Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

download Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

of 41

Transcript of Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    1/41

    HURAIKAN PERKEMBANGAN EKONOMI SABAH DAN SARAWAK PADA ABAD KE-19 DAN AWAL

    ABAD KE-20.

    British berminat terhadap Sabah dan Sarawak disebabkan negeri tersebut kaya dengan hasil

    bumi.Kekayaan tersebut telah menarik minat pedagang dari Barat seperti Poturgis,Sepanyol,Belanda

    dan British untuk singgah berdagang di Sabah sebelum meneruskan perjalanan ke China. Alfert Dent

    tubuhkan British North Borneo Company (SBUB) dan mohon piagam diraja daripada kerajaan British diLondon untuk menaikkan nilai perniagaan dan pengiktirafan daripada kerajaan British. Pertapakan

    James Brooke di Sarawak dan ditambah pula dengan jawatan sebagai Gabenor Sarawak memudahkan

    lagi beliau menguasai ekonomi Sarawak .Beliau menetapkan dasar pemerintahan sendiri bagi

    memudahkan pentadbiran.Perkembangan ekonomi terbahagi kepada 2 jenis iaitu ekonomi tradisional

    dan ekonomi komersial.

    Masyarakat Sabah pada mulanya mengamalkan sistem ekonomi tradisional ataupun dikenali

    sebagai sistem ekonomi sara diri. Tanaman utama masyarakat Sabah ialah padi yang menjadi

    tanaman makanan utama mereka. Tanaman padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan orangDusun.Kawasan penanaman padi sawah yang utama ialah di Tuaran,Papar dan Penampang. Padi sawah

    juga ditanam di lembah-lembah bukit seperti Ranau,Keningau dan Tambunan. Mereka turut

    mengusahakan prtanian pindah dimana mereka menanam padi huma di lereng-lereng bukit landai di

    kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Penduduk peribumi yang mengusahakan penanaman padi

    huma ialah Murut dan Bajau. Tanaman makanan lain yang ditanam ialah jagung,ubi keledek,buah-

    buahan dan sayur-sayuran. Tanaman-tanaman yang lain ini menjadi penting kerana ia merupakan

    makanan selang dimana ubi akan dijadikan makanan utama sewaktu bekalan beras tidak mencukupi.

    Masyarakat Sarawak juga turut mengamalkan ekonomi sara diri dan tanaman utama merekajuga ialah padi. Padi sawah di sarawak diusahakan oleh orang Kelabit yang mendiami kawasan rumah

    panjang di Hulu Sungai Baram manakala padi huma pula ditanam oleh orang Bidayuh,Iban dan Kenyah.

    Kebiasaannya,di setiap rumah panjang di Sarawak,terdapat tanah yang diperuntukkan khas untuk

    menanam padi huma secara gotong-royong. Contoh tanaman lain yang diusahakan adalah sayur-

    sayuran,lada hitam,buah-buahan seperti kelapa dan pisang. Di samping itu,kegiatan memburu binatang

    turut dijalankan seperti pelanduk kancil dan ayam hutan. Ternakan secara kecil-kecilan pula seperti

    ayam dan lembu.

    Kegiatan ekonomi komersial yang paling utama di Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20ialah bidang pertanian. Tembakau merupakan tanaman dagangan pertama yang penting. Menjelang

    tahun 1880-an,banyak ladang tembakau telah dibuka oleh pengusaha-pengusaha berbangsa Belanda dan

    Jerman di pantai timur Sabah. Pertanian secara komersial telah berkembang dengan pesat di Sabah

    dengan adanya pemodal Barat. Menjelang tahun 1890,terdapat 61 buah ladang tembakau di

    Sabah.Nilai eksport tembakau telah meningkat daripada $ 882 pada tahun 1885 kepada $ 1,176 000

    pada tahun 1895. Perkembangan kegiatan ekonomi komersial ini disebabkan oleh faktor dasar tanah

    yang liberal dan ketiadaan cukai eksport serta harga pasarannya yang tinggi. Pertanian

    tembakau mula merosot selepas awal abad ke-20.Pada tahun 1902,penanaman tembakau mulai merosotkerana diserang penyakit dan juga akibat daripada masalah bencana alam iaitu

    banjir. Malahan,persaingan dengan pengeluar tembakau di Amerika Syarikat telah menjejaskan

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    2/41

    pendapatan penanaman tembakau tempatan di Sabah.Pada tahun 1982,hanya terdapat 2 buah ladang

    yang masih beroperasi di Sabah.

    Kegiatan komersial yang kedua terpenting ialah penanaman getah. Tanaman getah telah mula

    diusahakan di Sabah pada tahun 1892 oleh para pengusaha Barat,kemudian diikuti oleh para pekebun

    bumiputera dan cina. Perkembangan penanaman getah di Sabah disebabkan oleh pembinaan jalan

    kereta api di antara Jesselton (Kota Kinabalu) dan Beaufort. Syarikat Berpiagam Utara Borneo turutmemberikan pelepasan cukai eksport selama 50 tahun. Permintaan yang tinggi di pasaran dunia turut

    menjadi faktor peningkatan penanaman getah di Sabah. Kawasan penanaman getah yang utama di

    Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah pantai Barat. Keluasan kawasan tanaman getah telah

    bertambah dengan mendadak. Misalnya pada tahun 1907 keluasan tanaman getah ialah 1 306 hektar

    kemudian bertambah menjadi kira-kira 14 095 hektar pada tahun 1917. Sehingga tahun 1941, getah

    masih menjadi penyumbang kepada kegiatan ekonomi komersial bagi Sabah.

    Disamping itu,kegiatan ekonomi komersial lain di Sabah adalah seperti sarang burung,pokok

    lanut dan sagu. Pada tahun 1926,eksport sarang burung bernilai $ 125 000 dan kawasan pengumpulansarang burung ialah di Gua Gomantong,di Sandakan. Pokok lanut yang dikenali sebagai abaka diproses

    untuk dijadikan tali kapal dan dieksport ke Eropah. Pokok sagu atau rumbia merupakan tanaman

    tradisional Sabah yang telah dikomersialkan. Memandangkan hasil sagu di pasaran dunia mahal,pihak

    British telah menggalakkan penduduk supaya mengusahakannya. Eksport sagu di Sabah pada tahun

    1888 bernilai $ 93 433.

    Kegiatan ekonomi komersial di Sarawak dari segi pertanian pula ialah sagu,lada hitan dan

    gambir. Tanaman sagu merupakan hasil eksport utama Sarawak pada abad ke-19. Penghasilan sagu

    daripada pokok rumbia diusahakan oleh orang Melanau secara meluas di bahagian kedua dan ketiganegeri Sarawak. Sarawak telah berjaya mengeksport hasil sagu daripada 8700 tan pada tahun 1887

    kepada 20 400 tan pada tahun 1907. Orang cina menguasai pengeluaran dan perniagaan semua hasil

    sagu di Sarawak. Bagi tanaman getah pula,Raja-raja Brooke tidak menggalakkan syarikat asing untuk

    buka ladang getah di Sarawak namun syarikat yang menguasai tanaman getah Cuma satu iaitu Syarikat

    Borneo. Kawasan tanaman ialah estet Tahan dan estet Tengah.Pada tahun 1934,terdapat 210 000 ekar

    tanah ladang getah dan sebahagiannya merupakan kebun kecil dan 3% pula diusahakan secara

    ladang. Selain itu,orang cina juga mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam di Sarawak untuk

    tujuan eksport. Lada hitam ditanam di sekitar Kuching,Serian,Sarikei dan Maradong. Charles Brooke

    telah memberi galakan kepada saudagar-saudagar dari Singapura untuk menanam lada hitam di

    Sarawak dengan cara memberi tanah kepada mereka. Lada hitam menjadi tanaman eksport

    terpenting di Sarawak pada abad ke-19. Menjelang tahun 1855,Sarawak telah berjaya mengeksport

    392 tan lada hitam dan 1370 tan gambir.

    Selain pertanian,kegiatan ekonomi komersial yang lain yang turut di jalankan ialah pembalakan

    di Sabah dan Sarawak. Perusahaan pembalakan telah mula berkembang di Sabah pada tahun 1880-

    an. Perusahaan pembalakan dikuasai oleh syarikat-syarikat British dan Cina. Antara kayu balak yang

    mempunyai nilai eksport tinggi ialah seraya,kapur,belian dan meranti. Kegiatan pembalakan dijalankandi Sandakan,Lahad Datu dan Tawau.Buruh dari Indonesia dan Filipina dibawa masuk ke Sabah. Nilai

    eksport kayu balak Sabah menunjukkan peningkatan yang drastik.Misalnya,pada tahun 1890 nilai

    eksport hanya $ 44 584 sahaja tetapi telah meningkat kepada $ 642 935 pada tahun 1910.Menjelang

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    3/41

    tahun 1930,nilai eksport kayu balak di Sabah ialah $ 2.5 juta manakala menjelang tahun 1937

    Sandakan muncul sebagai sebuah pelabuhan pengeksport kayu balak yang penting di dunia. Antara

    negara yang mengimport kayu balak dari Sabah ialah China,Singapura,Australian dan Britain. Kegiatan

    pembalakan di Sarawak hanya dijalankan sehingga Perang Dunia Kedua. Kayu balak menjadi eksport

    utama dan kekal pada kedudukan kedua selepas getah sebagai hasil pendapatan utama

    Sarawak.Penanaman kayu balak dijalankan oleh orang cina dan Syarikat Borneo di kawasan Sungai

    Rajang. Hasil pembalakan di Sarawak dieksport ke Hong Kong,Australia dan Amerika Syarikat.

    Kegiatan ekonomi komersial lain yang dijalankan di Sabah dan Sarawak ialah perlombonngan. Di

    Sabah,hasil galian yang terpenting ialah emas. Lombong-lombong emas telah mula diusahakan sekitar

    tahun 1880-an di Sungai Segama. Kegiatan perlombongan emas telah diusahakan oleh orang Cina.

    Walaupun pengeluarannya terhad,tetapi nilai eksport emas sangat tinggi.Selain itu,bahan galian yang

    terdapat di Sabah ialah arang batu yang dilombong berhampiran dengan Sungai Silimpopon. Usaha

    perlombongan arang batu telah dilakukan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal yang telah ditubuhkan

    pada tahun 1905 dan beroperasi hingga tahun 1930. Galian lain pula ialah mangan yang telah dijumpai

    pada tahun 1902 di Teluk Marudu. Bahan galian tersebut telah dilombong oleh Syarikat British Borneo

    Eksploration mulai tahun 1905 hingga 1908.Hasil galian mangan telah dieksport ke Britain.

    Sektor perlombongan secara komersial telah mula berkembang di Sarawak semasa

    pemerintahan Charles Brooke.Antara galian terpenting yang dilombong ialah antimoni. Menjelang tahun

    1880-an,Sarawak telah menjadi pengeluar galian antimoni yang utama. Kawasan perlombongan antimoni

    yang utama ialah daerah Bau.Orang Melayu dan Cina aktif dalam kegiatan tersebut. Di samping

    itu,terdapat kegiatan perlombongan arang batu. Aktiviti melombong arang batu di Sarawak telah

    bermula pada tahun 1889 hingga tahun 1898. Jumlah pengeluaran arang batu telah meningkat

    daripada 500 tan pada tahun 1874 kepada 31 390 tan pada tahun 1898. Galian lombong lain ialah

    raksa.Raksa mula dieksport pada tahun 1868 yang menggantikan antimoni sebagai hasil perlombongan

    utama sarawak. Galian yang tidak kurang pentingnya di Sarawak juga ialah emas yang dilombong di Bau.

    Emas menjadi galian terpenting di Sarawak antara tahun 1898 hingga 1921. Orang Cina merupakan

    pelombong dan pengusaha utama emas di Sarawak. Kegiatan ekonomi komersial di Sarawak sebenarnya

    berhubung kait dengan pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya,jalan kereta

    api,pelabuhan dan pembinaan bandar-bandar baru seperti Miri dan Kuching.Perkembangan bandar

    seperti Miri turut menjadi pemangkin perkembangan ekonomi bercorak komersial di Sarawak.

    Kesimpulannya,kegiatan ekonomi komersial berkembang hasil daripada ekonomi sara

    diri.Ekonomi komersial pula berkembang disebabkan kemudahan-kemudahan yang ada.Kedatangan

    barat di Sabah telah menyebabkan kegiatan ekonomi mereka mengalami perubahan seiring dengan

    dasar ekonomi British manakala di Sarawak pula perkembangan ekonomi banyak dipengaruhi dasar

    pemerintahan yang dilaksanakan oleh keluarga Brooke,terutamanya James Brooke dan Charles Brooke.

