Laporan Praktikal JAHEAIK

29
1 PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menamatkan latihan industri di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) serta dapat menyiapkan laporan latihan industri ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan dan staff di bahagian Penyelidikan JAHEAIK yang diterajui oleh Ustaz Anuar al- Sadat bin Mohd Noor, selaku Ketua Penolong Pengarah (Penyelidikan) di atas jasa mereka menerima kehadiran saya di JAHEAIK ini. Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga dari saya buat Penolong Pengarah (Pengurusan Halal) merangkap Penyelia Latihan Industri saya iaitu Ustaz Nik Mohamad Zawawi bin Ibrahim yang telah banyak membantu menyelesaikan masalah, menyumbang idea dan pendapat, memberi tunjuk ajar serta kesabaran beliau membimbing saya sepanjang menjalani latihan industri di JAHEAIK. Tidak lupa juga kepada semua kakitangan lain yang turut sama membantu serta menyumbang idea berguna kepada saya sepanjang tempoh saya berada di sini. Buat rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama membantu semasa latihan industri, ribuan terima kasih saya ucapkan. Banyak pengalaman yang saya perolehi daripada rakan- rakan yang turut menjalani latihan industri di bahagian Penyelidikan ini. Saling bertukar- tukar ilmu, berkongsi apa yang telah dipelajari di tempat belajar masing-masing untuk diaplikasikan sepanjang tempoh latihan industri ini. Jasa kalian amat saya hargai. Akhir kata, saya memohon ampun dan maaf jika ada kesilapan serta kelemahan sepanjang saya menjalankan latihan industri ini. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas segala budi dan jasa baik yang diberikan oleh kalian. Sekian terima kasih.

Transcript of Laporan Praktikal JAHEAIK

1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya dapat saya

menamatkan latihan industri di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) serta

dapat menyiapkan laporan latihan industri ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua

kakitangan dan staff di bahagian Penyelidikan JAHEAIK yang diterajui oleh Ustaz Anuar al -

Sadat bin Mohd Noor, selaku Ketua Penolong Pengarah (Penyelidikan) di atas jasa mereka

menerima kehadiran saya di JAHEAIK ini.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga dari saya buat Penolong Pengarah

(Pengurusan Halal) merangkap Penyelia Latihan Industri saya iaitu Ustaz Nik Mohamad

Zawawi bin Ibrahim yang telah banyak membantu menyelesaikan masalah, menyumbang

idea dan pendapat, memberi tunjuk ajar serta kesabaran beliau membimbing saya

sepanjang menjalani latihan industri di JAHEAIK. Tidak lupa juga kepada semua kakitangan

lain yang turut sama membantu serta menyumbang idea berguna kepada saya sepanjang

tempoh saya berada di sini.

Buat rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama membantu semasa latihan industri,

ribuan terima kasih saya ucapkan. Banyak pengalaman yang saya perolehi daripada rakan-

rakan yang turut menjalani latihan industri di bahagian Penyelidikan ini. Saling bertukar-

tukar ilmu, berkongsi apa yang telah dipelajari di tempat belajar masing-masing untuk

diaplikasikan sepanjang tempoh latihan industri ini. Jasa kalian amat saya hargai.

Akhir kata, saya memohon ampun dan maaf jika ada kesilapan serta kelemahan

sepanjang saya menjalankan latihan industri ini. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu

membalas segala budi dan jasa baik yang diberikan oleh kalian. Sekian terima kasih.

2

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Latihan industri adalah salah satu komponen untuk keperluan bergraduat di Kolej Universiti

Islam Sains & Teknologi (KUIST) mengikut gred yang akan diperolehi oleh pelajar. Laporan

industri ini meringkaskan dan meliputi semua maklumat terperinci mengenai aktiviti-aktiviti,

tugas-tugas yang telah dilakukan semasa latihan industri dan perkhidmatan yang dilakukan

oleh JaHEAIK sepanjang saya berada di bawah bahagian Penyelidikan (Pengurusan Halal) di

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan selama 12 minggu.

Sebagai pelajar latihan industri, saya telah diminta untuk melibatkan dan mengikuti

aktiviti yang dilakukan oleh bahagian Pengurusan Halal sekali gus dapat menimba ilmu. Saya

juga terlibat dalam memantau premis makanan yang telah memohon sijil halal bagi

memastikan pematuhan halal yang berterusan. Selama tempoh latihan industri juga, saya

telah diberi tugas oleh penyelia latihan industri untuk menyiapkan satu artikel berkaitan

proses istihalah.

