rph

download rph

of 21

description

rph sains

Transcript of rph

1.0 RPH Berdasarkan Model Lima Fasa NeedhamTajuk: Menyiasat Pertumbuhan Anak BenihTarikh: 22 Julai 2013Masa: 9.00 pagi 10.00 pagiTahun: 2 MawarBil. pelajar: 25 orangMata pelajaran: Dunia Sains dan TeknologiTema: Sains HayatStandard Pembelajaran :3.1.1 Mengenal pasti keperluan asas anak benih iaitu air, udara dan cahaya.3.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui penulisan atau lisan.

Pengetahuan sedia ada :1. Pelajar pernah melihat anak benih melalui pemerhatian di sekeliling kehidupan seharian mereka.2. Pelajar telah mengetahui bahawa anak benih perlu di siram supaya hidup subur melalui pemerhatian aktiviti bercucuk tanam yang dilakukan oleh orang di persekitaran mereka.Pendekatan: KonstruktivismeKPS: Memerhati, KomunikasiNilai murni: Patuh arahan guru, bersaing, bekerjasama, hormat-menghormati, berani, sabar, bertolak ansur, bersyukur, mencintai alam sekitarEMK: Mengira (Matematik), Bahasa, BBM: Buku cerita, video, bekas siraman air, topeng, plastik alas, kertas mahjong, kad, papan permainan, dadu

FasaIsi PelajaranAktiviti P&PCatatan

Orientasi(5 minit)

Guru akan membacakan kepada pelajar sebuah cerita dalam buku cerita yang telah disediakan bertajuk Mari Berkebun. Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran iaitu Keperluan Asas Anak Benih.

ABM : Buku ceritaNilai murni : Patuh arahan guruEMK : Bahasa

Pencetusan idea(10 minit) Anak benih yang ditanam oleh Mimi hidup subur kerana

mendapatkeperluan asas yang mencukupi iaitu udara, air dan cahaya. Anak benih yang ditanam oleh Nana kelihatan layu kerana tidak mendapat keperluan asas yang mencukupi iaitu air.

Anak benih yang ditanam oleh Nina kelihatan layu kerana tidak mendapat keperluan asas yang mencukupi iaitu cahaya. Anak benih yang ditanam oleh Nini kelihatan layu kerana tidak mendapat keperluan asas

yang mencukupi iaitu udara.

Pelajar ditunjukkan gambar-gambar anak benih yang ditanam oleh Mimi dan adik-beradiknya yang lain setelah beberapa hari di dalam buku cerita.

Guru meminta pelajar untuk menyatakan pendapat mereka tentang sebab-sebab yang mempengaruhi keadaan anak benih yang ditanam oleh karakter Mimi dan adik-adiknya terjadi sedemikian (hidup subur dan layu).ABM : Buku cerita

KPS : Memerhati KomunikasiNilai murni : Bersaing

Penstrukturan semula idea(30 minit) Keperluan asas anak benih ialah : cahaya air udara

Aktiviti 1 Guru menayangkan video kepada pelajar yang berkaitan dengan Keperluan Asas Anak Benih. Guru meminta pelajar untuk memerhatikan video yang ditayangkan.

Aktiviti 2 (Main peranan) Guru membahagikan pelajar kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama merupakan kumpulan anak benih yang dijaga manakala kumpulan dua mewakili anak benih yang terbiar. Seorang pelajar lain memegang bekas siraman air. Pelajar tersebut diminta untuk berlakon menyiram pelajar kumpulan pertama. Guru meminta kumpulan tersebut untuk menunjukkan aksi segar dan ceria dan kumpulan dua menunjukkan aksi layu dan tidak bermaya.

Seorang pelajar lain akan memakai topeng matahari dan berlakon sebagai matahari. Pelajar tersebut akan berdiri berdekatan dengan kumpulan pertama tetapi berjauhan dengan kumpulan dua. Kumpulan pertama diminta untuk menunjukkan aksi segar dan ceria manakala kumpulan dua akan menunjukkan aksi layu dan tidak bermaya. Dua orang pelajar lain akan menyelubung kumpulan dua dengan plastik alas untuk menandakan anak benih tersebut disekat daripada bekalan udara. Kumpulan dua akan

menunjukkan aksi layu dan tidak bermaya. Kumpulan pertama akan menunjukkan aksi segar dan ceria.Aktiviti 3 Dalam kumpulan, pelajar diminta membuat perbincangan tentang keperluan asas anak benih berdasarkan aktiviti 1 dan 2 yang telah yang dibuat. Sebelum perbincangan dimulakan, guru menyatakan kepada pelajar tentang kepentingan bekerjasama dan saling menghormati sesama ahli kumpulan supaya tugasan yang diberikan dapat diselesaikan dengan

sempurna. Pelajar membentangkan hasil perbincangan mereka. Guru membimbing pelajar tentang tajuk pembelajaran semasa pembentangan tersebut.