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    4/41

    Sistem ekonomi di sabah dan sarawak 2

    EKONOMI KOMERSIL DI SARAWAK

    Ekonomi dagangan

    Di Sarawak, lada hitam dan gambir turut diusahakan terutamanya di sekitar Kuching-Serian

    dan Sarikei Maradong. Pada 1840an, tanaman lada hitam dan gambir mula diusahakan untuk tujuaneksport. Penanaman lada hitam secara besar-besaran di Sarawak di usahakan oleh pelabur Cina

    daripada Singapura.

    Sagu juga merupakan salah satu hasil pertanian Sarawak yang penting dan telah diusahakan

    sebelum zaman Brooke lagi. Kawasan utama pengeluaran sagu di Sarawak termasuklah Mukah dan Oya.

    Perusahaan sagu di Sarawak diuruskan oleh pedagang Melayu kemudiannya turut diusahakan oleh orang

    Cina dan Barat yang mana sebahagian besar hasil sagu dieksport ke Singapura.

    Kegiatan perlombongan di Sarawak pula melibatkan galian seperti antimoni dan emas.

    Antimoni dilombong di Bahagian Pertama iaitu di Bau pada 1820an. Pembesar Melayu menggunakanburuh Dayak untuk mengusahakan perlombongan antimoni. Sarawak kekal menjadi sumber utama

    antimoni kepada Eropah sehingga akhir abad ke-19.

    Emas di Sarawak juga dijumpai di Bau pada 1830an dan diusahakan oleh orang-orang Cina di

    Sarawak. Emas tersebut dieksport ke Singapura.

    Kegiatan ekonomi komersial

    a. Lada hitam

    oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura. Brooke memberi tanah kepada saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam.

    b. Gambir.

    Brooke memberi tanah kepada peladang Cina.

    Gambir ditanam secara meluas di Bau.

    c. Sagu.

    oleh orang Melayu dan Inggeris.

    Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun-pekebun kecil.

    abad ke-20 orang Cina mengambil alih dan menguasai perusahaan sagu.d. Perlombongan.

    Emas dilombong di Bau oleh orang Cina.

    Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak.

    Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak.

    EKONOMI KOMERSIL DI SABAH

    Di Sabah pula kegiatan ekonomi komersilnya masih bergantung kepada hasil-hasil ekonomitradisional. Sarang burung yang dipungut di Gua Gomantong, Gua Madai dan beberapa buah gua lain

    merupakan hasil eksport yang menguntungkan. Kebanyakannya di eksport ke Hong kong dan China.

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    5/41

    Terdapat dua jenis sarang burung iaitu yang berwarna cokat dan putih. Sarang burung yang berwarna

    putih lebih bersih dan harganya lebih mahal.

    Hasil laut juga merupakan antara kegiatan ekonomi komersil yang dijalankan di Sabah. Hasil

    laut ini termasuklah mutiara, trepang dan agar-agar yang dieksport ke Hong kong dan China. Mutiara

    banyak terdapat di Pantai Timur Sabah terutamanya Sandakan dan Lingkabau. Perusahaan ini

    diusahakan oleh orang Bajau yang merupakan penyelam yang mahir.

    Sagu merupakan makanan kegemaran penduduk Sabah yang dihasilkan daripada pokok rumbia

    juga merupakan antara hasil penting ekonomi Sabah. Penduduk Sabah mengusahakan perusahaan sagu

    secara komersil dan sagu mentah telah di eksport ke Singapura dan kemudiannya ke Eropah.

    Selain itu emas turut dilombong di Segama di Sabah.

    Kegiatan Ekonomi Komersial

    a. Tembakau

    SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Tembakau diusahakan oleh orang-orang Cina.

    peladang Belanda dan Jerman

    Kawasan Pantai Timur Sabah.

    60 estet tembakau, Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah.

    Peladang menggunakan buruh dari Singapura dan Hong Kong.

    penanaman merosot bila permintaan dari Amerika merosot.

    b. Perlombongan.

    oleh orang Cina di Sungai Segama.

    Petroleum diusahakan secara komersial oleh SBUB.

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    6/41

    Kagiatan Ekonomi Sarawak

    KEGIATAN EKONOMI

    SARA DIRI.

    1. MENYARA HIDUP DENGAN :

    I. MENANAM PADI HUMA ATAU PADI BUKIT

    II. JADI NELAYAN,

    III. PUNGUT HASIL HUTAN

    IV. BERNIAGA KECIL-KECILAN.

    2. ORANG IBAN, MURUT, KENYAH DAN KAYAN DI KAWASAN PEDALAMAN MENANAM PADI,

    BERBURU DAN MEMUNGUT HASIL HUTAN

    3. ORANG PENAN DI HULU SUNGAI BARAM DAN SUNGAI RAJANG BERBURU BINATANG

    DENGAN MENGGUNAKAN SUMPITAN.

    4. PEKERJAAAN ORANG MELAYU :

    I. MENANAM PADI SAWAH DAN KELAPA

    II. PENIAGA KECIL-KECILAN

    III. ORANG TENGAH DALAM PERNIAGAAN.

    5. KEGIATAN EKONOMI ORANG MELANAU :

    I. MENANAM PADI SAWAH

    II. MENJADI NELAYAN.

    6. KEGIATAN EKONOMI ORANG BIDAYUH :

    I. MENANAM PADI HUMA

    II. JADI PELADANG.

    7. KEGIATAN EKONOMI ORANG KELABIT :

    I. MENANAM PADI SAWAH

    II. BERBURU

    III. PUNGUT HASIL HUTAN.

    8. PENDUDUK DI PEDALAMAN -PUNGUT HASIL HUTAN

    PERTANIAN

    1. PADI HUMA DITANAM DI TEMPAT TINGGAL ETNIK IBAN, BIDAYUH DAN ORANG ULU.

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    7/41

    2. PADI SAWAH DITANAM OLEH ORANG KELABIT. TERKENAL DENGAN BERAS JENIS BARIO.

    3. SAGU DIUSAHAKAN OLEH ORANG MELANAU, :

    I. SAGU INI TUMBUH DI KAWASAN BERPAYA

    II. SELEPAS 10 TAHUN SAGU BOLEH DITEBANG

    III. RIPO (ISI DALAM SAGU) DIKELUARKAN, DIJEMUR HINGGA KERING

    IV. DIPROSES SEBELUM DIJADIKAN TEPUNG SAGU YANG DIKENALI SEBAGAI LEMANTAK.

    4. SARAWAK TERKENAL SEBAGAI PENGEKSPORT SAGU.

    5. LADA HITAM OLEH KEDAYAN DAN MURUT

    6. SARAWAK PENGEKSPORT LADA HITAM.

    PERLOMBONGAN

    1. ANTIMONI DAN EMAS BAHAN GALIAN TERPENTING

    2. AWALNYA DITADBIR OLEH DATU PATINGGI ALI.

    3. KAUM BIDAYUH KAUM AKTIF DALAM KEDUA-DUA PERLOMBONGAN

    4. ORANG CINA DI BAU, PAKU DAN BIDI MENJALANKAN KEGIATAN MELOMBONG EMAS.

    PERDAGANGAN

    1. KESULTANAN MELAYU MELAKA PERNAH MENJALIN HUBUNGAN PERDAGANGAN DENGAN

    SARAWAK.

    2. BARANGAN SARAWAK LADA HITAM, HALIA, KAPUR BARUS, SARANG BURUNG, EMAS,

    PERMATA, IKAN

    3. SARAWAK DIKUNJUNGI PEDAGANG CINA UTK DAPATKAN LADA HITAM, KAPUR BARUS,

    EMAS, KAYU CENDANA, SUMBU BADAK, TELUR PENYU.

    4. PEDAGANG CINA MENJUAL BARANGAN BESI, KACA DAN PINGGAN MANGKUK DISANTUBONG.

    5. PEDAGANG CINA, ARAB, INDIA DAN KEPULAUAN MELAYU MEMBAWA BARANGAN

    TEMBIKAR, SUTERA, BARANG LOGAM, KAIN, BARANG PERHIASAN

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    8/41

    Perkembangan Ekonomi Sabah & Sarawak

    Sekitar abad ke-19 dan 20, berlaku perkembangan ekonomi di Negeri-Negeri Melayu[Ditadbir oleh

    British], Sabah [Ditadbir oleh Syarikat Borneo Utara British]&Sarawak [Rajah Brooke]. Ekonomi

    komersial mulai berkembang dengan pengenalan tanaman baru seperti getah, lada hitam dan gambir

    selain kegiatan import eksport mulai rancak.

    Berikut ialah tanaman & galian bersifat komersial yang diusahakan di oleh penduduk di Sabah &

    Sarawak.

    ahakan di Sabah & Sarawak.

    Sistem ekonomi di sabah dan sarawak

    Sistem ekonomi diMalaysiapada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada 2

    bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersil. Bentuk dan

    kegiatanekonomiyang mereka amalkan adalah dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masadahulu. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak

    perlombongan dan sebagainya.

    Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung

    keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka.

    Segala kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli

    barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya.

    Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil

    hutan. Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak.

    Sistem ekonomi komersil hanya wujud diTanah Melayusetelah kehadiran penjajah British pada abad

    ke-19. Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan mereka

    mengutip cukai daripada rakyat, memaksa rakyat mendapatkan duit tunai. Ini kerana mereka yang

    gagal menjelaskan cukai akan dihukum. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat

    dalam sektor perdagangan dan perlombongan.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://4.bp.blogspot.com/-GvgXu3AU9VQ/UeZ81KUyXAI/AAAAAAAAEYw/EjISItSDROE/s1600/sejp3+ekonomi+sabah+sarawak.pnghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia
  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    9/41

    Kegiatan Ekonomi di Sarawak ( 5 markah )

    Kegiatan Ekonomi Sara diri.

    a. Penanaman Padi.

    Padi huma diusahakan oleh orang Iban, Bidayuh dan Kenyah. Diusahakan secara bergotong-royong.

    Padi huma diusahakan oleh masyarakat Kelabit yang tinggal di kawasan bukit Hulu Sg.Baram. Sistemtali air dibina untuk mengairi kawasan sawah.

    b. Perikanan.

    Dijalankan oleh orang Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai Kaum Iban menjalankan

    penangkapan ikan di kawasan sungai terutamanya di Sungai Rejang, Saribas dan Batang Lupar.

    c. Tanaman-tanaman lain.

    Antara tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam, pokok buah-buahan dan pokok mengkuang. OrangMelanau menjalankan kegiatan memproses sagu di Oya dan Mukah.

    d. Perlombongan

    Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh.

    e. Perdagangan.

    Dijalankan oleh orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan. Barang-barang yang didagangkan

    ialah sagu.

    Kegiatan ekonomi komersial

    a. Lada hitam

    Tanaman eksport terpenting pada zaman pemerintahan Brooke. Diusahakan oleh peladang

    Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura.

    Brooke memberi tanah kepada saudagar-saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam.

    Antara tahun 1935-1939 Sarawak merupakan pengeksport kedua terpenting selepas Indonesia.

    b. Gambir.

    Harga gambir meningkat pada tahun 1890-an. Brooke memberi tanah kepada peladang Cina.

    Gambir ditanam secara meluas di Bau. Pada awal abad ke-20, tanaman gambir mulai merosot

    kerana harganya tidak stabil.

    c. Sagu.

    Sagu ditanam secara meluas di antara tahun 1850-1860. Diusahakan oleh orang Melayu dan

    Inggeris. Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun-

    pekebun kecil. Mulai abad ke-20 orang Cina mulai mengambil alih kegiatan ini dan kemudianmenguasai perusahaan sagu.

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    10/41

    d. Perlombongan.

    Emas dilombong di Bau oleh orang Cina. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak.

    Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak.

    C. Kegiatan ekonomi di Sabah. ( 5 markah )

    Kegiatan ekonomi sara diri

    a. Penanaman PadiTanaman makanan utama. Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun. Kawasan

    penanaman padi yang utama ialah Tuaran, Papar, Penampang dan lembah bukit di Ranau,

    Keningau dan Tambunan. Padi huma ditanam di lereng-lereng bukit landai di kawasan pedalaman

    yang bergunung-ganang. Padi huma diusahakan oleh orang Murut dan

    Bajau.

    b. Tanaman-tanaman lain

    Jagung, ubi kayu, keledek, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan makanan selangc. Pertukangan

    Dijalankan oleh kaum Bajau. Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi, menenun

    kain dan memacu kuda.

    d. Perikanan

    Dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan. Dijalankan di sepanjang pantai

    perairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei.

    e. Penternakan

    Binatang yang diternak ialah kerbau, ayam, itik dan khinzir. Dijalankan oleh suku kaum dusun

    dan Kadazan.

