SCE 3113 - Share Santai Santai

download SCE 3113 - Share Santai Santai

of 10

description

rujukan

Transcript of SCE 3113 - Share Santai Santai

  • 1

    MAI BUAT LATIHAN SAT

    1. Kepercayaan saintifik guru sains dan pengaruhnya terhadap pengajaran sains di bilik darjah: Kajian kes.

    Soalan penyelidikannya apa?

    Sejauh manakah kepercayaan saintifik guru sains mempengaruhi pengajaran sains di bilik darjah?

    Bagaimanakah kepercayaan saintifik guru sains mempengaruhi pengajaran mereka?

    Apakah kepercayaan saintifik yang dipegang oleh guru-guru sains?

    Kepentingan tinjauan literatur.

    Menjustifikasi tentang keperluan atau kepentingan tajuk yang dikaji tetapi tidak memainkan peranan utama dalam menentukan permasalahan kajian

    Menyokong atau memodifikasikan dapatan atau penyelidikan sedia ada

    Kelebihan menjalankan penyelidikan kualitatif.

    Penyelidik lebih mendengar dan memahami pandangan peserta dalam kajiannya

    Data lebih menyeluruh, mendalam dan realistik

    Soalan berbentuk terbuka memberi ruang untuk peserta mengemukakan pendapat dengan jujur dan telus

    Sesuatu fenomena dibincangkan berdasarkan sudut pandangan peserta sendiri

    Interaksi yang rapat antara penyelidik dan peserta

    Kajian berperanan mengubah sesuatu keadaan dan meningkatkan diri individu

  • 2

    Dua etika penyelidikan.

    Etika 1 : Perlindungan daripada bahaya

    Huraian: Peserta atau subjek dilindungi daripada bahaya sama ada yang berbentuk fizikal, psikologi atau mental

    Etika 2 : Pemeliharaan hak persendirian

    Huraian: Memelihara hak peserta atau subjek seperti kerahsiaan identiti subjek dan juga privasi subjek dan pihak lain yang terlibat

    Etika 3 : Tiada paksaan

    Huraian: Peserta atau subjek tidak boleh dipaksa menyertai atau melibatkan diri dalam penyelidikan. Mereka juga boleh menarik diri dari penyelidikan pada bila-bila masa

    Etika 4 : Perkongsian hasil penyelidikan

    Huraian: Penemuan atau hasil dapatan haruslah dikongsi dengan umum, dikongsi dengan pihak lain atau dimaklumkan kepada pihak yang terlibat

    Etika 9: Jangan kurang ajaq! ....melawak je!

    2. Model penyelidikan Mcniff (1988).

    FASA F Berpindah dalam arah yang

    baharu

    FASA A Pemerhatian

    FASA E

    FASA B

    FASA D

    FASA C

    Fasa B: Refleksi

    Fasa C: Bertindak

    Fasa D: Menilai

    Fasa E: Ubah suai

  • 3

    Aktiviti dalam fasa A:

    Mengumpulkan maklumat melalui pemerhatian. Pemerhatian termasuklah melalui melihat, mendengar, rakaman dan sebagainya.

    Aktiviti dalam fasa C:

    Mengambil tindakan berasaskan formulasi yang diperoleh selepas refleksi.

    Perbezaan Mcniff (1988) dengan Stephen Kemmis (1986).

    Gelung penyelidikan tindakan di dalam model Stephen Kemmis Cuma terdiri daripada empat fasa sahaja iaitu: merancang, tindakan, memerhati dan refleksi.

    3. Mek Jah melaksanakan satu penyelidikan tindakan untuk menentukan sama ada kaedah pembelajaran aktif dapat menarik perhatian pelajar terhadap proses pembelajaran Sains.

    Mengapa menjalankan penyelidikan tindakan?

    Untuk mengubah dan menambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada

    Pernyataan masalah penyelidikan tindakan tersebut?

    Pelajar kurang memberi perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran Sains

    Kaedah pengumpulan data.

    Temubual Pemerhatian Soal selidik

    Jika kaedah pembelajaran aktif tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi.

    Merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain sebagai tindakan alternatif dalam kitaran kedua penyelidikan tindakan

  • 4

    Melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baru dan menentukan sama ada tindakan tersebut dapat mengatasi masalah pembelajaran yang sama

    Berulang antara pelaksanaan tindakan dan kembali kepada masalah yang dihadapi

    Kaedah triangulasi.

    Kaedah triangulasi bermaksud menggunakan kaedah pengumpulan data pelbagai dan sumber pelbagai untuk penyemakan-silang informasi.

    Contohnya selain daripada kaedah temu bual, penyelidik boleh menggunakan kaedah lain seperti kaedah pemerhatian dan soal selidik (atau kaedah lain yang sesuai).

    pasai pa kaedah triangulasi penting?

