meminta pandangan dan pendapat untuk isi pengajaran kami untuk

mincroteaching. Kami sangat berterima kasih kepada beliau kerana sudi

meluangkan masa untuk kami dan memberikan nasihat, pandangan,

rangsangan untuk berusaha untuk menjayakan microteaching.

 Pada hari microteaching saya berasa sangat gugup tetapi saya cuba kawal

perasaan saya di hadapan pensyarah pembimbing. Saya telah mengambil bahagian

Langkah 1, langkah 2 dan penutup dalam rancangan pengajaran harian yang telah

kami siapkan. Kelemahan yang saya rasa ada pada diri saya semasa microteaching

adalah saya tidak bersedia dengan secukupnya dan penggunaan kata-kata saya tidak

teratur yang mungkin akan menyebabkan murid tidak faham akan arahan.

Selain, saya juga sering terlupa apa yang ingin saya katakan semasa di

hadapan dan mengakibatkan ketengangan dalam kelas. Bukan itu sahaja,

saya merasakan saya sangat kalut semasa mengajar sambil menggunakan

bahan bantu mengajar. Semasa saya menggunakan manila kad yang perlu

digantung pada paku, paku itu telah tercabut dan memakan masa saya

untuk mengajar serta kelas tidak terkawal pada masa itu kerana saya sibuk

membetulkan manila kad tersebut.

Kelebihan yang saya rasa saya ada semasa microteaching adalah saya

dapat mengawal suara saya yang gementar kepada suara saya yang normal

dan saya masih boleh senyum semasa berhadapan dengan para pelajar.

Saya juga merasakan lontaran suara saya jelas dan boleh didengar oleh satu

kelas. Bukan itu sahaja, saya juga merasakan bahan bantu mengajar kami

agak menarik kerana bahan itu adalah bahan maujud dan boleh digunakan

oleh murid itu sendiri untuk lebih memahami konsep operasi tambah dengan

lebih berkesan.

Page 26: Resos

Penambahbaikan yang saya rasa perlu saya buat untuk microteaching

akan datang adalah saya perlu memperbaiki tutur kata dan kosa kata

semasa saya mengajar. Selain itu, saya juga perlu menanamkan dalam diri

saya agar menjadi lebih tegas tetapi mesra dengan pelajar.

  

Selain itu, saya merasakan sebagai guru yang baik, guru perlu

mempunyai unsur kecindan pada diri agar kelas lebih ceria dan bermaya

serta tidak dingin. Bukan itu sahaja, saya juga merasakan saya perlu

mempelbagaikan bahan bantu mengajar dan menggunakan sebaik mungkin

bahan bantu mengajar supaya memberikan kesan kepada yang positif

kepada para pelajar agar mereka lebih seronok dan lebih memahami konsep

yang guru ingin pelajari.

Harapan saya agar saya akan lebih lancar semasa mengajar ketika di

praktikum kelak kerana sebagai seorang guru, guru perlu menjadi seorang

yang kreatif untuk mempelbagaikan cara sewaktu mengajar dan perlu bijak

mengawal kelas tanpa menggunakan suara yang lantang dan garang agar

murid lebih mesra dan lebih dekat dengan guru.

Posted by nurfadhillah ghazali at 17:30 No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

7.0 Refleksi Individu

7.0 REFLEKSI 

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

dan kurnianya akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang

ditetapkan. Saya merakamkan jutaan terima kasih kerana pensyarah pembimbing saya

Datin Zaitun bt Othman kerana sudi mengajar dan membimbing saya sepanjang

Page 27: Resos

tugasan ini dijalankan. Selain itu, beliau sering memberikan kata-kata rangsangan dan

buah fikiran yang bernas kepada saya agar menyempurnakan tugasan ini dengan baik.

Sepanjang tugasan ini dijalankan, saya berpeluang menimba pengalaman yang

tidak sangat bermakna pada diri saya. Tugasan ini memerlukan saya untuk mencari

satu topic pengajaran dalam silibus dan membuat rancangan pengajaran harian (RPH)

selama satu jam. Saya dan pasangan telah berpakat untuk memilih tajuk operasi

tambah dalam lingkungan 10 000 tahun 3. Kami telah berbincang beberapa kali untuk

mendapatkan hasil RPH yang baik dan berkualiti. Selain itu, kami juga telah berbincang

dengan pensyarah pembimbing untuk mendapatkan panduan bagi menyiapkan

rancangan pengajaran harian yang baik. 