    Kegiatan Ekonomi Komersial

    a. Tembakau

    SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Tembakau mula diusahakan oleh orangorang

    Cina. Selepas tahun 1884, peladang-peladang Belanda dan Jerman memainkan peranan penting

    dalam penanaman tembakau. Kawasan tumpuan ialah Pantai Timur Sabah. Pada tahun 1890 terdapat

    60 estet tembakau yang kebanyakan tertumpu di Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah.

    Peladang menggunakan tenaga buruh dari Singapura dan Hong Kong. Pada penghujung abad ke-19

    penanaman tembakau merosot apabila permintaan dari Amerika merosot.

    b. Perlombongan.

    Emas diusahakan oleh orang Cina di Sungai Segama. Petroleum diusahakan secara komersial oleh

    SBUB.

    C. Penutup ( 2/3 markah )

    Kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri dan komersial. Kegiatanekonomi sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluarga sendiri. Kegiatan ini menjadi komersial

    apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar dengan barangan lain. Setelah kedatangan Barat,

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    11/41

    kegiatan ekonomi sara diri masih wujud dan kegiatan komersial serta perdagangan semakin

    berkembang.

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    12/41

    JELASKAN KEGIATAN EKONOMI KOMERSIL YANG DIJALANKAN DI SARAWAK PADA ABAD KE

    19

    PENGENALAN

    1. Ekonomi komersil merupakan kegiatan ekonomi yang berorientasikan keuntungan dan dijalankan

    secara besar-besaran.2. Di antara kegiatan ekonomi komersial yang dijalankan di Sarawak ialah pertanian dagangan,

    perdagangan dan perlombongan.

    3. Pertanian dagangan yang dijalankan di Sarawak ialah penanaman getah, lada hitam, gambir dan sagu.

    Selain itu kegiatan pembalakan dan perlombongan juga turut diusahakan.

    B. ISl[

    a. Getah

    1. Getah ditanam di Kuching dalam tahun 1881 tetapi tidak diusahakan dengan serius. Usaha yang

    serius hanya dijalankan setelah getah muncul sebagai barang yang berharga pada awal tahun 1.900.

    2. Kemerosotan harga kopi menyebabkan orang Eropah beralih kepada perusahaan getah.

    b. Lada Hitam

    1. Lada hitam di tanam di kawasan Serian-Kuching dan juga Sarikei.

    2. Lada hitam merupakan tanaman tradisional Sarawak yang menjadi eksport terpenting danmendatangkan pulangan yang lumayan.

    3. Rajah Charles Brooke telah menghidupkan semula tanaman ini dan memberikannya kepada buruh-

    buruh cina dari Singapura.

    4. Pada tahun 1870 an tanaman ini Berjaya dijalankan secara meluas di Ulu Sarawak.. Pengusaha dari

    Singapura turut juga menanam tanaman ini bersama gambir.

    C. Gambir

    1. Gambir mina di tanam di Bau Sarawak dan tanaman ini telah diusahakan secara komersil oleh orang-

    orang cina.

    2. Gambir teak mina mendapat permintaan: yang meluas pada tahun 1880 dan 1890.

    d. Sagu

    1. Sagu merupakan hasil penduduk Melanau di tepi Sungai Rajang, Igau, Oya dan Sungai Mukah.

    2. Sepanjang abad ke 19 sagu rnerupakan eksport terpenting Sarawak dansebahagian daripada hash sagu dunia di keluarkan dari Sarawak.

    3. Perkembangan sagu menjadi lebih maju ketika pentadbiran keluarga Brooke

    pada tahun 1861.

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    13/41

    4. Pedagang-pedagang melayu adalah merupakan pengeksport utama sagu di Kuching.

    5. Sebahagian besar perniagaan sagu adalah dikuasai oleh orang cina.

    e. Pembalakan

    1. Sarawak mempunyai kawasan pembalakan yang sangat luas dan mula dieksport pada tahun 1890

    apabila pedagang cina mula memasarkannya ke seberang laut.

    2. Industri kayu balak Sarawak adalah dimonopoli oleh orang-orang cina.

    f. Perlombongan1. Kegiatan perlombongan yang dijalankan di Sarawak ialah antimony, emas, arang batu, bijih timah dan

    petroleum.

    ''. Antimoni di lombong di kawasan Baud an digunakan untuk mebuat plat bateri.

    3. Emas dan bouksit pula di lombomg di Baud an Kuching dan perusahaan perlombongan ini dimonopoli

    oleh saudagar cina.Petroleum pula mula di lombong di Sarawak pada awal tahun1890 dan 1900.

    g. Hasil Hutan

    Antara kegiatan basil hutan yang paling utama ialah memungut sarang burin yang dijalankan di GuaMulu dan Gua Gematong di Sarawak..

    C. KESIMPULAN

    1. Ekonorni komersil berkembang pesat di Sarawak pada abad ke 19 dan menjadi penyumbang kepada

    eksport utama Sarawak.

    2. Kegiatan ekonomi komersil ini telah menarik ramai pemodal dan pelabur China dan Eropah untuk

    terlibat dalam kegiatan ekonorni komersil di Saraw

    Posted by

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    14/41

    Huraikan ciri-ciri ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum campurtangan

    British.

    Ekonomi Tanah Melayu bercorak sara diri. Pada pertengahan abad ke-19, ekonomi Tanah Melayu

    telah mengalami perubahan pesat yang menyebabkan munculnya sistem ekonomi dagangan. Kegiatan

    ekonomi Tanah Melayu tertumpu kepada ekonomi komersial dalam sector pertanian dagangan dan

    perlombongan.

    Pertanian sara diri dijalankan oleh orang Melayu di kawasan pedalaman dan pinggir laut. Usaha

    ekonomi hanya cukup untuk keperluan keluarga. Tiada pengekportan atau perdagangan secara besar-

    besaran. Teknologi moden masih belum digunakan. Ahli-ahli keluarga turut terlibat dalam pertanian

    sara diri. Jumlah hasil mereka bergantung pada besar kecilnya tanah yang mereka usahakan dan

    keperluan mereka sendiri.

    Tanaman utama mereka ialah padi sawah. Padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai atau

    tanah rendah. Padi huma atau padi bukit ditanam di kawasan tanah tinggi. Sistem pengairan juga

    merupakan satu aspek yang penting dalam menentukan kesuburan tanaman padi. Penanaman padi banyak

    dijalankan di Kedah dan Perak. Terdapat juga tanaman-tanaman lain seperti gambir, kopi, the, sayur-

    sayuran dan pokok buah-buahan.

    Pertanian sara diri juga dijalankan oleh masyarakat di Sabah dan Sarawak. Orang Kadazanmenanam padi sawah di lembah Pantai Barat Sabah seperti Tuaran dan Penampang. Orang Murut

    menanam padi huma di bukit dan kawasan yang kurang subur.

    Di Sarawak pula, padi huma ditanam oleh ahli masyarakat Iban, Bidayuh, dan Kenyah. Penanaman

    padi huma dijalankan secara bergotong-royong. Orang Kelabit yang tinggal di kawasan bukit di hulu

    Sungai Baram turut menanam padi sawah. Tanaman-tanaman lain adalah seperti sayur-sayuran dan

    pokok buah-buahan.

    Pada abad ke-19, pertanian dagangan memainkan peranan penting kepada ekonomi Tanah

    Melayu. Pertanian dagangan ini boleh dibahagikan kepada dua peringkat perkembangan, iaitu peringkat

    pertama yang berupa pertanian yang mementingkan tanaman jangka masa pendek, seperti lada hitam,

    gambir, ubi kayu, tabu, dan kopi. Peringkat kedua ialah penaman getah yang merupakan tanaman

    dagangan yang paling penting. Pada umumnya, orang Cina dan Eropah yang banyak terlibat dalam

    pertanian dagangan ini.

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    15/41

    Gambir dan lada hitam banyak ditanam di Negeri Johor dan Sarawak. Kemudiannya,

    diperluaskan ke Selangor dan Negeri Sembilan. Tanaman gambir dan lada hitam dimajukan oleh

    pembesar dan raja di negeri masing-masing. Pada tahun 1840-an, Temenggung Ibrahim telah

    menjemput orang Cina dari Singapura untuk membuka lading gambir dan lada hitam di tebing sungai di

    selatan Johor di bawah sistem Kangcu. Lada hitam dan gambir merupakan tanaman eksport utama

    negeri Johor sehingga tahun 1910, malah membolehkan Sultan Johor memperolehi pendapatan yang

    lumayan hasil daripada eksport lada hitam. Modal penanaman lada hitam dan gambir di Johordikeluarkan oleh orang Cina dari Singapura. Di Sarawak, lada hitam juga merupakan tanaman eksport

    yang penting. Sarawak memberi konsensi kepada orang Cina dari Singapura untuk menanam lada hitam

    di Kuching-Serian dan Serikei-Meradong. Hasil pengeluaran lada hitam telah meningkat dan,

    menyebabkan Sarawak menjadi pengeluar lada hitam terbesar di dunia selepas Indonesia.

    Pada pertengahan abab ke-19, peladang-peladang Eropah dan China telah membuka lading-ladang

    tebu di Province Wellesley, Pulau Pinang dan Melaka. Mulai 1870-an, tanaman tebu telah diperluas kePerak, terutamanya di daerah Kerian. Orang-orang Eropah kemudiannya telah mendirikan kilang

    memperoses gula di Perak menyebabkan gul muncul sebagai eksport penting negeri Perak sehingga

    permulaan abad ke-20.

    Selain tebu, ubi kayu juga telah ditanam secara komersial oleh orang Cina di Melaka dan dalam

    tahun 1850-an, ubi kayu muncul sebagai tanaman eksport yang utama bagi Melaka. Dalam tahun 1880-

    an, penanaman ubi kayu telah diperluaskan ke Negeri Sembilan dan dieksport keBritain.

    Tanaman kopi juga telah diusahakan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Johor. Pada

    mulanya, kopi juga ditanam secara sara diri oleh orang Jawa di Perak, Selangor, dan

    Johor. Kemudiannya, secara besar-besaran apabila orang Cina datang. Mulai tahun 1880-an, kopi telah

    muncul sebagai tanaman jualan yang penting di Tanah Melayu. Kebanyakan kopi ditanam oleh peladang-

    peladang Eropah yang berpengalaman di Sri Lanka.

    Tanaman sagu untuk eksport juga ditanam di Mukah dan Oya di Sarawak. Manakalah, tanaman

    tembakau ditanam di Sabah, tetapi kemudiannya merosot akibat serangan penyakit dan persaingan

    daripada Amerika Syarikat.

    Pembalakan juga berkembang di Sabah sehingga menjadi sumber pendapatan Sabah yang

    utama. Sehingga tahun 1885, kayu-kayu balak ini telah dieksport ke Australia, Hong Kong, Jepun

    dan Britain. Syarikat kayu balak yang utama ialah Britain Borneo Timber Company. Selain itu, hasil-hasil hutan seperti dammar dan juga rotan menjadi eksport yang penting, terutamanya di Pahang dan

    Kelantan.

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    16/41

    Tanaman getah telah diperkenalkan pada akhir abad ke-19 dan mengalami perkembangan pesat

    pada abad ke-20. Perkembangan pesat tanaman getah ini dipelopori oleh HN Ridley. Beliau telah

    menggalakan tanaman getah dengan memperkenalkan pisau toreh dan mengankut anak benih getah

    secara dibungkus dengan arang. Adanya pelaburan daripada orang Eropah seperti Syarikat Sime

    Darby, Harrison and Crosfield dan tenaga buruh yang murah serta galakan kerajaan sepertimenyediakan kemudahan perhubungan dan pengangkutan, turut memajukan tanaman getah di Tanah

    Melayu.

