RPH INOVASI

download RPH INOVASI

of 4

description

Rancangan Pengajaran Tahun 5

Transcript of RPH INOVASI

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN TARIKH: 03 SEPTEMBER 2015HARI : KHAMISMINGGU : 31

Mata pelajaran: BAHASA MALAYSIATahun: 5 PintarBilangan murid: 21 orangMasa: 11.40 pagi hingga 12.40 tengah hariTema: Warisan BangsaTajuk: Uniknya Budaya KitaStandard kandungan: 1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata,perkataan, frasa dan ayat dengan betul. 3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalm pelbagai genre dengan betul.

Standard Pembelajaran: 1.2.6 Mendengar, memahami dan menyebut pelbagai ragam ayat dengan struktur binaan ayat yang betul dan tepat. 3.7.2 Menghasilkan bahan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif menggunakan ayat gramatis dengan betul.

Objektif: Murid dapat:a) Membaca dan memahami pelbagai jenis ragam ayat daripada bahan yang dibaca.b) Membina ayat yang gramatis berpandukan bahan bacaan.

Sistem bahasa: Tatabahasa Ayat majmukPengisian Kurikulum: Ilmu Sosiobudaya Nilai Hemah tinggi KP Kontekstual BCB Menganalisis

Inovasi: Teknik SAM

Bahan Bantu Mengajar: a) Kad jemputan kahwin b) Rakaman audio - Lagu Kompang DipaluPengetahuan sedia ada: Murid telah biasa melihat kad jemputan kahwin dan pernah menghadiri majlis perkahwinan.

Langkah/ MasaIsi PelajaranAktivitiCatatan

Set induksi(5 minit)Mendengar rakaman audio Lagu Kompang Dipalu.1. Guru meminta murid-murid mengaitkan peristiwa yang berlaku berdasarkan rakaman audio.2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang persediaan yang biasa dilakukan sebelum berlangsung majlis perkahwinan.- pertunangan- menyediakan kad jemputan- kelengkapan : jamuan, pakaian, pelamin

Rakaman audio Lagu Kompang DipaluSDP:Muzik

Langkah 1(10 minit)Membaca dan menganalisis maklumat yang terdapat pada kad jemputan.1. Guru mengedarkan kad jemputan kahwin kepada semua murid. 2. Murid-murid membaca maklumat yang terdapat pada kad jemputan.2. Murid-murid diminta menyenaraikan maklumat yang terdapat di dalam kad jemputan seperti;-Nama pengantin dan keluarga-Tarikh majlis-Tempat diadakan majlis

3. Guru memilih tiga orang murid secara rawak untuk menyebut maklumat yang diperoleh daripada kad jemputan.BBM:Kad jemputan

SDP:Seni Visual

Langkah 2(15 minit)

Perbincangan Teknik SAM untuk membina ayat yang gramatis.1. Guru menerangkan Teknik SAM untuk dijadikan panduan membina ayat yang gramatis.2. Maksud SAM (S= Siapa, A= Apa, M= Mana/Mengapa)

Contoh:Siapa yang menjemput?Apa majlis yang akan dilaksanakan?Mengapa majlis dilaksanakan?

2. Guru bersoal jawab dengan beberapa orang murid dan secara kelas tentang apa yang dimaksudkan dengan Teknik SAM. BBM:Kad Jemputan Kahwin

Langkah 3(15 minit)Aktiviti berpasangan.

Membina rangka jawapan untuk menulis lima ayat yang gramatis berpandukan kad jemputan.

1. Setiap pasangan diminta membina rangka jawapan tetapi masih menggunakan kad jemputan masing-masing.(Ayat mungkin sama tetapi berbeza maklumat)2. Guru meminta beberapa orang murid membaca hasil tugasan.3. Guru memberi komen dan pandangan terhadap jawapan yang diberi oleh murid.Kaedah Koperatif

Langkah 4(10 minit)Menjawab soalan latihan.1. Guru membuat penegasan tentang Teknik SAM agar murid dapat membina ayat yang gramatis.

2. Murid membina lima ayat yang gramatis di dalam buku latihan Penulisan berpandukan kad jemputan kahwin. Buku latihan Penulisan.

Penutup(5 minit)Guru membuat rumusan isi pelajaran.1. Guru meminta murid menyebut semula apa yang dimaksudkan dengan SAM.

2. Guru merumuskan tentang kepentingan membina ayat majmuk. Ayat yang baik dan gramatis perlu ada idea utama,penerangan dan contoh. Patuhi Teknik SAM agar mudah membina ayat dan mendapat skor yang baik dalam ujian.

anizabtabdullah4