rph pelajar pandai

download rph pelajar pandai

of 6

Transcript of rph pelajar pandai

  • 7/31/2019 rph pelajar pandai

    1/6

    Mata pelajaran: Sains

    Kelas: Tingkatan 1 Amanah

    Tarikh: 08/05/2012

    Masa: 11.35 pagi 12.35 tgh (60 minit)

    Bilangan murid: 25 orang

    Bidang pelajaran: Jirim

    Objektif pembelajaran: Mengenal jirim

    Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

    A Menguasai isi kandungan

    a. Memahami jirim mempunyai jisim dan memenuhi ruangb. Memahami tiga keadaan jirim

    B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir

    a. mereka bentuk dan menjalankan eksperimen dalam kumpulan untuk menunjukanbahawa terdapat ruang diantara zarah-zarah jirim

    C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

    a. melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan eksperimen berdasarkan prosedur

    yang dipersetujui dalam kumpulan

    b. menghargai masa dengan menjalankan eksperimen dengan pantas dan sentiasa

    menumpu kepada menjalankan tugasan tersebut

    Konsep/prinsip/hukum/teori:

    Jirim

    a. mempunyai jisimb. memenuhi ruangc. wujud dalam 3 keadaan

  • 7/31/2019 rph pelajar pandai

    2/6

    Bahan, peralatan dan bahan sumber:

    Pottassium Permaganante

    Jel

    AlkoholSilinder

    Air

    Asap

    Kelalang

    Nota di slaid PowerPoint

    Langkah berjaga-jaga:

    Berhati-hati menggunakan bahan kimia dan asap

    Pengetahuan sedia ada:

    Murid telah mempelajari bahawa benda yang boleh disentuh mempunyai jisim dan memenuhi ruang.Miskonsepsi

    pula wujud apabila murid menganggap gas dan cecair tidak termasuk dalam kategori jirim dan tidak mempunyai

    bentuk.

    Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran NotaAktiviti Guru Aktiviti Murid

    Permulaan/

    Mencungkil

    idea

    (5 min)

    Semua benda adalah

    jirim.

    Menjelaskan sifat-sifat

    jirim

    Menunjukkan semua benda

    seperti buku,udara, air,tanah

    dan benda hidup mempunyai

    jisim dan memenuhi ruang

    melalui aktiviti.

    Murid memberi

    respon dengan

    menyatakan sifat-

    sifat yang ada pada

    jirim

    Strategi/

    Teknik:

    Penyoalan seluruh

    kelas secara lisan

    terhadap apa yang

    ditunjukkan oleh

    guru.

    Menstruktur/

    Menstruktur

    semula(40 min)

    Jirim mempunyai 3

    keadaan:

    a.pepejalb.cecair

    c.gas

    Menyatakan susunan

    dan pergerakan zarah

    dalam setiap jirim

    Mengutarakan satu

    persoalan utama:

    Apakah keadaan-keadaanyang wujud bagi jirim?

    Tanya hipotesis, prosedur

    dan pembolehubah terlibat.

    Debriefing

    Taksir kefahaman secara

    lisan Murid yang telah

    Murid membuat

    hipotesis, mengikut

    prosedurmenyatakan

    pembolehubah.

    Murid menjalankan

    eksperimen bagi

    menjawab

    persoalan.

    Strategi/

    Teknik:

    Aktiviti inkuiridalam kumpulan

    Sikap saintifik dan

    nilai murni:

    Penglibatan aktif

    Menghargai masa

  • 7/31/2019 rph pelajar pandai

    3/6

    menguasai maju ke fasa

    aplikasi, manakala murid

    yang tidak, dikumpul dalam

    satu kumpulan dan diberi

    penerangan kumpulan kecil

    Aktviti pemulihan:

    Mendengar

    penerangan guru

    dalam kumpulan

    kecilAplikasi Idea

    (10 min)

    1. Pepejal mempunyai

    isipadu dan bentuk

    yang tertentu

    2. Cecair mempunyai

    isipadu dan bentuk

    mengikut bekas

    3. Gas tidak

    mempunyai isipadu

    dan bentuk yag tetap

    Menjelaskan ciri-ciri bagi

    setiap keadaan untuk

    memberi lebih kefahaman

    kepada murid

    Pelajar membuat

    nota ringkas

    bersama-sama

    dalam kumpulan

    dengan merujuk

    slaid PP guru

    Strategi:

    Perbincangan

    kumpulan

    Sumber

    pengajaran: slaid

    PP

    Refleksi/Penutup

    (5 min)

    Jirima.mempunyai sifat-

    sifat tertentu

    b.terdiri daripada 3

    keadaan

    c.setiap keadaan

    mempunyai ciri-ciri

    tersendiri

    Taksir kefahaman pelajardengan memberi kuiz

    pendek. Soalan ditujukan

    pada individu.

    Tunjukkan ringkasan idea

    utama di slaid.

    Beri latihan dalam 5 soalan

    untuk disiapkan dirumah

    Pelajar merujukkepada nota rigkas

    yang telah dibuat

    dalam kumpulan.

    Strategi:Penyoalan

    keseluruhan kelas

    Sumber

    pengajaran: slaid

    PP

  • 7/31/2019 rph pelajar pandai

    4/6

    Soalan Subjektif

    1. Namakan satu jirim bagi setiap pernyataan yang diberikan dibawah:

    a) Pepejal yang sedang anda duduki

    b) Pepejal yang anda gunakan untuk menulis diatasnya

    c) Gas yang anda perlukan untuk bernafas

    d) Cecair yang anda gunakan untuk menulis

    e) Cecair yang anda gunakan untuk menggoreng ikan

    f) Gas yang diisi di dalam belon kaji cuaca

    2. Kaitkan kelajuan pergerakan zarah-zarah di dalam pepejal, cecair dan gas dengan cara susunan

    zarah-zarahnya.

  • 7/31/2019 rph pelajar pandai

    5/6

    Soalan objektif

    1. Sifat-sifat jirim adalah

    a. memenuhi ruang

    b. mempunyai jisim

    c. mempunyai jisim dan memenuhi ruang

    d. memenuhi ruang tetapi tidak mempunyai jisim

    2. Antara berikut yang manakah bukan contoh jirim?

    a. Air c. Bunyi

    b. Batu d. Udara

    4. Pepejal,cecair dan gas mempunyai

    a. isipadu yang tertentu

    b. jisim yang tertentu

    c. bentuk yang tertentu

    d. ruang yang sama diantara zarah-zarah didalamnya

    3. Antara yang berikut, yang manakah akan berlaku sekiranya air bertukar menjadi wap?

    a. Daya tarikan antara zarah-zarah air bertambah kuat

    b. Tenaga yang terkandung dalam zarah-zarah air berkurang

    c. Jarak antara zarah-zarah air bertambah jauh

  • 7/31/2019 rph pelajar pandai

    6/6

    d. Zarah-zarah air bergerak lebih perlahan

    5. Rajah 1 menunjukkan pengelasan jirim. Antara berikut yang manakah mewakili P dan Q?

    6. Diantara pernyataan-pernytaaan yang berikut yang manakah tidak betul?

    a. Sesuatu yang mempunyai ruang dan berat mempunyai jirim

    b. Jirim terdiri daripada zarah kecil yang berasingan

    c. zarah kecil di dalam unsur disebut atom

    d. Susunan zarah dalam tiga keadaan jirim adalah sama

    P Q

    A Sulfur Garam

    B Karbon Udara

    C Zink Air

    D Kumprum Batu Kapur