    Dalam sector perlombongan, perlombongan bijih timah merupakan perusahaan tertua. Sehingga

    tahun 1820-an, lombong-lombong bijih timah dikuasi oleh raja-raja dan pembesar Melayu. Kaedah yang

    digunakan adalah adalah dengan melampan dan mendulang. Kerja melombong bijih timah telah diambil

    alih oleh orang Cina pada pertengahan abad ke-19. Orang-orang Cina telah memperkenalkan kaedah

    perlombongan bijih timah yang lebih berkesan seperti lombong dedah, pam, roda air, dan enjin

    stim. Kaedah melombong yang diperkenalkan oleh orang Cina ini telah meningkatkan pengeluaran bijihtimah di Tanah Melayu.

    Ekonomi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak memperihatkan kemantapan ekonomi sara diri dan

    ekonomi komersial sebelum kedatangan British. Ekonomi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawaksudah pun

    mencapai satu tahap yang matang. Sebelum tahun 1874, pelbagai tanaman dan galian telah pun

    dikeluarkan.

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    17/41

    SEJ T 6 Ing di Sabah dan Sarawak

    Imperialisme British

    di Sabah dan Sarawak

    Pengenalan

    Sementara melihat penubuhan pusat perdagangan di Tanah Melayu oleh British, di Sabah dan Sarawak

    juga berlakunya keadaan yang sama. Apa yang tidak sama ialah di Borneo, penguasaan sesuatu kawasan

    adalah bercorak imperialis khasnya di Sarawak. Keluarga Brooke telah menduduki Sarawak dan

    menjadi raja putih; manakala Kompeni Berpiagam Borneo Utara hanya memainkan peranannya dalam

    sector ekonomi di Sabah.

    Sarawak

    Pada tahun 1841, James Brooke, seorang bekas tentera SHTI, telah dilantik sebagai Gabenor Sarawak

    oleh Raja Muda Hashim, iaitu wakil Sultan Brunei di Sarawak. Perlantikan Brooke adalah untukmembalas jasa beliau menghapuskan pemberontakan yang dicetuskan oleh Pangeran Indera Mahkota.

    Pada 24 Januari 1841, James Brooke dilantik sebagai Raja Sarawak oleh Pangeran Muda Hashim.

    Dengan itu, James Brooke telah memulakan pemerintahan Raja Putih di Sarawak.

    Pada tahun 1842, James Brooke telah melawat Brunei untuk mendesak Sultan Brunei supaya

    mengiktirafnya sebagai wakil baginda di Sarawak.

    Dalam usaha mengukuhkan kuasanya di Sarawak, James Brooke mendapat tentangan daripada pribumi

    Sarawak seperti orang Iban di kawasan Saribas dan Skrang serta Sharif Sahap, seorang ketua lanun

    di Sadung. Antara tahun 1843 hingga 1846, James Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke

    atas petempatan pribumi dengan mendapat bantuan angkatan tentera laut British.

    James Brooke kemudian meluaskan kuasanya ke atas Mukah yang kaya dengan sagu. Selepas

    mendapatkan kebenaran Sultan Brunei untuk meletakkan Mukah di bawah kuasanya, James Brooke

    telah mendirikan kota di Sarikei dengan alasan untuk menjaga keamanan di situ.

    Antara tahun 1853-1861, Sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa kawasan kepasa James

    Brooke. Antaranya ialah Sungai Sadong, Saribas, Rajang, Semarahan, Krian, Sekrang dan kawasan dariRajang hingga Tanjung Kindurong.

    Pada tahun 1890, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan Limbang kepada Raja Charles Brooke

    kerana beliau mewujudkan keamanan di wilayah tersebut.

    Sabah

    Sebelum British bertapak, Sabah dikuasai oleh 2 pihak iaitu bahagian barat Sabah yang terletak di

    bawah Kesultanan Brunei dan bahagian Timur Sabah yang dikuasai oleh Kesultanan Sulu.

    British mula berdagang dengan Sabah apabila seorang pegawai British yang bernama Alexander

    Dalrymple berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu, Sultan Muizuddin pada

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    18/41

    tahun 1761. Menurut perjanjian tersebut, pihak British diberi kebenaran untuk mendirikan pusat

    perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sulu, iaitu wilayah-wilayah di Timur Kimanis.

    Pada tahun 1763, Dalrymple dibenarkan mendirikan pusat perdagangan di Pulau Balambangan tetapi

    telah dimusnahkan oleh Datu Tating, saudara Sultan Israel Sulu pada tahun 1775.

    Kemudian, John Herbert, seorang pegawai British yang mentadbir Pulau Balambangan, terpaksa

    membuka petempatan baru di Pulau Labuan. Walaupun beliau memajukan Pulau Labuan tetapi

    petempatan ini terpaksa dibatalkan kerana pembukaannya bercanggah dengan arahan SHTI. Walau

    bagaimanapun, pada tahun 1846, British dengan arahan James Brooke telah berjaya mendapatkan

    Labuan daripada Sultan Brunei dan dijadikan Tanah Jajahan Mahkota British.

    Namun, British tidak dapat menjajah Sabah sehingga penubuha Kompeni Berpiagam Borneo Utara

    (KBBU) pada tahun 1881.

    Sebelum pentadbiran KBBU, kegiatan ekonomi Sabah dijalankan oleh seorang wakil Amerika Syarikat

    bernama Charles Lee Moses. Pada tahun 1865, C.L. Moses telah mendapat konsesi ke atas beberapakawasan di pantai barat Sabah selama 10 tahun dengan bayaran $9500 daripada Sultan Brunei

    Sultan Abdul Mumin (1852-1885). C.L. Moses tidak berniat memajukan konsesi ini lalu dijual kepada

    The American Trading Company yang diketuai oleh William Torrey, seorang pedagang Amerika

    Syarikat di Hong Kong.

    William Torrey telah datang ke Sabah untuk memajukan kawasan yang dibelinya dengan menanam tebu

    dan kopi di Kimanis tetapi tidak menguntungkan. Pada tahun 1875, William Torrey telah menjual secara

    konsesinya kepada 2 orang ahli perniagaan iaitu Baron Von Overbeck (Konsul Jeneral Austria di Hong

    Kong) dan Alfred Dent (seorang peniaga British). Pada masa pembelian konsesi itu, tempoh konsesiselama 10 tahun itu telah tamat.

    Oleh itu, Overbeck dan Dent pergi ke Brunei memperbaharui perjanjian dengan Sultan Brunei pada

    tahun 1877. Syarat-syarat perjanjian 1877 ialah:

    a. Sultan Brunei menyerahkan hak kedaulatannya ke atas Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent.

    b. Sultan dibayar $15000 setahun sebagai ganjaran.

    Seterusnya pada tahun 1878, Sultan Sulu di Jolo telah menandatangani perjanjian dengan Overneckdan Dent. Baginda bersetuju menyerahkan haknya ke atas Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent.

    Kemudian, Syarikat Overbeck dan Dent membuat keputusan untuk membentuk sebuah syarikat British

    supaya rakyat British boleh melabur dalam syarikat itu. Overbeck terpaksa menjual segala bahagian

    konsesinya kepada Alfred Dent kerana syarikat yang akan dibentuk itu ialah syarikat British dan

    Overbeck bukan bangsa British.

    Kini, Alfred Dent menjadi pemilik tunggal konsesi di Sabah dan memohon piagam daripada kerajaan

    British dan Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) ditubuhkan untuk mentadbir Sabah. Dengan

    menganugerahkan piagam kepada syarikat itu, Kerajaan British dapat meluaskan pengaruhnya secara

    tidak langsung ke atas Sabah. KBBU telah memerintah Sabah dari tahun 1881 hingga tahun 1946.

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    19/41

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    20/41

    Bab 10 : Sarawak

    (1) Latar belakang sejarah Sarawak

    1. Nama berasal nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak.

    2. Kewujudan manusia dijumpai kira-kira 40 ribu tahun dahulu.

    3. Buktinya ialah :

    i. tinggalan tembikar

    ii. kapak, pisau daripada batu

    iii. lukisan yang diconteng pada dinding gua.

    4. Negeri terawal diduduki oleh manusia.

    (2) Pertalian Sarawak dgn Kesultanan Brunei dan Sulu.

    1. Ditadbir Kesultanan Brunei sejak abad 15.

    2. bahagikan Sarawak kpd unit jajahan.

    3. Setiap unit jajahan ditadbir oleh seorang pembesar yang mempunyai kuasa autonomi.

    4. Sungai Skrang ditadbir oleh Syarif Sahap

    5. Sungai Sarawak (Kuching) ditadbir oleh Pangeran Mahkota.

    (3) Masyarakat Sarawak

    1. Terbahagi mengikut kawasan penempatan :

    i. persisiran pantai

    ii. lembah sungai

    iii. pedalaman dan tanah tinggi.

    2. Kawasan paling padat penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di barat Kuching dan

    kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.

    3. Corak penempatan & taburan penduduknya berselera menyebabkan mereka kurang berhubung

    dgn orang luar

    (a) Masyarakat di persisiran pantai.

    http://3.bp.blogspot.com/-yafPQtr7Q7I/T7sS5GvnycI/AAAAAAAAAIc/AmNksoAmdYM/s1600/masyarakat+sarawak.jpg
  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    21/41

    1. Orang Melayu duduki kawasan Kuching, Simanggang, Sibu, Mukah, Oya, Saribas dan Tanjung

    Datu.

    2. Orang Melanau duduki Lembah Utara Rajang, Mukah, Oya dan Bintulu.

    b) Masyarakat di Lembah sungai.

    1. Orang Iban tinggal di kawasan Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupardan Sungai Rajang.

    2. Orang Bidayuh tinggal di Singgai, Sadong, Sungai Kayan.

    3. Orang Kenyah tinggal di kawasan Batang Baram, Ulu Batang, Rajah, Balui.

    c) Masyarakat di pedalaman.

    1. Orang Kelabit tinggal di kawasan Lembah Terusan, Sungai Baram.

    2. Orang Penan menduduki kawasan Hutan Baram dan Sungai Rajang.

    3. Orang Murut menduduki kawasan kaki bukit dan gunung di utara Sarawak dan di kawasan

    Sungai Trusan dan Limbang.

    (3) Kegiatan sosiobudaya

    a) Pendidikan.

    1. Penduduk bumiputera menerima pendidikan tidak formal dan formal.

    2. Pendidikan tidak formal melalui cerita lisan yang berkaitan amalan dan kepercayaan turun-

    temurun spt cara berburu dan pungut hasil hutan.

    3. Pendidikan formal berkaitan agama yang dijalankan di masjid dan sekolah agama.

    4. Pendidikan agama Islam membaca al-Quran dan menulis jawi diajar kepada etnik yang

    beragama Islam.

    5. Pendidikan berkaitan hukum Islam spt cara melaksanakan ibadat diajar oleh guru al-Quran,

    imam dan lebai.

    b) Peraturan dan adat resam.

    1. Bagi masyarakat beragama Islam cara hidup dan adatnya berasaskan ajaran Islam,

    2. Bagi masyarakat bukan Islam, cara hidup berasaskan warisan turun-temurun

    3. Masyarakat bumiputera Sarawak mempunyai tuai rumah bertanggungjawab menjaga

    keselamatan dan keamanan

    4. Tuai rumah selesaikan masalah perkahwinan, perceraian, peraturan dan perayaan.

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    22/41

    5. Dua upacara ditentukan oleh tuai rumah :

    i. tarikh Hari Gawai (pesta menuai)

    ii. tarikh perayaan Beranyi.

    6. Orang Iban mempunyai tradisi menyimpan pasu, gong dan tempayan yg dipanggil tajau.

    7. Tajau diwarisi turun-temurun, bernilai, dianggap suci dan dihormati.

    8. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang.

    9. Orang Kayan, Kelabit dan Kenyah menindik telinga dan menggantung gelang-gelang timah

    atau tembaga hingga cuping telinga menjadi lanjut.

    10. Menindik telinga gambarkan kecantikan.

    11. Jenis anting-anting yang digunakan akan menggambarkan status yang berbeza.

    12. Orang Kayan, Kelabit dan Kenyah amalan melukis tatu pada badan.

    13. Orang Melayu Sarawak amalkan peraturan adat resam berasaskan agama Islam.

    14. Orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu masih tinggal di rumah panjang.

    15. Rumah panjang spt sebuah perkampungan.

    16. Tuai rumah menjaga keamanan anak buah.c) Kebudayaan.

    1. Orang Melanau merayakan perayaan Kaul.

    2. Ciri-ciri perayaan Kaul :

    i. Menjamu ipok yang mengawal laut.

    ii. Tujuan perayaan untuk memperoleh hasil tangkapan yang memuaskan, selamat ketika di laut

    dan mengelakkan penyakit.

    iii. serahang yang diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah akan dimasukkan bertih, telur

    ayam, pulut kuning, kirai (rokok daun) dan sirih.

    http://1.bp.blogspot.com/-wsJXNaXxWmk/T7sTL33DV7I/AAAAAAAAAIk/mO_BWyH7goQ/s1600/gawai.jpg
  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    23/41

    iv. Serahang inilah yang disediakan untuk menjamu ipok.