ABM : Video Bekas siraman air Topeng Plastik alas Kertas mahjong

KPS : Memerhati KomunikasiNilai murni : Bekerjasama Hormat-menghormati Berani

Aplikasi idea(10 minit) Rujuk lampiran 3 untuk jawapan permainan Vine and Villains.Permainan Vine and Villains Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Dalam kumpulan tersebut, pelajar akan bermain permainan Vine and Villains.

Dalam permainan tersebut, pelajar hendaklah menyelesaikan masalah yang terdapat pada kad soalan apabila buah mereka terletak pada petak tumbuh. (Rujuk lampiran 3 ) Sebelum memulakan permainan, guru meminta pelajar untuk sentiasa sabar sepanjang permainan untuk menunggu giliran masing-masing untuk bermain.

ABM : Kad Papan permainan Dadu Buah

EMK : Mengira (Matematik)Nilai murni : Sabar Bertolak-ansur

Refleksi(5 minit) Anak benih memerlukan keperluan asas yang mencukupi untuk hidup dengan subur. Keperluan asas anak benih ialah : air cahaya udara

Contoh peta konsep :

Pelajar membuat kesimpulan tentang tajuk pembelajaran dengan menggunakan peta konsep. Guru menyatakan kepada pelajar supaya menyayangi tumbuhan kerana tumbuhan memainkan peranan penting terhadap alam sekitar. Guru bersama-sama pelajar menyanyikan lagu Suasana di Pagi Hari. ABM : Kertas mahjong VideoKPS : KomunikasiNilai murni : Bersyukur Mencintai alam sekitar