1.2 Objektif

Antara objektif latihan praktikal adalah:

1. Untuk memberi peluang kepada para pelajar membiasakan diri dengan operasi,

pentadbiran dan pembentukan operasi sesuatu organisasi

2. Untuk memberi peluang kepada para pelajar meneliti dan mengaplikasi amalan yang

sebenar dalam pekerjaan

3. Untuk mendedahkan pelajar kepada keadaan kerja yang sebenar dan masalah-

masalah yang biasa dialami oleh organisasi

4. Untuk memberi peluang kepada organisasi yang menempatkan para pelajar KUIST

untuk mengenalpasti pelajar yang berkelayakan untuk diberikan pekerjaan selepas

bergraduasi

5. Meluaskan pergaulan dengan kumpulan masyarakat dan menghasilkan tenaga

pekerja yang beretika dan mempunyai nilai diri

3

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Setelah tamat menjalani latihan industri selama tiga bulan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

Kelantan (JaHEAIK), pelbagai aktiviti dan tugas yang telah dilakukan dan memerlukan satu

laporan khas untuk dibuat penilaian. Setiap laporan mestilah berpandukan kepada piawaian

yang telah ditetapkan dan disiapkan dengan lengkap. Antara objektif laporan latihan industri

ialah:

1. Mendokumentasikan segala aktiviti dan tugas yang telah dilakukan sepanjang

tempoh latihan industri.

2. Menjadi bahan bukti secara bertulis kepada latihan yang diikuti.

3. Laporan yang baik dapat membantu dalam temuduga kerjaya selepas tamat

pengajian kelak.

4. Dapat melatih pelajar agar mampu memenuhi kehendak sesebuah institusi apabila

bekerja kelak.

5. Melatih pelajar agar berupaya mengikuti segala arahan yang telah ditetapkan ke atas

format laporan.

1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

1. Menjadikan pelajar lebih efektif dan produktif di mana pelajar dapat

mengaplikasikan semula teori-teori yang telah dipelajari semasa di universiti dengan

lebih meluas dan berkesan.

2. Pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pengendalian mesin

dan peralatan yang digunakan dalam sesuatu industri.

3. Dapat melahirkan seseorang individu yang berdisiplin tinggi, bertanggungjawab,

berketerampilan, serta menanamkan sifat amanah dalam melakukan sesuatu

perkara.

4

BAB 2

PENGENALAN ORGANISASI

2.1 JAHEAIK

2.1.1 Profil Organisasi

NAMA ORGANISASI : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

ALAMAT : Kompleks Darulnaim, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

NO. TELEFON : 09-7446121

WEBSITE : www.jaheaik.gov.my

STATUS ORGANISASI : Badan berkanun (kerajaan)

PENGARAH : Dato’ Haji Che Mohd Rahim bin Haji Jusoh

5

2.1.2 Penubuhan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari

1980 dengan tujuan untuk membantu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu

Kelantan dalam usaha mempergiatkan aktiviti-aktiviti dakwah dan pembangunan hal ehwal

Islam di negeri Kelantan. Pada Awal penubuhannya iaitu pada 1/12/1950, bidang tugas

JAHEAIK yang dikenali dengan nama Pejabat Penyelia Agama atau lebih mashyur dengan

panggilan Pejabat Pencegah Maksiat lebih tertumpu kepada bidang pencegahan,

penangkapan dan pendakwaan jenayah syariah semata-mata. Pejabat ini wujud di bawah

Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan.

Sekitar bulan Mac 1978 kerajaan telah mewujudkan Bahagian Agama Islam di

Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan yang dikendalikan seorang pegawai yang berjawatan

"Penolong Setiausaha (Hal Ehwal Agama)" serta beberapa kakitangan perkeranian. Bermula

pada bulan jun 1978, struktur pentadbirannya diperbesarkan dengan diberi taraf jabatan

penuh iaitu diketuai oleh seorang pegawai berjawatan Pengarah, sementara Penolong

Kanannya bergelar Setiausaha, tetapi masih di bawah sayap Pejabat Setiausaha Kerajaan

Kelantan. Hanya pada tahun 1980 barulah diwujud secara berasingan dari pejabat

Setiausaha Kerajaan dengan peruntukan tahunan serta kuasa mengawal kewangan dan

pentadbirannya sendiri.

Pada tahun 60an dan seterusnya hingga kini, JAHEAIK telah mengalami

perkembangan pesat dari segi bidang tugas serta struktur perjawatan dan pentadbirannya

sesuai dengan tuntutan perubahan masa dan keadaan.

Asas kepada bidang kuasa pembangunan Hal Ehwal Islam di Malaysia telah

diletakkan secara jelas dalam sistem perundangan Negara. Perkara 3(1) Perlembagaan

Persekutuan memperuntukkan Agama Islam adalah Agama bagi Persekutuan. Dalam

pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Pengurusan Agama

Islam diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri di mana Raja-Raja Melayu adalah Ketua

Agama Islam di negeri masing-masing.

6

Bagi negeri-negeri yang tidak beraja, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa

Yang DiPertuan Agung adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri berkenaan.

Bagi konteks Negeri Kelantan Pengurusan Agama Islam diletakkan di bawah kuasa KDYMM

Al Sultan Kelantan sebagai ketua Agama Islam. Dalam melaksanakan pengurusan dan

pentadbiran Hal Ehwal Islam. JAHEAIK menggunakan akta – akta seperti berikut :

I. - Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Kelantan No. 8/2002

II. - Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No. 2/1985

III. - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No. 6/2002

IV. - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No. 6/2002

V. - Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan No. 3/1983

VI. - Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan No. 9/2002

VII. - Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bil 4/1994

VISI

Menerajui Pengurusan Hal Ehwal Islam yang Efisien Dalam Melahirkan Insan Yang Bertakwa

Menjelang 1441 H

MISI

Melahirkan Ummah Yang Progresif Berteraskan Faqihan, Aminan, Rahiman, Ilman Dan

Salaman Sejajar Dengan Dasar Membangun Bersama Islam

Motto

Ketakwaan Teras Kemuliaan

7

2.1.3 Peranan Jabatan

1. Melaksanakan dasar yang berkaitan dengan Hal Ehwal Agama Islam serta peraturan

yang terkandung dalam enakmen yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan

dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

2. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program pembangunan dakwah kepada

seluruh masyarakat.