    3. Orang Iban merayakan perayaan Gawai (Pesta Menuai). :

    i. Jenis Hari Gawai Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang dan Gawai Antu

    ii. Tarian Ngajat sebagai tanda kesyukuran dalam pesta menuai padi.

    4. Di kalangan orang Melayu Sarawak, seni tradisi mereka dinamakan bergendang. :

    i. hanya kaum lelaki yang menari.

    ii. Kaum perempuan bermain gendang sambil menyanyi dan berpantun.

    iii. meliputi permainan muzik, nyanyian, pantun dan tarian.

    d) Agama dan kepercayaan.

    1. Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan dan Bisaya amalkan kepercayaan animisme.

    2. Orang Melanau yang bukan beragama Islam percaya makhluk ghaib yang dipanggil ipok.

    3 Orang Penan dikenali sebagai Penan nomad :

    i. amalkan hidup berpindah randah, apabila berlakunya kematian.

    ii. Dilarang menetap kekal di suatu tempat.

    iii. Dilarang menebang pokok besar dan melapangkan kawasan hutan.

    4 Kepercayaan orang Iban :

    i. apabila membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yg ingin didirikan rumah

    perlu disemah terlebih dahulu.

    ii. percaya kepada petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai.

    http://3.bp.blogspot.com/-gW36sa9anC0/T7sUR0_hoJI/AAAAAAAAAI8/9RR6700JO_E/s1600/penan.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-kPOKwH1pMn4/T7sT03fen8I/AAAAAAAAAI0/Lgbd_d4dngo/s1600/org+sarawak.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-gW36sa9anC0/T7sUR0_hoJI/AAAAAAAAAI8/9RR6700JO_E/s1600/penan.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-kPOKwH1pMn4/T7sT03fen8I/AAAAAAAAAI0/Lgbd_d4dngo/s1600/org+sarawak.jpg
  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    24/41

    iii. Bunyi burung dikatakan petanda mereka tidak boleh mendirikan rumah di kawasan itu.

    (5) Kegiatan ekonomi

    a) Sara diri.

    1. Menyara hidup dengan :

    i. menanam padi huma atau padi bukit

    ii. jadi nelayan,

    iii. pungut hasil hutan

    iv. berniaga kecil-kecilan.

    2. Orang Iban, Murut, Kenyah dan Kayan di kawasan pedalaman menanam padi, berburu dan

    memungut hasil hutan

    3. Orang Penan di hulu Sungai Baram dan Sungai Rajang berburu binatang dengan

    menggunakan sumpitan.

    4. Pekerjaaan orang Melayu :

    i. menanam padi sawah dan kelapa

    ii. peniaga kecil-kecilan

    iii. orang tengah dalam perniagaan.

    5. Kegiatan ekonomi orang Melanau :

    i. menanam padi sawah

    ii. menjadi nelayan.

    6. Kegiatan ekonomi orang Bidayuh :

    i. menanam padi huma

    ii. jadi peladang.

    7. Kegiatan ekonomi orang Kelabit :

    i. menanam padi sawah

    ii. berburu

    iii. pungut hasil hutan.

    8. Penduduk di pedalaman -pungut hasil hutan

    b) Pertanian

    1. Padi huma ditanam di tempat tinggal etnik Iban, Bidayuh dan orang Ulu.

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    25/41

    2. Padi sawah ditanam oleh orang Kelabit. Terkenal dengan beras jenis bario.

    3. Sagu diusahakan oleh orang Melanau, :

    i. sagu ini tumbuh di kawasan berpaya

    ii. Selepas 10 tahun sagu boleh ditebang

    iii. Ripo (isi dalam sagu) dikeluarkan, dijemur hingga kering

    iv. diproses sebelum dijadikan tepung sagu yang dikenali sebagai lemantak.

    4. Sarawak terkenal sebagai pengeksport sagu.

    5. Lada hitam oleh Kedayan dan Murut

    6. Sarawak pengeksport lada hitam.

    c) Perlombongan

    1. Antimoni dan emas bahan galian terpenting

    2. Awalnya ditadbir oleh Datu Patinggi Ali.

    3. Kaum Bidayuh kaum aktif dalam kedua-dua perlombongan

    4. Orang Cina di Bau, Paku dan Bidi menjalankan kegiatan melombong emas.

    d) Perdagangan

    1. Kesultanan Melayu Melaka pernah menjalin hubungan perdagangan dengan Sarawak.

    2. Barangan Sarawak lada hitam, halia, kapur barus, sarang burung, emas, permata, ikan

    3. Sarawak dikunjungi pedagang Cina utk dapatkan lada hitam, kapur barus, emas, kayu

    cendana, sumbu badak, telur penyu.

    4. Pedagang Cina menjual barangan besi, kaca dan pinggan mangkuk di Santubong.

    5. Pedagang Cina, Arab, India dan Kepulauan Melayu membawa barangan tembikar,

    sutera, barang logam, kain, barang perhiasan

    http://2.bp.blogspot.com/-FHGsh9IKL58/T7sTeH5rKsI/AAAAAAAAAIs/d1eYOh-l_ko/s1600/antimoni.jpg
  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    26/41

    LATAR BELAKANG PENDUDUK DI SABAH & SARAWAK

    PENDAHULUAN

    Sejarah negeri Sabah dan negeri Sarawak hingga ke tahun 1963 boleh dibahagikan kepada empat era,

    iaitu Sejarah Zaman Kesultanan Brunei dan Sulu Tradisonal hingga tahun 1840; Sejarah Zaman

    Penjajahan Kuasa Asing (Inggeris dan Jepun) hingga tahun 1945; Sejarah Zaman Nasionalisme dankemerdekaan daripada tahun 1946 hingga 1963, dan; Sejarah Zaman Selepas Merdeka (Dalam

    Malaysia) hingga kini. Kursus ini meliputi bahagian zaman awal hingga zaman kemerdekaan sahaja.

    Dalam meneliti perkembangan sejarah negeri Sabah dan Sarawak, susur galur sejarah Kesultanan

    Brunei Darussalam harus dirujuk kerana kedua-dua negeri tersebut merupakan sebahagian wilayah de

    facto Kesultanan Brunei sebelum kurun masehi Kesembilan belas. Sabah juga pernah menerima kuasa

    de facto daripada Kesultanan Sulu. Kejatuhan kerajaan Empayar Melayu Brunei, dan Sulu adalah

    implikasi daripada dasar perluasan kuasa penjajah Barat. Sejarah zaman penjajahan kuasa Barat

    bermula dalam masa yang berbeza di kedua-dua wilayah ini, iaitu pada tahun 1841 di Sarawak, dantahun 1878 di North Borneo (Sabah). Dalam Meneliti sejarah kedua-dua wilayah tersebut, sejarah

    Kesultanan Brunei Darussalam wajib dirujuk terlebih dahulu sebagai asas kepada perkembangan

    sejarah yang berlaku seterusnya di kedua-dua wilayah politik yang kini dikenali juga sebagai Malaysia

    Timur. Hal ini diakui oleh sarjana Barat, seperti mana kata L.W. Jones (1966), bahawa;

    Here [sic. merujuk kepada Brunei] lies the key to the island's early history. The whole island was

    subject to the dominion of the Sultanate of Brunei. Dalam pada itu, Jones juga menyokong fakta

    bahawa 'Borneo' and 'Brunei' are basically the same word, and indeed no more than 100 years ago

    Brunei was referred to as 'Borneo Proper'.

    Namun, tinjauan secara khusus terhadap sejarah Kesultanan Brunei Darussalam hanya dilakukan

    sekadar sepintas lalu sahaja. Seterusnya, penelitian diberikan terhadap sejarah dasar pemerintahan

    kuasa-kuasa penjajah Barat, termasuk sejarah perang dan pemerintahan Jepun semasa Perang Dunia

    Kedua secara terperinci, termasuk meninjau implikasi pendudukan Jepun ke atas penduduk di rantau

    ini. Perkembangan sejarah selanjutnya memfokus kepada perkembangan semangat nasionalisme di

    kalangan penduduk, khususnya cabaran yang mereka hadapi dalam memperjuangkan gagasan Malaysia

    sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1963.

    KEDUDUKAN GEOGRAFI

    Malaysia Timur terletak di bahagian utara pulau Borneo, iaitu merupakan pulau yang ketiga terbesar di

    dunia selepas New Guinea dan Greenland. BORNEO, atau panggilan aslinya, Pulo Kalamantan atau

    Kalimantan, dengan keluasan 740,000 kilometer persegi. Pengklasifikasian 'Borneo' untuk pulau

    tersebut adalah timbul daripada salah faham penulis-penulis Barat untuk perkataan asalnya, iaitu

    Burni. Sebelum kedatangan orang Barat ke rantau ini, Burni atau Borneo telah pun dikenali oleh orang

    China berdasarkan rekod awal dinasti-dinasti yang memerintah negara mereka. Ramai di kalangan

    sarjana percaya bahawa istilah Burni pada asalnya merupakan satu rujukan kepada sebuah kerajaan

    dan bandar yang terletak di sebelah pantai barat-laut pulau Borneo, iaitu merujuk kepada negara

    Brunei Darussalam pada hari ini. Istilah ini memang agak popular di kalangan penduduk Tanah Melayu

    ketika penjajahan orang Portugis berlaku dalam tahun masehi 1511. Dalam hal ini Hugh Low (1988)

    http://suarazizi.multiply.com/photos/hi-res/upload/R7k6GQoKCBsAAFQyeCM1http://suarazizi.multiply.com/photos/hi-res/upload/R7k6GQoKCBsAAFQyeCM1http://suarazizi.multiply.com/photos/hi-res/upload/R7k6GQoKCBsAAFQyeCM1
  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    27/41

    sendiri mempercayai satu hakikat ketika itu, berkata it being rarely the custom of the natives

    [peribumi Tanah Melayu] to apply a distinguishing name to the whole as, and collectively, but to

    designate each part by the name of the most powerful kingdom situated in it. Misalnya istilah Tanah

    Melayu ada kaitannya dengan keagungan kerajaan Melayu-Jambi di Sumatra suatu ketika dahulu kala.

    Justeru itu, Tanah Burni atau the land of Burni lahir sebagai nama kerajaan yang terkuat di pulau

    Borneo dalam di antara kurun masehi Kelima belas dan Keenam belas. Di samping itu, satu persamaan di

    sini boleh kaitkan dengan istilah Tanah Banjarmasin yang digunakan oleh Jawa untuk wilayah kerajaanBanjarmasin di bahagian selatan pulau Borneo. Pendek kata, menurut kenyataan Hunt pada tahun 1812

    bahawa Pulo Kalimantan [atau Burni] merupakan nama sebuah ibu kota bagi tiga buah kerajaan (Brunei,

    Sambas dan Kutai) yang berasingan di pulau Borneo ketika itu.

    Borneo dibahagikan kepada tiga wilayah politik antarabangsa. Dua daripadanya adalah bekas tanah

    kolonial dan satu lagi berstatus protectorate (naungan). Wilayah terbesar dengan keluasan 340,000

    kilometer persegi yang meliputi sebahagian besar kawasan di timur, selatan dan barat pulau Borneo

    merupakan wilayah Kalimantan. Wilayah ini merupakan bekas jajahan Belanda dan memperolehikemerdekaannya pada tahun 1949 dalam Republik Indonesia. Ia dibahagikan kepada empat kawasan

    pentadbiran utama; Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Timur.

    Lebih kurang satu pertiga keluasan pulau Borneo di bahagian barat-laut dan utara meliputi wilayah

    Sarawak, Brunei dan Sabah. Wilayah Brunei yang terletak di antara Sabah dan Sarawak terpecah

    kepada dua wilayah oleh Bahagian Limbang, Sarawak.