    Penggunaan pelbagai ukuran akan memberi keyakinan berhubung ketekalan maklumat yang diperolehi dan seterusnya meningkatkan kesahan data.

    Cara kumpui maklumat semasa temu bual.

    Membuat catatan semasa temu bual dilaksanakan Menulis nota selepas temu bual Membuat rakaman audio atau video

    Masalah yang mungkin timbul, dah tu nak buat lagu mana?

    Cara kumpui maklumat

    Masalah Cara mengatasi

    Membuat catatan semasa temu bual dilaksanakan

    atau

    Mengganggu perjalanan temu bual sebab masa diperlukan untuk mencatat

    Hanya informasi penting dicatat dan mengemaskini nota catatan selepas temubual.

    Rakam audio digunakan sebagai rujukan tambahan jika perlu.

    Menulis nota selepas temu bual

    Boleh menyebabkan informasi penting hilang

    Membuat catatan ringkas semasa temu bual untuk mengelakkan kehilangan informasi penting.

  • 5

    atau Rakam audio digunakan

    sebagai rujukan tambahan jika perlu.

    Membuat rakaman audio atau video

    Penghasilan transkripsi dari pita kaset atau video amat susah dilakukan dan memakan masa

    Mengambil nota semasa temubual untuk membantu mencari informasi penting dalam rakaman.

    1. Habaq mai sat tujuan utama kajian tindakan.

    penambahbaikan terhadap amalan penambahbaikan kefahaman terhadap amalan oleh pengamal

    /guru penambahbaikan terhadap situasi di mana amalan diamalkan mengenalpasti keberkesanan sesuatu amalan oleh

    pengamal/guru sesuatu bidang

    Ciri utama kajian tindakan pulak, apa dia.

    Amalan reflektif pada pengamal bidang /guru- galakkan guru mereflek amalannya dan berubah ke arah kebaikan dengan mereflek aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku dan tak sepatutnya berlaku agar tercapai objektif dengan jayanya.

    Penglibatan pengamal/guru dalam penyelidikan- penyelidikan wajar dilaksanakan oleh guru yang terlibat kerana guru tersebut yang mengetahui dan bertanggungjawab atas penyelesaian apa saja masalah, menilai serta mempertimbangkan tindakan seterusnya.

    Lingkaran penyelidikan yang dijalankan secara berterusan-tidak memberi penyelesaian muktamad tetapi melibatkan lingkaran pertama dan seterusnya melalui merancang, bertindak, memerhati, mereflek, tiada terhenti di situ sahaja, sebaliknya akan terus dengan merancang tindakan selanjutnya.

  • 6

    Cerita sat pasai model Stephen Kemmis (1986).

    Penyelidikan adalah sejenis inkuiri berasaskan proses refleksi kendiri

    Digunakan oleh seseorang dalam situasi-situasi sosial untuk mempertingkatkan amalan dan pemahaman bidangnya

    Dijalankan dari masa ke masa melalui langkah lingkaran

    Lingkaran terdiri daripada perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi

    Seterusnya memasuki lingkaran ke-2 selepas refleksi apabila terdapat perubahan dalam tindakan kemudiannya.

    2. Masa tulih refleksi dalam proposal tu kena ambik kira benda apa.

    Perkara Huraian

    Pengenalan

    Tema/masalah/isu keprihatinan yang telah dikenal pasti melalui empat perkara utama dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lalu iaitu:

    o Guru o Murid o Isi kandungan pelajaran o Persekitaran

    Refleksi pengalaman pengajaran dan pembelajaran lalu.

    Kaitkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang telah dikenalpasti supaya masalah menjadi lebih jelas.

    Rujuk bahan yang berkaitan seperti buku latihan, ujian, keputusan peperiksaan, sukatan pelajaran dan bahan-bahan yang berkaitan untuk membantu penyelidik mengingat kembali apa-apa yang telah dilaksanakan/ berlaku.

    Refleksi nilai pendidikan

    Dapat mengenalpasti nilai-nilai yang dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila menggunakan tindakan yang akan

  • 7

    dibuat.

    Dapat menjelaskan nilai yang digunakan pada situasi tertentu semasa tindakan dilakukan.

    Nak buat temu bual kalu, kena ada apa.

    Kemahiran Huraian Menghormati budaya

    kumpulan yang dikaji Perlu tahu budaya yang diamalkan dalam kumpulan untuk mengelak dari bertanya perkara yang sensetif

    Menghormati orang yang ditemubual

    Tidak kira taraf atau kedudukan mesti menghormati individu yang ditemubual supaya orang yang ditemu bual dapat merasa dihargai

    Berkeadaan biasa jangan berlakon

    Untuk menunjukkan keikhlasan

    Menjalin hubungan serta mewujudkan persekitaran yang selesa

    Agar dapat memperolehi komitmen responden untuk melibatkan diri

    Tanya soalan yang sama dalam dalam cara yang berbeza

    Untuk mengesahkan jawapan

    Membuat susulan ke atas jawapan yang pelik atau tidak jelas.