3. Merancang dan melaksanakan program pembangunan kerohanian dan jatidiri

ummah.

4. Melaksanakan undang-undang Agama Islam di dalam konteks “Amar Makruf Nahi

Mungkar”.

5. Melaksanakan program-program pembangunan institusi keluarga bahagia mengikut

hukum syarak dan undang-undang Keluarga Islam.

6. Membuat kajian, penyelidikan dan penilaian terhadap isu-isu Hal Ehwal Islam yang

merangkumi aspek-aspek Aqidah, kekeluargaan, moral, sosial, bahan-bahan terbitan,

pemakanan “Halalan Toyyiba” dan lain-lain.

7. Mengurus hal ehwal pengurusan persijilan halal dari segi permohonan pemantauan

dan penguatkuasaan.

8

2.1.4 Carta Organisasi JAHEAIK

9

2.2 Bahagian Penyelidikan

2.2.1 Pengenalan

Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dahulunya merupakan satu unit di

Bahagian Dakwah dan telah diasingkan menjadi satu bahagian pada tahun 1997. Bahagian

ini memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah yang berhubung kait dengan isu-isu

akidah, syariah, ajaran sesat, pensijilan halal dan juga penapisan media.

Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah, seorang Penolong Pengarah

Kanan, seorang Penolong Pengarah dan juga beberapa kakitangan sokongan. Bahagian ini

terbahagi kepada 3 unit utama iaitu :

i. Unit Akidah dan Syariah

ii. Unit Pengurusan Halal

iii. Unit Penapisan Media

Visi

Ke arah mewujudkan masyarakat yang mantap akidah dan menjaga kesucian agama serta

faham konsep halal dan haram.

Misi

Menjadi sumber rujukan yang berwibawa di bidang akidah, syariah, dan pengurusan

pensijilan halal.

2.2.2 Objektif

1. Mengatasi masalah yang timbul di kalangan masyarakat dan umat Islam sama ada

dari segi aqidah atau syariah

2. Menyampaikan maklumat-maklumat yang betul dan tepat menurut ajaran islam

kepada segenap lapisan masyarakat untuk dijadikan panduan dalam kehidupan

mereka.

3. Melahirkan umat islam yang berpengetahuan tinggi dan peka dengan masalah-

masalah semasa terutama yang berkait dengan hal-hal keagamaan.

10

4. Melahirkan masyarakat islam yang mempunyai ketahanan yang kuat untuk

menghadapi cabaran-cabaran semasa dan tidak mudah terpesong akidahnya.

5. Mengurus permohonan, pensijilan halal, pemantauan dan penguatkuasaan pensijilan

halal dengan cekap dan berkesan.

2.2.3 Piagam Pelanggan

1. Menyediakan hasil penyelidikan dalam tempoh (6) bulan selepas arahan diterima.

2. Menyediakan hasil penapisan dan penyemakan bahan media bercetak berunsurkan

Islam dalam tempoh tiga (3) bulan selepas diterima.

3. Menyediakan hasil penapisan dan penyemakan bahan media elektronik berunsurkan

Islam dalam tempoh satu (1) bulan selepas diterima.

4. Membuat pemeriksaan pensijilan halal dalam tempoh satu bulan setelah

permohonan lengkap diterima.

5. Mengeluarkan sijil halal bagi pemohon pensijilan halal dalam tempoh dua (2) minggu

selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Pengesahan Sijil Halal.

6. Membuat pemeriksaan pemantauan penyalahgunaan sijil dan logo halal dalam

masa dua (2) minggu selepas aduan diterima.

2.2.4 Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh Bahagian Penyelidikan

1. Membuat kaji selidik mengenai hal-hal yang berhubung dengan aqidah, syariat Islam

dan membuat rumusan dari hasil penyelidikan dan cadangan balas untuk pihak

berkuasa.

2. Membuat kajian mengenai pengeluaran makanan dan minuman atau sebarang jenis

perdagangan yang menimbulkan keraguan masyarakat tentang halal dan haram

3. Mengeluarkan sijil pengesahan halal dan logo halal serta membuat pemantauan dan

penguatkuasaan terhadap pensijilan halal.

11

4. Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam memperketatkan syarat

perlesenan perniagaan barang-barang yang boleh memesongkan aqidah Islam atau

berlawanan dengan tatacara Islam.

5. Membuat operasi bersama dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna mengenai

penyalahgunaan ayat-ayat Al-Quran.

6. Berkerjasama dengan Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat

Melayu Kelantan dalam membuat kaji selidik tentang pengajaran atau majlis amal

yang menyentuh kesucian aqidah dan syariat Islam.

