RPH BIASA

9
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3 Subjek : Perdagangan Kelas : 5 PD 1 Tarikh : 30 Mac 2012 Masa : 9.00 pg - 10.20 pagi (80 minit) Bilangan Murid : 30 orang Tajuk Pembelajaran : Bab 3 - Pengangkutan Sub Tajuk Pembelajaran : 3.1 Pengangkutan 3.2 Jenis Pengangkutan Objektif Pembelajaran : 1. Peranan pengangkutan 2. Jenis-jenis pengangkutan Hasil Pembelajaran : 1. Menjelaskan peranan pengangkutan. 2. Menerangkan jenis-jenis pengangkutan. Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui asas pengangkutan dari pemerhatian dan pengalaman sendiri. 19

description

contoh rph

Transcript of RPH BIASA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3Subjek:Perdagangan

Kelas:5 PD 1

Tarikh :30 Mac 2012

Masa:9.00 pg - 10.20 pagi (80 minit)

Bilangan Murid:30 orang

Tajuk Pembelajaran:Bab 3 - Pengangkutan

Sub Tajuk Pembelajaran:3.1 Pengangkutan

3.2 Jenis Pengangkutan

Objektif Pembelajaran:1. Peranan pengangkutan

2. Jenis-jenis pengangkutan

Hasil Pembelajaran:1. Menjelaskan peranan pengangkutan.2. Menerangkan jenis-jenis pengangkutan.

Pengetahuan Sedia Ada:Murid telah mengetahui asas pengangkutan dari pemerhatian dan pengalaman sendiri.

Hasil Pembelajaran:Pada akhir pembelajaran, murid-murid 5 PD 1 akan dapat :-

a) Kandungan Pengetahuan (Kognitif) : Aras Tinggi

i. Menjelaskan sekurang-kurangnya 5 daripada 6 peranan pengangkutan di dalam perniagaan melalui perbincangan ke dalam peta minda dengan betul.ii. Menerangkan 4 daripada 4 jenis-jenis pengangkutan berdasarkan gambar yang dipaparkan di rajah dengan betul.iii. Memilih jenis pengangkutan yang sesuai melalui perbincangan kumpulan dengan baik.

Aras Sederhanai. Menjelaskan sekurang-kurangnya 4 daripada 6 peranan pengangkutan di dalam perniagaan melalui perbincangan ke dalam peta minda dengan betul.ii. Menerangkan 3 daripada 4 jenis-jenis pengangkutan berdasarkan gambar yang dipaparkan di rajah dengan betul.iii. Memilih jenis pengangkutan yang sesuai melalui perbincangan kumpulan dengan baik.Aras Rendahi. Menjelaskan sekurang-kurangnya 3 daripada 6 peranan pengangkutan di dalam perniagaan melalui perbincangan ke dalam peta minda dengan betul.ii. Melabelkan 4 jenis-jenis pengangkutan berdasarkan gambar yang dipaparkan di rajah dengan betul.iii. Memilih jenis pengangkutan yang sesuai melalui perbincangan kumpulan dengan baik.

b) Kemahiran (Psikomotor) :

i. Membezakan 8 keping gambar pengangkutan yang ditunjukkan mengikut jenis-jenis pengangkutan dengan betul pada rajah yang disediakan.

c) Sikap dan nilai (Afektif) :

i. Menghormati pendapat rakan dengan memberikan tumpuan.

ii. Bekerjasama dalam menyiapkan tugasan yang diberikan menerusi perbincangan dalam kumpulan dengan baik.

Bahan Bantu Mengajar:PeralatanKuantiti

1. LCD Projektor dan Skrin2. Tayangan Slide Powerpoint / Koswer

3. Kertas Mahjung

4. Marker

5. Kad Kata Kunci Peranan

6. Kad Perkataan

7. Jam Randik1 Set1 keping CD

7 helai

21 batang (biru, hijau, merah)

3 sampul

2 sampul

1 buah

Langkah Pengajaran:

Fasa / MasaIsi KandunganAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Set Induksi

(Mendapatkan Idea)

( 5 minit )Tayangan video memaparkan tentang jenis-jenis kenderaan yang digunakan dalam kehidupan seharian. Video adalah berbentuk grafik beserta nyanyian yang membolehkan murid mengetahui jenis-jenis kenderaan dan jenis-jenis pengangkutan.1. Guru merangsangkan minda murid tentang pelajaran hari ini dengan menayangkan satu tayangan video pengangkutan di depan kelas.

2. Guru memberi respon kepada jawapan murid dan mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan diajar. 3. Guru memaklumkan hasil pembelajaran dan kepentingan menguasai hasil pembelajaran tersebut.1. Murid-murid menyaksikan dan memahami video yang ditayangkan.

2. Murid-murid diminta meneka tajuk pelajaran dan mengemukakan pendapat tentang perkaitan antara tayangan video pengangkutan tersebut dengan tajuk yang akan dipelajari. Kaedah :

Tayangan video pengangkutan.

