sadasd

10
Peranan Pendebat Pendebat Pertama: Kerajaan Dimulakan dengan kata-kata aluan(Ucapan pendahuluan utk siapa yg ada dalam dewan? kalau ala parlimen, Tuan YgDipertua, Pihak Kerajaan, Pembangkang, dan Ahli Dewan yg bersidang) Pendefinisian secara literal (boleh jadi kamus dewan sebagai sumber pendifinisian, x perlu panjang dan teliti sangat) Pendifinisian secara konseptual (Pendifinisian secara tersirat tentang apa yang kita ingin bawa/terjemah tentang usul perdebatan, setiap pendefinisian memerlukan penelitian dan penterjemahan yg baik dan jelas, sesetengah frasa dalam usul memerlukan sumber autoritatif, kuat seperti dari mana2 Jabatan,Persatuan, Kementerian, buku2,orang2 ternama seperti Tun Dr. Mahathir, dan sebagainya) Pendirian/premis kerajaan Beban bukti utk pembangkang (Apa yg perlu pembangkang buktikan untuk lawan kes kerajaan secara berdepan dan bersemuka) Menyebut tugas ahli2 meja kerajaan. (Pendebat pertama, kedua dan ketiga) Membawa hujah pertama. (Hujah perlulah disampaikan dengan jelas dan teliti. Perlu diingatkan, bukan berapa banyak

description

asdasda

Transcript of sadasd

Page 1: sadasd

Peranan Pendebat

Pendebat Pertama:

Kerajaan

Dimulakan dengan kata-kata aluan(Ucapan pendahuluan utk siapa yg ada dalam

dewan? kalau ala parlimen, Tuan YgDipertua, Pihak Kerajaan, Pembangkang,

dan Ahli Dewan yg bersidang)

Pendefinisian secara literal (boleh jadi kamus dewan sebagai sumber

pendifinisian, x perlu panjang dan teliti sangat)

Pendifinisian secara konseptual (Pendifinisian secara tersirat tentang apa yang

kita ingin bawa/terjemah tentang usul perdebatan, setiap pendefinisian

memerlukan penelitian dan penterjemahan yg baik dan jelas, sesetengah frasa

dalam usul memerlukan sumber autoritatif, kuat seperti dari mana2

Jabatan,Persatuan, Kementerian, buku2,orang2 ternama seperti Tun Dr.

Mahathir, dan sebagainya)

Pendirian/premis kerajaan

Beban bukti utk pembangkang (Apa yg perlu pembangkang buktikan untuk lawan

kes kerajaan secara berdepan dan bersemuka)

Menyebut tugas ahli2 meja kerajaan. (Pendebat pertama, kedua dan ketiga)

Membawa hujah pertama. (Hujah perlulah disampaikan dengan jelas dan teliti.

Perlu diingatkan, bukan berapa banyak fakta yang penting dalam hujah kita,

tetapi, macamana kita analisi hujah dgn baik utk menepati kehendak usul adalah

yg sepatutnya!)

Penutup (Menyimpulkan apa kes kerajaan dan hujah yg dibawakan sebentar

tadi)

Page 2: sadasd

Pendebat kedua

Kerajaan/Pembangkang

Dimulakan dengan kata aluan

Menyatakan peranan sendiri

Menjawab persoalan dan pertikaian pihak lawan serta membidas pihak lawan

( Untuk bahagian bidasan,pembahas kedua yang baik, fokuskan kepada bidasan

pendekatan yang dibawa oleh pihak lawan, dan kalau boleh cuba elakkan

membidas hujah kerana tugas membidas hujah adalah tugas pendebat ketiga)

Membawa hujah kedua yang dianalisis dengan baik.( Ingat, jgn pentingkan

berapa banyak fakta yang ada, tetapi pentingkan macamana kita analisis fakta

dengan baik,dan disampaiakn dengan berstruktur dari fasa pertama hujah

hinggalah fasa akhir hujah bagi setiap fakta )

Membawa hujah ketiga

.

Untuk dimuhasabah: Kebanyakan pendebat kedua terlalu suka untuk mebuat bidasan

yang panjang sehingga masa untuk menyampaikan dua lagi hujah tidak sempat

sedangkan peranan pendebat kedua adalah untuk menyampaikan hujah pihak sendiri

dengan baik dan berkesan. Justeru, urus dan kawal masa ucapan anda agar anda

boleh membuat pertikaian kepada lawan dan membawa hujah pihak sendiri dengan

berkesan dan baik.

Page 3: sadasd

Pendebat ketiga

Kerajaan/Pembangkang

Dimulakan dengan kata aluan

Menyatakan tugas/struktur ucapan sendiri

Membidas konsep dan pendekatan pihak lawan

Membidas setiap hujah lawan

Ada banyak teknik membidas sebenarnya. Lain pendebat, lain cara membidasnya.

Tetapi, untuk bidasan yang baik kebiasaannya ada fasa restate, rebut and

replace dalam bidasan.

1. Mulakan dengan menyebut balik kes @ hujah lawan,restate,

2. Kemudian rebut,membidas dengan meragukan kes @ fakta/hujah,

3. Dan penting untuk gantikan dengan alternatif ,replace facts

Bidasan yang baik juga adalah bidasan yang menganalisis satu demi satu kes dan

hujah pihak lawan kemudian dikaitkan kembali dengan kes pihak sendiri

Page 4: sadasd

Pengulungan

Apa yang perlu ada dalam sebuah ucapan penggulungan?