7. Menyediakan perkhidmatan penterjemahan kepada tulisan Jawi

12

2.2.5 Carta Organisasi Bahagian Penyelidikan

13

BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 PENGENALAN

Ringkasan aktiviti latihan industri ini merupakan salah satu isi-isi penting dalam laporan

pelajar sepanjang latihan industri. Ia diringkaskan dalam bentuk aktiviti mingguan bermula

dari tarikh melapor diri latihan industri iaitu 19 Jun 2016 sehingga 8 September 2016.

3.2 AKTIVITI MINGGUAN LATIHAN INDUSTRI

MINGGU RINGKASAN AKTIVITI

MINGGU 1

(19.06.16 – 23.06.16)

Sesi taaruf bersama staf bahagian Penyelidikan

Kemaskini folio keratan akhbar

Belajar perkara asas berkaitan aktiviti pejabat seperti fotostat,

binding, faks & kemaskini fail

MINGGU 2

(26.06.16-30.06.16)

Menyenaraikan badan / pertubuhan yang terlibat dengan

sumbangan wakaf al quran

Semak ramuan halal Nando’s Chickenland

Cari keratan akhbar berkaitan isu semasa (vaksin / tabarruk)

MINGGU 3

(03.07.16-07.07.16)

Melakukan kerja-kerja pejabat

Cuti Raya Aidilfitri

14

MINGGU 4

(10.07.16-14.07.16)

Cari keratan akhbar berkaitan isu semasa (militan IS / Dr. Zakir

Naik)

Mencari maklumat berkaitan militan Daish untuk dibentangkan

Persiapan untuk kelas Sijil Pengajian Perawatan Islam

MINGGU 5

(17.07.16-21.07.16)

Melakukan kerja-kerja pejabat

Majlis Mesra Aidilfitri bersama MB Kelantan, YB Ahmad bin

Yaacob

Mengemaskini fail keratan akhbar berkaitan isu semasa

MINGGU 6

(24.07.16-28.07.16)

Fotostat & binding dokumen direktori pensijilan halal

Perjumpaan bersama Timbalan Pengarah Pengurusan

Mencari maklumat berkaitan permainan Pokemon Go

MINGGU 7

(31.07.16-04.08.16)

Mencari maklumat berkaitan proses istihalah

Audit kilang makanan di MIM Industries & Kopitiam Trans

Arwana

Urusetia Pameran Halal JaHEAIK di Ekspo Tani

Kemaskini fail keratan akhbar

MINGGU 8

(07.08.16-11.08.16)

Melakukan kerja-kerja pejabat

Audit kilang makanan di D Klasik (Kubang Kerian & Cherang)

Siapkan slideshow Lawatan Ilmiah ke Thailand

MINGGU 9

(14.08.16-18.08.16)

Melakukan kerja-kerja pejabat

Taklimat permohonan pensijilan halal

Seminar perawatan Islam

MINGGU 10

(21.08.16-25.08.16)

Melakukan kerja-kerja pejabat

Siapkan laporan praktikal

Semak ramuan halal Koperasi

15

MINGGU 11

(28.08.16-01.09.16)

Melakukan kerja-kerja pejabat

Mencari maklumat berkaitan haiwan jalalah & konsep halalan

toyyiban

Menyiapkan buku laporan ringkas pemeriksaan pengesahan sijil

halal

MINGGU 12

(04.09.16-08.09.16)

Audit kilang / premis makanan

- Imtiaz Academy

- Nando’s Chickenland

- Sabit Banani Industries Sdn Bhd

- Intan Biotech Sdn Bhd

16

3.3 HASIL LATIHAN PRAKTIKAL

1. Menyemak ramuan halal dalam sistem MYeHalal

Setiap premis makanan yang memohon sijil halal akan direkodkan segala ramuan dan bahan

yang digunakan dalam satu sistem yang dikenali sebagai sistem MYeHalal. Hal ini bertujuan

memudahkan para auditor untuk memantau premis berkenaan setelah memperolehi

pensijilan halal daripada JAKIM. Semua bahan mentah akan disemak status sijil halal sama

ada telah tamat tempoh atau belum. Sekiranya telah tamat, para auditor perlu

memaklumkan kepada pemilik premis semasa pemantauan dilakukan atau melalui emel.

Pensijilan halal untuk setiap premis hanya sah untuk tempoh selama 2 tahun dan perlu

diperbaharui dari masa ke semasa.

Untuk ramuan daripada Malaysia, ianya tidak begitu rumit untuk disemak status halalnya.

Sekiranya tidak dilampirkan dalam fail premis semasa permohonan pensijilan halal dibuat, ia

boleh disemak melalui Direktori Halal JAKIM. Berlainan dengan ramuan dari luar negara,

ianya agak merumitkan kerana auditor perlu menyemak sijil halal dari luar negara yang

kadang kala tidak dilampirkan sekali semasa permohonan pensijilan halal dilakukan.

17

2. Photostat / binding direktori pensijilan halal

3. Seminar permohonan pensijilan halal

Negeri Kelantan telah menggalakkan semua sekolah berasrama di negeri ini untuk

memohon pensijilan halal bagi kantin sekolah masing-masing. Oleh itu, satu seminar

permohonan pensijilan halal telah dilakukan yang berlangsung pada hari Selasa,16 Ogos

2016 melibatkan wakil guru dari semua sekolah menengah di negeri Kelantan. Sebanyak 30

wakil guru terlibat dalam seminar ini yang berlangsung di Bilik Gerakan, Tingkat 3 JAHEAIK.