Seperti yang sedia maklum, Rancangan Pengajaran Harian adalah sangat

sinonim dengan kerjaya seorang guru. Sebagai seorang guru, mereka perlu mahir

dalam pembikinan RPH dengan lengkap dan teliti untuk memudahkan kelancaran

semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran berlaku. RPH yang baik adalah RPH

yang mengandungi spesifikasi yang telah ditetapkan dan senang dibaca serta dirujuk.

Saya mengalami kesulitan semasa menyiapkan RPH kerana kadangkala saya terlepas

pandang dengan perkara-perkara seperti nilai yang dipupuk, strategi dan teknik yang

ditekankan dalam RPH. Oleh itu, RPH yang dihasilkan pada oleh saya pada kali

pertama telah dikritik dan telah dimurnikan oleh pensyarah pembimbing. Namun

demikian, saya telah memurnikan RPH yang dibuat oleh saya dan pasangan setelah

mendapat bimbingan oleh pensyarah pembimbing. Saya kini lebih yakin untuk ke

praktikum kerana kini saya lebih mahir untuk membuat RPH berbanding semester

sebelum-sebelum ini yang dulunya terkial-kial untuk membuat RPH.

Selain itu tugasan ini juga memerlukan saya untuk mencipta resos untuk

digunakan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran berdasarkan RPH yang telah

dilakukan. Saya dan pasangan telah berjumpa dengan En Hawan untuk meminta buah

fikiran selain meminta bantuan Datin untuk memberikan idea untuk mencipta resos.

Akhirnya setelah beberapa ketika berbincang akhirnya, kami mendapat pakatan untuk

Page 28: Resos

membuat dekak-dekak bersaiz gergasi. En Hawan telah sarankan kami untuk membuat

dua buah dekak-dekak dan penggunaannya untuk guru dan murid. 

Pada mula pembikinan resos dekak-dekak tersebut, jujur saya katakan, saya

tidak begitu kreatif dalam pemilihan warna-warna dan bercorak. Oleh itu, saya meminta

nasihat rakan-rakan lain untuk membantu saya dalam pemilihan warna. Selain itu, kami

telah membeli barang-barang yang diperlukan untuk mencipta resos dekak-dekak

tersebut seperti polystyrene, mountain board, sugar paper,dan beberapa helai kertas

berwarna. Cabaran yang saya hadapi adalah kelalaian saya dengan penggunaan

benda tajam. Saya tidak sedar saya menggunting tangan saya sendiri semasa

menggunting kertas. Saya hanya sedar apabila darah menitik di atas kertas. Punca

saya cuai semasa melakukan kerja adalah mungkin kerana masa yang suntuk kerana

semester ini kami sangat penuh dengan tugas-tugas lain selain tugasan kerja kursus.

Namun demikian, Alhamdulillah, saya akhirnya dapat siapkan resos yang dikehendaki

pada masa yang telah ditetapkan. Saya dapat membahagikan masa yang singkat

dengan baik untuk menyiapkan semua tugasan yang tarikh hantarnya hampir sama.

Selain itu, tugasan ini juga memerlukan saya untuk melakukan ‘microteaching’ di

hadapan pensyarah pembimbing dan di hadapan kelas. Microteaching ini perlu

dilakukan mengikut RPH yang telah disiapkan. Bukan itu sahaja, microteaching ini juga

dilakukan secara berpasangan dan kami telah membahagikan beberapa langkah untuk

seorang. Saya mengambil langkah 1, langkah 3 dan penutup. Saya berasa amat

gemuruh semasa menjalani microteaching. Hal ini demikian kerana, ini bukannya

perkara yang sering dilakukan, lebih-lebih lagi dihadapan Datin Zaitun. Baju saya

hampir basah kerana hormone adrenaline yang membuak-buak kerana gementar.