15

2.0 Kelebihan RPH Pengaplikasian teori dan pendekatan yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan penggunaannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Penggunaan teori atau pendekatan dalam rancangan pengajaran akan dapat membantu guru untuk memahami proses pembelajaran yang berlaku kepada pelajar serta dapat memahami faktor atau sebab yang dapat mempengaruhi dan mempercepatkan proses pembelajaran pelajar (Arif Sukardi, 1987). Model lima fasa Needham yang telah diperkenalkan oleh Needham 1987 merupakan satu pendekatan konstruktivisme yang banyak digunakan oleh guru terutamanya bagi mata pelajaran Sains kerana fasa-fasa yang terdapat dalam model tersebut dapat membantu pelajar untuk membina kefahaman sesuatu dengan optimum.2.1 Fasa OrientasiAntara kelebihan RPH yang dibuat berdasarkan model lima fasa Needham ialah dalam model tersebut, fasa yang pertama merupakan fasa orientasi. Fasa orientasi ini amat penting kerana melalui fasa ini guru dapat menarik perhatian dan minat pelajar serta memotivasikan pelajar agar mereka terus berminat dalam pengajaran yang berlangsung. Dalam fasa ini, aktiviti yang telah dirancangkan dalam RPH ialah bercerita. Pada fasa ini, guru akan membaca cerita kepada pelajar yang berkaitan dengan tajuk yang akan dipelajari oleh mereka. Melalui penggunaan teknik bercerita ini, dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Suasana yang diwujudkan ini akan dapat menimbulkan minat pelajar bagi memberikan tumpuan terhadap pembelajaran mereka. Apabila pelajar sudah mempunyai motivasi untuk belajar, mereka akan berada dalam keadaan kesediaan untuk menerima pembelajaran mereka. Menurut hukum pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh Thorndike dalam teori pelaziman operan, menyatakan bahawa seseorang individu perlu ada kesediaan untuk memungkinkan sesuatu tindakan atau gerak balas berlaku. Hukum kesediaan ini akan mendorong ke arah pencapaian matlamat pembelajaran. Menurut Thorndike, gangguan atau halangan kepada pencapaian matlamat akan mengakibatkan kegusaran atau kekecewaan. Sebagai contoh, sekiranya individu tersebut sudah berada dalam keadaan sedia untuk bertindak, dia dibimbing dan dibantu, kesannya amat memuaskan tetapi jika seseorang individu itu berada dalam keadaan tidak sedia tetapi dipaksa, akan membawa kepada kekecewaan atau tidak dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan kerana mereka menjalani pembelajaran dalam keadaan terpaksa bukan kerelaan mereka sendiri. Jadi, melalui teknik bercerita yang digunakan, ia bukan sahaja dapat menarik minat pelajar tetapi juga dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap tajuk atau konsep yang ingin di ajar yang seterusnya dapat merangsang pelajar untuk melahirkan idea atau pendapat mereka. Antara kelebihan lain penggunaan teknik ini ialah selain dapat mempelajari tentang mata pelajaran Sains, pelajar juga dapat mempelajari tentang bahasa melalui buku cerita. Hal ini secara tidak langsung turut membantu dalam memperkembangkan bahasa pelajar. Oleh hal demikian, fasa orientasi dalam model ini dapat membantu guru untuk memastikan pelajar ada kesediaan yang diperlukan untuk memulakan sesuatu topik atau aktiviti pembelajaran. Kesannya, pelajar akan berjaya mengikuti pembelajaran dengan lebih baik dan berkesan serta dapat mencapai kejayaan sekiranya apa-apa yang dipelajari adalah selaras dengan keupayaan mereka. Selain mengaplikasikan fasa ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah memainkan peranan dalam menentukan aktiviti yang bersesuaian yang boleh membantu untuk merangsang pelajar supaya mempunyai minat untuk meneruskan pembelajaran mereka.2.2 Fasa pencetusan ideaFasa pencetusan idea dalam model tersebut dapat membantu guru untuk mengetahui miskonsepsi pelajar ataupun kerangka alternatif pelajar yang seterusnya membolehkan guru membantu pelajar tersebut untuk membina konsep yang betul melalui aktiviti hands-on dan minds-on di peringkat seterusnya. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru pada fasa ini seperti perbincangan, pemetaan konsep, laporan dan sebagainya. Bagi mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar, aktiviti yang berbentuk penyelesaian masalah telah dirancang dalam rancangan pengajaran yang dibuat. Aktiviti ini dapat membantu guru untuk mengetahui sama ada idea asal yang diperoleh oleh pelajar adalah bertepatan dengan konsep sebenar atau tidak. Guru dapat mengenal pasti miskonsepsi ini melalui jawapan yang diberikan oleh pelajar terhadap masalah yang dikemukakan oleh guru. Hal ini boleh membantu guru untuk membuat perancangan aktiviti yang bersesuaian di peringkat seterusnya bagi menstrukturkan semula atau mengukuhkan idea asal pelajar. Idea asal yang telah dimiliki oleh pelajar, amat penting untuk diambil kira kerana kemungkinan besar pelajar sudah mempunyai idea atau pengalaman yang berkaitan dengan topik pembelajaran yang akan diajar. Menurut Martin & Sugarman, 1996, menyatakan bahawa kanak-kanak telah memperoleh pengalaman tentang alam sekitar sejak dilahirkan. Idea-idea informal ini akan dibawa ke dalam bilik darjah (Von Glasersfeld, 1995). Tanpa mengambil kira idea asal pelajar akan menimbulkan kekeliruan kepada pelajar jika pengetahuan atau pengalaman lepas mereka adalah bertentangan dengan konsep baru yang diajar oleh guru. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami dan membina konsep yang betul dalam pembelajaran yang dilalui. Jika guru mengetahui tentang pengetahuan sedia ada mereka, pelajar akan dapat membina sesuatu konsep dengan lebih baik dan berkesan. Selain itu, ia akan memberikan kesan yang buruk jika miskonsepsi pelajar tidak dibetulkan oleh guru kerana mereka akan membawa pemahaman tersebut sampai bila-bila. Oleh hal yang demikian, adalah penting bagi guru untuk mengambil kira idea awal atau pengetahuan sedia ada pelajar dalam memastikan sebarang perubahan atau perkembangan idea itu dimiliki oleh pelajar sendiri (Maloney, 2007, Taber, 2003, Poh, 1997, et al.,1985). 2.3 Fasa penstrukturan semula ideaManakala, pada fasa penstrukturan semula idea merupakan fasa yang memberikan peluang kepada pelajar untuk mengubahsuai kerangka alternatif secara saintifik. Pada fasa penstrukturan semula idea, guru hanya menyediakan aktiviti pembelajaran yang bersesuaian bagi membolehkan pelajar untuk membina pengetahuan atau idea baru mereka dengan sendiri. Pembinaan sesuatu konsep oleh pelajar secara sendiri boleh merangsang mereka untuk berfikir secara kritis. Contohnya, seperti aktiviti yang telah dibuat dalam RPH iaitu menayangkan video. Melalui tayangan video tersebut pelajar diminta untuk memerhati video tersebut berkaitan dengan keperluan asas anak benih. Dalam aktiviti kedua pula, pelajar akan melakukan aktiviti main peranan yang juga berkaitan dengan keperluan asas anak benih. Pada aktiviti ketiga, pelajar dikehendaki membuat perbincangan tentang tajuk tersebut dalam kumpulan berdasarkan aktiviti yang telah dilakukan sebelumnya. Semasa perbincangan tajuk, pelajar akan menggunakan kemahiran berfikir secara kritis apabila mereka menganalisis kedua-dua aktiviti yang telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan keperluan asas anak benih. Apabila pelajar sudah berjaya membuat analisis dan memperoleh idea baru, mereka akan cuba membanding bezakan pengetahuan sedia mereka dengan pengetahuan baru yang diperoleh. Menganalisis dan membanding beza merupakan salah satu cara berfikir secara kritis. Setelah melakukan perbandingan tersebut, pelajar akan dapat mengetahui sama ada idea asal mereka adalah bertepatan dengan konsep sebenar atau tidak. Jika ia bertentangan maka pelajar akan mengalami proses akomodasi. Jadi, secara tidak langsung, melalui aktiviti yang dijalankan bukan sahaja membantu pelajar untuk membina konsep baru tetapi juga dapat membantu pelajar untuk berfikir secara kritis. Selain itu, aktiviti ketiga yang telah dirancangkan dalam rancangan pengajaran dapat membantu pelajar untuk berfikir secara kreatif. Untuk melakukan pembentangan, pelajar akan berfikir tentang bagaimana cara ingin menyampaikan maklumat yang diperolehi hasil daripada perbincangan mereka serta cara untuk membuat komunikasi yang baik supaya mereka dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan. Jadi, melalui fasa ini dan aktiviti yang dilaksanakan sememangnya dapat membantu pelajar untuk membina konsep baru dengan lebih tepat dan berkesan dan ia juga membantu pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar memang sepatutnya digalakkan untuk menguasai kemahiran berfikir ini kerana ia bukan sahaja dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran mereka tetapi juga dalam kehidupan seharian mereka. 2.4 Fasa aplikasi ideaManakala, fasa pengaplikasian idea merupakan fasa yang bertujuan untuk mengenal pasti idea yang baru diubahsuai atau dibina dapat diaplikasikan dalam situasi baru. Pengaplikasian idea ini boleh dijadikan sebagai latihan bagi memastikan pelajar betul-betul memahami konsep yang telah dibina. Pada fasa ini, aktiviti yang disediakan dalam RPH adalah permainan Vine and Villain yang mana pelajar hendaklah menyelesaikan masalah yang diberikan untuk maju ke petak yang seterusnya. Pelajar akan mengaplikasikan konsep yang telah di bina pada peringkat sebelumnya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pengaplikasian konsep dalam situasi baru ini membolehkan pelajar untuk lebih memahami sesuatu konsep dengan lebih berkesan. Apabila pelajar dapat memahami konsep yang dibina dengan lebih baik, maka mereka dapat mengingati konsep tersebut dengan lebih berkesan. Hal ini bersesuaian dengan hukum latihan yang diperkenalkan oleh Thorndike, hubungan rangsangan dan gerak balas akan menjadi kukuh jika adanya pengulangan dan latihan yang banyak dan pelbagai. Manakala, hubungan antara rangsangan dan gerak balas akan menjadi lemah jika ia tidak digunakan yang mana tiada pengulangan dan latihan. Hal ini bermaksud hukum latihan menekankan bahawa manusia belajar melalui proses membuat dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak digunakan lagi. Kesimpulannya, penggunaan fasa pengaplikasian idea dalam rancangan pengajaran akan membolehkan guru untuk membantu murid untuk lebih memahami dan mengingati pengetahuan serta kemahiran yang dikuasai melalui latihan dan penggunaan pengetahuan dengan menyediakan aktiviti yang bersesuaian.