Para hadirin dibekalkan goodies bag yang mengandungi buku dan artikel berkaitan makanan

halal sebagai rujukan. Mereka turut diberi penerangan tentang siapa yang layak memohon

sijil halal, cara memohonnya serta salah laku yang boleh menyebabkan pensijilan halal

ditarik balik.

18

4. Ekspo tani (bahagian halal)

Bagi menggalakkan rakyat Kelantan menceburkan diri dalam bidang pertanian, Menteri Besar

Kelantan, YB Ahmad bin Yakob telah mencari inisiatif dengan menganjurkan Ekspo Tani yang

diadakan di Kompleks Padang Perdana Kota Bharu selama 5 hari. Ekspo ini disertai oleh pelbagai

lapisan masyarakat dari seluruh negeri di Malaysia. Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang

mengambil bahagian dalam mempamerkan perkhidmatan dan produk di booth masing-masing.

Beberapa orang staf dan pelajar praktikal di bahagian Penyelidikan telah diberi jadual untuk

bertugas menjaga booth secara bergilir-gilir sepanjang pameran ini berlangsung.

Di booth JAHEAIK, bahagian Penyelidikan yang merangkumi unit Pengurusan Halal, Akidah & Syariah

serta Penapisan Media telah mempamerkan produk masing-masing. Bagi unit Akidah & Syariah,

pengunjung diberi pendedahan tentang aktiviti perbomohan dan perbuatan syirik di Malaysia. Bagi

Penapisan Media, beberapa buku yang dirampas Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipamerkan.

Antara faktor dirampas adalah kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Frame yang ditulis ayat

Quran tetapi tidak dinyatakan surah dan ayat turut dirampas KDN dan dipamerkan di booth.

Bagi unit Pengurusan Halal, pengunjung didedahkan dengan 3 kategori barangan dan produk

makanan iaitu yang mempunyai logo halal, tidak mempunyai logo halal dan yang mempunyai logo

halal tetapi tidak diiktiraf (logo halal swasta). Selain itu, contoh produk daripada kulit dan bulu

khinzir turut dipamerkan. Pengunjung turut diberi pamplet dan brochure berkaitan produk halal,

logo halal yang diiktiraf dari luar negara serta berkaitan gelatin. Bagi menarik perhatian pengunjung

ekspo Tani ke booth JAHEAIK, beberapa soalan kuiz telah diajukan dan pemenang akan diberi

hadiah dan sedikit cenderamata.

19

5. Audit kilang / premis makanan

Setiap minggu, auditor daripada bahagian Pengurusan Halal akan memantau kilang dan

premis makanan yang ingin memohon pensijilan halal atau yang telah mendapat sijil halal

sekitar Kelantan untuk melakukan pemantauan. Bagi permohonan pensijilan halal yang

baru, auditor akan memantau kebersihan premis terutamanya bahagian pemprosesan

makanan dan menyemak bahan ramuan yang digunakan sama ada halal atau tidak. Sijil halal

bagi bahan yang digunakan akan disemak sama ada telah tamat tempoh atau tidak. Semasa

pemantauan, auditor juga akan menyemak samaada bahan yang digunakan semasa

pemprosesan sama dengan yang dimasukkan dalam data semasa permohonan pensijilan

halal. Sekiranya tidak sama, kehalalan bahan baru itu harus dipastikan dan pengusaha perlu

merekod semula data bahan dalam MyeHalal.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan di premis makanan akan dicatat dalam satu

borang khas untuk diambil tindakan oleh pemilik premis. Antara kesalahan yang biasa

dilakukan adalah penyelenggaraan di bahagian pemprosesan makanan kurang memuaskan

contohnya lampu di siling tidak berpenutup, tong sampah yang digunakan tidak berpenutup,

papan pemotong yang sudah lama tidak ditukar, para pekerja tidak berpakaian sepatutnya

seperti tidak memakai apron dan penutup mulut serta stor bahan mentah dicampur dengan

bahan lain seperti bahan untuk pembersihan. Hal ini secara tidak langsung akan membuka

jalan untuk berlakunya pencemaran silang.

Setiap hujung bulan, satu meeting akan dijalankan yang melibatkan auditor halal

JaHEAIK, Dato’ Pengarah JaHEAIK serta beberapa orang pegawai bahagian halal dari JAKIM.

Auditor halal akan membentangkan hasil pemantauan premis makanan pada bulan itu

untuk menetapkan sama ada premis itu layak atau tidak untuk mendapat pensijilan halal.

Sekiranya layak, sijil halal akan dikeluarkan dan diberikan kepada premis makanan tersebut.

Sepanjang tiga bulan menjalani latihan praktikal di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

Kelantan, sebanyak tujuh buah kilang / premis makanan telah saya pantau bersama auditor

halal JaHEAIK iaitu MIM Trading, Trans Arwana, D Klasik, Imtiaz Academy,Nando’s

Chickenland, Sabit Banani Sdn Bhd dan Intan Biotech Industries Sdn Bhd.