Saya pasti ramai pendebat sudah arif dan tahu jawapannya. Dalam sesi latihan pun,

pasti jurulatih ada menerangkan soal penggulungan

.

Secara peribadi, saya menganggap ucapan penggulungan tidak mempunyai sebarang

format khusus yang ketat.

Yang ada cuma peraturan-peraturan tertentu, misalnya, waktu ucapan penggulungan

diperuntukkan selama empat minit bagi setiap pasukan.

Pun begitu, terdapat beberapa komponen asas yang perlu ada dalam setiap ucapan

penggulungan. Nama atau jenama mungkin berbeza, tapi saya simpulkan komponen-

komponen tersebut kepada tiga, iaitu:

1. Rumusan kes pasukan

2. Rumusan kes pihak lawan

3. Rumusan perdebatan

Kandungan setiap komponen juga tidak ada peraturan ketat. Berkesan atau tidak

sesebuah ucapan penggulungan, bergantung sepenuhnya pada kreativiti pendebat.

Yang saya nukilkan di sini, hanya cadangan. Kalau sudi, boleh cuba.

Dalam entri kali ini, saya memilih struktur paling konvensional dalam penggulungan iaitu

menyampaikan ketiga-ketiga komponen di atas mengikut susunan.

Struktur ini mudah dan menjadi pilihan majoriti pendebat. Saya galakkan agar pendebat

muda yang baru terjun ke arena penggulungan agar menggunakan struktur asas ini

sebelum menguji teknik lain.

Page 5: sadasd

Apakah kandungan bagi setiap komponen berkenaan?

1. Rumusan kes pasukan

Ingat, rumusan bukan ulangan semula. Dalam sebuah karangan, misalnya, perenggan

terakhir tidak memuntahkan semula semua isi.

Biasanya, komponen ini mengandungi kronologi pembinaan dan pembuktian kes dan

hujah. Jalan cerita berdasarkan masa.

Imbas kembali bahagian-bahagian yang menjadi kekuatan pasukan. Ringkaskan.

Terangkan dalam bentuk “ini kekuatan kami” berbanding “ini yang telah kami

sampaikan”.

Rumusan yang baik juga biasanya membantu hakim untuk menyingkirkan segala ragu

tentang kes dan hujah pasukan.

Kenal pasti titik kelemahan dalam kes dan hujah pasukan yang menjadi tumpuan

serangan pihak lawan sepanjang perdebatan.

Elakkan membalas serangan ini dengan cara sama yang dilakukan dalam sesi

hujah/bidasan. Teknik “kami sudah jawab tadi” bersifat defensif dan menggambarkan

ketandusan idea.

Fikir cara lain. Sudut lain. Inilah sukar dan nikmatnya debat, untuk tidak berhenti berfikir

selagi masih dalam gelanggang.

Page 6: sadasd

2. Rumusan kes pihak lawan

Ucapan penggulungan ialah proses pembandingan. Dalam rumusan kes pasukan,

pendebat menyenaraikan kekuatan.

Maka jelaslah dalam rumusan kes pihak lawan, pendebat perlu mendedahkan

kelemahan pihak lawan.

Soalan klise: kelemahan yang bagaimana?

Biasanya, titik kelemahan pihak lawan lebih mudah dianalisis sekiranya pendebat

mengimbas semula serangan yang telah dilakukan ke atas mereka.

Apakah respon pihak lawan terhadap serangan tersebut? Adakah penerangan mereka

telah mengubah struktur kes dan hujah? Wujudkah percanggahan antara mereka?

Ringkaskan dalam bentuk kronologi. Lebih molek dan ampuh untuk merumuskan kes

pihak lawan dalam bentuk “ketika inilah mereka telah silap” berbanding “ini yang

mereka telah sampaikan”.

Perah otak untuk mencari apakah niat di sebalik kes pihak lawan. Kaji semula usul.

Cadangkan kepada audiens pendekatan sebenar yang perlu digunakan oleh pihak

lawan dan kesilapan mereka dalam mematuhi pendekatan tersebut.

Page 7: sadasd

4. Rumusan perdebatan

Timbang tara. Analisis kemandirian kes. Pemeriksaan semula. Macam-macam nama

diberikan untuk komponen terakhir ini.

Secara asas, rumusan perdebatan merupakan proses menyampaikan titik temu kedua-

dua komponen sebelumnya: rumusan kes pasukan dan rumusan kes pihak lawan.

Sungguh molek andai para pendebat mampu membantu audiens memahami tumpuan

kedua-dua pasukan dalam gelanggang.

Definisi/persoalan/kenyataan/hujah/fakta/analogi/bidasan manakah yang belum selesai

hingga ke akhir debat?

Apakah penilaian sebenar yang ingin dilakukan oleh usul ini? Misalnya, pada akhir

perdebatan, “audiens akan memahami sama ada…” atau “langkah terbaik untuk

menangani masalah ini ialah…”. Bergantung pada usul.

Adakah penilaian tersebut berlaku dalam perdebatan? Jika tidak, di manakah silapnya?

Kesemua persoalan di atas perlu diringkaskan dengan bijak oleh pendebat.

Ingat, pilih hanya yang PALING PENTING untuk dimuatkan dalam ucapan

penggulungan.

Bincang dengan ahli pasukan. Saring dan sunting. Saring dan sunting lagi. Jangan

berhenti berfikir.

Bukankah ucapan penggulungan itu — empat minit terakhir?