    Wilayah Politik yang kedua besar dengan keluasan 200,000 kilometer persegi disebut sebagai Malaysia

    Timur yang merujuk kepada negeri Sabah dan negeri Sarawak. Kedua-dua negeri ini pada mulanya

    menjadi negeri naungan British sejak tahun 1888. Dalam tahun 1946 kedua negeri ini diletak dibawah

    pentadbiran Kerajaan Kolonial British. Dalam tahun 1957, kedua-duanya memperolehi kemerdekaan

    bersama-sama dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura. Dalam tahun 1963 negeri Sabah dan

    Sarawak menyertai gabungan negeri-negeri Melayu yang lain kecuali Brunei dan Sngapura untuk

    penubuhan Persekutuan Malaysia.

    Wilayah politik yang ketiga dengan keluasan 5,765 kilometer persegi di sebelah barat-laut Borneo

    ialah negara Kesultanan Brunei Darussalam. Brunei juga merupakan bekas wilayah naungan British

    sejak tahun 1888 bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak. Brunei mencapai kemerdekaannya pada 1

    Janurari 1984.

    Negeri Sabah, negeri Sarawak dan negara Brunei dikelilingi oleh tiga perairan laut yang menyimpan

    banyak sejarah ketamadunan manusia di masa lampau, iaitu Laut China Selatan di sebelah barat, Laut

    Sulu di sebelah utara, dan Laut Sulawesi di sebelah timur. Terutamanya, ketiga-tiga laut tersebut

    merupakan kemudahan perhubungan semulajadi bagi sebarang kegiatan penting dan migrasi manusia

    dari Tanah Besar Asia, Malaya dan kepulauan Indonesia. Orang Cina telah mula bertapak di negara dan

    negeri-negeri Borneo seawal kurun masehi Keempat belas lagi. Namun migrasi orang Cina dari Tanah

    Besar Asia secara besar-besar hanya berlaku seawal tahun 1820an, khususnya tertumpu ke sekitar

    Sibu dan Sandakan. Migrasi orang Melayu dari Malaya, Jawa dan Sumatra ke Borneo Utara, khususnya

    ke Sarawak dan Brunei mula berlaku seawal kurun masehi Ketiga belas lagi melalui Laut China Selatan.

    Sementara Laut Sulu memberi laluan kepada kemasukan unsur-unsur dari Filipina, khusus ke Sabah. Di

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    28/41

    samping itu, Laut Sulawesi di sebelah timur dan Laut Jawa di sebelah selatan juga penting kepada

    penduduk Borneo amnya dari segi ekonomi perniagaan dengan saudagar-saudagar dari Pulau Jawa, dan

    Sumatra.

    SABAH terletak di bahagian utara Borneo, iaitu kira-kira pada garis lintang 30 42' ke utara dan garis

    bujur di antara 1150 20' hingga 1190 15' ke timur. Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di

    Malaysia dengan keluasan kira-kira 73,620 kilometer persegi, bersempadan dengan WilayahKalimantan, Indonesia di sebelah selatan dan negeri Sarawak di sebelah barat-daya. Negeri Sabah

    dalam zaman penjajahan dikenali sebagai North Borneo [Borneo Utara].

    Pada asalnya, nama 'Sabah' itu merupakan nama asli penduduk peribumi di Sabah bagi bahagian

    tertentu di pantai barat laut, khususnya yang telah digunakan secara rasmi pada tahun 1877 sempena

    penganugerahan gelaran Maharaja Sabah kepada Baron Gustave Von Overbeck (salah seorang

    pengarah syarikat British North Borneo Company) oleh Sultan Brunei, Abdul Momin (1852-85).

    Kawasan 'Sabah' ketika itu adalah merujuk kepada semua wilayah, sungai, daratan dan daerah yangterletak di dalam kawasan antara Teluk Kimanis di pantai barat laut Borneo dengan Sungai Sibuko di

    pantai timur. Di antara 21 Jun 1877 dan 22 Januari 1878, kawasan-kawasan tersebut telah disewakan

    kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara oleh Sultan Abdul Momin Brunei, Pengiran Temenggung

    Sahibul Bahar Brunei, dan Sultan Jamal Al-Alam Sulu. Istilah 'Sabah' ini secara beransur-ansur

    digunakan untuk merujuk kepada wilayah Borneo Utara tetapi istilah ini mula digunakan secara rasmi

    sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 melalui kemasukannya dalam Persekutuan Malaysia.

    Negeri Sabah terdiri daripada lima bahagan pentadbiran iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat

    dan Pedalaman.Bahagian-bahagian tersebut dibahagikan kepada daerah-daerah pentadbiran, iaitu

    sejumlah 23 buah daerah keseluruhannya diu Sabah. Kinabatangan merupakan daerah yang terbesar

    dengan keluasan 17,594 kilometer persegi. Manakala Kota Kinabalu adalah daerah yang terkecil sekali

    dengan keluasan 350 kilometer persegi.

    SARAWAK terletak di bahagian sebelah barat-laut Borneo, yakni pulau ketiga terbesar di dunia

    selepas Greenland dan New Guinea. Sarawak berada pada kedudukan kira-kira di antara 00 50' hingga

    50 0' ke utara garisan lintang dan di antara 1090 5' hingga 1150 50' pada garisan bujur. Ia

    bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan, sementara di sebelah barat dan utaraadalah disempadani oleh Laut China Selatan, negara Brunei dan negeri Sabah. Sarawak merupakan

    negeri yang terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 123,985 kilometer persegi. Ibu negeri

    Sarawak ialah Kuching, Selain daripada bandaraya Kuching, terdapat beberapa bandar penting yang

    lain seperti Sibu, Miri dan Bintulu.

    IKLIM

    Musim panas di Sabah dan Sarawak adalah di antara bulan March dan Oktober. Ketibaan musim Landas

    (lembap) boleh diteka ketika angin laut bertiup dengan kencang

    BENTUK MUKA BUMI

    Sarawak mempunyai pantai lautnya sepanjang kira-kira 500 batu. Pada kesuruhannya, bentuk muka

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    29/41

    bumi negeri Sarawak adalah bergunung-ganang yang curam. Gunung yang paling tinggi dalam negeri

    Sarawak adalah Gunung Murud yang setinggi kira-kira 7,950 kaki dan diikuti oleh Gunung Mulu yang

    setinggi kira-kira 7,798 kaki.

    Kira-kira tiga perempat keluasan wilayah Sarawak masih dilitupi hutan sekunder dan primer yang masih

    belum diduduk secara tetap oleh penduduknya. Namun begitu, terdapat sekumpulan kecil suku etnik

    Penan yang masih mengamalkan cara hidup tradisi mereka di kawasan-kawasan hutan ini.

    SALIRAN

    Sarawak juga mempunyai sungai yang banyak. Sungai yang terpanjang ialah Batang Ayer Rejang atau

    kini dikenali sebagai Sungai Rajang, iaitu sepanjang kira-kira 350 batu mengalir ke arar barat-laut

    Sarawak, di mana terletaknya bandar Sibu.

    Sabah - Sungai Kinabatangan dengan panjang 347 batu dari pucak Banjaran mengalir ke arah timur

    Daerah Sandakan ke Laut Sulu.

    PERHUBUNGANSehingga ke hari ini sistem perhubungan di Sarawak masih terhad, terutamanya oleh kerana masalah

    keadaan bentuk muka bumi yang rumit menjadi punca utama kelambatan usaha pembangunan sistem

    perhubungan dilakukan di negeri tersebut. Kini bandar-bandar utama di di antara Kuching hingga ke

    Limbang telahpun dihubungi oleh sebuah jalanraya separa-bertar. Perhubungan bandar-bandar dengan

    kawasan pinggir dan pedalaman masih lagi dihubungi dengan jalan-jalan kecil dan bot-bot laju serta

    perahu bermotor.

    MASYARAKAT PENDUDUK: PERMASALAHAN ASAL-USUL

    Sebelum penjajahan kuasa-kuasa Barat, tidak wujud sejarah bertulis di kalangan kumpulan-kumpulan

    etnik di Borneo. Kisah-kisah lalu mengenai pengalaman dan kehidupan mereka wujud dalam bentuk

    tradisi lisan yang disampaikan turun temurun hingga ke hari ini.

    Tidak dapat dipastikan dengan tepat bila dan bagaimanakah kemunculan penduduk peribumi asli yang

    mula sekali menghuni pulau Borneo amnya. Nenek moyang peribumi asli di Borneo dipercayai telah

    melalui beberapa siri migrasi sejak lebih kurang 20 ribu tahun yang lalu. Kedatangan dan pendudukan

    awal mereka adalah berlaku di kawasan-kawasan pantai dan tanah rendah. Lambat laun kemudian

    penempatan mereka mula tersebar ke kawasan-kawasan pedalaman. Andaian umum menyebut bahawakumpulan yang terawal tersebar ke pedalaman adalah berlaku akibat daripada desakan daripada

    kemunculan kumpulan pendatang baru sejak lebih kurang pada ke-15. Justeru itu, wujud tanggapan

    bahawa ciri-ciri kemasyarakatan primitif yang masih wujud di kawasan pedalaman Borneo adalah

    ekoran daripada ketiadaan hubungan mereka dengan orang luar. Sungguhpun demikian, hakikat keadaan

    taburan penduduk di Borneo pada hari ini menafikan tanggapan seumpama. Misalnya, proses migrasi

    yang telah berlaku sejak beberapa zaman yang lampau telah menjadikan negeri Sabah sebuah

    masyarakat yang berbilang keturunan, budaya, adat dan kepercayaan.

    Dalam bukunya bertajuk Borneo People, Malcolm MacDonald (1985) telah mengutarakan satu rumusan

    yang jelas sekali mengenai penduduk peribumi asli Borneo dalam beberapa dekad yang lalu, khususnya

    yang telah ditemuinya di wilayah Sarawak, bahawa;

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    30/41

    natives in the deep jungle are 'uncivilized' pagans. They associate together in primitive tribal

    organization and are divided among distinct ethnological groups called Punans, Penans, Kayans,

    Kenyahs, Ibans, Land Dayaks, Muruts, and various others. They are the real 'wild men of Borneo'.

    Kenyataan tersebut telah menjadi asas pemikiran kepada pengkaji-pengkaji asing, khususnya para

    sarjana Barat dalam usaha mereka membina semula sejarah masyarakat peribumi asli di wiliayah negeriSabah dan wilayah negeri Sarawak, malah hingga akhir ini pun. Pandangan yang seumpama seharusnya

    dikemaskinikan di kalangan para sarjana luar dan juga tempatan, memandangkan kemajuan hidup yang

    telah dicapai oleh masyarakat penduduk peribumi di kawasan-kawasan pedalaman Borneo amnya jelas

    sekali tidak tepat dengan penggunaan istilah "tribe" atau 'tribal" dalam penulisan-penulisan ilmiah kini

    dan di masa hadapan.

    Manakala bagi wilayah Sabah, menurut andaian setakat ini menyebut bahawa masyarakat manusia di

    Sabah pada awalnya adalah terdiri daripada beberapa suku etnik peribumi asli yang kemudiannya telahberubah menjadi sebuah masyarakat majmuk terutamanya ekoran daripada proses migrasi yang mula

    berlaku seawal-awalnya pada kurun masihi yang ke-10 lagi daripada Tanah Besar China, India,

    Kepulauan Philipina dan Sulu, Kepulauan Cocos dan Maluku, Indonesia dan lain-lain. Mengikut bancian

    rasmi tahun 1980, penduduk negeri Sabah berjumlah kira-kira 1,002,698 orang. Masyarakat negeri ini

    terdiri 29 kumpulan suku etnik yang dikelaskan sebagai Bumiputra, 12 kumpulan etnik bukan Bumiputra;

    termasuk 6 kumpulan suku etnik Cina dan selebihnya adalah berketurunan Pakistan, India, Eropah, dan

    lain-lain. Pada amnya kumpulan-kumpulan etnik dan suku etnik tersebut biasanya digolongkan ke dalam

    tiga kumpulan etnik utama, iaitu Bumiputra Melayu-Islam, Bumiputra bukan Melayu, dan Cina.

    Tegasnya, sehingga kini masih tidak ada bukti secara nyata tentang kewujudan satu etnik asli di

    Sabah.