20

a) MIM Trading Sdn Bhd

Semua ramuan digaul dan dimasak pada suhu

80◦C

Bahan yang telah dimasak akan dialirkan melalui

paip khas ke satu balang besar

Kicap akan dimasukkan ke

dalam botol dan disukat

suhunya

Botol kicap direndam dan

dibersihkan bahagian luarnya

Proses melekatkan label pada

botol kicap secara manual

Bagi botol kaca, botol akan dilalukan atas

api agar penutup botol dibalut kemas

Kicap yang siap dibungkus akan disimpan

dalam satu bilik khas

21

b) Trans Arwana Sdn Bhd

Pemilik Trans Arwana ingin memohon sijil halal bagi dapur hotel ini. Secara keseluruhannya,

tidak begitu banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengusahanya cuma perlu

dititikberatkan bahagian dapur. Lampu di siling tidak berpenutup, tong sampah terlalu dekat

dengan dapur memasak serta kipas pengudaraan tidak berfungsi. Bahan mentah yang

digunakan pula ada yang berlainan daripada yang direkodkan dalam data MyEhalal. Oleh itu,

auditor halal telah mencatat kesalahan yang dilakukan untuk dibaikpulih oleh pemilik.

Setelah memantau dapur Trans Arwana ini, kami pergi ke dua buah kilang di sekitar Pasir

Puteh iaitu Keropok Sira tetapi pemiliknya tiada di kilang dan Blue Hill Oil Industries tetapi

kilang ini tidak beroperasi pada hari tersebut. Oleh itu, pemantauan tidak dapat dijalankan.

c) D Klasik Cafe

D klasik mempunyai empat cawangan di sekitar Kelantan iaitu di Kubang Kerian, Cherang,

Wakaf Che Yeh dan Bandar Kota Bharu. Saya hanya berkesempatan untuk mengikut auditor

halal memantau D Klasik cawangan Kubang Kerian dan Cherang. Banyak pembaikan perlu

dilakukan di D Klasik cawangan Kubang Kerian terutamanya di bahagian dapur. Tong

sampah yang tidak berpenutup diletakkan terlalu dekat dengan dapur masakan, lantai yang

kotor dan sawang tidak dibersihkan di dinding dapur. Kebanyakan pekerja pula tidak

mematuhi etika pemakaian yang betul seperti tidak memakai apron dan penutup mulut.

Ada juga pekerja yang memakai jam tangan dan barangan kemas semasa melakukan kerja

pemprosesan makanan.

22

Setelah mengaudit D Klasik Kubang Kerian, kami menuju ke tempat pemprosesan kopi yang menjadi

menu di D Klasik ini. Proses membuat kopi ini dilakukan sendiri oleh pemilik D Klasik di sebuah

bangunan kecil di sebelah rumahnya. Pelbagai jenis perisa kopi dibuat sendiri dengan tenaga kerja

hanya tiga orang antaranya perisa cappucino, milk tea, lemon tea, habbatus sauda dan white coffee.

Kami diberikan peluang melihat proses pembuatan kopi di sini. Sebelum masuk, beberapa pakaian

khas diberikan seperti apron, penutup kepala, penutup mulut serta kasut yang sesuai untuk dipakai

dalam tempat pemprosesan.

Kami meneruskan perjalanan kami ke D Klasik Cherang. Tidak banyak penambaikan perlu dilakukan

di sini memandangkan kebersihan dan pengurusan di sini lebih teratur berbanding di Kubang Kerian.

23

d) Imtiaz Academy Industries Sdn Bhd

Imtiaz Academy telah memohon pensijilan halal bagi produk yang dikeluarkan iaitu madu. Madu ini

diambil dari selatan Mesir, Syria dan dibungkus semula di Malaysia. Untuk membolehkan produk ini

dipasarkan di negara luar, logo dan sijil halal diperlukan untuk mengukuhkan lagi kepercayaan

pengguna terhadap madu ini. Mengikut pemilik premis, madu diambil dari selatan Mesir dan Syria

yang dipastikan keasliannya, tanpa dicampur apa-apa bahan lain seperti air atau gula.

Banyak penambahbaikan perlu dilakukan oleh premis ini memandangkan tempat

pemprosesannya hanyalah bilik biasa. Antaranya adalah tempat pemprosesan haruslah bertutup,

perlu diletakkan kipas pengudaraan, sinki dan alatan yang berkaitan dengannya seperti sabun, tuala

kecil, tong sampah. Meja perlu ditukar dan sebolehnya menggunakan stainless steel. Pekerja juga

seharusnya mengambil kursus Pengendalian Makanan di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan

Malaysia sebelum melakukan pemprosesan serta mengambil suntikan typhoid. Pemilik juga

dikehendaki melampirkan cara pengambilan madu di ladang Mesir & Syria sebagai bukti keasliannya

dan tiada pencemaran silang dengan bahan tidak halal semasa proses pengambilan madu itu.

Pemilik premis diberi tempoh dua minggu untuk melakukan penambahbaikan sebelum

diaudit semula untuk kali kedua. Sekiranya memenuhi syarat dan piawaian pensijilan halal serta

dipersetujui ketika meeting bulanan, sijil halal akan diberikan kepada premis tersebut.

