Sejarah Awal Sarawak Dan Sabah

3
Sejarah Awal Sarawak dan Sabah Asal usul Nama Sarawak 1. Nama Sarawak dikatakan berasal daripada a) Ungkapan ‘serah kepada awak’ b) Buah nanas 2. Bahagian hulu sungai Sarawak terkenal dengan kegiatan perlombongan antimony yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Ketika itu, kawasan tersebut dikuasai oleh pembesar tempatan. 3. Apabila Kesultanan Brunei hendak menguasai kawasan tersebut, penduduk tempatan mengalu-alukan dan sering menyebut serah kepada awak. Perkataan tersebut diringkaskan menjadi Sarawak. Akhirnya kawasan tersebut dinamakan Sarawak. 4. Di kawasan Batu Kawa terdapat tanaman nanas yang dikenali sebagai nanas Sarawak. Kawasa itu dinamakan Sarawak disebabkan banyak tanaman nanas Sarawak. Pentadbiran Awal Sarawak 1. Pentadbiran awal Sarawak boleh dibahagikan kepada a) Kawasan persisiran pantai yang dikuasai oleh Kesultanan Brunei b) Kawasan pedalaman yang diketuai oleh pemimpin tempatan. 2. Pentadbiran di kawasan pesisiran pantai : a) Sultan Brunei melantik Pangeran Indera Mahkota untuk mentadbir kawasan ini. b) Beliau dibantu oleh tiga orang pembesar tempatan iaitu, Datu patinggi, Datu Temenggung dan Datu Bandar 3. Pentadbiran di kawasan pedalaman : a) Termasuk kawasan muara sungai b) Terdapat banyak rumah panjang yang mempunyai kawasan pentadbiran masing – masing c) Kawasan in ditadbir oleh Tuai Rumah atau Ketua Rumah Panjang Kaum di Sarawak 1. Taburan kaum di Sarawak boleh dibahagikan seperti di bawah : Kawasan Pedalaman Kaum Kawasan petempatan

description

hxcrzssxtfghghj

Transcript of Sejarah Awal Sarawak Dan Sabah

Page 1: Sejarah Awal Sarawak Dan Sabah

Sejarah Awal Sarawak dan Sabah

Asal usul Nama Sarawak

1. Nama Sarawak dikatakan berasal daripada a) Ungkapan ‘serah kepada awak’b) Buah nanas

2. Bahagian hulu sungai Sarawak terkenal dengan kegiatan perlombongan antimony yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Ketika itu, kawasan tersebut dikuasai oleh pembesar tempatan.

3. Apabila Kesultanan Brunei hendak menguasai kawasan tersebut, penduduk tempatan mengalu-alukan dan sering menyebut serah kepada awak. Perkataan tersebut diringkaskan menjadi Sarawak. Akhirnya kawasan tersebut dinamakan Sarawak.

4. Di kawasan Batu Kawa terdapat tanaman nanas yang dikenali sebagai nanas Sarawak. Kawasa itu dinamakan Sarawak disebabkan banyak tanaman nanas Sarawak.

Pentadbiran Awal Sarawak

1. Pentadbiran awal Sarawak boleh dibahagikan kepadaa) Kawasan persisiran pantai yang dikuasai oleh Kesultanan Bruneib) Kawasan pedalaman yang diketuai oleh pemimpin tempatan.

2. Pentadbiran di kawasan pesisiran pantai :a) Sultan Brunei melantik Pangeran Indera Mahkota untuk mentadbir kawasan ini.b) Beliau dibantu oleh tiga orang pembesar tempatan iaitu, Datu patinggi, Datu Temenggung

dan Datu Bandar3. Pentadbiran di kawasan pedalaman :

a) Termasuk kawasan muara sungaib) Terdapat banyak rumah panjang yang mempunyai kawasan pentadbiran masing – masingc) Kawasan in ditadbir oleh Tuai Rumah atau Ketua Rumah Panjang

Kaum di Sarawak

1. Taburan kaum di Sarawak boleh dibahagikan seperti di bawah :

Kawasan PedalamanKaum Kawasan petempatanKelabit Lembah Terusan dan Sungai BaramPenan Hutan Baram dan Sungai RajangMurut Kaki bukit dan gunung di utara Sarawak,

Sungai Terusan dan LimbangKawasan Muara Sungai

Kaum Kawasan petempatanIban Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang

Lupar, Sungai RajangBidayuh Singgai, Sadong, Sungai Kayan

Page 2: Sejarah Awal Sarawak Dan Sabah

Kenyah Sungai baram, Ulu Batang, Rajah, BaluiKawasan Pesisiran pantai

Kaum Kawasan PetempatanMelayu Kuching, Sibu, Oya, Saribas,Tanjung Datu,

Simanggang, mukahMelanau Lembah Utara Rajang, Oya, Bintulu, Mukah

Kedatangan Kuasa Penjajah

1. Sebelum abad ke-19, Kesultanan Brunei telah menguasai sebahagian daripada wilayah Sarawak. 2. Penindasan Pangeran indera Mahkota ke atas penduduk tempatan telah menyebabkan

berlakunya pemberontakan.3. Sultan Brunei telah menghantar Pangeran raja muda Hashim untuk menamat pemberontakan

tersebut.4. Pangeran Raja Muda Hashim gagal menamatkan pemberontakan tersebut dan meminta

bantuan Raja Brookes5. James brooke merupakan seorang pedagang yang datang ke Sarawak.6. Pangeran Raja Muda hashim berjanji akan menyerahkan kawasan Kuching jika James Brooke

Berjaya menamatkan pemberontakan itu. James Brooke Berjaya menamatkan pemberontakan itu dan menuntut haknya.

7. Pangeran Raja Muda Hashim tidak memenuhi janjinya menyebabkan james Brooke menemui Sultan Brunei untuk menuntut janji.

8. Sultan Brunei terpaksa bersetuju dan melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak.9. Keluarga Brooke telah memerintah Sarawak sebagai Raja Putih Sarawak dari tahun 1841 sehingga

1941.