Namun saya masih dapat mengawal suara agar tidak keluar suara yang bergetar. Hal

ini demikian, jika suara bergetar, saya tidak dapat meneruskan proses microteaching

kerana akan tersangkut-sangkut.

Namun, setelah beberapa saya mula mendapat rentak dan menarik nafas

panjang untuk menghilangkan ketakutan. Saya juga membuat beberapa kesalah

Page 29: Resos

semasa microteaching kerana saya mempunyai masalah dengan resos yang

digunakan. Oleh itu, dari situ saya telah membuat dalam 3 minit. Masa yang diberikan

hanyalah 20 minit setiap kumpulan. Namun, saya begitu bersyukur kerana berpeluang

untuk melakukan microteaching kerana bagi saya, microteaching adalah satu medium

yang bagus bagi saya untuk menyediakan diri saya untuk berpraktikum pada awal April

kelak. Setelah video yang telah direkod ditayangkan, datin telah memberikan komen

yang membina agar meningkatkan usaha untuk menjadi lebih baik pada masa akan

datang. Oleh itu, saya dapat belajar dari kesilapan setelah menonton video tersebut.

Selain itu, setelah kerja telah siap dilakukan, setiap orang dikehendaki untuk

membina satu blog untuk diletakkan di dalamnya semua tugasan matematik MTE 3109.

Capaian yang di dalam blog tersebut perlulah mudah. Datin telah member cadangan

untuk menggunakan perisian blogspot. Pada mulanya saya berasa risau kerana saya

tidak begitu mahir dengan teknologi terutamanya menulis blog. Namun dengan bantuan

rakan-rakan saya dapat menghasilkan blog yang menarik untuk dibaca dan dilihat oleh

pensyarah pembimbing, Saya mengambil masa juga untuk mempelajari perlahan-lahan

dalam penggunaan pembuatan blog. Blog adalah satu medium berteknologi yang kita

dapat berkongsi dengan orang ramai tentang ilmu yang kita ada.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses tugasan kerja

kursus ini dijalankan. Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai ilmu

dunia penuh manfaat yang akan membawa saya ke akhirat kelak. Saya berharap agar

saya mendapat markah yang baik dan mendapat keputusan yang baik untuk

mengekalkan atau meningkatkan CGPA saya. Sekian terima kasih.

Posted by nurfadhillah ghazali at 15:30 No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

8.0 Penutup

8.0 Penutup

Page 30: Resos

Secara kesimpulannya, pelajar yang menyiapkna tugas ini secara tidak

langsung dapat menghubungkaitkan teori pembelajaran Matematik dalam

rangka pembelajaran kanak-kanak dengan nombor melalui pengajaran

mikro. Selain itu, pelajar juga dapat mengesan cara bagaimana untuk

mengukuhkan konsep Matematik yang perlu ditanam pada diri murid-murid

melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana tugasan

ini memerlukan pelajar mencipta resos, pelajar telah mengkaji dan

berbincang untuk mencipta resos yang terbaik untuk digunakan.

Kerjasama yang baik dalam satu pasukan akan mengeratkan lagi

hubungan silaturahim sesama insan. Selari dengan tuntutan agama untuk

berbaik-baik semasa insane Selain itu, kerja yang dilakukan akan lancar dan

dan tidak mengalami kesulitan sepanjang tugasan dijalankan kerana

mempunyai rasa tanggungjawab dan bertolak ansur sesama sendiri.

Selain itu, kesan penggunaan teknologi juga sangat positif disamping

dunia yang kian maju kerana jika di lihat statistic penggunaan teknologi dari

zaman dulu hingga kini, jumlah pengguna teknologi mengalami kenaikan

yang sangat tinggi. Oleh itu, wajarlah pelajar menggunakan teknologi

sebagai satu medium cara menyampaikan ilmu pengetahuan Matematik.

Akhirnya, penyampaian ilmu Matematik boleh digunakan dengan

pelbagai medium mengikut kreativiti seseorang guru bagaimana untuk

mendidik anak bangsa. Sebagai guru yang cemerlang dan baik, guru itu

sendiri perlu memahamikan akar pelajaran tersebut iaitu konsep sesuatu

topik, barulah ilmu itu akan berkembang.