Atas : bekas madu asal daripada

negara Mesir & Syria

Bawah : bekas untuk mengisi

madu ke dalam botol

Proses memasukkan

madu ke dalam botol Kotak yang menyimpan

botol kaca untuk diisi

madu

Madu yang telah siap

diisi dalam botol

Tempat

pemprosesan yang

terlalu terbuka

24

e) Nando’s Chickenland

Nando’s Chickenland di Aeon Mall KB telah menghantar permohonan pensijilan halal kali pertama.

Oleh itu, saya bersama auditor halal JaHEAIK memantau keadaan premis mereka sama ada layak

atau tidak mendapat sijil halal. Secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan semua aspek

meliputi kebersihan, pengurusan dan kakitangannya. Bekalan bahan mentah yang digunakan

kebanyakannya daripada luar negara seperti Singapura, Italy, Australia dan New Zealand dan

kesemuannya telah mendapat pengiktirafan halal dari negara masing-masing. Semua sijil halal bagi

ramuan yang digunakan telah dilampirkan dengan lengkap. Hal ini memudahkan auditor halal untuk

menyemak kehalalannya.

Selain itu, kebersihan premis berada di tahap sangat memuaskan bermula dari bahagian dapur

sehinggalah tempat makan. Semua bahan mentah yang dibeli disimpan sesuai dengan suhu yang

sepatutnya. Selain itu, sistem First In First Out (FIFO) telah digunakan bagi mengelakkan kerosakan

bahan mentah berlaku. Bagi kerja pembersihan pula, satu jadual khas melibatkan semua pekerja

harus membersihkan tempat pemprosesan dan tempat makan sebelum dan selepas waktu bekerja.

25

f) Sabit Banani Industries Sdn Bhd

Syarikat Sabit Banani telah beroperasi sejak tahun 2014 di Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Syarikat ini telah mendapat sijil halal untuk kesemua 14 produk yang dikilangkan di sini tetapi

pemilik syarikat baru mengemukakan permohonan halal untuk premis ini. Walaupun belum

mendapat pengiktirafan halal untuk premis, pemilik telah menggunakan logo halal pada bungkusan

produk yang dikilangkan di sini. Hal ini adalah bertentangan dengan syarat pensijilan halal kerana

menggunakan logo halal tanpa izin.

Semasa pemantauan dilakukan, auditor mendapati bahawa bungkusan produk telah

diletakkan logo halal, berlainan dengan bungkusan yang dilampirkan dalam rekod yang dihantar

semasa permohonan pensijilan halal untuk premis dibuat. Oleh itu, auditor bertindak dengan

menarik kesemua sijil halal bagi produk yang dikilangkan di sini kerana mereka dikira telah

melakukan kesalahan yang tergolong dalam kategori kesalahan besar iaitu menggunakan logo halal

tanpa izin.

Secara keseluruhannya, semua produk yang dikilangkan di sini adalah memenuhi piawaian

halal dan telah mendapat sijil halal. Tetapi disebabkan mereka telah menggunakan logo halal pada

bungkusan produk sedangkan permohonan baru sahaja dilakukan, kesemua sijil halal telah ditarik

semula. Pemilik premis dan eksekutif halal telah diberi tempoh dua minggu untuk melakukan

penambahbaikan iaitu menutup semua logo halal pada bungkusan produk yang dikilangkan di sini

sebelum audit kali kedua dilakukan sekali lagi.

26

g) Intan Biotech Industries Sdn Bhd

Intan Biotech Industries telah memohon pensijilan halal yang baru untuk beberapa produk

yang baru ditambah. Kesemua produk yang dikilangkan di sini sebelum ini telah mendapat

sijil halal. Secara keseluruhannya, semua aktiviti pemprosesan dan keadaan premis

bertepatan dengan piawaian halal yang ditetapkan. Semua bahan mentah dan ramuan yang

digunakan adalah halal cuma ada beberapa ramuan yang tidak dilampirkan sijil halal semasa

permohonan dilakukan. Auditor meminta pemilik premis melampirkan sijil halal tersebut

semasa pemantauan dilakukan.

Mesin untuk menggaul

semua ramuan dalam kopi Ramuan untuk

pembuatan kopi

Kopi yang telah

digaul sebati

Serbuk kopi dimasukkan

dalam paket kecil

Paket kecil kopi dilekatkan pada

papan bungkusan

Paket kecil dimasukkan

dalam bungkusan kedua

27

BAB 4 KOMEN & CADANGAN

Sepanjang tempoh latihan industri di bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

Kelantan ini, banyak perkara dan ilmu yang telah saya perolehi. Hasil daripada pemerhatian

sepanjang menjalani latihan industri di sini, terdapat kelebihan dan kelemahan sama ada

yang zahir ataupun tersembunyi. Di sini, saya kemukakan beberapa komen dan cadangan

kepada bahagian Penyelidikan JAHEAIK dan pihak KUIST sendiri. Diharapkan komen dan

cadangan ini boleh diterima baik oleh kedua belah pihak untuk kebaikan semua.