    Penduduk peribumi asli Sabah (Borneo Utara) menurut klasifikasi awal yang diberikan oleh Syarikat

    Berpiagam Borneo Utara terdiri daripada kaum Dusun, Murut, Bisaya, Orang Sungai, Kwijau, Kedayaan,

    Idahan, Bajau, Brunei, Dayak, Suluk, dan lain-lain. Dusun dan Murut merupakan dua kumpulan kaum

    yang terbesar bilangannya. Mereka mewaikili lebih kurang 50 peratus daripada jumlah penduduk Sabah

    dalam kurun masehi ke-19. Pada keseluruhannya penduduk peribumi merangkumi lebih kurang 80

    peratus daripada penduduk Borneo Utara ketika itu. Namun peratusan ini mula merosot sekitar akhir

    kurun masehi ke-19, khususnya setelah kemasukan kaum pendatang seperti Cina sejak tahun 1887.Pihak penjajah terus menerus mengambil pekerja-pekerja upahan dari luar mengakibatkan berlakunya

    kemasukan beramai-ramai tanpa sekatan kemudian, terutamanya daripada Kalimantan dan Filipina.

    Pedatang-pedatang ini dikehendaki dalam sektor perladangan tembakau sekitar tahun 1900 dan 1910

    dan getah sekitar tahun 1910 dan 1940. Dalam tempoh tersebut, keluasan tanaman tembakau ialah

    kira-kira 15,000 ekar, dan sementara getah pula kira-kira 128,680 ekar.

    Perkembangan penduduk dan pengakutan dari ladang-ladang dan perlombongan telah meningkatkan

    proses perbandaran. Terdapat 5 pusat bandar uyang berkembang dengan pesat dan menjadi tumpuan

    perdagangan dan pentadbiran ketika itu, iaiti Jesselton (Kota Kinabalu), Tawau, Kudat, Lahad Datu dan

    Sandakan. Kegiatan perlombongan oleh pedatang Cina berlaku sejak penemuan emas di Sungai Segama

    pada tahun 1880. Di samping itu pekan Tawau dan Sandakan merupakan tempat pengeluaran arang batu

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    31/41

    dari tahun 1890 hingga tahun 1905.

    Taburan Penduduk Sabah Mengikut Anggaran Buku Tahunan Perangkaan 1999

    Penduduk Sabah pada hari ini dianggarkan berjumlah lebih kurang 1.7 juta orang (1991). Terdapat

    lebih kurang 34 kumpulan suku kaum di Sabah. Pada amnya struktur masyarakat Sabah dapat

    dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu Bumiputra Melayu-Islam, Bumiputra bukan Islam, dan

    Bukan Bumiputra.Bumiputra Melayu-Islam merangkumi kaum Melayu, Brunei, Brunei, Suluk, Bugis, Bisaya, Bajau, Idahan,

    Banjar, Tidong, Orang Sungei, Illanun, Kadayan dan Cocos. Bumiputra bukan Islam merangkumi suku

    kaum Kadazan-Dusun, Murut, Kwijau, Lotud, Rungus, Tambanuo, Dumpas, Maragang, Paitan, Minokok,

    Rumanau, Mangka'ak, dan termasuk Sino-Filipina. Bukan Bumiputra merangkumi kaum Cina, India, dan

    lain-lain.

    Permasalahan timbul apabila munculnya kenyataan Rutter (1929: 20) mengatakan bahawa semua

    penduduk pribumi di Sabah berasal daripada tempat lain oleh kerana tiada bukti yang nyata tentang

    kewujudan satu kaum asli di Sabah.

    Jumlah [929 ribu, 1980)] tahun 1991 adalah lebih 1.7 juta (900 ribu lelaki / 825 ribu perempuan)

    Taburan - 22.33 % dalam luas kawasan seluruh Sabah 73, 620 km. persegi

    Kepadatan - 25 orang km. persegi (1991) berbanding 14 orang km. persgi (1980)

    Terdapat 23 daerah - Daerah paling ramai - Tawau (244 ribu orang), Sandakan (222 ribu orang) dan

    KK (209 ribu orang)

    Daerah paling kurang - Kuala Penyu (14 ribu orang)

    Bilangan kaum etnik - lebih 34 kumpulan pribumi + lain-lain.

    Bumiputera (937 ribu)

    Cina (200 ribu)

    Indonesia (139 ribu)

    Lain-lain (32 ribu)

    Bukan warganegara (425 ribu)

    Dusun (216 ribu), Kadazan (104 ribu), Bajau (203 ribu), Melayu (106 ribu) Murut (50 ribu), Irranun (40

    ribu) lain-lain Bumiputera (255 ribu)

    Taburan Penduduk Sarawak Mengikut Anggaran Buku Tahunan Perangkaan 1999Penduduk Sarawak dianggarkan berjumlah lebih kurang 1.6 juta orang (1991). Terdapat lebih kurang

    29 kumpulan suku kaum. Struktur masyarakat Sarawak juga lebih kurang sama dengan struktur

    masyarakat Sabah. Bumiputra Melayu-Islam merangkumi kaum Melayu, Kedayan dan segelintir orang

    Melanau dan Bisaya. Bumiputra bukan Islam merangkumi suku kaum Bukitan, Bisaya, Dusun, Lun

    Bawang, Iban, Bidayuh, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong-Kanowit, Lugau,

    Lisun, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Lekit. Manakala Bukan Bumiputra merangkumi kaum Cina,

    India, dan lain-lain.

    Jumlah [1.2 juta, 1980)] tahun 1991 adalah lebih 1.6 juta (840 ribu lelaki / 802 ribu perempuan)

    Taburan

    Terdapat 28 daerah - Daerah paling ramai - Kuching (369 ribu orang), Sibu (170 ribu orang) dan Miri

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    32/41

    (161 ribu orang)

    Daerah paling kurang - Matu (9 ribu orang)

    Kepadatan - 14 orang km. persegi (1991) berbanding 11 orang km. persegi (1980)

    Bilangan kaum etnik - lebih kurang 28 kumpulan

    1991 - Iban (29.6%), Cina (28.9%) Melayu (20.7%), Bidayuh (8.4%), Melanau (5.8 %) dan lain-lain

    (6.6%)

    Secara umumnya, mmasyarakat di Sabah dan Sarawak memiliki banyak persamaan dari segi konseptual

    dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Sebelum kewujudan pusat-pusat petempatan di kawasan-

    kawasan bandar utama, tidak wujud hubungan yang baik di antara penduduk-penduduk di Sabah dan

    Sarawak. Mereka biasanya berkelompok-kelompok mengikut kumpulan kaum masing-masing. Ini dapat

    dilihat berdasarkan corak petempatan mereka yang berasingan. Keadaan ini telah diwarisi turun

    temurun, terutamanya di kalangan masyarakat pedalaman. Dengan merujuk kepada nama-nama

    (klasifikasi) kaum (etnik) mereka sudah jelas menggambarkan keadaan ini. Biasanya sesuatu kaum itu

    mendapat klasifikasi etnik mereka berdasarkan nama tempat atau sungai yang mereka duduki.Misalnya, sebelum kedatangan agama Islam, masyarakat Dusun-Kadazan adalah masyarakat pagan.

    Sungguhpun ramai yang telah memeluk agama Islam dan Kristen, tetapi masih ada segelintir yang

    berada di pedalaman yang belum beragama hingga ke hari ini. Mereka masih mengamal sistem

    kepercayaan animisme.

    Kelambatan proses pembangunan di Sabah dan Sarawak amnya juga mengakibatkan dasar integrasi

    nasional gagal mencapai matlamatnya di kawasan pedalaman berbanding dengan penduduk di kawasan

    pantai. Tambahan kewujudan perbezaan yang ketara dari segi bahasa, adat dan kepercayaan juga

    menyukarkan usaha untuk mengadakan satu hubungan yang harmoni di kalangan masyarakat ini. Namun

    begitu, dewasa ini masyarakat di Sabah dan Sarawak banyak mengalami perubahan dan pembangunan

    dalam aspek sosio-ekonomi. Lebih ramai anak-anak penduduk dari pedalaman yang berjaya mendapat

    pendidikan tinggi ataupun sekurang-kurangnya berjaya ke peringkat sekolah menengah.

    PERMASALAHAN KEADAAN MASYARAKAT TRADISIONAL

    Pada awalnya kedua-dua negeri ini dihuni oleh daripada beberapa kumpulan suku kaum pribumi, tetapi

    kerana perkembangan dunia perdagangan yang pesat berlaku sejak kurun ke-15 lagi di rantau Asia

    Tenggara, maka ini telah menggalakkan proses migrasi penduduk dari luar ke Borneo, seperti orangIndia, Cina, Bugis, Jawa, Melayu, dan Filipina. Proses migrasi yang telahpun sejak awal lagi itu telah

    membentuk masyarakat yang berbilang keturunan dan agama di Sabah dan Sarawak, dan proses

    migrasi dari luar ke Borneo bertambah pesat akibat daripada dasar penjajahan-ekonomi orang

    Inggeris dalam kurun ke-19.

    Sabah dan Sarawak merupakan wilayah-wilayah de facto Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu

    sebelum penjajahan Inggeris dalam kurun ke-19. Oleh kerana itu, apabila hendak membicarakan

    tentang sejarah masyarakat awal di kedua-dua negeri tersebut, para sarjana cenderung merujuk

    kepada Brunei untuk melihat atau menggambarkan keadaan dan ciri-ciri masyarakat di Sabah dan

    Sarawak. Ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan rekod-rekod sejarah awal di kedua-dua negeri

    tersebut. Namun begitu, para sarjana telah lupa akan kewujudan dan peranan tradisi lisan di kalangan

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    33/41

    masyarakat pribumi. Masih ramai sarjana moden dari Barat enggan menerima sumber lisan penduduk

    pribumi sebagai sumber sejarah kerana dipercayai fakta-faktanya tidak sahih. Memang benar

    pegangan ini, namun sumber lisan itu memiliki nilai sejarah yang tinggi jika usaha mentafsirnya secara

    rasional dilakukan dengan baik. Kerap kali unsur metos dan legenda diadunkan dalam cerita asal

    menyebabkan fikiran logik manusia enggan menerima dan mempercayainya. Tetapi fikiran yang rasional

    sentiasa menimbulkan persoalan untuk memberi pertimbangan terhadap kewujudan unsur-usur fantasia

    dalam tradisi lisan penduduk pribumi. Pendek kata, bahawa sumber lisan itu adalah merupakan 'tulisanatau sumber maklumat' sejarah masyarakat primitif dahulu kala, dan hari ini menjadi khazanah yang

    amat bernilai namun mengalami proses kepupusannya dalam arus teknologi hari ini.

    Keadaan masyarakat Sabah dan Sarawak sebelum zaman penjajahan Inggeris tidaklah dapat

    digambarkan melalui kacamata masyarakat Brunei. Masyarakat Brunei adalah didominasi oleh kaum

    Melayu, sama ada dari Jawa, Sumatra, Sulawesi, Tanah Melayu dan Johor-Riau/Lingga. Walhal, boleh

    dikatakan masyarakat Melayu di Sabah dan Sarawak adalah cuma kumpulan minoriti saja. Hinggi ke

    hari ini, masyarakat Melayu yang sebenar sukar dikenali dan bilangannya cuma kecil di Sabah dan

    Sarawak. Namun proses Islamisasi yang terus pesat berlaku di Sabah dan Sarawak telah mewujudkan

    masyarakat Melayu-Islam yang besar bilangannya. Ini adalah kerana kecenderungan pemeluk-pemmeluk

    yang baru untuk meninggalkan identiti asal mereka, ataupun tindakan ini biasanya disebut 'masuk

    Melayu', iaitu pada mulanya hanya diertikan sebagai 'masuk Islam', tetapi beransur-ansur berubah

    menjadi 'orang Melayu' setelah mengamal cara hidup orang Melayu, serta meninggalkan cara hidup

    yang asalnya.

    Masyarakat Sabah dan Sarawak sebelum zaman keagungan Kesultanan Brunei pada kurum masehi ke-16

    digambarkan sebagai masyarakat 'pagan' oleh para pentadbir dan juga para sarjana. Keadaan ini

    dirujuk kepada kerajaan Brunei [Tua] yang ketika itu mula popular sebagai sebuah pelabuhan

    perdagangan yang aktif di rantau Asia Tenggara. Wujudnya hubungan perdagangan dan diplomatik

    dengan kuasa-kuasa besar dirantau ini terutamanya negara China, Melaka dan Majapahit telah

    menyumbang kemakmuran kepada kerajaan Brunei. Dengan adanya hubungan baik ini juga memberi

    jaminan keselamatan kepada Brunei untuk memperluaskan kuasa politiknya ke atas Borneo dan Filipina.