2.5 RefleksiFasa refleksi adalah bertujuan untuk menilai kefahaman pelajar dan menilai sama ada idea terdahulu telah berubah. Aktiviti yang telah dirancang dalam rancangan pengajaran pada fasa ini adalah membuat rumusan dengan menggunakan peta konsep. Aktiviti ini dapat membantu guru untuk mengetahui sejauh mana pemahaman pelajar terhadap konsep yang telah dibina pada peringkat sebelumnya. Apabila guru dapat mengetahui tahap pengetahuan pelajar, ia dapat membantu guru untuk membuat perancangan yang seterusnya bagi memastikan pelajar dapat menguasai konsep tersebut dengan lebih jelas dan berkesan. Aktiviti ini juga membolehkan guru untuk mengetahui tentang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Hal ini akan membantu guru untuk memilih dan melaksanakan strategi lain yang lebih sesuai bagi memastikan pelajar memperoleh pembelajaran yang bermakna. Kesimpulannya, di akhir pengajaran, guru hendaklah menyediakan aktiviti yang bersesuaian bagi mendapatkan maklumat berkaitan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.Tuntasnya, model lima fasa Needham amat sesuai untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat membantu pelajar untuk membina konsep secara sendiri dengan lebih berkesan. Aktiviti yang bersesuaian juga amat penting dirancang oleh guru agar ia dapat membantu pelajar bagi membina sesuatu konsep dengan mudah.