Bahagian Penyelidikan JAHEAIK

Secara umumnya, tiada kelemahan yang begitu berat untuk diperbaiki di sini. Cuma saya

berharap agar tempat yang lebih selesa disediakan untuk pelajar praktikal kerana

penerimaan pelajar praktikal di bahagian ini sahaja kadang mencecah sehingga 10 orang

dalam satu masa. Disebabkan tidak cukup kerusi dan keadaan yang agak sesak di dalam

pejabat, ada segelintir pelajar yang perlu duduk di bawah tangga di luar pejabat. Walaupun

disediakan kerusi dan meja di sana namun agak kurang selesa bagi kami kerana agak

terasing daripada staff dan menyukarkan kami menghulurkan bantuan sekiranya ada kerja

yang perlu dilakukan.

Bahagian pengurusan JAHEAIK perlu menapis pelajar yang memohon untuk

menjalani latihan praktikal di sini agar tidak terlalu ramai dalam satu-satu masa sehingga

menyebabkan ketidakselesaan serta kekurangan kerja yang perlu dilakukan.

Kolej Universiti Islam Sains Teknologi

Pertama sekali, saya amat berharap agar pihak pengurusan boleh menyediakan buku

laporan yang lebih formal kepada para pelajar praktikal. Walaupun kekurangan bajet,

sekurangnya biarlah ia kelihatan seperti buku, bukannya kertas semata-mata. Isi

kandungannya pula diharapkan agar lebih formal bukannya diari semata-mata. Contohnya,

perlulah ada ruangan untuk pelajar menulis laporan harian, masalah yang dihadapi serta apa

cadangan atau penambahbaikan yang dilakukan untuk mengatasi masalah. Ini akan

menggalakkan pelajar untuk berfikir dengan lebih kreatif dan mencari inisiatif untuk

menyelesaikan masalah.

28

Saya juga berharap agar pihak pengurusan kolej boleh memberi borang yang lebih lengkap

dan terperinci untuk dinilai oleh penyelia latihan industri. Borang atau dokumen tersebut

juga perlulah diperiksa dan diperhatikan butirannya agar tidak berlaku salah ejaan atau

terlalu jelas copy paste dari borang lama sehingga saya sendiri yang perlu mengedit dan

membuat muka depan baru atas permintaan penyelia latihan industri. Secara tidak

langsung, ini akan memberi imej yang agak buruk di mata mereka terhadap kolej kita ini.

Seterusnya, saya juga berharap agar pihak kolej boleh menyediakan kemudahan

pengangkutan bagi kami ke tempat praktikal (sekitar Kelantan). Sekiranya bayaran perlu

dikenakan, biarlah ia berbaloi. Akan tetapi, pada pendapat saya, tidak perlulah dikenakan

bayaran kepada pelajar praktikal KUIST, cukuplah diambil dari bayaran yang dinyatakan

dalam yuran pengajian supaya kami membayar kemudahan perpusatakaan, makmal

komputer dan sebagainya yang ada sesetengahnya langsung tidak pernah kami gunakan

sepanjang pengajian di kolej ini. Sekiranya kami tidak dapat menikmati kemudahan makmal

komputer dan lain-lain yang termaktub dalam yuran pengajian, biarlah ia ditampung dan

diganti dengan kemudahan pengangkutan ke tempat praktikal.

29

BAB 5 KESIMPULAN

Sepanjang tempoh latihan industri di bahagian Penyelidkan JAHEAIK, saya mendapati latihan

industri ini memberi peluang yang baik kepada pelajar-pelajar dalam mempraktikkan segala

ilmu pengetahuan daripada teori-teori yang dipelajari di universiti. Bagi saya program ini

amat berkesan dan berguna kerana ia bukan hanya mendedahkan saya kepada persekitaran

dunia pekerjaan sebenar, tetapi juga memberikan saya peluang untuk memperbaiki diri saya

menjadi lebih berkeyakinan, berdedikasi, dan mempunyai insiatif diri.

Selain itu, saya juga telah mempelajari cara mengendalikan kerja-kerja pejabat

seperti fotostat, print, faks, binding, pendokumentasian dan sebagainya. Saya juga telah

belajar cara berhadapan dan mengendalikan pelanggan atau pengunjung yang bertanyakan

soalan dan maklumat berkaitan bidang halal dengan baik dan tepat. Sepanjang berada di

sini, saya telah berjaya mendalami ilmu berkaitan halal dengan lebih mendalam dan boleh

menerangkan kepada orang sekeliling.

Sekiranya diberi pilihan untuk memanjangkan lagi tempoh latihan praktikal di sini,

saya semestinya tidak akan menolak. Banyak ilmu dan pengalaman yang telah saya kutip

sepanjang berada di sini namun masih belum cukup dan masih banyak lagi yang perlu

dipelajari. Pengalaman memantau premis makanan yang memohon sijil halal paling tidak

dapat saya lupakan. Melihat kerenah pengusaha premis yang berusaha memujuk auditor

halal JAHEAIK kerana sijil halal ditarik telah menimbulkan semangat yang lagi berkobar-

kobar dalam diri ini untuk memperkasa dan mengukuhkan lagi industri halal di Malaysia ini.