    Menjelang akhir kurun Masehi ke-15, kuasa empayar Majapahit dan Melaka telah lemah, sementara

    negara China pula sibuk dengan urusan masalah dinastinya [masalah dalam negara] hingga tidak

    menghiraukan lagi hubungannya dengan negeri-negeri di luar. Terutamannya semasa zaman

    pemerintahan Sultan yang kelima, Sultan Bolkiah (1485-1524), Brunei dikisahkan berjayamemperluaskan kuasa politiknya ke atas seluruh Pulau Borneo hingga ke bahagian selatan Kepulauan

    Filipina. Sungguhpun begitu, masih tidak dapat diketahui dengan jelas tentang keadaan [ciri-ciri] dan

    kedudukan sebenar masyarakat Sabah dan Sarawak ketika itu. Rekod-rekod bertulis awal yang ditemui

    setakat ini cuma membicarakan tentang masyarakat di Brunei.

    Di Sabah, terdapat maklumat tentang kedatangan orang Cina ke Sungai Kinabatangan atau dikisahkan

    dalam sumber lisan sebagai 'China Batangan'. Kononnya seorang pembesar dihantar oleh Maharaja

    Yung Lo untuk meninjau gunung [kini sebagai Kinabalu] yang terkenal di kalangan saudagar-saudagar

    Arab yang membawa bekalan Kapur Barus berkualiti tinggi untuk diniagakan di China. Manakala

    menurut sumber lisan mengisahkan bagaimana seorang pembesar China membina petempatannya di

    'China Batangan' dan kemudian anak perempuannya telah dikahwinkan dengan Sultan Brunei yang

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    34/41

    kedua, Sultan Ahmad [nama asalnya menurut sumber lisan ialah Pateh Berbai].

    Manakala di Sarawak, rekod-rekod awal dinasti China ada mengisahkan tentang kerajaan Melanau di

    muara Sungai Rejang. Manakala bukti-bukti daripada usaha galicari arkeologi di Santubong [dalam

    kawasan Bahagian Kuching], dapat menggambarkan kewujudan petempatan masyarakat Buddha-Hindu.

    Namun tidak dapat dijelaskan setakat ini tentang asal usul penduduk Santubong pada masa itu. Dalam

    rekod awal negara China menyebut tentang kewujudan sebuah kerajaan Po-ni pada kurun masehi ke-9

    yang menganut kepercayaan Buddha. Ada pendapat merujuk kerajaan tersebut kepada kerajaan BruneiTua yang berpusat di tapak Kota Batu. Dan ada juga pendapat yang merujuknya kepada Santubong.

    Berdasarkan bukti-bukti galicari arkeologi menunjukkan Santubong merupakan petempatan awal yang

    lebih pesat berbanding dengan Kota Batu. Namun penemuan bukti-bukti arkeologi di tapak Kota Batu

    menunjukkan suatu era kemakmuran di antara kurun masehi ke-15 dan ke-16. Ini menjelaskan bahawa

    Santubong merupakan suatu pusat petempatan di pantai barat Borneo sebelum kerajaan Brunei [tapak

    Kota Batu] mengambil alih peranan tersebut bermula pada kurun masehi ke-15.

    Sehingga ke hari ini tidak terdapat sumber-sumber sejarah yang dapat dirujukkan tentang asal-usul

    masyarakat kaum pribumi asli di Sarawak. Kebanyakan kumpulan masyarakat pribumi di Sarawakmerujuk asal-usul mereka dari bahagian selatan Borneo [Kalimantan]. Misalnya, kaum Iban dan Bidayuh

    dikatakan datang daripada lembah Sungai Kapuas. Manakala kaum Kayan dan Kenyah pula berasal dari

    Lembah Sungai Batang Kayan. Daripada hasil penyelidikan yang lepas menunjukkan proses migrasi

    masyarakat daripada bahagian Kalimantan ke bahagian Sarawak berlaku seawal-awalnya selepas kurun

    masehi ke-18. Pandangan-pandangan yang dikemukakan sebagai punca migrasi tersebut adalah

    tertumpu kepada faktor mobilisasi perekonomian, yakni mencari kawasan pertanian yang subur.

    Sebenarnya banyak faktor-faktor lain yang menyebabkan migrasi tersebut, dan bukannya semata-

    mata kerana keperluan ekonomi. Misalnya, faktor persaingan sosial, faktor peperangan, dan faktor

    budaya 'merantau'. Seperti juga dengan orang Cina dan India dahulu, mereka datang ke Asia Tenggara

    untuk mencari kekayaan dengan harapan membawa balik segala perolehan mereka ke negara asal.

    Tetapi apa yang berlaku kemudian ialah mereka tidak balik ke tanahair tetapi terus menetap di luar

    negeri. Situasi yang serupa juga berlaku di kalangan penduduk pribumi Borneo. Orang Iban pada

    mulanya migrasi ke Bahagian Kedua, namun semasa zaman pemerintahan Regim Brooke mereka mula

    tersebar luas di seluruh negeri Sarawak hingga ke negeri Sabah.

    Menurut tradisi lisan masyarakat Brunei menyebut bahawa terdapat lima buah negeri di bawah takluk

    kerajaan Brunei, iaitu Kalaka, Mukah, Saribas, Samarahan, dan Sarawak [kini kawasan Kuching].Sebenarnya sehingga kini tidak terdapat fakta sejarah yang dapat menunjukkan tarikh yang tepat bila

    wujudnya keberkesannya pemerintahan Brunei di kelima-lima negeri tersebut. Ahli-ahli sejarah

    percaya bahawa peristiwa penaklukan kelima-lima negeri tersebut berlaku sekitar di antara

    pertengahan kurun masehi ke-14 dan awal kurun masehi ke-15.

    Sering kali pertembungan persepsi dan pandangan di kalangan para sarjana berlaku bila hendak

    menghuraikan ciri-ciri masyarakat di pulau Borneo amnya. Pada dasarnya satu kesimpulan umum boleh

    diberikan bahawa daripada berbagai kumpulan etnik di Borneo itu, walau pun wujud unsur-unsur

    persamaan sosial dan ekonomi yang ketara tetapi juga tidak dapat dinafikan akan terbentuknya variasi

    ciri-ciri di antara kumpulan-kumpulan etnik tersebut. Variasi ciri-ciri tersebut terbentuk daripada

    sejarah dan pengalaman, pengaruh persekitaran, peranan ekonomi dan politik, kesan proses migrasi dan

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    35/41

    mobiliti fizikal, dan kesan kontaks antara etnik.

    CIRI-CIRI MASYARAKAT TRADISIONAL DI SABAH DAN SARAWAK

    Setiap masyarakat semestinya mempunyai sistem masyarakat tradisional. Apa yang kita lihat pada hari

    ini kebanyakkan sistem masyarakat telah mengalami banyak pembahan. Ini merupakan satu kemajuan

    dan ketamadunan yang dicapai ekoran dan pembahan kemajuan masyarakat itu sendiri. Namun,

    sesetengah sistem masyarakat tradisional masih diamalkan di kalangan masyarakat pada hari ini,terutamanya dalam aspek kebudayaan dan agama bagi penduduk Sabah dan Sarawak.

    Perubahan sistem masyarakat ekoran campurtangan orang luar terutamanya penjajah yang

    meninggalkan sistem masyarakatnya ke atas negeri jajahan. Ada juga disebabkan hubungan ekonomi.

    Penduduk tempatan akan meniru unsur-unsur luar yang dibawa masuk oleh pedagang-pedagang yang

    datang ke Borneo. Namun, tidak semua perubahan sistem masyarakat ini mendatangkan kesan negatif.

    Sesetengah perkara memberikan kesan positif contohnya, ke atas sistem ekonomi dan politik.

    Masyarakat dapat menyusun sistem politik dengan lebih teratur, serta memajukan sektor ekanomi.

    Masyarakat di Sabah dan Sarawak juga akan hidup bersatu padu dan tidak terikat dengan satu kaumsahaja.

    Dalam penulisan ini akan cuba perihalkan sistem masyarakat tradisional di Sabah dan Sarawak sebelum

    campur tangan penjajah Barat pada kurun ke-19. Terlebih dahulu akan mendefinisikan apa yang

    dimaksudkan dengan masyarakat tradisional. Menurut, Kamus Dewan menyatakan bahawa 'masyarakat'

    membawa maksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturcara hidup

    tertentu. Manakala tradisional memberi erti sifat atau mengikut tradisi yang menjadi kebiasaan turun

    temurun. Jadi, dapat disimpulkan bahawa masyarakat tradisional ialah golongan manusia yang mendiami

    sesuatu kawasan dan mengamalkan corak kehidupan berdasarkan peninggalan nenek moyang mereka.

    Dalam memperihalkan sistem ini saya menyentuh aspek petempatan, politik, sosial, kepercayaan,

    ekonomi dan agama.

    PETEMPATAN

    Petempatan merupakan perkara paling asas. Tanpa petempatan yang tetap masyarakat di Sabah dan

    Sarawak sudah tentu tidak dapat menjalankan sistem masyarakatnya dengan baik. Melalui petempatan

    yang tetap dapat memberi kemudahan kepada masyarakat itu sendiri menjalankan setiap aktiviti dan

    tugasan secara teratur serta berkerjasama. Di Sabah dan Sarawak mempunyai petempatan yangtersendiri.

    Sabah merupakan sebuah negeri kedua terbesar di Malaysia. la terletak di bahagian utara Pulau

    Borneo. Di sebelah barat Sabah dipisahkan dengan semenanjung Malaysia oleh Laut China Selatan.

    Manakala di utaranya terdapat Laut Sulu dan dibahagian timur ialah Laut Sulawesi. Kedudukan Sabah

    yang dikelilingi oleh laut ini memberikan kemudahan perhubungan bagi negeri ini dengan negeri-negeri

    sekitarnya. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu. Bandar utama yang lain ialah Sandakan dan Tawau.

    Bentuk muka bumi di Sabah bergunung-ganang dengan Banjaran Crocker di sebelah barat dan Banjaran

    Brassey di sebelah timur. Tanah pamahnya terletak berhampiran dengan pantai. Sebab itulah,

    kebanyakan petempatan awal di Sabah terletak sepanjang pantai dan keadaan mi masih kekal hingga

    kini. Pantainya berteluk-teluk, mempunyai banyak pulau, tanjung dan pelabuhan yang teriindung serta

    beriklim khatulistiwa.

  • 8/10/2019 Huraikan Perkembangan Ekonomi Sabah Dan Sarawak Pada Abad Ke

    36/41

    Bagi negeri Sarawak pula, merupakan negeri terbesar di Malaysia. Sarawak juga terletak di sebelah

    barat Pulau Borneo dan bersempadan dengan Kalimantan di sebelah selatannya. Manakala di sebelah

    barat dan utara disempadani oleh Laut China Selatan, Brunei dan Sabah. Sarawak dianggap sebagai

    negeri tertua di Asia Tenggara, Asal usul nama sebenar Sarawak tidak dapat dipastikan tetapi, ramai

    sejarawan mempercayai ia adalah nama bagi Sungai Sarawak.

    Sesetengah ahli sejarah zaman ini, mengatakan Sarawak telah wujud sejak 45,000 tahun dahulu.Ia

    berdasarkan penemuan bukti di Gua Niah berupa tengkorak, bekas perkuburan, pasu dan mangkuk yangdiperbuat daripada tembikar, lukisan gambar yang diconteng pada tembok gua dan alat batu. Ini

    menyokong bahawa Sarawak merupakan negeri tertua di Asia Tenggara. Sarawak mempunyai kawasan

    tanah pamah pantai yang luas .kawasan paya bakau dan pantainya tidak berteluk. Ekoran keadaan ini

    serta iklim khatulistiwa menjadikan Sarawak digemari oleh pedagang-pedagang.

    Setelah mengetahui tentang petempatan di Sabah dan Sarawak barulah menyentuh tentang aspek-

    aspek lain. Ini kerana setiap sistem yang diperihalkan selepas ini mempunyai kaitan dengan

    petempatan. Tanpa petempatan segala aktiviti tidak dapat dijalankan. Jadi aspek ini sangat penting

    sama ada secara langsung atau tidak langsung.

    SISTEM POLITIK

    Bila menyentuh mengenai politik di Sabah dan Sarawak, Brunei tidak akan ketinggalan. Ini kerana

    keadaan petempatan mereka berdekatan. Sabah dan Sarawak berada di bawah pemerintahan sultan

    Brunei yang kelima. Nama sultan tersebut ialah Sultan Bulkiah. Kenaikan baginda ke atas takhta

    kerajaan Brunai padaawal kurun ke-16. Sultan Bulkiah dikena