rph corak

7
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN : 5 Cempaka BIDANG : Membuat corak dan rekaan AKTIVITI : Menghasilkan corak terancang menggunakan kertas warna melalui teknik lipatan dan guntingan. TAJUK : Corak terancang. MASA : 7.45-8.45 pagi (60 minit) OBJEKTIF PENGAJARAN : Guru dapat mengajar murid menghasilkan corak Terancang menggunakan kertas warna melalui Teknik lipatan dan guntingan. HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menghasilkan corak terancang menggunakan teknik lipatan dan guntingan. 2. Menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan corak terancang menggunakan kertas warna. 3. Menyatakan secara lisan langkah- langkah untuk menghasilkan kelarai tompok dengan menggunakan teknik lipatan dan guntingan. PENERAPAN NILAI : Kebersihan, rajin, kreatif, disiplin

description

corak

Transcript of rph corak

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAANRANCANGAN PENGAJARAN HARIANMATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SENI VISUALTAHUN: 5 CempakaBIDANG: Membuat corak dan rekaanAKTIVITI: Menghasilkan corak terancang menggunakankertas warna melalui teknik lipatan dan guntingan. TAJUK: Corak terancang.MASA: 7.45-8.45 pagi (60 minit)OBJEKTIF PENGAJARAN: Guru dapat mengajar murid menghasilkan corak Terancang menggunakan kertas warna melalui Teknik lipatan dan guntingan.HASIL PEMBELAJARAN: Pada akhir pembelajaran murid dapat :1. Menghasilkan corak terancang menggunakan teknik lipatan dan guntingan.2. Menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan corak terancang menggunakan kertas warna.3. Menyatakan secara lisan langkah-langkah untuk menghasilkan kelarai tompok dengan menggunakan teknik lipatan dan guntingan.PENERAPAN NILAI: Kebersihan, rajin, kreatif, disiplinKEMAHIRAN BERFIKIR: Berfikiran kreatif dan kritis untuk menghasilkan Kelarai tompok menggunakan kertas warna.KEPERLUAN: Alat : Gunting atau pisau Bahan : Kertas warna bersaiz A4PENGETAHUAN SEDIA ADA: Murid-murid telah terdedah dengan corak terancang Yang ada dipersekitaran mereka. PROSEDUR: 1. Guru menentukan aras pengajaran dan pembelajaran.2. Guru merancang pengajaran dengan menerapkan strategi kemahiran berfikir, kreatif dan kritis,teori kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran akses kendiri dan pembelajaran kontekstual.3. Memulakan pengajaran dengan menjalankan set induksi.4. Menunjukkan contoh corak terancang kepada murid.5. Menunjukkan cara untuk menghasilkan corak terancang dengan betul melalui teknik lipatan dan guntingan.6. Menghasilkan corak terancang.7. P&P diakhiri dengan sesi apresiasi dan refleksi8. Penutup kognitif dan sosial.

BUTIRAN KEGIATANHASIL PEMBELAJARANSTRATEGI PENGAJARAN

Aktiviti 1 (set orientasi)1. Guru menunjukkan beberapa contoh corak terancang menggunakan beberapa teknik yang berbeza. 2. Guru dan murid berbincang mengenai beberapa teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan corak terancang.3. Perbincangan berkenaan dengan ciri-ciri teknik yang hendak digunakan untuk menghasilkan karya.4. Guru memberi definisi corak terancang.5. Guru menunjukkan contoh hasil yang telah siap.Aras 1 Murid dapat mengetahui beberapan cara untuk menghasilkan gambar buah-buahan. Murid dapat membezakan beberapa teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan gambar buah-buahan.

Pembelajaran Kontekstual

Kemahiran berfikir :Menjana idea

Aktiviti 2 (set peralihan)1. Guru menunjukkan alat dan juga bahan yang diperlukan untuk menghasilkan corak terancang menggunakan teknik lipatan dan guntingan.2. Guru menunjukkan cara untuk membuat corak terancang menggunakan teknik lipatan dan guntingan.Aras 2 Murid memahami alat dan bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan corak terancang. Murid memahami proses untuk menghasilkan corak terancang menggunakan teknik lipatan dan guntingan.Kemahiran Intrapersonal

Aktiviti 31. Guru memerhatikan murid menjalankan aktiviti mencorak secara terancang.2. Guru memberi bimbingan kepada murid yang belum mencapai tahap.3. Guru memberi pengayaan bagi murid yang telah mencapai tahap.

Aras 3 Murid menjalankan aktiviti melipat dan menggunting untuk menghasilkan corak terancang.

Pembelajaran akses kendiri : Bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri untuk menghasilkan tugasan.

Sesi apresiasi dan refleksi

Guru memilih beberapa hasil karya murid untuk sesi perbincangan :-baik, sederhana, dan kurang mencapai tahap.

Guru mempamerkan hasil karya murid.

Murid berkenaan dapat menyatakan tentang kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada hasil karya mereka.

Murid yang lain dapat memberi komen dan menghargai tentang ilmu dan kemahiran yang diperolehi.

Teori kecerdasan pelbagai : Kecerdasan verbal linguistik. Kecerdasan interpersonal dan intrapersonal.

Penutup : kognitif Guru menunjukkan hasil mencorak yang menggunakan teknik lipatan dan guntingan yang terbaik dalam kalangan murid. Guru menyatakan fungsi aktiviti yang dijalankan.

Murid lebih jelas tentang aktiviti yang dipelajari.

Pembelajaran diakhiri dengan perasaan seronok dan gembira.Teori Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan verbal linguistik. Kecerdasan interpersonal dan intrapersonal.