Strategi :

Berpusatkan bahan

Berpusatkan murid

BBM : 1 VideoKBKK : Menilai

Fasa Perkembangan

(Penstrukturan Semula Idea)

( 30 minit )Pengangkutan Kenderaan yang membawa seseorang atau barangan dari suatu tempat ke tempat yang lain

Pengangkutan darat, air, udara dan saluran paip.

Peranan Pengangkutan

1. Guru membuat penerangan secara menyeluruh tentang maksud pengangkutan dan peranan pengangkutan menggunakan tayangan slaid.2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai peranan dan menekankan berkaitan kata kunci di dalam isi dan huraian.1. Murid mendengar penerangan guru.2. Murid mencatat isi penting.3. Murid menjawab soalan yang dikemukakakan oleh guru.Kaedah :

Tayangan slaid Powerpoint / Koswer tentang peranan dan jenis pengangkutan.Strategi :

Berpusatkan guruBBM :

2 - Slaid Powerpoint / KoswerKBKK :

Menaakul

Kandungan aktiviti pertandingan mengandungi 2 tugas.1) Melengkapkan dan menerangkan peta minda berkaitan peranan pengangkutan.2) Melengkapkan dan menerangkan rajah jenis pengangkutan Kumpulan dibahagikan secara homogenous dan mengikut aras keupayaan atau prestasi iaitu tinggi 2 kumpulan, sederhana 3 kumpulan dan rendah 2 kumpulan. Masa pertandingan ialah 15 minit sahaja.

Kedudukan pertandingan

1. Guru mengarahkan murid bergerak dan berada di dalam kumpulan masing-masing supaya pertandingan dapat dilaksanakan seperti kedudukan yang diarahkan.2. Guru menerangkan keperluan dan panduan melakukan pertandingan dan perbincangan secara kumpulan dengan memberi peluang kepada setiap rakan dalam kumpulan untuk menyumbang idea.1. Murid bergerak mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.

2. Murid mendengar arahan dan panduan melaksanakan aktiviti dan perbincangan

3. Murid menjawab soalan yang dikemukakakan oleh guru.

Kaedah :

Team Games Tournament (TGT)

Strategi :

Berpusatkan murid

BBM : 3 Rajah Jenis-jenis Pengangkutan4 Lembaran Soalan 15 Kad Kata Kunci

6 Kad Perkataan 7 Sampul Surat

8 Jam Randik

KBKK :

Membanding dan membeza

Menjelaskan Menyusun atur maklumat

3. Guru mengedarkan soalan-soalan pertandingan berkaitan peranan dan jenis pengangkutan kepada setiap kumpulan.4. Murid membaca lembaran soalan dan membuat perbincangan bersama ahli kumpulan.

Kumpulan Tinggi

Lembaran soalan dan rajah sahaja. Murid dikehendaki mengisi peranan dan jenis pengangkutan tanpa sebarang bantuan.

Kumpulan Sederhana

Lembaran soalan, rajah dan kad kata kunci peranan sahaja. Murid dikehendaki mengisi peranan dan jenis pengangkutan dibantu dengan kata kunci.

Kumpulan Rendah

Lembaran soalan, rajah dan kad. Murid dikehendaki mengisi peranan dan jenis pengangkutan dengan menyusun semula perkataan berdasarkan kad yang diberi di dalam sampul

Fasa Pengukuhan

(Mengaplikasi Idea)

( 35 minit ) Lembaran Soalan 2 berkaitan dengan soalan situasi pengangkutan. Di dalam lembaran, pelajar memlih jenis pengangkutan dan memberikan huraian pemilihan berdasarkan produk yang diberikan. 1. Guru mengedarkan Lembaran Soalan 2 mengikut kumpulan dan menerangkan panduan membuat tugasan.

2. Guru memberikan panduan dan bimbingan kepada kumpulan-kumpulan terutama kumpulan sederhana dan lemah.3. Guru mengingatkan pelajar masa perbincangan adalah 15 minit sahaja.1. Murid masih duduk di dalam kumpulan.2. Murid membincangkan soalan yang dikemukakakan oleh guru dan merekodkan hasil perbincangan di kertas mahjung.3. Murid dikehendaki memaparkan hasil perbincangan yang dibuat dan seorang wakil dari setiap kumpulan akan membuat pembentangan.

Kaedah :

Sumbangsaran

PerbincanganStrategi :

Berpusatkan muridBBM :

9 Lembaran Soalan 210 Kertas Mahjung dan Marker

KBKK :

Menilai Menganalisis Mempersembahkan maklumat

Penutup

(Kesimpulan)

( 10 minit )Rumusan melihat samada pencapaian murid di dalam aktiviti pertandingan dan perbincangan dengan hasil pembelajaran yang ditetapkan.1. Guru merumuskan pelajaran yang telah dipelajari dan pencapaian hasil pembelajaran.2. Guru mengumumkan pemenang mengikut kumpulan.3. Guru mengedarkan lembaran berbentuk 10 soalan objektif dan 2 soalan esei berkaitan topik sebagai latih tubi dirumah.1. Murid merumuskan pelajaran yang telah dipelajari.2. Murid menerima ganjaran.BBM :

11 Lembaran Soalan Latih Tubi

Refleksi Guru

24