    Untuk mendapat penjelasan jawapan

    Meneruskan temu bual dengan item seterusnya jika responden teragak-agak menjawab sesuatu soalan dan kemudian kembali ke soalan tersebut kemudian

    Supaya orang yang ditemu bual tidak merasa tertekan

    Elak soalan yang berarah Ini akan menyebabkan jawapan yang diberi mengikut kehendak penemubual Elak soalan yang memerlukan

    jawapan ya atau tidak orang yang ditemu bual tidak dapat memberi pandangan sendiri

    Hanya satu persoalan dikemukakan pada satu soalan.

    Mengelak kekeliruan

    Jangan mencelah ketika orang yang ditemu bual sedang menjawab soalan

    Mengganggu idea orang yang ditemu bual dan membuatkan mereka tidak berminat memberi pendapat

  • 8

    3 (a) Cikgu Fatin yg duduk N9 tu telah menggunakan praujian dan pascaujian untuk ukor prestasi budak-budak dia.

    Data Praujian: P1 = 48, P2 = 42, P3 = 72, P4 = 80, P5 = 78, P6 = 44, P7 = 66, P8 = 72, P9 = 56, P10 = 78, P11 = 50, P12 = 54, P13 = 74, P14 = 56, P15 = 76, P16 = 64, P17 = 68, P 18 = 82, P19 = 56, P20 = 48, P21 = 52, P22 = 62 Data Pascaujian: P1 = 50, P2 = 44, P3 = 74, P4 = 84, P5 = 80, P6 = 48, P7 = 70, P8 = 76, P9 = 60, P10 = 80, P11 = 56, P12 = 58, P13 = 78, P14 = 58, P15 = 78, P16 = 68, P17 = 76, P 18 = 88, P19 = 64, P20 = 58, P21 = 62, P22 = 70 (P1 = Pelajar 1, P2 = Pelajar 2 dan seterusnya)

    Ce tra ubah tengok bior jadi jadual. Responden Penyelidikan Skor Praujian Skor Pascaujian

    P1 48 50 P2 42 44 P3 72 74 P4 80 84 P5 78 80 P6 44 48 P7 66 70 P8 72 76 P9 56 60

    P10 78 80 P11 50 56 P12 54 58 P13 74 78 P14 56 58 P15 76 78 P16 64 68 P17 68 76 P18 82 88 P19 56 64 P20 48 58 P21 52 62 P22 62 70

    Min nya tahu dak?

  • 9

    Min praujian = 62.64 Min pascaujian = 67.27

    Ate, peta minda tu dapat ke nak ningkatkan prestasi.

    Ya

    3 (b) Anak Pakcik Kholim yang nama Syazrin tu; dia gemor benor guna cara kualitatif: Keberkesanan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Komputer dan Multimedia.....

    Soal temu bual Respons

    1. Apakah pendapat anda tentang proses pembelajaran yang berbantukan komputer dan multimedia?

    P1: Cepat dan mudah, mudah difahami dan diingati.

    P2: Mudah, senang difahami. P3 : Amat senang diingati, visual

    memberangsangkan. P4: Mudah, cepat, menarik, perisian amat

    mudah. P5: Mudah diingati, dihafal, data tersusun. P6: Menyeronokkan, rasa lebih mudah fahami.

    2. Adakah anda lebih seronok belajar Sains dengan menggunakan komputer dan multimedia?

    P1: Seronok dan menyakinkan; Pelajaran dapat diikuti tanpa rasa bosan

    P2: Ya, tak membosankan. P3: Memang seronok, memberangsangkan. P4: Lebih seronok, tidak mudah mengantuk. P5: Seronok sangat, rasanya perisian lebih

    cepat untuk dapat maklumat. P6: Menyeronokkan, sebab tidak

    membosankan. (P1= Pelajar 1, P2= Pelajar 2..... )

    Kategori bagi respons.

    Soalan temu bual Kategori 1. Apakah pendapat

    anda tentang proses pembelajaran menggunakan bantuan komputer dan multimedia?

    cepat mudah difahami dan diingati senang difahami senang diingati visual memberangsangkan menarik perisian amat mudah mudah dihafal data tersusun menyeronokkan

  • 10

    Soalan temu bual Kategori 2. Adakah anda lebih

    seronok belajar Sains dengan menggunakan komputer dan multimedia?

    seronok menyakinkan pelajaran dapat diikuti tanpa rasa bosan memberangsangkan tidak mudah mengantuk perisian lebih cepat untuk dapat

    maklumat

    Dah tu, rumusannya ape.

    Pelajar berasa seronok dan yakin belajar dengan menggunakan perisian komputer dan multimedia.

    Kaedah ini memberangsangkan, dapat meningkatkan daya ingatan serta pemahaman mereka terhadap matapelajaran Sains.